Tuesday, June 03, 2008

Szakif’s Pie

Szakif's Pie

Maaf. Kali ini aku berbahasa Melayu. Aku tak mahu memeningkan orang dengan bahasa Inggerisku yang bersepah. Ini ialah kemasukan (baca: entry) yang istimewa, sebab tak pernah aku menulis tentang resepi. Aku mahu orang betul-betul faham bagaimana mahu menyediakan makanan Barat yang leceh-tapi-berbaloi-sebab-sedap ini.

Untuk pengetahuan korang, satu perangai aku apabila berkata tentang resepi ialah aku suka mengimprovisasikan apa yang aku sudah tahu. Contohnya, dalam resepi Szakif’s Pie ni, idea asalnya adalah daripada Shepherd’s Pie, yang diajar melalui tulisan tangan you-know-who dan hasil air tangan kawannya. Aku terus berminat untuk belajar bagaimana mahu menyediakan resepi ini. Aku cuba, jadi. Dan aku buat lagi, dengan beberapa perubahan dan penokoktambahan. Makin bagus!

Mungkin korang perlu tahu apakah resepi asal dalam Shepherd’s pie. Baca di sini. Untuk resepi aku yang istimewa ini, tiada sukatan tertentu untuk satu-satu bahan kerana semuanya terpulang kepada kemahuan masing-masing. Ada beberapa bahan yang aku cadangkan amaun yang diperlukan, yang masih lagi semuanya terpulang kepada korang. Tetapi, kawalan mutunya (baca: quality control) perlu mendapat restu lidahku.

Hentikan repekan. Ini ialah bahan-bahan yang diperlukan untuk Szakif’s pie dan cara memasaknya. Bahan-bahan disusun mengikut susunan masuk-kuali:

Lapisan pertama – Daging Sos Tomato
Mentega – cukup-cukup untuk menumis daging dan bawang. Jangan banyak-banyak.
Bawang besar dipotong dadu
Daging kisar 1 kg – tumis sehingga masak.
Sos tomato Maggi – satu botol besar.
Lada hitam
Oregano – terpulang. Bahan ni mahal. Kalau ada, menyedapkan resepi ni.
*garam dan gula tidak diperlukan sebab sos tomato tu dah sedap dah.

Lapisan kedua – Pasta Pusar (baca: spiral)
Air panas mendidih
Spiral pasta
Garam

Lapisan ketiga – Kentang Lenyek
Kentang 2 kg – rebus dan lenyekkan.
Mentega satu bata – cairkan
Susu segar 1L
Garam
Lada hitam

Lapisan keempat – Hotdog
Hotdog seberapa banyak korang suka. Tak payah goreng.

Lapisan kelima – Cheddar Cheese lebih kurang 12 keping.

Tepung Pie (biasanya aku tak buat pun)
Tepung gandum 1 kg
Mentega
Telur 2 biji
Air garam
- Kalau tak pandai menguli, cari buku menguli. Aku tak nak ajar.

Selepas siap semua bahan di atas, masukkan ke dalam bekas yang sesuai, ikut selera korang.

Kemudian bakar di dalam ketuhar. Takpun microwave. Terpulang. Suhu, terpulang. Masa, terpulang. Pasal aku pun tak tahu. Yang penting apabila aku bakar, aku tengok cheese. Kalau dah hangus kehitam-hitaman sikit, itu tandanya sudah boleh makan.

Dengan sukatan di atas, korang boleh menghasilkan pie yang boleh dimuatkan dalam 10 organ perut. Semuanya bernilai lebih kurang dalam RM40. Ok la tu, sorang RM4. Kat kedai tak jumpa tau!


Tak faham, tanya. Tak tahu, tanya.

Selamat mencuba!

27 comments:

Anonymous said...

aku tau...
SCIENCESS PIE...huhu

Anonymous said...

Astade pie with franky house.

ILA said...

apasai zaki punya pie rupa mcm tu???
ermmm...akak put as "szakif pie" sesuai tak??
hehe

lutfi lukman said...

ampeh, dh la tgh lapar ni~ huhu. Ada hadiah tak ni? hmm...lets see...there seems to be traces of macarony...chicken...sausage...eggs?...sedapnya... nyum2...nama apa ek...chicken macarony pie?

Unknown said...

zulyunus...

what makes you think to relate the pie with SCIENCESS? LOL.. tapi memang takde kaitan ok.. huhu~

kita da de pemenang ye.. tapi takde hadiah katenye~

Unknown said...

anwar... (matila takmo dipanggil nuar suda~)

mak aih.. susah no pun nak menyebut name pie tuh~ huhu~ siap ade house2 segala.. mane plak datang tu~ hu~

Unknown said...

kak ila..

ha.. nanti saye terangkan kenapa pie tu nampak macam tu ok~

dan akak adalah pemenang sipi-sipi.. memang pie tu saye nak namekan sebagai szakif's pie.. hehe.. akak tertinggal huruf "s" kat szakif tu ye.. hu~

Unknown said...

luppi..

aku sanjung ko, pasal boleh membezakan daging hancur ayam dengan dagig.. pasal resepi asalnye gune daging lembu ok~ tahniah! tapi tak de hadiah.. hu~

kita da de name untuk pie tu ok~ :D

terima kaseh kerana mencuba untuk meneka..

fattybombom said...

SHEPHERD PIE...:D...AKU TAU CANER NAK BUAT..TP AKU MALAS LAA NAK TYPE RESEPI DIA ZAKI..:D

Unknown said...

far...

so da tak perlu taip. ko just perlu print je page entry ni ye.. hehe.. kerja anda telah dimudahkan.

ILA said...

zaki..mgapa pula mesti nak letak 's ujung nya..
kau sorang je..bukannya ada 2,3,4,5,6..and dot..dot...hehe:p

bagus le mcm tu...
jika kita minat dgn sstu..kita perlu mnyerlahkan daya kekretifan yg ada.is mean tak bergantung kat resepi yg asal.

ermmm..actually..
akak masih tak cuba lagi ler..resepi yg kau bagi.entah kat mana akak letak.
tapi utk kali k-2 akak melihatnya di sini ..mcm ada ura2 nak buat d ujung minggu ni..;)

ehemmm!!jaga badan tu!!!

Mr Jagatraya said...

mak aih susahnya nak buat..Ko buatkan untuk aku leh?

Unknown said...

kak ila..

aha! the name is szakif's, not szakifs... ade beza ye.. hu~

i wish you all the best with the recipe ya. it's an easy one but it needs patience and skills to be successful. hu~

jaga badan? ape tu? :p

Unknown said...

din aka jagatranya..

settle. ko bagi aku RM40, sume siap. balik kuantan aku tuntut ok! hu~

Shana said...

A tip, lain kali bila rebus pasta letak minyak skit. Nnt pasta tu tak melekat.

Klu nk oregano murah, beli yg course. Yg kat botol (McCormick & sekutunya) tu mmg mahal, lgpun serbuk halus kan. Klu yg course tu nmpk la segala daun & batang. Tp sama je..

Anonymous said...

hahahaha macam best. resepi yg linient skali, masa terpulang, sumer terpulang.. hhuhuhu

Anonymous said...

itu dia... resepi lasagna yg paling hebat di alam semesta oleh Chef Zaki, anak buah kpd Chef Li.. (bodek sat ye Zaki)

Anonymous said...

eh silap, bukan lasagna tp pai yg paling enak di alam semesta

Unknown said...

kak arshana..

betol2! saye lupe plak nak bagitahu pasal letak minyak supaya tak menlekat tuh. terimas!

pasal oregano plak, ha. ni mende baru bagi saye.. ade eh yang murah? tak pernah jumpe plak kat pasaraya. asek jumpe yang botol kecik tu je, tapi harga sampai RM8. pergh~

Unknown said...

kamenr..

engkau sangat betol! memang resepi aku ni sangat linient, tapi jangan tertinggal statement ni ok~:
kawalan mutunya (baca: quality control) perlu mendapat restu lidahku.

huhu~

Unknown said...

hatifi..

wah.. mane plak ko dapat name chef Li tuh? Ramli kah? bapak aku tak pandai masak ah~ bidang masak memasak ni aku warisi drpd sebelah mak aku. gene X katenye~ muahahha~

pandai la kan ko nak bodek aku.. hu~

Anonymous said...

ala Chef Li, Rusli ABdullah, pengasas ITKAU yg fofular dgn jutawan sssssssssssenyap..

Unknown said...

hatifi..

terus aku nak search sapekah Chef Li itu.

kot2 boleh jadi jutawan jugak, dengan menjual pie aku ni. hu~

hafiza haris said...

terliur la....~
mcm nk buat jer...
tp tkut aku sorng jer yg mkn...tuh yg ssh hati tuh...
nnt nk dkat2 raye haji nk buat la..
hihihi;D

Unknown said...

fieza...

ko buat sket je la.. takpun buat bile ade function. so ramai yang leh makan :D

all the best. try tau!

Anonymous said...

Memang sedap.. terbukti ketereran si tukang masak....Darah Manis le katakan.. he..he..

Anonymous said...

salam, abg zaki

sy ctrl+c nad ctrl+v ye resepi di atas..hehehe
harap gigih nk membuatnya insyaALLAH

jzkk

-ajlaa-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...