Sebelum saya menaip lebih lanjut, baik saya bagitahu awal-awal bahawa ini adalah entry terakhir sebelum dibekukan selama 2-3 minggu. Tuntutan exam membataskan pergerakan blog yang selama ini sentiasa aktif. Takpe la… One more thing, saya gunakan ganti diri “saya” instead of “aku” untuk menghormati pembaca yang lebih tua (khususnya Cikgu Amir dan lecturer UIA jika ada)
Setelah beberapa bulan terlibat dengan dunia blogging, dah macam-macam saya temui. Daripada blog yang memang saya tak tahu cam ne nak ubah settingnye, hinggalah apa yang anda dapat tengok sekarang ni. Walaupun ramai yang puji design yang lama, saya nak ubah jugak. Biarlah orang kate ape saje, self obsess ke (macam sayangsaufiah kate), capub ke, ini adalah design yang saya suke.
Hehe… serius benar bunyinye… Kredit kepada Fauzan yang membantu mengindahkan blog ni dengan sumbangan code HTML nye…
Berikut adalah beberapa kebaikan dan keburukan yang saya dapat daripada blogging:
[Kebaikan]
1. Kenal ramai orang. Dimulakan dengan pertemuan jejak kasih dengan Cikgu Amir Azmi yang terpisah sejak beliau keluar dari SAMBEST hinggalah kepada seseorang (baru je tahu tadi) yang merupakan kawan kepada kawan saya yang berada di Ukraine (terpakse ditooootkan sebab dah berjanji dengan dia). Untuk makluman, saya juga mendapat tawaran ke Ukraine daripada SUK Selangor, tetapi saye terpaksa melupakan tawaran tersebut atas halangan ibu bapa. Saya sedar, redha Allah terletak atas redha ibu bapa.
2. Belajar banyak perkara dan berkongsi pengalaman. Membaca tulisan bloggers banyak memberikan saya ilmu yang tidak saya dapat daripada buku-buku teks. Sebagai contoh – ilmu HTML coding dan pengalaman Cikgu Amir yang berada di Australia sekarang.
3. Tak leh berpisah dengan laptop. Laptop digunakan sepenuhnya. Hasilnye kecintaan terhadap laptop bertambah-tambah. Hehe…
Laptop yang disayangi.... juga dinamakan "szakif"
4. Dapat melepaskan ketegangan (tension) dengan menukarkan daya ketegangan tersebut kepada daya kinetik pada jari-jari yang laju menaip. Hasilnya hari-hari berlangsung dengan ceria…!
5. Brainstorm. Ada juga tulisan saya yang berkisarkan hal-hal semasa di mana perkara tersebut agak menarik untuk dibincangkan dan isi fikiran saya diterjemahkan dalam bentuk susunan huruf dan perkataan dalam entry blog.
[Keburukan]
1. Agak leka dengan surf internet. Kekadang sampai 3-4 jam terperuk depan laptop.
2.“Menderma” RM70 untuk tempoh 3 bulan untuk bayaran wireless yang banyak sangat masalahnye. Wireless di USM free je, UIA tak… hm…
3. “Menderma” lagi beberapa belas ringgit untuk membuat panggilan ke office gowireless sebab ade saje problem dengan connection. Pastu alasan yang paling menyampah saya dengar - “technician takde”…
4. Membelanjakan RM700 untuk membeli divicam dengan tujuan supaya blog dapat dihias dengan gambar dan occasion yang berlaku dalam hidup. (takde la buruk sangat actually)
Jadi berdasarkan pertimbangan di atas, saya memutuskan untuk terus memblogging. Mungkin ini boleh menjadi resume untuk saya memohon kerja sebarang medical journalist?
Akhirnya, doakan kecemerlangan saya dalam peperiksaan final pada minggu hadapan. Dapat dean’s list pun dah cukup bagus. Tapi ini tak bermakna saya akan membiarkan blog ini bersawang. Sebarang komen akan saya balas, insya Allah…
29 comments:
perluker sangat serious dalam blogging nih
as for me ader 4 sbb simple jer
1. improve bahasa/english
2. a space to channel my depression
3. simpanan untuk hari tua (termasuk kawan2 blogger)
4. kerana Allah taala.
Salam...
Selamat Exam!!! ;)
Ke dah exam?? Hehehee
hehe
sila teruskan berblogging
menyokong sesape saje yang mempunyai semangan blogging sejati hehe
ler..
nak beku ker...
aaaa...
eh kenapa laptop awak tu desktop background dier kelihatan innocent? ye ye jek kosong gitu... takkan tak letak gambar self obsess awak atau orang lain kut?
=P
aja aja, fighting!
buat jek exam tuh, telah tertulis segalanya..
fauzan..
keempat2 yang disenaraikan turut dipersetujui....
ihab...
exam dah start... doakan kejayaan aku dalam exam sem ni. doakan jugak aku dapat jawab denga tenang dan senang... amin....
hata...
terima kasih... you motivate me...
hahaha,
Szakif (read:sezakef)
Perlulah serious blogging..anyway ini adalah namanya libasan takdir (tiru ayat detektif conan-edogawa conan)..kerana ko tak gi ukraine..jadi ko x dpt mengikuti perkembangan rakan2 ko disini..
Pastu,jadilah customer streamyx pasti anda puas hati
Pastu,wah ada digicam barukah..eh cakap skett spect..aku pon nak beli nnt
Pastu yg terakhir sekali,
Selamat maju jaya dalam exam mendatang.Jawabla dgn tenang.Apabila terlupa jawapan,pejam mata..baca Alfatihah sedekah kepada ibu ayah dan lantas membaca ayat seribu dinnar.. Insya-Allah berjaya (dimodify skett dari KKKG)
Nad-
saufiah...
tu gambar lame... sebelum beli divicam.. sekang dahde divicam, melaram la!!! hahaa...
nad...
aku dah terfikir nak langgan streamyx kat rumah nanti. aku tak boleh bayangkan hidup tanpa internet dalam mase tiga bulan! arrrghhh!!! akan kulanggan jua nanti... tengok la....
nad.. tengok kat friendster aku.. ade gambar divicam aku...
[apa yang aku fikirkan...]
[terfikir tak bermakna membuat keputusan]
Salam...
Aku doakan semua umat Islam berjaya dengan cemerlangnya dalam apa jua bidang yg diceburi!
Kita perlukan generasi Islam yg tinggi pengetahuan ;)
Maka ku AMINkan doamu beserta doaku ;)
N keep up the trademark!!
Hahahahaha...
Sape2 buat gaya ko lepas ni bleh direfer sebagai TERJEBAK NGAN WABAK ZAKI hahahaha...
zaki,
teruslah berfikir2..dan selamat berjaya dalam exam ko~~
ihab...
Aku doakan semua umat Islam berjaya dengan cemerlangnya dalam apa jua bidang yg diceburi!
Kita perlukan generasi Islam yg tinggi pengetahuan ;)
amin....
N keep up the trademark!!
ni le trademark nye... sambil berfikir-fikir....
TERJEBAK NGAN WABAK ZAKI
wabak ni tak bahaye kan? hohu....
[apa yang aku fikirkan...]
[kesian dengan orang yang kena korbankan ayam diorang pasal nak elak kemenularan virus selesema burung]
nad...
teruslah berfikir2..dan selamat berjaya dalam exam ko~~
amin... semoga doa kite maqbul hendaknye.,.. dan kepada ko nad, selamat berjuang menangkis segala gosip yang sedang menular... hohu...
[apa yang aku fikirkan...]
[gosip ada kalanya membantu meningkatkan populariti]
Zaki,
aku dah pass ok exam2 aku hari tu..maka nnt aku mengaco ko atau sebaliknye seusainye exam2an ko..
huhu,marilah berjuang bersama menangkis gosip2 liar tersebut!!
nad...
huhu,marilah berjuang bersama menangkis gosip2 liar tersebut!!
nih sape nye keje mulekan gosip hangat lagi hangit nih.. adeeh...
[apa yang aku fikirkan...]
[mengantuk nye mateku...]
Akum..
Sokong hata: teruskan semangat blogging sebab dengan blogging ni dapat tukar2 pendapat.
Dan sokong Ihab: Selamat Exam! *ke dah exam?*
Btw ko amik course apa ek?
motif irzan sokong aku tapi update blog seminggu sekali? hahaha zipzas ok, takde la irzan, gurau2 ok, gurau2 mesra boley? huhuhu..
anyway..terusla berblogging ok
zaki,
sapa lagi klu bukan rakan yg kau sayangi,encik hajar fauzan..hehehe ..maka mariler bomb blog dia..
irzan,
blogkopun lama jua x de update..ahaha
irzan...
Sokong hata: teruskan semangat blogging sebab dengan blogging ni dapat tukar2 pendapat.
Dan sokong Ihab: Selamat Exam! *ke dah exam?*
selalu la bloghopping ke sini ye.... i'll do the same to your blog, insya 4JJl...
exam memang sejak minggu lepas dah start, tapi first paper tu just exam halaqah, bukan core course. so boleh diabaikan.. hehe... ni aku balas pas abis exam hari sabtu ni... alhamdulillah.. dapat jua kujawab dengan tenang dan senang...
[apa yang aku fikirkan...]
[nasib baik bace bab mitosis dan meiosis pasal tu yang banyak keluar]
hata05...
hahaha zipzas ok, takde la irzan, gurau2 ok, gurau2 mesra boley? huhuhu..
anyway..terusla berblogging ok
adeh... bahse baru lagi... zipzas... tak paham...
[apa yang aku fikirkan...]
[suka bergurau, aku le tu... tapi ade hadnye...]
nad...
maka mariler bomb blog dia..
adeh... cannot la... respek senior aku.. biar lah aku dituduh sebegini... haha... poyo!
[apa yang aku fikirkan...]
[dengan senior pompuan boleh pulak ber"akak-akak", tapi dengan senior lelaki main "aku kau" je... heheh]
Salam...
Ehhh aku rasa style Irzan tu effective ok...
Kalo update tetiap hari susah banget tau nak follow flow...
Tapi kalo update cam seminggu sekali ke apa ke, takde laa org yg tak dapat lawat tetiap hari ketinggalan gitu...
Hehehe... Whatta ya say??
Nyatakan apa yg berlegar di [fikir]an anda...
Ahli Fikir laa you, Zaki! Hahaha...
zaki,
zipzas tu cam ko memerli dgn sangat tepat..hehehe.
alah,motif takut kat fauzan dari tijuatu ittew?
ihab...
Hehehe... Whatta ya say??
Nyatakan apa yg berlegar di [fikir]an anda...
Ahli Fikir laa you, Zaki! Hahaha...
ko jangan amin "you you" ngan aku dowh... sensitip dowh... haha..
[apa yang aku fikirkan]
[kesian ngan orang yang kurang sempurna tapi berlagak vogue, bukan ihab k!]
zaki
selamat menggunakan kalimah2 yang bisa mengekspreskan diri kita dengan sempurna ok...
hihi,lantas tergelakkan statement zaki kat atas..
motif la you ni zaki..
maka dengarkan dari aku
*you*you*you*
nad...
motif la you ni zaki..
makin konfius la ak dnegan ayat2 dak gubu nih... takpe.. aku akan belajar sikit2...
hata05...
selamat menggunakan kalimah2 yang bisa mengekspreskan diri kita dengan sempurna ok...
ape yang you all bace dalam blog aku ni, tuhla cara aku karang ayat...
[apa yang aku fikirkan...]
[cmane farah AF2 boleh tarik sore setinggi tu? (sambil mendengar lagu Farah)]
Excellent, love it! seroquel used for anxiety Voyeur+hairy+mature+amateur+submitted Ford motor blowers Business card design company Pamela anderson 2006 calender Difference celexa lexapro Garmi street pilot i2 gps car Europe marketing business email list .html Mega millions may 13 2005 adirondack camping village Texas holdem tournaments nh http://www.lipitor-side-effects.info women in speedo swimsuits ferrari lamborghini dallas texas Samsung 915n lcd monitor snorting ambien effects high lamborghini murcealago
Post a Comment