Thursday, June 05, 2008
Perkara Tujuh
Owh tidak. Sekali lagi terpaksa aku berbahasa kebangsaan. Ini semua salah dua orang budak tak cukup umur, berat dan ketinggian ini dan ini. Habis praktis Englishku. Huhu... jika budak yang kedua menggunakan alasan bahasa Melayunya tidak bagus, aku pula mahu menggunakan alasan bahasa Inggerisku tidak bagus, untuk membolehkan aku meneruskan omelan dengan bahasa ibunda, boleh? ;p
Apakah yang mereka mahukan daripada aku? Fakta. Fakta yang semuanya berlegar-legar sekitar angka tujuh. Ya,7!
Tiada yang istimewa sangat tentang angka 7 dengan diriku. Adik-beradikku berjumlah 2@3 orang, tarikh lahirku adalah pada 11-10-1985, tarikh lahir you-know-who pun takde angka 7... apa lagi? Semua tiada kaitan dengan 7. Jika ada pun, nombor telefon mudah alihku terselit satu angka 7, tapi tiada makna sangat.
Dan bukankah sudah aku beri amaran aku tidak mahu lagi ditag dalam kemasukan ini? Sudah cukup aku dedahkan fakta-fakta tentang diriku, namun mungkin tidak bagi dua makhluk yang mengetagku. Tetapi atas dasar mereka merupakan junior-juniorku yang dikasihi, maka aku layankan sahaja. Bukankah itu tanda mereka ingat akan aku? Nama pun tag~
Untuk fakta-fakta yang akan korang baca di bawah, aku cuba kaitkan dengan kemasukan-kemasukan yang pernah menghiasi dada blog aku ini. Ini adalah untuk memberikan sedikit kelainan memandangkan sudah ramai yang terlibat dalam jangkitan epidemik tag ini, selain memberikan peluang untuk korang mengenali aku lebih lagi. Jangan segan silu untuk membaca lebih lanjut jika ada sebarang kemusykilan. Mudah, klik sahaja!
7 FAKTA TENTANG SAYA
- Aku peminat Mawi. Pautan: 1 2
- Asalnya tak suka nak pindah ke kampus Kuantan. Tapi sekarang aku lebih suka tinggal di kampus Kuantan daripada di Gombak. Tautan: 1 2
- Masih belum pandai bercinta, tetapi suka sangat berkawan. Aku jenis apabila dah suka kat seseorang tu, susah nak lupakan. Tautan: 1
- Sangat suka dengan kucing dan sangat benci apabila melihat kucing dipukul dan didera. Tautan: 1 2 3 4
- Sudah 3 kali membawa nama UIA di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam 3 jenis pertandingan yang berlainan. Tautan: 1 2 3
- Pandai membuat karipap dan membancuh air untuk pelanggan di Warung Ucu, kedai makan milik mak aku. Tautan: 1
- Sudah membuka photoblog sendiri. Tautan: 1
7 PERKARA MENAKUTKAN SAYA
- Jadi gemuk balik. Tautan: 1 2 3 4 5
- Diabetes dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan kegemukan. Tautan: 1
- Menjadi derhaka kepada mak dan abah. Tautan: 1
- Gagal dalam pelajaran. Tautan: 1
- Terlibat dalam kemalangan di jalan raya. Tiada tautan.
- Kehilangan orang-orang yang tersayang. Tiada tautan.
7 LAGU BUAT MASA SEKARANG
- Ada Untukmu – Nubhan
- 11 Januari – Gigi
- Sempurna – Gita Gutawa
- 3 Malam Tanpa Bintang – Fiq
- Aku Stacy – Stacy
- Kasihku Abadi – In Team
- Sihat Sejahtera – Lagu Hospital Banting
7 PERKATAAN YANG SAYA SELALU SEBUT
- Mak aih...
- Seluar! (apabila melatah)
- Wah!
- Bosol! (apabila marah)
- Assalamualaikum...
- Ko biar betol...
- Takpe takpe...
7 PERKARA AMAT BERNILAI
- Kehidupan
- Rambut
- Persahabatan
- Blog
- Kepercayaan
- Kesihatan
- Masa
7 ‘PERTAMA KALI’ DALAM HIDUP SAYA
- Membuka blog pada Disember 2005 ketika berada dalam tahun pertama peringkat ijazah sarjana muda. Tautan: 1
- Menderma darah pada 14 September 2004 di Pusat Matrikulasi UIA. Tautan: 1
- Membawa nama UIA dalam pertandingan peringkat kebangsaan dalam Kuiz Sains yang diadakan di USM Pulau Pinang pada Mac 2006. Tautan: 1
- Menerima poskad daripada luar negara daripada Ihab. Tautan: 1
- Belajar perkakasan lembut (baca: software) Adobe Photoshop pada Jun 2006. Tautan: 1
- Menyentuh dan belajar bermain angklung pada Julai 2006. Tautan: 1
- Bertemu mata dengan Kak Ila secara mengejut pada Jun 2006. Tautan: 1
7 BLOG YANG DIPILIH
- Kak Ila
- Cikgu Amir
- Kak Izyan
- You-know-who
- Kak Moon
- Wawa
- Dinie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
aiseh.....nanti try minta UMP, insyaAllah bley kejar your dream job...
pojan..
what's wrong, or maybe what's right about UMP?
dream job eh.. but do think i can do it? based on your observation la.. i know my weaknesses..
Adakah itu lantai hospital banting???
Dik..meh ke blog akak..(open utk public dah..)
video terbaru dari tg krang.cuba fikir sama2..logik k tak..hmmm..
kak ila..
itu adalah lantai makmal hospital banting.
mari tengok pocong kat blog kak ila!
*percaye la sangat mende2 camtu~
kenape dengan 1234567 tu?
waa.Dah nampak macam bekerjaya sekarang..
kenapa mereka berdua (sorang orang melayu) sorang omputih, tagged orang yang sama. CTh: zaki, nabil, as..
depa nih ade aura ke ;P
melatah sebut seluar?
comel gilak!!
"Bosol" tu ape??
kak moon..
everyhting has been revealed! bace la.. hu~
Salam perjuangan...
Rambut???
wah, mamat macho la katakan... :P
aku pom kene tag..tp peram la dlu eh.huhu
weh blog aku tadop pom dlm 7's list?
din jagatraya..
itu baru tengok nametag je.. blom tgk lagi ape yang aku buat mase kat prakitkal. hu~
praktikal seronok!
as..
kita bertiga memang ade aura agaknye~ hu~
as da buat belom?
-->pergi la check blog as sendiri!
baek~
jennyto..
aku memang melatah sebut "seluar!" ah. tak tahu kenapa. tapi sebenarnye kalau melatah yang extended sket, ade tambahan perkataan mencarut sket.
"SELUAR B*ABI!"
..pun aku tak tahu kenapa perkataan tu muncul.. preset dalam CNS aku kah? hu~
kak izyan...
"bosol" ialah perkataan yang tiada maksud, tetapi sudah menjadi jargon di kalangan kawan2 sekepala saya untuk meluahkan rasa marah kepada apa2 yang membuatkan kitorang marah.
bad..
hehe.. mase aku dok terfikir2 ape lagi yang berharga mase buat tu, aku tengok cermin dan secara spontan tangan aku menyentuh2 dan membetulkan rambut. so i think rambut aku memang bernilai ah bagi aku. hu~
pamie..
aku tak nak listkan nama ko pasal da de orang yang da sedia mengetag ko. so aku nak bagi peluang kat orang lain plak. hehe...
yang penting mamat pertama tu sebenarnye hensem ! haha. ni bukan masuk bakul angkat sendiri yer. ni bakul yang dah rabak.hohoho.
as tegk je tarikh entri. kalau entri tu awal. maknyenye dier la yg start tag .hehe. tak gitu abang seluar !.hehe.
anwar yang mengangkat bakul..
baikla.. ko memang hensem la.. fine.. tak nak kalah~ tapi hensem lagi aku ah~ larrrikkk..
*matila aku da de gelaran baru - abang seluar. jangan pasni ade yang stimulate aku melatah semata-mata nak dengar "seluar!" aku suda~ ade yang kenyang makan pelempang kang~
pelempang dari seorang senior ok wat.hehe.
anwar..
ade yang nak kena jugak ni.. :->
nanti aku tulis kisah "sinonpsis sebuah pelempang senior". wah! boleh buat buku! :D
Post a Comment