Sunday, March 12, 2006

Mewakili UIA ke USM (updated)



Image hosting by Photobucket

pasukan UIA yang world!


Baru-baru ini, pada 10-11 Mac 2006, UIA telah menghantar dua buah pasukan dari Kulliyyah of Science ke Universiti Sains Malaysia (USM) dalam pertandingan kuiz Sains dan Teknologi bersempena Minggu Sains dan Teknologi yang dianjurkan oleh Persatuan Kajihayat (or something like that la... tiru cam ayat sultanmuzaffar).


Khamis, 3.00 petang...


Image hosting by Photobucket

menaip di dalam bas yang bergerak, memeningkan...

Mak ai... sempit betul bas ni. Susah aku nak menaip. Goyang-goyang pulak tuh. First time aku menaip dalam bas. Actually, mase aku taip posting ni, aku dalam perjalanan ke USM Penang, untuk mewakili UIA dalam Kuiz Sains. Menurut Dr. Irwandi, Dean of Student Affair for Kulliyyah of Science, ini adalah kali pertama UIA menghantar wakil in such quiz competition. Rasa bangga jugak la... hehe... may be ini sumbangan aku untuk UIA dan aku berjanji untuk melakukan sehabis baik dan aim aku cuma satu - menang!

Betul kata Haris, international student, classmate aku dari India, aku bukan hanya mewakili UIA tapi juga membawa nama Islam!

Aku rasa baik aku perbetulkan; bukan aku sorang saje yang dipilih menyertai kuiz ni, tapi there are 9 more students from Kulliyyah of Science akan bekerja bersama untuk membawa kemenangan kepada UIA. Amin...

Berbalik kepada cerita perjalanan tadi, aku masih lagi berada di highway PLUS, baru sekejap tadi kitorang berhenti di Perhentian Tapah. Asing benar tempat ini bagi aku. Rasanya ini adalah kali kedua aku melalui highway ni. Dulu kali pertama masa ikut hantar sepupu kahwin kat Kedah, pastu melencong ke Perlis, shopping. It was when I was 16 if I'm not mistaken.

Ha! Baru je melepasi sebuah air terjun. Tak pasti pulak air terjun apa. Lawa! Subhanallah...

Merentasi gunung ganang dan bukit bukau yang tersergam indah menyaksikan betapa kerdilnya aku di bumi ini. Indah benar ciptaan Allah.

Adeh... tak selesa betul keadaan aku menaip ni. Stop dulu...


Jumaat, 3.30 petang.

Masa aku taip ni, pusingan pertama peringkat separuh akhir sedang berlangsung. Baik aku ceritakan apa yang berlangsung pagi tadi.

Pagi tadi pusingan pertama berlangsung di mana enam buah kumpulan daripada 5 universiti terlibat dalam pertandingan ini - USM, UIA I, UIA II, UiTM, UPSI dan KUSTEM. Pusingan pertama menuntut semua peserta untuk menjawab soalan kuiz berbentuk objektif. It's no more than like having examination. Tempat duduk diasingkan sorang-sorang. Rasa macam bukan quiz antara universiti, tapi macam ambil exam plak! Haha...

There are 80 questions to answer, semua yang berkenaan dengan biologi, chemistry, physics, modern math and additional math. Bagi aku sendiri, dah la lame tak belajar math dan fizik, otak pun poning nak menjawab soalan math. Maaf Cikgu Amir!!!! Haha... bila masuk bab janjang, aku memang surrender! Tak ingat formula!!!

Soalan yang lain aku jawab dengan tenang dan agak senang berdasarkan apa yang aku belajar masa kat sekolah menengah dulu. Ada la jugak soalan peringkat matrik, tapi tak banyak. Focus soalan lebih banyak kepada syllabus sekolah menengah.

Oh ya! masa yang diperuntukkan untuk menjawab kesemua 80 soalan adalah 100 minit. (terima kasih safwan kerana memeningkan aku).

Selesai "kuiz" tu, kitorang dibenarkan keluar dari dewan. Lebih kurang 30 minit kitorang menunggu sebelum keputusan diumumkan. Hanya 5 kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir, which means there rest one group will be eliminated. Na'azubillah... apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa supaya kami tak disingkirkan awal-awal...

Maklum la... jauh kami merantau dari Gombak merentasi Jambatan Pulau Pinang (first time dalam hidup aku) bukanlah untuk bergelar loser. Kami tak mahu kalah, kami mahu menang! Hooray!

Melalut pulak aku... Maka keputusan diumumkan...

Kumpulan yang layak mengikut turutan markah tertinggi ke markah paling rendah:
UIA I (group aku)
UIA II (safwan nak jugaaak)
USM
UiTM
UPSI
KUSTEM

Alhamdulillah... Maka jelaslah kedua-dua pasukan UIA layak ke peringkat separuh akhir manakala bukan rezeki pasukan KUSTEM untuk terus berjuang. Kredit untuk pasukan KUSTEM kerana turut membawa seorang wakil yang bukan berbangsa Melayu kerana hanya pasukan ni je yang camtu. Pasukan lain semua orang Melayu. Tak tahu pulak kenapa seolah-olah pertandingan ni untuk orang Melayu pulak!

Habis aku taip ni, masa untuk pusingan pertama, peringkat separuh akhir ni is about to the end. Pasni ada dua lagi pusingan dengan format yang berlainan. Stop dulu, sambung taip malam nanti.


Image hosting by Photobucket

separuh akhir. UIA I: asmawi, fauzan, kak miza.

Image hosting by Photobucket

waiting the expected result, boleh la tersenyum pasal dah tau result awal-awal...

Image hosting by Photobucket

pose lagi...


Jumaat, 9.00 malam...

Kami layak ke peringkat akhir! Kedua-dua kumpulan dari UIA berjaya melepasi peringkat separuh akhir.

Mase pusingan kedua, peringkat separuh akhir tadi, agak banyak masalah yang jelas timbul. Yang paling menjadi perhatian adalah apabila MC tidak faham sepenuhnya flow pertandingan. Ironinya, dia yang membacakan flow pertandingan tu, but at last dia yang gagal memenuhi tuntutan flow tersebut. Natijahnya, ada sedikit kekeliruan timbul dan menyebabkan pasukan UiTM yang menjawab salah mendapat 5 markah percuma!

Pusingan ketiga peringat separuh akhir berjalan dengan agak tenang. This stage ran quite smoothly although there were some ad hoc adjustments had been made.

Selesai pusingan ketiga, kami berehat sebentar. Kami disajikan dengan tayangan video. Kami dimaklumkan tayangan tersebut adalah berkenaan Sign of the Last day or something like that la, but to me the show was nothing more than rubbish. Isi bagus, tapi persembahan "ilek". Tak dengar apa yang disebut oleh narrator. So, kitorang yang berada di barisan penonton lebih banyak berbincang dan mengodah. Haha!

Keputusannya...

UPSI mendapat markah kumulatif paling tinggi, diikuti UIA I dan UIA II. The other two groups, USM and UiTM hanya sekadar mampu berpuas hati dengan markah yang rendah sekaligus tidak melayakkan mereka melangkah ke peringkat akhir.

Pada aku, jangan pandang rendah dengan UPSI ni. Walaupun pada awalnya diorang score paling rendah dalam peringkat pertama, tapi bila sampai peringkat separuh akhir, they all melonjak. Esok peringkat akhir, jangan main-main! Caiyok UIA!

Image hosting by Photobucket

sessi perbincangan malam sebelum final. subjek SPM...

Sabtu, 6.00 petang sambil ditemani Safwan yang tengah hisap lollipop, dalam bas.

Ho ho ho hai gumbira!!! UIA menang!!! Tempat pertama dan kedua� UPSI hanya mampu tersenyum di tangga ketiga. Kemenangan kali ni mutlak, takde sebarang pertikaian. Dari UIA sendiri kitorang ada juruanalisa statistic tak bertauliah yang mengira markah setiap peserta. Mereka terdiri daripada Safwan sebagai Ketua Juru Audit, Asmawi sebagai penolong Juru Audit dan Zulhilmi sebagai pengkritik (menurut kata Safwan yang berada di sebelah).

Pada peringkat akhir ni, aku mewakili pasukan UIA I bersama Kak Miza dan Fauzan sementara UIA II diwakili Mahfuz, Kak Lina Diyana (yang lawa tapi sedih dah berpunya) dan Kak Syimah (yang sporting jugak orangnya).

There were two rounds for this final stage. The first one is where each group will be given 3 minutes to answer as many questions as they can. So untuk round ni kemahiran mendengar dan mentafsir maklumat dengan cepat amatlah penting. Nasib baik jawapan yang perlu dipilih sama ada betul atau salah, jadi senang la.

Pasukan UIA beruntung kerana kami memilih sampul yang terkandung soalan yang agak mudah berbanding pasukan UPSI yang gagal menjawap banyak soalan dengan tepat. Di sinilah kelemahan mereka amat ketara dan menyumbang kepada kekalahan mereka.

Di pusingan kedua, this time it's more like a quiz di mana soalan dipaparkan di papan layar dan setiap pasukan perlu memilih satu jawapan sama ada A, B, C atau D. Ada jugak beberapa soalan yang memang kami tak tahu apa-apa, so apa lagi, tembak la! Hehe... alhamdulillah, walaupun tembak, tapi kebanyakan yang ditembak itu betul.

Selesai kuiz, para penganalisa kami di bawah senyum tersipu-sipu menandakan kemenangan yang berpihak kepada kami. Kami pun dah dapat agak pasal kami sendiri mengira markah sambil bertanding! Haha... maklumla, peristiwa semalam membuatkan kami begitu berjaga-jaga dengan system pemarkahan. Sepanjang pemerhatian aku, juru audit pihak penganjur adalah dari kalangan komiti mereka sendiri, jadi ketauliahan mereka boleh dipersoalkan. Bukan mahu memperkecilkan, tetapi kami hanya berjaga-jaga.

Maka pulanglah kami ke UIA dengan gembira. Tak sabar rasanya nak tengok reaksi Dr. Irwandi.


Image hosting by Photobucket

pasukan UIA I: aku, kak miza, asmawi, fauzan dan zulhilmi (team manager)

Image hosting by Photobucket

pasukan UIA II di final: Lina Dyana, Kak Syima dan Mahfuz

Image hosting by Photobucket

pasukan UIA I di final: kak miza, fauzan, aku.

Image hosting by Photobucket

menunggu final bermula

Image hosting by Photobucket

menunggu final bermula, tenangkan minda...

Image hosting by Photobucket

bergambar selepas upacara penyampaian hadiah


Fakta menarik sepanjang berada di USM:

1. NOK! Nak tahu apa tu nok? Lelaki lembut yang memang takde cover-cover. Suara jantan, rambut betina, kain pelikat jantan (dari sembahyang jumaat), punggung betina and of course gaya bercakap dan berjalan mengalahkan perempuan. Ada banyak@ramai golongan species ni kat USM rupanya. Er... since aku ni ada rupa, aku menjadi perhatian mereka! (gelak bagai nak rak)

2. Jejak kasih dengan rakan sebilik masa kat SAMBEST dulu, Hafiz Khalid. Dah kurus dia sekarang dan bertambah hensem (nak puji Hafiz supaya dia akan kerap mengunjung blog ni... hehe)

3. Bilik yang selesa. Kredit untuk bilik penginapan USM yang world! Luas dan selesa. Tandas pun bersih.

4. Komiti yang sangat sporting, lebih-lebih lagi pengarah kuiz. She's very responsible and approachable. Er... mintak nombor boleh? (gelak lagi)

5. Teamwork yang world! Tak sangka kitorang boleh duduk semeja berbincang subjek SPM pada malam sebelum final. Walaupun apa yang kami bincangkan tak banyak menyumbang untuk menjawap soalan-soalan di final, sekurang-kurangnya sessi ini telah merapatkan hubungan kami dengan lebih erat lagi.

6. Harga makanan yang sangat murah. Pada mulanya kami agak terkejut dengan harga makanan dan minuman yang jauh lebih murah berbanding di UIA. Maklumla... di UIA sana harga standard KL, taraf hidup dan kos sara hidup tinggi, nak buat cam mana... kat penang ni, harga lain. Menurut sumber, harga nasi campur dikomplen walaupun pada aku dah cukup murah. Nasi+sayur+ayam=RM2.20 dah kira murah la tu, kalau kat UIA.

7. Pingat patah! Kepala pingat untuk Naib Johan patah, kredit untuk Pengarah Kuiz yang berterus-terang dan sedia untuk menyediakan piala yang baru dan akan diposkan ke UIA. Kami sedang menunggu piala tersebut!

8. Singgah di KOMTAR. Dalam perjalanan pulang, kami meminta pemandu bas membawa kami singgah di KOMTAR untuk membeli belah. Maklumla... bukan selalu berjalan ke negeri orang, jadi nak jugak cari barang kenang-kenangan... aku beli dua pasang baju dan asam buah pala untuk mak cik-mak cik classmate aku.

9. Pemandu bas yang world. Biasanya orang ada masalah dengan pe'el pemandu bas yang cerewet, tapi kami bertuah sebab kedua-dua (aku tengah lalu terowong!!!!) pemandu bas ni ramah, mesreeeee (cam Bob AF2) dan world! Terima kasih pak cik!

10. Gear tak boleh masuk! Masa aku taip ni, tetiba bas ade masalah gear. Na'uzubillah... jauhi kami dari sebarang masalah...

11. Perkataan "sentap" menjadi perkataan paling popular sepanjang kami berada di sana. asalnya safwan yang mulakan sebab dia tersentap pasal masa dinner pada malam pertama di USM, nasi goreng yang dia order habis. dah tu tauke restaurant tu plak tak bagitahu, punye la dia menunggu... kesian... sentap! Fauzan pun dan pandai sebut perkataan tu... hehe...

12. Penyertaan aku dan Fauzan mewujudkan satu medium antara kami untuk lebih rapat. sebelum ni cuma kenal melalui blog je, tapi sekang aku dah kenal siapa mamat botak ala mawi (tapi dia tak minat sangat kat mawi) ni...

[apa yang aku fikirkan...]
[lain kali kalau ada pertandingan macam ni lagi, aku nak masuk la!]



Image hosting by Photobucket

odah...

Image hosting by Photobucket

mamat-mamat batak... haha...

Image hosting by Photobucket

jambatan penang, first time lalu kat sini.

Image hosting by Photobucket

singgah di komtar sebelum bertolak pulang ke UIA

Image hosting by Photobucket

on the way to penang, singgah di Hentian Tapah.

Image hosting by Photobucket

makan time! mee kari yang tak world!

Image hosting by Photobucket

senyum lebar...

Image hosting by Photobucket

makan, acara wajib! hehe...

14 comments:

Anonymous said...

nak copy and paste "FAKTA2 menarik tentang USM". Boleh????

Anonymous said...

sebelum ni hanya mendengar gang GUBU jer cakap sentap, tapi masa di USM, safwan telah picturized situasi sentap. MARI menyentappppppp


sangat sesuatuhhhhh FACTS tentang USM. Pembaca jangan silap faham, kitorang hanya menjadi lebih rapat sebb saling berkenalan, frienship fil'lah. Tiada apa2 hubungan perasaan ok!

hahahahahahahhaha

Unknown said...

nak copy, boleh je tapi bagi le kredit kat aku... hehe... tak ikhlas ni... wei... ko masih tak jelaskan ape GUBU tu... pastu pasal rapat merapati tuh, jangan le pikiaq bukan2... pojan! memang ade hubungan perasaan la! kah kah kah kah kah kah kah kah kah (gelak sampai nak putus nafas) dulu nak tegur mamat senior ni sikit punye susah, sekang nak pinjam bola bowling pun sonang! haha!

Anonymous said...

experience kat usm bersama zaki n the geng mmg best. betul kata zaki, team work mmg mantap dikalangan bebudak uia. team I and team II study bersama2. kira mantap gila la tu. esok (14/3/2006) jgn lupa pegi ofis sbb lecturer nak tangkap gambo... nak wat 'hall of fame' kut..hakhak!

Unknown said...

kak miza paling banyak menyumbang kepada kemenangan pasukan kite. pasal banyak soalan yang melibatkan pengiraan. soalan yang biology-based plak tak banyak sangat, kalau ade pun saye tak tahu jawapan! blur je... terima kasih kak miza! kak miza memang world la! pojan ngan mawi pun world jugak, jangan plak sentap ek? hehe...

Unknown said...

kak mardiah12, terima kasih atas komen akak. sekarang saye ade terfikir untuk terus bersendirian dulu, tak nak fikir pasal orang kedua lagi. saya juga ade terfikir, untuk hubungan seterusnya, saya tak nak saya yang mulakan, biar lah si dia yang mulakan.

Unknown said...

komen kat atas utk posting tentang "Penting ke Makwe ni?"...

Anonymous said...

huh

AKU TAK MINAT MAWI

Sufi is me said...

wOw
inCik sZakiF menanG kuiz tu..
*keninG terangkat*

tahniah...
mabruk ya akh!

Unknown said...

pojan...

tak minat mawi dah le... huhu... hang biar panjang sikit rambut tuh.. kang orang kata tiru mawi plak! ahaks!

Unknown said...

saufiah...

kemenangan ni bukan atas usaha saya sorang, tapi semua yang terlibat... untuk group UIA I, kak miza la yang paling world! haha...

Anonymous said...

Salaam and congratulations fellow KOS comrades, from across the Indian Ocean!

Memang seronok dan bangga dengar kejayaan KOS & UIA di peringkat inter-universiti dalam kuiz sains, tahniah kerana mengharumkan nama kulliyyah kita.

Tapi cerita sikit la pasal jenis-jenis soalan dan format kuiz tu. Semua dalam BM ke?

Apa-apapun, teruskan usaha memartabatkan KOS! Salamku buat teman-teman semua.

Matiin

Unknown said...

matiin...

soalan semua berdasarkan soalan SPM dan STPM@matrik. semua dalam bahase melayu.

hari ni (khamis) kitorang ade lunch dengan dean. besy nye!!!! =)

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP » »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...