Wednesday, March 01, 2006

Penting ke Makwe ni?

Entah kenapa hati ini seakan tersentap bila dua biji mata ini menyaksikan sepasang pasangan makan bersama-sama di café. Seakan kukenal yang bertudung itu, bertubuh tinggi mengalahkan lelaki (tapi aku tak kalah), berfesyen lain yang lain, dia dengan dirinya yang tersendiri. Siapa pula lelaki yang bersama dengannya? Tidak pernah pula aku tahu siapa gerangan lelaki itu.

Oh ya! Baru kukenal yang bertudung itu. Dialah yang pernah berada di suatu tempat dalam hatiku. Tempat yang tidak pernah terisi. Dia yang pertama mengisinya. Aku sendiri yang mengambil gerangannya, meletakkan dia, menyematkan kemas dalam hatiku. Namun tidak pula kutahu sama ada dia melakukan perkara yang sama dalam hatinya. Tidak pula kutahu dia menganggap, merasa apa yang aku rasa.

Untuk kepastian, kuketuk pintu hatinya. Kuhantar mesej SMS setiap hari, memberikan kata-kata hikmah, kata-kata nasihat yang kupetik dari mana-mana artikel. Apa yang aku rasa menarik, itulah yang kuhantar kepadanya. Ada juga kukarang falsafah kusendiri. Apa yang aku fikirkan benar, itulah yang curahkan dalam SMS ku.

Anehnya, lambat benar dia menyatakan rasanya. Tidak pernah dia menyatakan dengan jelas dan terang – suka atau tidak. Tapi dia tetap membalas. Walau tidak setiap mesej ku dibalas, namun jika dibalas, alangkah gembira rasanya!

Tak perlu aku ceritakan bagaimana aku bertemunya. Cukuplah sekadar kunyatakan apa yang berlaku selepas hati ini terpaut padanya.

Aku terus melayannya, tidak pernah kuterlepas menyampaikan mesej kepadanya setiap hari dan dia masih melayanku.

Tiba-tiba, tanpa sebarang masalah, kuterima mesej darinya. Dia katakan dia sudah berpunya, dia katakan aku lewat dua minggu selepas ada yang lain yang mengetuk pintu hatinya. Masalahnya, tempoh masa aku mula menghantar mesej hingga mesej sedihnya sampai bukanlah dalam masa 2 minggu. Lebih 4 bulan aku rasa. Bila pula yang dia maksudkan “dua minggu” itu? Tidak pula kutanya.

Tapi apa nak buat. Aku mahupun dia, tidak dan belum pernah mengisytiharkan apa-apa tentang “hubungan” yang aku idamkan. Nampaknya memang bukan rezeki aku. Lantas, aku menerima tolakannya dengan hati terbuka. Tipu jika katakan aku tidak kecewa, tapi sedih sehingga sistem perparitan di mata ku gagal dikawal memang tiada.

Lalu kuteruskan kehidupan hari-hariku seperti biasa, Cuma bezanya kreditku tidak lagi kusedekahkan kepada Maxis, menyampaikan mesej kepada dia yang tak tentu lagi menerima aku. Masaku juga lebih kuluangkan kepada diriku sahaja, tiada lagi kukongsi sebahagian masaku memikirkan tentangnya.

Dua minggu kemudian, aku dikejutkan dengan kehadiran mesejnya, menyatakan dia rasa seolah-olah kehilangan sesuatu sesudah ketiadaan mesej-mesej dariku. Barulah kutahu selama ini dia menghargai mesej dariku hinggakan dia rasa kehilangan apabila aku berhenti menghantar kepadanya.

Namun aku pelik, jika benar dia sudah ada yang punya, mengapa mesti dia mengharapkan mesej dariku lagi? Tak cukupkah jika hanya berhubungan dengan si dia yang sudah sedia ada di hatinya? Tidak pula kutanya.

Lalu kuanggap dia masih mahukan mesej-mesejku, dia mahukan aku. Kuhantar mesej-mesej yang aku sendiri ambil iktibar, bukan hanya membabi buta kuhantar tanpa tujuan, tanpa mengambil pengajaran.

Beberapa lama selanjutnya, aku seakan-akan hanyut dalam dunia yang aku ciptakan sendiri. Aku membayangkan hatiku ada padanya, hatinya ada padaku, sudah pasti! Kami sudah isytiharkan suka sama suka. Ku bincangkan tentang diriku, dia bukakan maklumat tentang dirinya. Maka makin rapatlah kami melalui mesej-mesej yang kusampaikan. Ironinya, teramatlah jarang kuhubunginya menggunakan suaraku.

Kutahu, aku ada kelemahan dalam berkata-kata. Aku tak bisu, aku tak gagap, Cuma aku tidak boleh mengawal kelajuan bila berkata-kata. Teman-teman rapat kadang kala tidak dapat menangkap apa yang kuhujahkan, terpaksa aku ulang kembali, tetapi masih laju! Kadang kala juga, aku berkata-kata terlalu laju hinggakan tak sempat kutapis apa yang patut dan tidak patut dilafazkan. Na’uzubillah…

Oleh itu, kuambil jalan melalui taipan SMS untuk menyampaikan isi fikiran dan hatiku. Dia tetap melayan.

Jujurnya, dia bukanlah seorang perempuan yang sempurna. Well… every human is! So do I. Kawan-kawan kerap menyatakan rasa mereka tentang dia, terutama fesyen peliknya. Aku diamkan sahaja. Pada aku, biarlah dia dengan fesyennya.

Walaupun dulu pernah aku azamkan untuk mencari perempuan bertudung labuh, tapi aku terpaksa akur. Dia tidak begitu, tapi dengan dialah aku terpikat. Bukan sahaja tidak labuh, malah tidak pakai anak tudung. Maka jika memakai tudung putih, nampaklah warna hitam rambutnya samar-samar di sebalik tudunyanya itu. Pernah juga kutegur, tapi tiada perubahan. Stoking tangan? Jauh sekali.

Sepanjang berhubung, tidak pernah kami keluar bersama berdua. Ada juga dia mengajak menonton wayang, tapi aku seakan-akan tidak mahu. Aku sendiri tak tahu kenapa, maka bermacam-macam alasan kukatakan.

Hingga tiba satu masa dia mengajakku keluar ke KLCC. Pada mulanya kuenggan, tapi akhirnya aku menerima pelawaannya. Dia keluar bersama seorang rakan baiknya, aku hanya sekadar mengikut. Tapi memang dah lama aku tak turun KLCC pun! Mungkin sebab itu aku terima ajakannya.

Sepanjang kami keluar, tidak banyak yang kami borakkan. Dia seolah-olah hilang kata-kata untuk memulakan perbualan. Aku cuba juga untuk memulakan perbualan, tapi sepuluh patah kutanya, hanya sepatah dijawab. Beberapa kali hanya dengan bahasa tubuh – geleng, angguk, senyum, ketawa. Apa masalah dia sebenarnya? Aku rasa dia masih segan denganku, maklum lah, pertama kali keluar bersama.

Kami pulang dengan selamat. Namun, dia tidak turun di kolejnya. Kutanya kenapa turun di sini, katanya mahu makan malam. Aku hanya mengiyakan sahaja. Maka berpisah kami untuk pertemuan pertama kali itu.

Malam semakin larut. Sedangku membelek buku yang setebal buku lali, tiba-tiba aku menerima mesej darinya. Dia katakan dia makan malam bersama kawan lelakinya, siap makan semangkuk. Apa kejadahnya ni?!

Siapa aku baginya? Kenapa mesti memberitahuku terang-terang, bahawa dia curang? Seorang yang setia tidak akan menduakan orang yang disayangi. Adakah ini menunjukkan dia tidak setia?

Kutanya kepadanya, kenapa buat begitu? Dia kata dia berkawan rapat dengan lelaki itu. Kecewa di hatiku tak bisa digambarkan dengan kata-kata. Kekecewaan ku bertambah berat apabila dia menghantar mesej mengatakan “kita berkawan dulu lah” yang sememangnya tidak boleh kuterima. Aku tidak mengiyakan “cadangannya” itu. Aku anggap apa yang kuterima hanya mainan.

Hari-hari kuteruskan seperti biasa. Pergi kelas, balik kelas, baca buku, dan menghantar mesej kepadanya apabila otak sudah tepu, tapi kali ini tidak dibalasnya. Aku masih lagi gagah mengatakan tiada apa-apa yang berlaku beberapa hari lepas.

Hinggalah suatu hari dia dengan jelas mengatakan dia tidak mahu meneruskan hubungan. Betul la… aku tidak bermimpi, aku sudah tidak gagah terbang di awangan, memang dia tak mahukanku lagi. Dipendekkan cerita, aku melepaskannya selepas kuhujani dengan persoalan-persoalan yang selama ini tersirat di hati. Tidak semua dijawabnya. Apa yang paling kuingat dan tidak dapat kuterima dengan mudah – “entah, tiba-tiba perasaan itu hilang”… itu yang dia nyatakan. Selepas itu, that’s it! We break!

Mungkin salah aku, tidak menjadi seperti lelaki yang dia inginkan. Mungkin juga salah dia, tidak menyatakan lelaki apa yang dia inginkan.

Mungkin salah aku sebab terlalu ikutkan hati. Tidak tahu hala tuju sebenar hubungan. Pernah juga aku terfikir, penting ke nak berhubung-hubung ni?

Mungkin salah aku juga kerana banyak menyimpan dari meluahkan. Banyak persoalan kupendam dalam hati sedangkan ia perlu untuk aku terus survive dalam perhubungan.

Mungkin salah aku sebab terlalu terikut-ikut dengan apa yang kulihat. Sana-sini ada sahaja yang sudah berpasangan, aku cuba menjadi seperti mereka. Cuba membuktikan aku juga lelaki seperti mereka, mahukan pasangan. Namun sekarang aku terfikir, penting ke pembuktian ni? Apa yang nak dibuktikan sebenarnya? Kelelakian?

Tidak semestinya hanya dengan berpasangan sudah membuktikan seseorang itu lelaki ataupun perempuan yang normal. Segalanya tidak akan terbukti selagi tiada ikatan yang sah untuk menjalankan hubungan yang sah dan melahirkan zuriat. Itu pasti! Ini pandangan aku dari satu sudut. Banyak lagi sudut untuk mengukur sejauh mana lelakinya seseorang lelaki itu.

Bukankah berpasangan ini, lebih-lebih lagi jika hanya berdua, mendekatkan diri dengan zina? Ya, itu aku belajar di sekolah dulu. Mendekati zina itu sahaja sudah salah, apatah lagi berzina! Astaghfirullaah… Aku rasa bersalah pula keluar dengannya dulu.

Berbalik kepada apa yang kulihat sekejap tadi, biarlah dia dengan dunianya yang baru, dengan pasangannya yang baru (walaupun tak cukup tinggi!). mungkin lelaki seperti itu yang dicarinya. Biarlah dia… biarlah aku dengan hidup aku bersama-sama rakan-rakan odah aku. Aku bahagia bersama mereka. Mereka banyak menggembirakan aku sebab kitorang sekepala! Dan apa yang aku pasti, aku masih lagi mencari dia yang satu, the one meant for me, destined to live together. Apa yang pasti juga, aku masih lagi teguh dengan pendirian aku untuk berteman pada 2010 jika Allah izikan.

19 comments:

begtanganbiru said...

penting ke makwe?
Soalan tu terlalu subjektif sebenarnya. Kadang-kadang kita fikir yang kita dah jumpa gadis atau lelaki idaman, tetapi mereka itulah yang akan menghancurkan perasaan kita.Orang yang pernah kita benci pula,dengan tida disangka-sangka akn jadi org yg paling membahagiakan.Rasanya 4 bulan tidak cukup untuk mengenal seseorang dengan sebenar-benarnya.Tidak cukup untuk menilai perangai seorang wanita.Saya faham Zaki kecewa, tapi mungkin dia masih keliru dengan keputusan yang telah diambil.Atau mungkin merasa rendah diri dengan Zaki sendiri.Ada bnyk kemungkinan dia jadi begitu.mungkin selepas ini kalian akan baik semula,dan ada kemungkinan szakif dikecewakan sekali lagi.Cuma satu sahaja nasihat saya, jangan jadikan wanita sebagai satu alasan untuk szakif merana.Saya sendiri, pernah merana kerana lelaki dan 'stuck' dengannya selama setahun..

Sufi is me said...

...

mujahid,
kembalilah.

Unknown said...

Pada pendapat cikgu, masa sekarang nie adalah masa terbaik untuk belajar 'cari makwe'!!

Apa yang dimaksudkan dengan belajar 'cari makwe'?

Sekarang ini adalah masa paling sesuai kita belajar mengenal hati budi manusia yang berlainan jantina dengan kita. Sebelum ini, terutama pelajar sekolah agama. Sudah biasa mempunyai kawan lelaki yang ramai, tapi susah yang ada kawan dengan perempuan.

Cara berkawan dengan lelaki tak sama dengan berkawan dengan perempuan.

Kita tak menaruh apa-apa perasaan dengan lelaki atau sebaliknya kita di kira 'gay'!! tapi bila kita berkawan dengan perempuan, satu perasaan lain akan timbul. Kerana sifat wanita itu lembut dan mampu melembutkan hati lelaki.

Semasa cikgu belajar di Universiti dulu, cikgu merasakan persahabatan bersifat universal. Cikgu melawak dengan kawan lelaki sama juga dengan melawak dengan kawan perempuan.

Hikmahnya, cikgu belajar banyak perkara tentang lelaki dan wanita, tua dan muda.

Memang ada perasaan, tapi cikgu selalu menafikannya dalam diri cikgu dan cikgu berharap cikgu dapat berfikiran terbuka dalam berinteraksi dengan rakan-rakan yang bertentangan jantina.

Walaupun cikgi PALAES, cikgu juga terlibat dalam sukan Softball, cikgu juga salah seorang penyelamat kelemasan USM, koordinasi hari konvo, penyelia Baktisiswa dan lain-lain lagi.

Cikgu merasakan pergaulan yang luas memberi makna yang lebih jelas tentang manusia.

Dari sini cikgu belajar 'cari makwe'!! belajar melihat wanita dari persepsi yang lebih luas, melihat manusia wanita sebgai anugerah Allah yang hebat.

Tak de masalah orang tak suka kat kita, yang penting kita sayang pada diri kita sendiri. Macam mana kita nak bentuk diri kita menjadi manusia yang berguna dan memberi manfaat kepada orang lain.

Percaya la, jika awak sayang diri awak... ada ramai orang yang akan sayang awak..

hihihi.... cikgu selalu cuba buat yang terbaik untuk diri cikgu dan sentiasa bahagia kerana adanya anak murid yang selalu ingat kat cikgu. terima kasih semua :)

dan kini cikgu sangat-sangat bahagia dikurniakan isteri dan anak yang sentiasa buat cikgu yakin hidup ini hanya untuk Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Anonymous said...

Akum...

zaki..akak tau address blog zaki ni dr mawifc.com. akak pun stadi kat uia-final year. akak nak bgtau yg akak pun peminat mawi

tp masuk2 blog zaki ..cite sedih la plak...sabo yek, bunga bkn sekuntum...

akak nak tanya betul ke mawi nak dtg uia...nanti kalu dtg amik gambo dia byk2 yek. digital camera akak tinggal kat umah. nanti publish dlm blog zaki. kalu ada kelapangn akak kembali..

Unknown said...

akak anonymous... saye tak tahu sebarang maklumat tentangkehadiran mawi ke UIA. nanti kite buat program kat UIA kite panggil mawi ye? =)

Unknown said...

"ala bukannya dia best pun kan.hahahaha....
x per nanti lagi ramai nak kat ko...
ko kan fames kat uia ni..."
-quoted from fiza.

ye la tu femes... haha... memang dia tak best pun... haha... sedih? hm....

Anonymous said...

@szakif

i have something to tell you, u can either take it if u like or dispose it properly if u don't like.

love, it can appear every where at any time.

sekarang, adalah masa yang sesuai untuk bercinta, itu betul secara psikology dan scientifically. dan yang paling
pasti, zaki tau kan, komitmen yang utama adalah belajar dan maintain CGPA.

betul macam cikgu amir azmi cakap, masa nih lah "berkawan" untuk kenal hati budi "orang yang awak fikir sesuai" untuk bina satu relationship.

REMEMBER, pasangan yang kita pilih ni adalah untuk sekali, dan sehidup semati sahaja.

Fauzan tak rasa perempuan yang pernah zaki minat tu can be considered as your 100% perfect girl. Tengok lah cara dia layan zaki, tak sesuai betul.

so macam ni, macam Fauzan, fauzan memang minat seseorang, dan kami sama2 buat keputusan untuk berkawan, dengan matlamat untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. bila sampai waktu, terus mula perhubungan (berkahwin) dan teruskan perhubungan hingga akhir hayat.

BAB declare2 nih, Fauzan langsung tak setuju, mungkin kami sama2 jenis yang tak suka sticky micky nih. Berkepit memanjang. Tak suka lah. Menghampiri zina pun dah berdosa, tambahlah buat zina.

so i take it as u understand every word that i pour here. tumpu study dan try graduate dengan CGPA 3.5+++

NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN, with that, i rest the case.

Anonymous said...

sesudi lah datang ziarah blog saya;

http://janganbersedih.blogspot.com/

puteri nad said...

hmm,
siannyer~

Unknown said...

nad... thanx banyak-banyak.... siannyer tu banyak membawa erti... takpe... actually mende ni dah lame, cume tibe2 hati ini tersentap melihat dua sudah ada pengganti... huuuuuuuu...... =) poyo la aku nih!

Unknown said...

lupe pulak nak cakap terima kasih kat cikgu amir dan begtanganbiru atas nasihat yang mebina. insyaallah saya akan amik iktibar atas nasihat yang kalian sampaikan. maklumla... saye ni baru 20 tahun lebih hidup, masih kurang makan garam...

Anonymous said...

hm Zaki...
bersabarla banyak-banyak... Ramai lagi yg nasib lebih teruk..!!

Ummu Auni said...

tak penting.

i'm a firm believer of not having a boyfriend during university years. i was right. mcm tak percaya rasanya.

mula2 masuk U, mcm alien, sbb antara kalangan minoriti yg tak ada bf dan tak berminat nak ada bf. tapi org paling terkejut, sbb akak kawin dulu.

perlu ke ada pakwe kalau berada di U?

Anonymous said...

uiks zaki...tidak ku sangka...sedih sy baca..hehehe...ni nak bg tau something...biasa la tu mengalami kekecewaan dalam hidup..just try to take it as a good thing as what my mom saud..cume satu jerla nak pesan..jgn terlampau sayangkan sgt seseorg yg belum pasti akan jadi teman hidup kite sbb once dia hilang dari kite,rasenyer amatlah pedih+sakit.And lg satu,klu dah start suke kat org tu...jgn tgg dia yg mulakan dulu,but you have to make the first move,just take the risk...sbb once dia dah terpaut kat org lain or dia 'pergi' dulu sblm sempat dia tau isi hati kite...tu lagi pedih n sgt terseksa jiwa batin(cheeewaaahhh....).Hanya sebagai peringatan je utk mase dpn so that you'll never make the same mistake twice...k bro...chow....

Anonymous said...

Dear Dik Zaki,
kebetulan terjumpa ruangan anda.Sambil mendengar suara lunak lagu yg anda "attach" sekali, saya rasa dalam situasi yg harmoni.Hakikatnya anda adalah manusia yg ingin mencuba yg terbaik. Baik dari soal study, sosial apatah lagi perhubungan sesama insan.Teruskanlah perjuangan & kekuatan dalaman anda.Tentu anda akan berterima kasih pada diri anda sendiri suatu hari nanti.
kak.syasya.

ChemGrad said...

heloo szakif,

http://kidpieces.blogspot.com/2006/04/when-it-worths-thousand-words.html

saje nak kongsi..

LOVE is supposed to be an energy,
understand it and LOVE is not a mystery,
LOVE is meant to be true,
LOVE is the best thing that we do!

hehe...takpe kiter satu gang!

Zamri Mohamad said...

Saya ucapkan tahniah atas pengalaman ini... ia banyak menguatkan jiwa dan membuka minda serta kematangan saudara dalam percintaan

Zamri

Anonymous said...

Assalammualaikum...
Tahniahlah saya ucapkan kerana berjaya mengharunginya. Apa yang berlaku ambillah sebagai pengajaran. Apapun ada hikmah yang berlaku.. Lagipun mungkin apa yang kita inginkan atau impikan belum tentu akan menjadi milik kita atau belum tentu itu yang terbaik. Mungkin bukan pada masa ini siapa tahu di masa depan.Lagipun bukankah Allah telah menjanjikan bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Berdoalah dan berusahalah. InsyaAllah, suatu hari nanti saudara akan bertemu dengan seorang insan yang mungkin jauh lebih baik. Anggaplah ini satu cubaan yang kecil bagi menarik perhatian saudara semula kepada yang Haq.Mungkin tanpa saudara sedari saudara ada melupakan-Nya.Masih banyak lagi orang yang boleh saudara curahkan kasih seperti ibu bapa dan jangan membazirkannya untuk sesuatu yang belum pasti... Sekian terima kasih..

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! New.net domains 6.38

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...