Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Friday, July 10, 2009

Novel


Cerita satu:

Di tempat kerja aku sekarang, terdapat beberapa penulis novel.

Bos aku penulis novel. Aku dah habis baca novel Ombak Senja tulisannya. Inspiring!

Akak Awet Muda ini pun penulis novel. Produktif pulak tuh. Cemburu aku.

Tak boleh jadi. Aku pun nak juga.


Cerita dua:

Sambil berjalan, aku berkata, "Saya nak mulakan menulis novel la bang!"

Dengan senyum terukir dia menjawab, "Silakan!"


Cerita tiga:

Di dalam bas, memerah idea untuk menulis novel.

Rangka, rangka, rangka. Selepas itu, ini. Kemudian, sesuatu berlaku. Akhirnya... Owh. Best jugak cerita aku ni.

Eh sekejap. Kenapa cerita aku ni macam terlalu aku?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...