Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Apam Cendawan Szakif



Sebenarnya bukanlah apa beza sangat apam ni dengan apam mekar. Cumanya bila aku kukus, buka je penutup kukus, jadi macam tu pula rupanya. Hehe.. Cara dia merekah atau mekar tu lain plak. Seolah-olah ada dua bahagian, atas dan bawah.

Pada pandangan aku, rupanya macam peti bulat yang ada penutup ternganga di atasnya. Pada pandangan isteri aku pula, macam cendawan. Kalau tengok dari perspektif yang dekat, memang ada rupa cendawan pun apam tu. Kan?

Aku rasa apam aku tu merekah jadi macam tu sebab bekas plastik yang aku gunakan untuk menampung cawan kertas aku tu lebih tinggi berbanding cawan kertasnya. Hasil daripada tindak balas fizik... Biasanya orang kata tindak balas kimia kan? Tapi ni tindak balas fizik ye... Sebab melibatkan benda yang tak nampak tapi ada kesannya dalam kehidupan, iaitu haba.

Ok lah, ini resepinya:

3 ulas telur (bukan tiga biji telur ye.. Bahasa kena betul... Biji untuk buah sahaja)
1 1/4 cawan gula halus (tadi aku takde gula halus, jadi aku kisar sendiri gula kasar yang ada. Mudah...)
1 tbsp ovalett

Adun tiga bahan ni terlebih dahulu sampai kembang.

1 tsp esen vanila

Masukkan, adun lagi.

3 cawan tepung
1 cawan air ais krim soda

Masukkan berselang seli. Agak-agak kalau tepung tu dah likat, tambah air ais krim soda. Agak-agak dah sebati adunannya, tambah tepung lagi. Bergilir-gilir.

Kemudian, masukkan adunan yang telah sebati  ke dalam piping bag, dan pindahkan ke dalam cawan kertas pula.

Kukus selama 15 minit, bergantung pada ketebalan adunan. Kalau buat dalam bekas cawan kertas yang kecil, 15 minit la. Kalau besar sikit, lebih lama lagi la.

Pastikan air kukusan betul-betul mendidih sebelum memasukkan adunan.

Kemudian, tengok la macam rupa rekahan apam korang. Lain bekas lain kesan rekahannya kot?

Tentang warna, kali ni aku dan isteri memilih untuk tidak mewarnakannya. Too much la already masa buat apam polkadot tempoh hari. Hu..

Selamat mencuba!

Monday, September 19, 2011

Apam Polkadot Ladybugs Resepi Szakif



Sepanjang pengetahuan aku, aku tak jumpa lagi orang lelaki yang buat apam polkadot. Hinggalah aku sendiri yang buat apam polkadot, barulah aku tahu sebab yang mungkin menyebabkan tak ramai lelaki yang nak buat apam.

Sebabnya kena sabar!

Macam aku sendiri, aku jenis yang agresif di dapur. Kalau buat kerja di dapur, nak laju sahaja. Maklumlah, lelaki.

Mungkin itu juga sebabnya baru sekarang aku berjinak-jinak nak belajar buat apam. Selain faktor kecomelannya, aku mahu mencuba sendiri benda baharu dalam hidup aku.

Nak dijadikan cerita, sepanjang selepas sambutan hari raya lepas, aku kembali hidup "membujang". Isteri dan anak yang baru dilahirkan sudah dihantar pulang ke Muar untuk meneruskan hidup berpantangnya sambil dijaga oleh ibu bapanya di sana. Jadi, aku di KL ni hidup seorang diri. Elok pula kerja-kerja freelance menterjemah dan menyunting sudah disiapkan lebih awal, jadi masa aku agak terluang.

Ok, dah banyak sangat cerita pasal benda yang takde kaitan dengan resepi. Tapi kalau tak kerana semua itu, aku tak fikir aku sempat nak fikir pun pasal nak buat apam polkadot ni. Sempat tengok gambar kat Facebook dan blog orang sahajalah.

Terus kepada resepi, aku cedok daripada blog ini. Aku tak berminat pun nak buat apam polkadot versi ladybug tu, sebab rasanya aku perlu belajar buat apam polkadot yang asas dahulu. Yang versi ladybug tu dah tahap Master/PhD kot. Aku ni baru peringkat sijil :P

Nak dijadikan cerita, aku buat fiil aku la bila salin resepi: salin tak habis. Hehe... Salin ikut suka je nak singkat-singkatkan, sudahnya bila nak cari bahan dan bila nak buat apamnya, sendiri terkulat-kulat. Tapi yang bagusnya, masa tu lah nak perah otak macam mana nak selesai masalah yang diri sendiri cipta. Makanya - cipta resepi sendiri! Hahaha...

Jadi, ini resepi aku:

Bahan A (semua mesti baru dikeluarkan daripada peti sejuk)
Telur 3 biji
4 hingga 5 tbsp gula castor
1 tbsp ovalett

Bahan B
Susu rendah lemak 150 ml

Bahan C (diayak)
200 gm tepung gandum
2 tsp serbuk penaik

Bahan D
Filling blueberry (ikut suka la nak inti apa pun)

Peralatan:
Cawan kertas
Cawan aluminium/plastik yang muat dengan cawan kertas (Kedua-dua cawan ni aku istilahkan sebagai bekas dalam cara-cara memasak di bawah)
Periuk kukus

Cara-caranya:
  1. Pukul Bahan A dalam 5-7 minit. Senang kata sampai larut gula castor tu dalam bancuhan telur, dan ovalette pun dah tak berketul lagi.
  2. Sementara tu, boleh sediakan periuk kukusan, sukat Bahan B, dan ayak Bahan C.
  3. Kemudian masukkan Bahan B sedikit demi sedikit.
  4. Kemudian masukkan Bahan C (Jangan habiskan. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga kepekatan yang sesuai dicapai. Tengok dalam gambar yang kat blog yang aku bagi linknya kat atas tu)
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Kat sinilah kreativiti korang digunakan, bergantung kepada pilihan masing-masing. Yang aku buat, 3 warna:
    - Satu aku biarkan dalam bekas mengadun dan diwarnakan dengan warna pink. Ini adunan paling banyak untuk dijadikan "badan" apam.
    - Yang kedua aku masukkan terus ke dalam bekas kicap cair dan tak warnakan apa-apapun. Nanti dah kukus dia akan jadi warna putih/krim. Ini untuk dijadikan mata putih ladybugs.
    - Satu lagi dalam mangkuk dan aku campurkan warna hijau dengan merah untuk dapatkan warna merah gelap, hampir-hampir nak dekat dengan warna hitam. Ini untuk dijadikan warna kepala, garis pembahagi dua badan ladybugs, dan dot-dot atas badan ladybugs.
  6. Mula-mula masukkan adunan pink ke dalam bekas. Letak setengah dulu.
  7. Kemudian letak Bahan D. Kemudian top up lagi sampai inti dah tak nampak dan sampai separas dengan bekas.
  8. Kemudian lukis kepala ladybugs, garis pembahagi dan dot dot.
  9. Lepas tu bubuh mata dengan adunan putih.
  10. Akhir sekali titikkan mata hitam dengan adunan warna ketiga di tengah-tengah adunan mata putih tadi.
  11. Kemudian kukus dalam 10-15 minit.

Resepi kat atas ni boleh buat paling kurang 10 unit apam sebesar tu. Aku takde bekas yang kecil-kecil tu. Jadi buat besar-besar.

Itu cara aku menggunakan bekas kicap cair tu. Lepas siapkan adunan, terus masukkan ke dalam bekas kicap cair dan lakukan pewarnaan di dalamnya terus. Kacau guna copstik. Kan senang, dan mengurangkan penggunaan bekas. Tak payah nak warnakan dalam mangkuk lain.

Inilah hasilnya. Lepas dikaji semula, rasanya kurang tinggi aku letak tepung ni. Patutnya kena separas dengan kertas cawan tu.

Inilah hasilnya... Selepas dikukus 15 minit dengan api yang sederhana. Insya Allah dalamnya juga dah masak. Aku perlu kemaskan lagi kat bahagian pembahagi dua supaya bila kembang tak putus-putus, dan tak kembang sangat.

Adunan kedua. Cuba warna hijau pula. Cantik juga.


Tepung hujung-hujung. Masa untuk bermain-main! Hehe...

Selemat mencuba dan bersabar!

Wednesday, September 14, 2011

Pra: Apam Polkadot Resepi Szakif


Aku ada sepuluh sebab kenapa lelaki tak buat apam polkadot. Tapi aku cabar diri aku, aku buat juga.

Aku menulis entri ini dan dengan ini aku berjanji akan membuat apam polkadot lagi pada hari Ahad ini. Insya Allah...

Nantikan resepinya...

Tuesday, August 04, 2009

Salted Egg Crab


Tajuk sahaja dalam bahasa Inggeris, sebab kalau menulis resepi aku memang menulis dalam bahasa Melayu. Hehe...

Maka, jadilah nama makanan ini dalam bahasa Melayunya Ketam Ikan Telur Masin. Pelik kan? Tidak sebenarnya. Cuma kita sahaja yang sudah dibiasakan dengan apa-apa yang mahu berbunyi glamour, mesti dinamakan dalam bahasa asing. Kan?

Ok itu sudah masuk bab PPSMI.

Berbalik kepada resepi tadi, sedikit pengenalan. Aku mula diperkenalkan dengan makanan ini oleh bos tatkala perjumpaan kami yang pertama kali dahulu dan beliau terus membawaku makan di Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju milik penyanyi Amy Search. Antara makanan yang ditempah ialah Salted Egg Crab. Beliau suka, aku lagilah suka sebab dibelanja. Hehe... Tak cukup dengan itu, aku bawa pula ibu bapa aku ke situ ketika dalam sessi melawat adik aku di SBPI Gombak. Kami menempah makanan yang sama sebab aku yakin mereka pasti suka. Benar, mereka sukakannya.

Menjadi fitrah seorang tauke kedai makan, haruslah mak aku kaji apa yang dia makan. Dia minta aku tafsirkan maksud Salted Egg Crab ke dalam bahasa Melayu dan apabila dikatakan Ketam Ikan Telur Masin, terus timbul ideanya untuk mencuba di rumah. Aku sokong!

Maka mak aku mencuba dan jadi! Inilah resepinya:

  1. Ketam dibersihkan dan disiang ikut suka korang. Selepas tu goreng sehingga masak dan asingkan daripada kuali.
  2. Pecahkan telur masin (biasanya telur itik) lebih kurang 2-3 biji dan pukul sehingga kembang. Bahagian kuning telur mungkin keras dan anda mungkin memerlukan mesin pengisar untuk tujuan ini.
  3. Dengan sedikit minyak, tumis sedikit bawang merah dan putih.
  4. Masukkan telur yang telah dipukul tadi.
  5. Masukkan sedikit daun kari dan cili padi.
  6. Siap dan ngap.
  7. Bersyukur.
Nota:
  1. Tak payah garam. Dah masin kot.
  2. Kalau nak manis sikit, tambah la gula. Nak kena ajar jugak ke?
  3. Aku tak mahir bab memilih ketam. Pandai-pandai la korang.
Sekian.

Terima kasih The Makan Sister untuk gambar itu.

Monday, March 16, 2009

Mee Sifoo with Specially Marinated Chicken

Bohong kalau kau kata kau pernah rasa resepi ni kat mana-mana sebelum ni sebab semalam kali pertama aku masak menda alah ni.

Kau ingat aku suka-suka tak mahu main sukaneka? Memasak pun penat kot. Dah la kena pindah-randah dari satu tempat ke satu tempat. Chef Wan kalau disuruh pindah-randah masa memasak pun, mahu naik darah dia. Hu...

Emosy kot~ Maklum la. Dapat nombor 4 je. Heh...

Resepi Ayam Perap
  1. Sediakan peha ayam dan potong dalam bentuk silinder setebal 3 sentimeter.
  2. Perap bersama sos tomato, bawang merah, bawang putih, halia dan garam selama 30 minit.
  3. Balut dengan daun pandan.
  4. Goreng ayam bersama pandan dan sekali dengan bahan-bahan perapan tu.
  5. Asingkan ayam telah masak dan bahan-bahan perapan yang digoreng .

Resepi Mee Sifoo

Kuah:
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan ayam kisar.
  3. Masukkan 3 sudu penuh cili giling dan 3 sudu penuh sos cili.
  4. Campurkan satu jag air putih dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Tambah garam dan gula sesuka rasa.
  6. Masukkan telur dan jangan usik-usik lagi dah kuah tu nanti telur hancur!
Mee:
  1. Celur mee kuning.
  2. Campurkan dengan lobak merah, timun, kentang (didadu), kobis ungu (saje nak bagi colourful) ayam perap goreng dan bahan-bahan perapan.
Korang tak try, siap korang!

Monday, January 26, 2009

A Recipe is to be Tried, not Read Only


Tajuk sahaja dalam bahasa Inggeris tapi aku mahu menulis resepi dalam bahasa Melayu.

Dalam entri ini, ada 3 bahagian.

Satu: Laporan percubaan seorang teman blogger yang mencuba membuat roti pintal yang awalnya tidak menjadi, dan kemudian jadi selepas percubaan kedua dan selepas hasil konsultasi bersama aku menerusi Yahoo Messenger.

Dua: Cara mudah untuk membuat kuah spaghetti.

Tiga: Cara susah untuk membuat kuah spaghetti.


Mari kita mulakan!

Satu: Roti Pintal Tak Jadi

Aku kagum dengan usaha seorang teman blogger yang gigih dan gagah untuk mencuba resepi Roti Pintal aku. Gigih kerana mencuba, dan gagah kerana berani melaporkan kepada aku. Sila lihat gambar di bawah:

Ada rupa macam roti pintal tak? Macam roti apa erk?

Di sinilah bermula apabila aku mengajarnya cara untuk membentuk roti tersebut supaya jadi seperti rupa sebenar roti pintal. Dalam entri sebelum ini, memang sengaja tidak aku ajar caranya, kerana tiada yang bertanya. Nanti aku jadi pensyarah pun (insha Allah), memang cara itu yang aku nak buat: aku tak ajar semua benda, tapi aku tunggu orang tanya.

Jadi kepada yang berkenaan, tahniah kerana mencuba. Lain kali, tolong poskan ke Kuantan ye. Guna pos laju. Last time masa ajar budak-budak ni pun, diorang bedal hari esoknya, lebih sedap katanya. Entah la...


Dua: Cara mudah untuk membuat kuah spaghetti.

Beli Prego, panaskan. Dah siap.



Tiga: Cara susah untuk membuat kuah spaghetti.

Beli barang-barang ni:
  1. Minyak masak/marjerin
  2. Kiub pati daging (sebijik sudey~)
  3. Daging kisar (600g)
  4. Bawang putih (5-6 ulas)
  5. Bawang Holland (yang besar tapi warna putih kekuningan tu, dalam 3 biji)
  6. Tomato puri (setin)
  7. Sos tomato (sebotol besar)
  8. Air (2 cawan)
  9. Hotdog (sesuka hati)
  10. Oregano, garam, gula (secukup rasa)

Cara memasak:
  1. Ko masukkan je bahan-bahan di atas mengikut susunan juga seperti di atas.
  2. Dah siap.

Tips memasak:
  1. Jangan lupa senyum. Kalau hangus pun, senyum.
  2. Kena ingatkan ke, setiap kali mulakan sesuatu dengan bismillah?
  3. Kalau nak adjust kepekatan kuah tu, pandai-pandai la seimbangkan jumlah air. Agak-agak dah terlebih air, ko larutkan tepung gandum dan campurkan ke dalam kuah tu sampai jadi pekat.
Kepada yang meminta resepi di atas, ini pula link ke resepi Fried Fettuccine. Aku nak rasa masakan kau! Ingat free-free je ke aku nak bagi resepi? Ngehehe~

Aku dah penat-penat taip nih, ada kau rasa nak mencuba buat? Paling kurang pun cuba la buat yang nombor 2, ok?

Wednesday, January 07, 2009

Ayam Masak Hijau

Aku hutang resepi ni kat Akak Printing KOM. Inilah resepi kemenangan kumpulan aku masa program ARC Biggest Day last time dan akak tu pulak dapat nombor 2.

Ayam Goreng
  1. Peram ayam bersama bahan-bahan peram: kunyit, hirisan bawang putih, bawang merah, dan garam.
  2. Biarkan selama 30 minit.
  3. Goreng ayam sehingga masak bersama dengan bahan-bahan peram.
  4. Asingkan ayam yang telah digoreng dan bahan-bahan peram.

Kuah Hijau
  1. Kisar hingga lumat bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, cili hijau besar dan cili api hijau. Kalau nak pedas super-duper, tambah la cili api hijau berkati-kati. Kalau nak pedas light-light, lebihkan cili hijau besar. Sebarang bentuk cili yang berwarna merah adalah diharamkan daripada resepi ini. Kalau tak namanya bukan lagi Masak Hijau.
  2. Tumis sehingga bau naik dan masukkan santan.
  3. Masukkan daun limau purut.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Cara hidangan
  1. Tuang kuah hijau ke atas ayam.
  2. Tabur bahan-bahan peram yang telah digoreng ke atas ayam berkuah itu.

Cara makan
  1. Baca basmalah dan doa makan.
  2. Makan dengan comel dan bergaya.
  3. Kalau tak nak gemok, jangan makan dengan nasi. Ratah macam tu je sudey~
Macam biasa la, resepi aku mana ada bagi jumlah sukatan yang spesifik. Aku pun main campak-campak je kot~ Huhu~

Monday, December 22, 2008

Cara Membuat Roti Pintal Goreng

Photobucket

Ye, itu bukan ulat. Itu ialah makanan. Hehe...

Cara membuatnya:

  1. Bancuh sepeket mauripan bersama 3 cawan air suam bancuhan 3 sudu besar gula.
  2. Biarkan selama 15 minit hingga berbuih.
  3. Sediakan tepung sekilo, telur 2 biji, bawang putih 3 ulas ditumbuk lumat, minyak secawan dan garam 2-3 cubit di dalam bekas menguli
  4. Biarkan selama 30 minit sehingga tepung kembang dan naik.
  5. Sambil itu, potong hotdog sehingga menjadi bentuk silinder yang kecil.
  6. Selepas tepung dah naik, uli bersama air mauripan tadi sehingga menjadi doh yang lembut.
  7. Lepas tu, balut la hotdog tu dengan doh tadi.
  8. Akhirnya, goreng sehingga kekuning-kuningan.
Kos membuat roti pintal goreng ni sangat murah. Bayangkan basically korang cuma kena beli hotdog, tepung, mauripan dan minyak je. Tak sampai RM10 pun. Bahan-bahan lain tu korang cekau je la kat mana-mana. Kat dapur mesti ada la! Hehe...

Nota kaki lagi: Sesuai menjadi hadiah untuk party, seperti yang telah aku lakukan kepada Kakak Angkat.

Monday, August 25, 2008

Fried Fettuccine


Penafian: Penulis blog tidak bertanggungjawab ke atas setiap titis air liur yang terbazir disebabkan imej yang dipaparkan.

Kadang-kadang apabila aku memasak, aku suka untuk menambah-nambah sesuatu yang baru ke dalam resepi yang sedia ada. Contohnya, jika sebelum kita diperkenalkan dengan Shepherd’s Pie, tapi setelah aku suntikkan 2 lapisan baru dalam resepi tu, maka jadilah ia Szakif’s Pie.

Sebelum ini, aku pernah buat Fried Vemicelli yang mana resepinya cuma menggunakan sos cili dan sos lada hitam sebagai bahan-bahan perasa, tetapi kali ini aku cuba untuk mengimprovisasi dengan mencampurkan... kejutan! (baca: surprise!)

Jadi, ini dia resepi Fettuccine Goreng (baca: Fried Fettuccine).

Bahan-bahan:

Pasta Fettuccine (berbentuk jalur-jalur panjang, rebus bersama sedikit minyak)
Sos cili (jenama Kimball paling sesuai dan sedap)
Sos lada hitam
Tomato puri
Bawang Holland
Hotdog
Sayur-sayuran campuran (baca: mixed vegetable)
Daun oregano
Daun ketumbar

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang Holland.
  2. Masukkan sos cili, sos lada hitam dan tomato puri.
  3. Masukkan hotdog dan sayur-sayuran campuran.
  4. Masukkan pasta fettuccine.
  5. Gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan daun oregano dan daun ketumbar.
  7. Siap.

Senang je kan? Perasan tak 2 perkara ni:

  1. Tiada garam, perasa mahupun gula dicampurkan. Makanan yang sihat!
  2. Tiada sukatan khusus dinyatakan, sebab aku pun main campak-campak je. Agak-agak macam dah nak habis sos dalam botol tu, aku campur air, kocak-kocak pastu kasi bersih botol tu. Tahu-tahu je hasilnya sedap.

Kos untuk membuat Fried Fettuccine ni sangat murah. Lebih kurang RM20 untuk 10 orang. Ok la tu, setiap orang RM2.

Apa lagi, tak reti-reti nak cuba?

Wednesday, July 09, 2008

All About Food


Ok. This is quite shocking. Well… at least to me.

I checked the statistics of visits to this blog today and I was surprised to know that most of the keyword searches that brought visits to this blog were related to foods.

They are:
  • Blog melayu sos tomato
  • Penyediaan memasak popia
  • Keropok lekor kemaman masjid
  • Resepi Chef Li

Those are the words for today alone. What about other days?

Does that mean I have to keep on writing about foods?

Well... no problem. It’s just that I have to figure out new recipe or at least alter some recipes to make it like mine like I used to do.

Does that mean I’ll have my weight increased?

Well... let’s reconsider that. Many have said that I’ve lost some more weight, at least 2 persons for today alone. Is it really true? But I still think that I got some unnecessary fat around my waist. Kan?

This entry isn’t thoughtful, I know. Rarely am I like this. Hu~

Thursday, July 03, 2008

Home-Made Pizza


Satu perangai aku ialah aku suka mencuba perkara-perkara baru, iaitu perkara-perkara yang tak pernah aku lakukan sebelum ini. Antaranya ialah memasak pizza. Ok. Tak mencabar kan? Tapi cuba korang buat dulu. Jadi ke tak? Bantat? Padan!

Dan apabila percubaan itu membuahkan hasil yang memuaskan, malah mendapat pujian orang, itu menyemarakkan lagi semangat aku untuk terus melakukan perkara itu. Adakah ini bermaksud aku akan membuat pizza lagi pada masa akan datang? Ya!

Sape nak makan angkat tangan!

Ok. Bayar sorang RM10. Belanjanya mahal.

Sudah. Jangan merapu lagi. Teruskan kepada resepi membuat pizza. Senang je rupa-rupanya. Kalau aku boleh buat, kenapa mak budak dan budak-budak lain tak boleh buat kan?

Aku berterima kasih kepada Safwan kerana menurunkan ilmu membuat pizza kepada aku yang dipanjangkan melalui SMS 3 muka yang berbunyi:

Rndm 1pkt yis kering dlm 3cwn air yg tlh dibancuh 2 sudu gula smpai b’buih (lbh krg 15mnt), pastu cmprkn smua ked lm bks-1kilo tpg gndm, 1cwn minyak msk, 2 bj tlr, secubit grm, 2ulas bwg pth dtmbuk, uli sampai bks brsih, biar doh naik 2 kl gnda lbh krg 30mnt), pastu bhgikn ikut saiz pan, uli sket n tebar ats pan, cucuk slrh doh ngn grpu, biar 5mnt lg, blh la ltk topping (sukati), bkr 180c slm 20-30mnt.


Ok. Tu la dia panduan aku untuk buat tepung pizza.

Untuk topping pulak, aku malas nak ajar. Pasal topping yang aku buat semuanya rahsia. Aku buat 4 jenis topping haritu. 3 sedap, 1 biasa-biasa je. Kalau Secret Recipe dah sah-sah menggunakan istilah Resepi Rahsia sebagai nama restorannya, dan KFC pula bangga dengan ayam goreng yang dirahsiakan resepinya, mengapa perlu aku dedahkan resepi topping aku kan?


Untuk toppingnya pula, aku syorkan satu resepi ni. Sebab inilah resepi paling asas untuk buat topping pizza.

Tumis bawang besar dan masukkan tomato puri. Kalau nak sedap letak sedikit sos tomato. Bubuh garam dan ladam hitam secukup rasa. Tu je yang perlu dimasak. Lepas masak sapu atas pizza sesuka hati (baca: cara aku).

Yang lain-lain, main tabur-tabur je. Taburkan cili bulat yang telah dipotong dadu (hijau dan merah untuk menceriakan suasana atas pizza) dan hotdog. Lepas tu tabur pula sayur campuran (mixed vegetables) dan nenas. Kemudian letakkan shredded cheddar cheese sebanyak mana korang suka. Kalau banyak duit, boleh guna mozarella. Kalau nak lemak lagi, tabur pulak mayonis lepas pizza dibakar. Sure, lemak korang akan bertambah pastu.

Apa lagi, tak reti-reti nak mencuba?

Sunday, June 29, 2008

Almost to Leave It


Are you serious? Only 2 days left for the practical training before I actually finish it on Friday and get back to Kuantan on Sunday. Monday I’ll have class to go. Give me time to rest! But… no. That’s the schedule. Don’t grumble.

It has been a very short 3-month period spent doing the practical training in Pathology Department of Banting Hospital. I mean, ya. Seriously short. Only those doing training there would know and understand what I am talking about.


The staffs are very nice. They’ve been very cooperative yet friendly teachers and to an extent friends and family. It’s hard to leave them and get back to study for another 2 semesters, but then again, that’s the schedule. And not to forget other students from other universities, you rock guys!

To not forgetting them, they are En. Yusfairuz and Cik Parvathy the Science Officers, Encik Safri, Encik Sam, Encik Rosli, Puan Asmah, Cik Shidah, Encik Nordin, Puan Tumidah (won’t forget the day you cry when you told a story about HIV patient to me) Kak Umi, Puan Hamidah, Puan Kamariah, Puan Rohana, Encik Norli, Kak Intan and Puan Azimah. Owh yes, not to forget Encik Gui Yak Joo who has moved to Klang when I was in the fourth weeks in the lab.

Meanwhile, the rockin' students are Azman from UiTM, Wawa from UM, Shariffuddin, Nora, Raja Azren, Shantarubini, Aruna, Punitha and Poongkothai (Bunga) from PTPL, Tharshini, Dhlogees, Ritha, Janarthanan, Hamizah and Nawar from Unisel. Not to forget those who I’ve known but “graduated” from the lab earlier including Sivaguru, Sri Devan and Nadhirah. To add more are other staffs that went in and out of the lab – you never disappoint me with your attitudes. We share laughter and joy together. Haha...


I recommend those who want to do practical training in lab thingy to do it there in Pathology Department of Banting Hospital. Other than the point above, I can guarantee you this: you could highly probably have increased your body weight once you finish doing the practical training there. Why? Because the culture in the department is that sharing is caring. We share foods. Hehe...

But fortunately to me, I know how to balance my diet in order not to gain even a kilogram of it insha Allah. I started doing the practical training with my weight 81kg (based on the scale in the lab) and now it is still 81kg. Syukur~

Like today: we did a farewell makan-makan (read: party) for the staffs and the foods served is like for 50 people while there are only around 30 of us including staffs and students. Haha... and among the foods is pizza that I cook for my first time and it was quite commendable for a first-timer. I didn’t know that it would be that thick once I baked the pizza thus it ended being a thick-pizza-like-no-others. Haha...

You want the recipe in my style (read: suka hati style)? Wait ah. Wait for the next entry insha Allah...

To be updated.

But one thing to share for now; I've got a booking of 60 40 pieces of that popia using my recipe okay. Now I'm thinking of making it a serious business. Can uh? Huhu~

Wednesday, June 25, 2008

Popia


Mari main masak-masak.

Sekejap. Itulah antara permainan yang aku selalu mainkan semasa kecil. Itu menerangkan sesuatu dalam isi aku yang ketiga dalam entry ini.

Sekejap lagi sekali. Aku berbahasa Melayu? Peduli apa? Aku nak kongsi resepi mesti dalam bahasa Melayu. Resepi Szakif’s Pie menjadi buruan ejen carian Google dan yang sewaktu dengannya dengan kekerapan paling kurang 2 kali seminggu. Bagi aku, membanggakan.

Lagi-lagi sekejap. Ini tiada kaitan langsung dengan mamat electricpopia, walaupun aku pernah kata nak buatkan dia popia. Lagipun dia dah kata dalam blog dia, bukanlah dia minat sangat popia pun~

Baik, kembali kepada topik asal.

Nak buat popia perlukan tangan yang lembut. Pasal kalau kasar sangat nanti kulit popia terkoyak. Korang tak tahu macam mana nipisnya kulit popia? Cari di pasaraya, mesti ada di bahagian sejuk-beku. Aku secara jujurnya tak pandai nak buat kulit popia sendiri. Aku lebih suka beli. Lebih jimat masa. Nak jimat masa ke, duit? Orang kata masa itu emas, kan?

Popia ni pulak, sebenarnya tiada dalam perlembagaan mana-mana negara pun, intinya kena sekian dan sekian. Suka hati korang la nak bubuh apa. Asal sedap, jalan...

Berkata tentang inti, resepi yang aku nak ajar ni sangatlah senang. Mak budak pun reti buat. Hua hua...

Ok, bahan-bahannya:
  • Kulit popia
  • Daging kisar
  • Sayur-sayuran campuran (baca: mixed vegetable)
  • Bawang Holland (kalau dungu sangat tak tahu apa bawang ni, ala.. bawang besar tapi yang warna putih dan rasanya manis, bukan yang bawang besar merah)
  • Sos tomato Maggi (paling sedap bagi aku)
  • Lada hitam
  • Oregano (sengaja nak menaikkan tahap piawai popia ni menjadi ala-ala kebaratan)
Langkah-langkah memasak inti:
  1. Tumis bawang Holland dan daging kisar sehingga daging itu masak.
    Tips 1: Minimakan penggunaan minyak. Harga minyak sekarang mahal (takde kaitan).
  2. Masukkan mixed vegetable sesuka hati banyak mana nak diletak.
  3. Tuang sos tomato, juga sesuka hati.
    Tips 2: Sos tu dah cukup masam manisnya. Tak payah nak gatal-gatal tambah apa-apa perisa lagi.
  4. Tambah lada hitam, oregano dan garam (kalau nak), lagi-lagi sesuka hati.

Cara-cara melipat popia:

Langkah 1: Letak inti popia sesuka hati.

Langkah 2: Mampatkan dan kemaskan kedudukan inti.

Langkah 3: Lipat di kiri dan kanan seperti gambarajah.

Langkah 4: Jangan lipat habis lagi.

Langkah 5: Celup hujung jari ke dalam air sejuk dan ratakan di hujung kulit tersebut. Ini adalah untuk melekatkan kulit yang hujung dengan bahagian badan popia tersebut.
Tips 3: Kuku yang pendek dan bersih menjamin kebersihan penyediaan makanan.

Siap! Selepas tu, terpulang la nak goreng ke tak. Pasal kulit popia tu dah sedia masak dah sebenarnye. Kalau goreng kena guna minyak. Sekali lagi, harga minyak dah mahal sekarang. Maksud aku, minyak kereta.

Nota kaki: Budak ni konon-kononnya nak tempah aku waktu hujung minggu apabila semester bermula. Suruh masak katanya. Harap jadi kenyataan. :p

Tuesday, June 03, 2008

Szakif’s Pie

Szakif's Pie

Maaf. Kali ini aku berbahasa Melayu. Aku tak mahu memeningkan orang dengan bahasa Inggerisku yang bersepah. Ini ialah kemasukan (baca: entry) yang istimewa, sebab tak pernah aku menulis tentang resepi. Aku mahu orang betul-betul faham bagaimana mahu menyediakan makanan Barat yang leceh-tapi-berbaloi-sebab-sedap ini.

Untuk pengetahuan korang, satu perangai aku apabila berkata tentang resepi ialah aku suka mengimprovisasikan apa yang aku sudah tahu. Contohnya, dalam resepi Szakif’s Pie ni, idea asalnya adalah daripada Shepherd’s Pie, yang diajar melalui tulisan tangan you-know-who dan hasil air tangan kawannya. Aku terus berminat untuk belajar bagaimana mahu menyediakan resepi ini. Aku cuba, jadi. Dan aku buat lagi, dengan beberapa perubahan dan penokoktambahan. Makin bagus!

Mungkin korang perlu tahu apakah resepi asal dalam Shepherd’s pie. Baca di sini. Untuk resepi aku yang istimewa ini, tiada sukatan tertentu untuk satu-satu bahan kerana semuanya terpulang kepada kemahuan masing-masing. Ada beberapa bahan yang aku cadangkan amaun yang diperlukan, yang masih lagi semuanya terpulang kepada korang. Tetapi, kawalan mutunya (baca: quality control) perlu mendapat restu lidahku.

Hentikan repekan. Ini ialah bahan-bahan yang diperlukan untuk Szakif’s pie dan cara memasaknya. Bahan-bahan disusun mengikut susunan masuk-kuali:

Lapisan pertama – Daging Sos Tomato
Mentega – cukup-cukup untuk menumis daging dan bawang. Jangan banyak-banyak.
Bawang besar dipotong dadu
Daging kisar 1 kg – tumis sehingga masak.
Sos tomato Maggi – satu botol besar.
Lada hitam
Oregano – terpulang. Bahan ni mahal. Kalau ada, menyedapkan resepi ni.
*garam dan gula tidak diperlukan sebab sos tomato tu dah sedap dah.

Lapisan kedua – Pasta Pusar (baca: spiral)
Air panas mendidih
Spiral pasta
Garam

Lapisan ketiga – Kentang Lenyek
Kentang 2 kg – rebus dan lenyekkan.
Mentega satu bata – cairkan
Susu segar 1L
Garam
Lada hitam

Lapisan keempat – Hotdog
Hotdog seberapa banyak korang suka. Tak payah goreng.

Lapisan kelima – Cheddar Cheese lebih kurang 12 keping.

Tepung Pie (biasanya aku tak buat pun)
Tepung gandum 1 kg
Mentega
Telur 2 biji
Air garam
- Kalau tak pandai menguli, cari buku menguli. Aku tak nak ajar.

Selepas siap semua bahan di atas, masukkan ke dalam bekas yang sesuai, ikut selera korang.

Kemudian bakar di dalam ketuhar. Takpun microwave. Terpulang. Suhu, terpulang. Masa, terpulang. Pasal aku pun tak tahu. Yang penting apabila aku bakar, aku tengok cheese. Kalau dah hangus kehitam-hitaman sikit, itu tandanya sudah boleh makan.

Dengan sukatan di atas, korang boleh menghasilkan pie yang boleh dimuatkan dalam 10 organ perut. Semuanya bernilai lebih kurang dalam RM40. Ok la tu, sorang RM4. Kat kedai tak jumpa tau!


Tak faham, tanya. Tak tahu, tanya.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...