Friday, January 09, 2009

IIUM Kuantan Mega Assembly - Post Assembly






Allahu akbar!
Allhua akbar!
Allahu akbar!

Jahanam jahanam!
Jahanam Israel!

The campus was shaken by the shouts from the people who deeply hate the intrusion and aggression by the Jews laknatullah.

I'm waiting for an update from a mate who'll be writing for the IIUMBloggers.com regarding the assembly.

Update:

She wrote her comment:

In my opinion, walau sebanyak mana pun kita kutuk Israel, kita maki diorg, kita buat demo byk2, Israel tak peduli pun sbrnye.
Instead, makin ramai yg terbunuh dan makin byk peluru n bom yg Israel lemparkan.

Pada akak, drpd kita menjerit2 marah Israel apa sumer tu, kita patut buat solat hajat tiap2 hari, doakan kesejahteraan rakyat Palestin, doakan yg laknat utk Israel, derma utk tabung Palestin.
Mmg la demo sumer ni nak menunjukkan kita marah dgn Israel n US tp ntah la.
Rasanya diorg tak peduli pun.
Lagi buat statement bodoh ada la.

Bygkan the latest, Israel kumpul 110 org dlm 1 rumah, konon utk protect, in the end, diorg serang rumah tu sampai 30 org mati.

Apa effect demo kita? Apa effect kutukan kita? None.


I replied:

sebenarnye saya juga berpendapat macam akak jugak. sekuat mana lah suara kita untuk didengar oleh israel, sedangkan PBB yang konon2 badan pengaman dunia pun israel buat dekk je, apatah lagi cuma beberapa ribu orang membuat demonstrasi..

TETAPI

saya lebih melihat tujuan demonstrasi ini sebagai medium untuk menyedarkan orang-orang yang masih alpa dengan nasib saudara kita kat palestin sana. saya pun sebenarnye tak nampak sebesar mana effect demonstrasi yang dibuat kepada israel secara terus tetapi saya nampak effect nye terhadap orang-orang yang hadir, dan juga to a broader range, orang2 yang menonton demonstrasi tu secara langsung mahupun di dada-dada akhbar dan kaca-kaca televisyen. mereka lebih terpukul untuk terus membenci apa yang telah dilakukan oleh rejim zionis dan bersimpati dengan nasib warga palestin yang ditindas. oleh itu, dengan semangat yang ditunjukkan dalam perkumpulan itu, kita boleh buat something for the sake of people here, jika tidak suara kita didengar oleh israel mahupun amerika pun.

apabila sudah terpukul, tu yang semangat terus membara dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk derma dan doa tu.


Disclaimer: This is not discrediting, but discussing.

What do you think?
Does demonstration bring any effects?

44 comments:

intan.dayana said...

jahanam israel!!
jahanam israel!!

aku suke sgt part tuh..mmg pergi jahanam ngan israel..benci!!!!

izzahismail said...

free Palestine.!
oh.td sgt sedih during the event esp2 time speaker2 tuh berucap.
and rase sgt semangat.

i'm not a stalker.haha.
nmpk kamu yg tinggi tuh dkat depan.
hehe.

As said...

inshaAllah!

KNOWLEE said...

In my opinion, walau sebanyak mana pun kita kutuk Israel, kita maki diorg, kita buat demo byk2, Israel tak peduli pun sbrnye.
Instead, makin ramai yg terbunuh dan makin byk peluru n bom yg Israel lemparkan.

Pada akak, drpd kita menjerit2 marah Israel apa sumer tu, kita patut buat solat hajat tiap2 hari, doakan kesejahteraan rakyat Palestin, doakan yg laknat utk Israel, derma utk tabung Palestin.
Mmg la demo sumer ni nak menunjukkan kita marah dgn Israel n US tp ntah la.
Rasanya diorg tak peduli pun.
Lagi buat statement bodoh ada la.

Bygkan the latest, Israel kumpul 110 org dlm 1 rumah, konon utk protect, in the end, diorg serang rumah tu sampai 30 org mati.

Apa effect demo kita? Apa effect kutukan kita? None.

Szakif said...

intan...

sama la!

part tu aku paling kuat jerit kot.

jahanam israel!

Szakif said...

izzah..

aku plak most of the time during the speech, i was like having goose bumps sepanjang2 tuh. cuba membayangkan jika aku berada di tempat orang2 palestin, argh.. aku mungkin tidak sekuat mereka.

susah kan jadik tinggi, orang nampak :P

Szakif said...

as...

kumenunggu!

Szakif said...

kak norli....

sebenarnye saya juga berpendapat macam akak jugak. sekuat mana lah suara kita untuk didengar oleh israel, sedangkan PBB yang konon2 badan pengaman dunia pun israel buat dekk je, apatah lagi cuma beberapa ribu orang membuat demonstrasi..

TETAPI

saya lebih melihat tujuan demonstrasi ini sebagai medium untuk menyedarkan orang-orang yang masih alpa dengan nasib saudara kita kat palestin sana. saya pun sebenarnye tak nampak sebesar mana effect demonstrasi yang dibuat kepada israel secara terus tetapi saya nampak effect nye terhadap orang-orang yang hadir, dan juga to a broader range, orang2 yang menonton demonstrasi tu secara langsung mahupun di dada-dada akhbar dan kaca-kaca televisyen. mereka lebih terpukul untuk terus membenci apa yang telah dilakukan oleh rejim zionis dan bersimpati dengan nasib warga palestin yang ditindas. oleh itu, dengan semangat yang ditunjukkan dalam perkumpulan itu, kita boleh buat something for the sake of people here, jika tidak suara kita didengar oleh israel mahupun amerika pun.

apabila sudah terpukul, tu yang semangat terus membara dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk derma dan doa tu.

Knowlee said...

Mmg le demo tu bleh jadi medium utk kita ajak org2 kita bersatu tp pada akak demo tu menunjukkan yg kita hanya buang masa.

Mmg la tujuan kita utk bukak minda org lain sekali tp dr mana org2 yg buat demo tu dpt info yg buat diorg terbakar hati? Dr media massa, yg backing Palestin la kan. Bukan yg backing Zionis n US.

Sbrnye semua org pun marah ngan Israel n Amerika (except anjing2 diorg, dlm Malaysia ni pun ada anjing2 diorg), tp mungkin dgn tak menonjolkan terlalu ketara tu lebih baik sbb demo2 kita menunjukkan seolah2 kita ni (Muslims) cepat marah, cepat angin. Mmg kita patut marah n bengang tp tunjukkan la dgn cara yg lebih halus. Sbb selama ni pun apa saja kes, 1 dunia buat demo, tp Iraq n Afghanistan tetap kena serang, US tetap berlagak dgn kuasa veto nya, Israel tetap kurang ajar.

Itu dah 1 dunia buat demo tu. Still takde effect jgk. Ntah la, pada akak mmg demo2 ni mcm menambahkan lagi seronok US n Israel tunjuk lagak diorg.

Szakif said...

knowlee...

jadi, adakah dengan berdiam diri tanpa menunjukkan rasa marah dan benci terhadap penindasan, boleh menyelesaikan masalah juga? bukankah lebih buruk akibatnye, seperti kita tak care terhadap naseb saudara seagama kita.

apa pula pandangan akak?

wardah puteh said...

Assalamualaikum

Bagi saya penting demostrasi aman ni. Semacam pemangkin. Kita nampak ramai yang sama-sama nak berjuang. Sama-sama sedar. Ini tunjukkan kita tidak buta tentang isu ini. Malahan, orang yang tak peduli pada mulanya, mungkin excited datang, dan akhirnya terkesan dengan amarah serta semangat orang yang sedar.

Tapi, kita tidaklah buat usaha ini sahaja; jerit, pekik marah. Usaha yang lain, kita boikot produk yang disokong Israel, doa, solat hajat. Juga tulis di blog masing-masing.

Sebagai pelajar pula, saya melihat isu penindasan umat Islam, sebagai kesan kuasa kita yang tidak kuat. Ataupun dalam erti kata yang lain, kita tidak memberi kesan/tiada signifikan pada pandangan kuffar. Jadi, belajarlah bersungguh-sungguh supaya umat Islam boleh bina kembali tamadun Islam yang hebat. Jangan kita lupa identiti orang yang bertamadun; berakhlaq dan kuat semangat. Bukannya asyik berhibur.

Jangan pula waktu ini kita membaca akhbar dan menangisi nasib Gazzah, malamnya kita ketawa terbahak-bahak menonton filem Barat...

Kita marah guna akal, bukan 'emosi'.

DENDAM

(ingatan buat saudaraku di Gaza)

Barangkali
setetes merah yang berpadu bulan
tidak setara sejuta wajah yang teresak.

Barangkali juga
segara hamis yang berombak
deburannya memecah sebutir kerikil.

Mimpiku
merpati mengepak sayap
terpotong sewaktu serigala mengamuk.
Dendam sebuah sepatu.

-Wardah Puteh,
Mahallah Maimunah.

Szakif said...

wardah puteh

thanks for the thought and i like the analogy and poem.

do you think boycotting would have great effect on the terrorists?

Knowlee said...

Sapa kata kita tak care? Tak semestinya berdiam diri tanpa demo, namanya kita tak peduli. Kalau kita tak peduli, jgn keluar apa2 pun laporan dlm paper or news.

Mungkin sekarang pendekatan utk protes kena berbeza dr biasa. selama ni demo tak penah ada hasil. Kena fikirkan usaha lain utk protes. Ada berbillion manusia, mesti ada yg boleh lahirkan idea utk protes dgn cara lain. There are so many ways tp kita cuma nmpk demo saja. Cuba fikir apa dia cara lain? Akak tgh cuba utk fikir skang ni sambil buat list.

The best way is solat hajat tiap2 hari. Lepas sembahyang Maghrib or Isyak.

Tp kita kena ingat, kita hanya mampu merancang semua, Allah yg tentukan segalanya. Mmg kita nampak betapa zalim nya Zionis nak pupuskan rakyat Palestin, tp hikmahnya? Wallahualam.

Marah mmg marah, bengang tetap bengang, org dera anak pun kita marah jgk. Inikan pulak sembelih manusia senang2. Tp, dengan menunjukkan kemarahan kita, sambil mengutuk2 Israel n US, pijak bendera diorg, bakar gmbr Bushoes, conteng2 bendera Israel n US, semua ni buat diorg lagi seronok. Sbb pada diorg umat Islam ni cepat menggelabah. Statement ni penah keluar dr mulut sapa ntah dulu, tp dia org US la. Dia pun tak sokong apa yg US buat tp itula pendapat dia.

Aha, ada lagi sorg Malaysia yg bagi pendapat yg lebih kurang tp sory la tak ingat kat website mana. TP bila fikir2 balik apa yg diorg cakap, betul jgk. Lebih mudah western nak kaitkan Islam dgn memberontak, emotional semua.

Yes, kita buat semua ni sbb kita marah, geram, bengang, kesian, simpati, sedih dgn semua yg terjadi. I understand that, but in the end, apa usaha yg lebih perlu sbnrnye? I don't say kita kena duduk diam. Susah la nak explain dng menaip nih.

Szakif said...

knowlee...

ok berbalik kepada point saya di atas, tujuan demonstrasi ni, bukanlah semata2 untuk tujukan kepada israel laknatullah dan sekutu2 nye sahaja, tapi manusia2 lain di seluruh dunia. kita sebagai umat Islam sendiri, perlu membela nasib saudara kita di sana.

kita tak mampu pergi ke palestin sana dan turut sama membaling batu ke arah tentera2 nya, for example. tapi kita mampu untuk meluahkan sokongan dan kebencian, which is one of them is through demonstration. doa, solat hajat suma boleh buat, tapi sebesar mana kesannya buat orang2 yang blom sedar untuk bangkit sama?

demonstrasi ada jawapannya.

Anonymous said...

takdenya kita wat demo org kafir tuduh islam cepat emo..

ingt yg wat rusuhan pelajar kat FRANCE tuh islam ke-NONE!

yg wat huru hara kat GREECE tuh islam-NONE!

yg kaki demo kat THAI-PDP tuh Islam-NONE!

nape org kafir pon demo kat FRANCE n GREECE-nak tunjuk depa tak puas hati ngn polis n kerajaan!

di THAI sket rumit-hanya kerana seorg Thaksin dorg ke jalan utk either sokong or tumbangkan proksi Thaksin..

kat Medicine Square,IIUM Kuantan semalam utk ape demo-to show our stand against the Palestinian massacre..

goe better or not..don't ever say demo will make Muslim more emotional in the eyes of Kuffar..

sori to say-it's a stupid statement after all..

Szakif said...

anonymous...

thanks for the comment.

:)

how did you find about the demonstration yesterday? emotional, or controlled, or what?

Anonymous said...

tp mungkin dgn tak menonjolkan terlalu ketara tu lebih baik sbb demo2 kita menunjukkan seolah2 kita ni (Muslims) cepat marah, cepat angin. Mmg kita patut marah n bengang tp tunjukkan la dgn cara yg lebih halus.-Knowlee-

sori to say-it's a stupid statement after all..

semalam demo sgt terkontrol emosi except few guys uh dok mencarot sakan..it's not our way to show concern..yg fakhrurradzi dok jerit were enough said..xpayah tambah tuuuuuuut.....tuuuutttt...

patot bole bakar patung bush..nape kat Gombak boleh bakar bendera Israel..hei..anak tiri ke..sana boleh..sini jgn...

oh yee..since our Ulama-Nik Aziz turun demo kat Kelantan-it shows demo is okay la bro..I respect him very much..so..we did a great job yesterday..sekarang tinggal buat qunut nazilah dlm solat fardu and boycott their products..

Szakif said...

anonymous...

memang aku pun sangat tak berkenan dengan part yang mencarut tu. pada diorang mungkin lawak, tapi pada aku lawak tak kena masa!

pasal bakar2 tuh, aku lebih suka kalo tidak ada acara tu. cukup la setakat kita bersorak2, sebab pada aku bakar2 ni, dah masuk bab emotional berlebih sket.

hidup palestin!

helmi said...

Nabi Muhammad SAW pernah berkata setiap umat islam adalah seperti satu anggota badan, segala kesakitan kita rasa akan kongsi bersama, cubit peha kanan, peha kiri pn akan sakit istilahnya kalau dlm bahasa melayu.
Dalam isu serangan rejim zionis laknatullah ke atas saudara2 kita di Palestin, x perlulah kita persoalkan segala usaha2 yg telah kita jalankan.
yang penting niat kita Lillahitaala, kerana Allah semata2.
Kita telah melepaskan perasaan geram bersama2 semalam di depan KOM, alhamdulillah msg yg nak kita sampaikan terlaksana, biarlah kwn2 kita tu terjerit2 melepaskan geram, tu tandanya mereka juga prihatin kan?:)
Apa yg perlu buat lepas nie semua perlu terus melaksanakan ape yg telah kita persetujui semalam..derma,terus berdoa,boikot barangan israel dan amerika.InsyaAllah sekurang2 nya kite dapat melemahkan ekonomi dorang..

Semalam sepanduk "pemimpin mesir anjing yahudi" menarik perhatian ana.Ana setuju, negara2 arab sekarang nie pengecut, takut nak berperang.Mereka nie boleh diibaratkan mcm melihat adik kandung mereka dibelasah org lain di depan mata mereka. Mereka nampak, tapi x menolong, apa yg dibuat hanya memanggil beberapa org kawan bermesyuarat tanpa membuat tindakan dan adik mereka terus dibelasah dgn teruk.

HaTiFi said...

bg sy, hasil x penting.. yg penting apa usaha kita.. yg berdemo tuh, sdg berusaha menyedarkan rakyat yg xsedar agk terus memulaukan produk dan perkhidmatan yg ada kena-mengena dgn Israel laknat

Szakif said...

helmi...

thanks for the comment :)

but in your opinion, how long would this last? is it that after israel stops attacking palestine, the support towards palestinian will stop also? who do you think? bukankah orang2 kita ni, kena ketuk barulah terngadah?

Szakif said...

hatifi..

you point there and i agree...

bagaimana ceritanya rakan2 kita di gombak? sehangat di kuantan kah?

HaTiFi said...

rakan2 di Gombak ada buat gak, cuma xda liputan mcm kt Kuantan ler..

hm.. oh ya, kalau kita ingat lg.. ada crita burung kicik yg menggunakan paruh membawa air utk memadamkan kebakaran. Rakan2 burung yg lain peliklah kan..

Burung yg kecik tu pun ckplah "Aku malu dgn Allah kalau xda apa2 usaha langsung"

Anonymous said...

salam,

my opinion , kita patut show our honest feeling, our unsatisfied to them..diaorang nak pekak, nak tuli, itu kehendak diaorang ...secara logiknya, adakah bangsa yang sanggup dicerca dan dihina ? tapi saya rasa yahudi itu sanggup kerana kalau dihitung, ribuan manusia di seluruh dunia yang hina mereka...letakkan analogi bush di baling kasut, memang nampak biasa, tapi simboliknya benda yang orang guna untuk pijak, untuk paling bawah sekali tarafnya tu kalau dilemparkan orang kata macam kena badi, seumur hidup malu sampai ke mati ...

Yang penting kita kena bersatu, muslim organization kena kuat ,,,kalau kat kampus pun kita tengok, nama kita semua islam, tapi kita lepak ikut bangsa and this attitude must be change ...bagi saya peduli apa kata barat ,,,takde yang baik tentang Islam pada pandangan mereka ...

to iium kuantan, congratz sebab message itu bukan sekadar untuk warga indera mahkota tapi turut menggegarkan kawasan sekitar

x-iium kuantan

wardah puteh said...

Semua kita ada pandangan masing-masing. Ada cara sendiri-sendiri.

Baguslah. Kita sama-sama pelbagaikan.

Kita tidak melihat kejayaan merebut kembali Gaza/kesentosaan di Palestin sebagai sebagai satu perkara yang paling wajib. Tetapi bagi saya, yang paling wajib di sini adalah usaha. Yang dinilai Tuhan itu adalah usaha, bukan natijah.

Juga kita sebenarnya harus kagum dan cemburu akan mereka yang syahid. Bukankah mereka burung-burung hijau di taman syurga, kita menyangka mereka mati dan terseksa padahal mereka hidup dan bahagia.

Suka saya ingati kembali sajak as-Syahid Syed Qutb:

Saudara,
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat mulia ini
teruskan perjuangan ke gerbang jaya.
Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
bahagialah hidupku di alam abadi.
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-Nya
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar jelas memancar.

Alakay said...

salam...
pada pendapat saya la kan...setiap usaha yg dilakukan ada hikmah dan kebaikannya yang tersendiri...selagi mana ia dilakukan dengan tatatertib, terkawal dan tidak menimbulkan musibah atau memburukkan keadaan yg sedia ada...it should be supported..to saudara2 ku di IPT dan seluruh negara yg menganjurkan demo untuk Palestine..congratz! At least kita tahu bangsa kita dan org Islam Malaysia ni masih ada 'suara' dan ada sekelumit keberanian dihati masing2..sebb kalau tak saya pun risau...who knows one day kita pula yg kena macam Palestine..na'uzubillah..and kita pulak jgn kan nak angkat senjata berperang...nak pi demo pun tak reti..tak ke haru..i dunno about you guys..but for me i'm worry kalau pemuda dan pemudi kita tak berani nak bersuara...nyanyi karaoke boleh..takkan demo jerit sikit takleh kan...commonlah..people are killing ur brothers and sisters of Islam ok!

Mungkin benar suara kita kecil dan tidak kedengaran oleh Israel and Amerika tapi biarlah Allah yang menentukan sejauh mana keberkesanan suara kita itu...sekurang-kurangnya kita berani mencuba dan berusaha..

Maybe sebahagian kalian masih ingat tatkala Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s untuk menyeru umat manusia seluruh dunia menunaikan fardhu haji..Lantas Nabi Ibrahim juga was was bagaimana dia seorang kat tengah2 padang pasir tu nak seru semua umat manusia kat dunia ni datang menunaikan fardhu haji..tapi Allah menenangkan N. Ibrahim a.s dan meyakinkan beliau bahawa dia hanya perlu melaksanakan dan Allah lah yang akan menentukan segalanya...Maka N. Allah Ibrahim pun berdiri di satu tempat yg lapang dan agak tinggi sambil menyeru kepada umat manusia untuk datang ke Kaabah bagi menunaikan perintah Allah tersebut..dengan izin Allah...diriwayatkan bahawa seluruh gunung dan bukit merendahkan diri hingga suara N. Ibrahim dapat sampai keseluruh pelusuk dunia dan bukan itu sahaja, malah seruan haji ini Allah channelkan kepada seluruh ruh manusia yg belum lahir hatta yang masih berada ditulang sulbi ayah-ayah mereka pun mendengar seruan ini..dan semuanya menyahut "labbaikallahumma labbaik.."..(dipetik dari tazkirah IKIM)..subhanallah..

True kita bukan N. Ibrahim and tujuan saya mengutarakan cerita ini pun bukan nak promo about haji..tapi sebagai Umat Islam kita tidak boleh cepat berputus asa dan menganggap sesuatu usaha yg dilakukan oleh sebahagian kita sebagai sia sia..kerana Allah lebih mengetahui...kena ada keyakinan yg tinggi pada diri sendiri terutama sekali kepada kuasa Allah...itu maksud saya...

Nah! kita selalu mendengar..jika ada kuasa..ubahlah keadaan itu dengan kuasa yg ada, jika ada suara maka ubahlah dgn suara..dan selemah lemah iman hendaklah membenci dgn hati setiap kemungkaran yg berlaku...

Mungkin betul ada cara lain..tapi mungkin setakat ini cara lain itu belum kenampakkan...jadi, apa juga method yg ada sekarg walaupun dah lapuk, kenalah gunakan sebab kalau nak tunggu idea canggih / latest baru nak bertindak , maybe ia agak terlambat sedangkan kat palestine org mati setiap hari..so tak kira la..demo ke..boycot ke..doa ke..derma ke...just do it all together..and kalau ada idea baru add it in la kan..improvise..but pls dont wait ... keep on doing whatever we can k..

There's no time to say ini buang masa..itu tak berkesan..cuba buat/ usahakan je la dulu kan...It is really absurd if dalam hal nak tolong palestin pun kita takleh sepakat dan saling menyokong atau memberi semangat antara satu sama lain..Nampak sangat kesepakatan umat Islam tu rapuh..

So, saranan saya, kita gemblingkan lah segalanya sebagai usaha umat yg berkesinambungan dan leave the rest to Allah...Wallahualam.

Anonymous said...

sokong alakay..

gud point bro!
banyak info baru..

As said...

akhirnya ku pass ke kamu gak :D

btw, pasal issue baru update tuh, i agree with u..

di samping doa solat hajat sume, dengan demo neh ramia yang akan bangkit sedar..dan make sumting..
jugak leh enhance kan resolution..
inshaAllah

Szakif said...

hatifi....

owh begitu. tidak ada usaha untuk mewarwarkan kah usaha korang berdemonstrasi di gombak? nevermind, mende dah lepas.

cerita yang menarik dan tepat untuk dikaitkan dengan entri ini.

thanks!

Szakif said...

anonymous..

welcome!

point yang panjang yang tak perlu lagi saya nak re-comment pasal saya setuju dengan apa yang dihujahkan. :)

Szakif said...

wardah puteh..

betol, usaha itu yang lebih penting.

sajak yang indah masya Allah!

Szakif said...

alakay...

masha Allah point2 dan cerita yang mantop! memang berkait rapat dengan apa yang kita cuba usahakan.

*menanes*

Szakif said...

anonymous..

daku sangat bterpegun dengan point2nya...

*terus menanes*

Szakif said...

as....

tu yang tanya awal2 as leh buat ke tak :D

Alakay said...

~Anonymous~ syukran..alhamdulillah..semoga kita semua mendapat iktibar dari apa yg berlaku

~Szakif~ jgn nanes bro..airmata seorang mujahid adalah terlalu 'mahal' untuk sesama manusia..tetapi ianya perlu 'murah' dihadapan Allah s.w.t :-)

Szakif said...

alakay....

menanes dalam hati je sebenarnye :D

Anonymous said...

alakay penulis blog ke..nak gak bace ko slalu tulis pasal ape..

yelah dlm dunia blog yg bagiku byk yg menyimpang..i find ur words really meaningful with islamic POV..

so..bagi la url ko..nak baca boley..or ko ni pembaca shj??

kalo alakay tak jwb..zaki tolong jwb..

Szakif said...

anonymous...

rasanya pernha melihat profile alakay sbeelum ni tapi sudah diubah menjadi unavailable.

kita kena hormat pendirian alakay untuk tidak dikenali so biarlah alakay sendiri yang jawab soalan anonymous k :)

Alakay said...

~anonymous~
salam..well, nak kata aktif menulis blog tu tidak la...hanya sekali sekala sahaja isi masa lapang..itupun ikut mood..topic biasanya open also ikut mood...and blog saya pun biasa biasa je takde la isu yg canggih2 cam zaki ni..sbb saya pun baru belajar tentang blog ni..saya cuma crita pasal pengalaman harian yg saya lalui je..sambil2 jadi platform menambah kawan and merapatkan ukhuwah..hehehe rajin, tulis..tak rajin tak la update..

cuma saya berminat baca blog org especially student IPT sebab idea generasi baru ni adakalanya bagus and kalau saya rasa perlu komen, insya'allah saya akan share perspektif saya jugakla sama ada untuk strengthen the idea atau untuk mengimbangi idea yg ada ..:-)

btw, saya minta maaf sbb rasanya ada kekeliruan sedikit disini..walaupun nick saya Alakay..sebenarnya saya ni dari golongan kaum 'hawa'..nick tu saja2 je..asalkan ada and saya sebenarnya suka sesuatu yg relax and tidak rigid .. profile tu bukan nak sorok..tapi i guna application lain in my blog untuk profile..so yg biasa punya profile kena close..my apology.

segan jugak nak bagi URL saya sebenarnya sebab takde apa yg istimewa di situ tapi kalau sudi u can visit :
i)http://draudhah.wordpress.com
ii)http://draudhah.blogspot.com

~szakif~
so, zaki, rajin rajin la post entry yg macam ni...nanti saya akan dtg komen sampai awak *menanes* lagi..hehehe

Szakif said...

alakay....

thanks for the reply. anonymous mesti sangat2 suka :)

dan insha Allah saya akan seimbangkan antara entry2 yang sebegini dan juga entry2 yang bodo-bodo tapi ada maksud tersembunyi

hehe...

alakay punya komen, buat saya menanes lagi :D

Anonymous said...

jgn hanya beria2 jerit shj masa demo, lepas tu mati kt situ.. truskan usaha boikot, doa,solat...bende ni kena istiqamah.. reminder utk saya dan teman2 sumer..

wallahu a'lam...

Szakif said...

anonymous...

wallahua'lam...

siapakah gerangannya ye di sebalik nama ini. sungguh mantop ilmunya :D

miko said...

dlm org dok sibok2 isu palestine timbul lak isu kepala babi kat masjid API, di UM....
apa nk jadi dgn DUNIA sekarang...

Szakif said...

miko...

hm~ entah la... :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...