Showing posts with label Ada Aku Kesah?. Show all posts
Showing posts with label Ada Aku Kesah?. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Bersangka Orang Lain Bersangka Buruk Juga Salah Satu Sangka Buruk

Sepanjang melanjutkan pengajian di universiti, hidupku dikelilingi bermacam-macam orang. Hampir di mana-mana sahaja aku berada, pasti ada yang kukenali, dan yang mengenaliku. Namun, ada juga aku mengambil peluang belajar untuk berdikari dan bersendiri dalam menjalani hidup sehari-hari. Mungkin ada yang memerhati saat ku ke hulu ke hilir menjual roti. Itu antaranya.

Selepas tamat belajar, biasanya aku meluangkan masa bersendiri selepas pulang daripada kerja. Ketika itu, aku masih bujang. Tinggal di rumah sewa bersama rakan serumah yang lain, namun tidak pernah kami berpeluang keluar bersama dek jadual masing-masing yang berlainan.

Jika ingin mengharapkan rakan-rakan yang dikenali ketika di universiti, masing-masing juga punya komitmen. Jarak betul-betul memisahkan. Namun, aku ambil yang positif, hindarkan yang negatif. Melalui pengalaman itu, aku belajar untuk melebarkan definisi berdikari dalam konteks hidup sebagai orang bujang lepasan universiti.

Pada hari bekerja, aku di Kuala Lumpur. Hujung minggunya pula, aku pulang ke kampung. Eheh, dulu aku cuma membaca kisah seperti ini di dalam novel. Tiba pula masanya untuk aku sendiri melalui pengalaman itu.

Pengalaman seperti itu mengajar aku agar lebih yakin terhadap diriku. Bahawa aku boleh sahaja melakukan banyak perkara sendirian. Bahawa ada juga hikmah jika masa tidak dikongsi dengan sesiapa. Bahawa aku mengenal diriku dalam cerminan diriku sendiri. Bahawa banyak perkara dapat diselesaikan.

Aku tidak dapat bayangkan jika aku terlalu meluangkan masa dengan orang lain. Bukannya tidak boleh langsung, tetapi perlu ada hadnya. Hasilnya, aku lebih fokus terhadap matlamatku untuk berumahtangga pada tahun 2010. Matlamat itu sudah lama aku sasarkan walaupun ketika mula-mula ia terbit, belum ada calon yang bertandang di hati.

Aku melihat hikmah. Dalam melihat hikmah, aku butakan mata daripada melihat gejala-gejala yang boleh menyerong pandanganku daripada terus terhala ke arah matlamat untuk menamatkan zaman bujang. Sedikit demi sedikit, aku kikis rasa ingin meluangkan masa dengan orang lain sambil meningkatkan usaha untuk menambahkan pendapatan untuk berkahwin.

Alhamdulillah, apabila tiba masanya dan cukup persediaan mental, fizikal, dan kewangan, urusan perkahwinanku berjalan lancar sahaja. Tidak pula terlalu terasa kerana majlis pernikahan tidak dihadiri rakan-rakan seuniversiti walhal pada saat-saat seperti itu, biasanya orang lain ada rakan-rakan yang mengiringi. Bukan tidak dijemput, tetapi masing-masing punya komitmen dan halangan. Apatah lagi majlis dilangsungkan jauh di selatan.

Tidak mengapa. Yang lebih penting ialah urusan pernikahan disudahkan, dan gadis idaman sah menjadi teman hidup. Saudara-mara kan ada menemankan? Itu lebih penting. Lihat perkara yang penting. Usah yang tidak penting mengganggu perkara yang penting. Itu antara cara mencari hikmah.

Walaupun kadang-kala syaitan berbisik di telinga cuba menghasut, namun cepat-cepat tulikan telinga dengan kapas hikmah. Sumbat ia agar tidak jatuh terberkas di hati akan titik-titik hitam sangka buruk.

Hidup perlu diteruskan. Teruskan hidup dengan bersangka baik. Biarpun dengan bersangka baik menjadi sebab orang lain pula bersangka buruk. Selagi mana sangka buruk itu tidak menjejaskan diri kita dan keluarga, teruskan bersangka baik. Jika ada yang bersangka buruk, biarlah mereka. Mungkin ada masalah dalam diri mereka yang belum diselesaikan dan tidak mahu dikongsikan dengan orang lain.

Bersangka orang lain bersangka buruk juga salah satu sangka buruk. Usah begitu. Teruskan bersangka baik. Kerana Allah ada. Dia Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang ada di dalam hati mereka. Biar itu menjadi urusan antara mereka dengan Allah.

Senyum ya :)

Ha... Begitulah...

Monday, February 14, 2011

Tegur Sorok-sorok, Nasihat Umum-umum


Tegur sorok-sorok, nasihat umum-umum.
Nak terima, alhamdulillah. Tak nak terima, sekurang-kurangnya satu tanggungjawab sesama saudara seagama sudah ditunaikan. Selebihnya, hanya Allah yang tahu dan mampu. Insya Allah ^^.

Pernah aku menegur seorang junior melalui Facebook. Di dalam kampus, dia menutup aurat. Di luar kampus, dia tidak menutup aurat. Mesej aku tidak dibalas. Tahu-tahu sahaja aku bukan lagi rakannya di Facebook.

Pernah aku menegur rakan sepermainanku yang bergambar dengan lelaki yang bukan muhrimnya rapat-rapat. Lalu gambar itu dijadikan gambar profil. Semua orang boleh melihat gambar tersebut. Sangat tidak molek, apatah lagi dia lepasan pelajar universiti Islam. Jadi, aku tegurnya. Dia membalas mesejku dan mengucapkan terima kasih. Tahu-tahu sahaja, aku sudah tidak boleh melihat album gambarnya.

Pernah aku menegur rakan sekelasku. Dia berasal daripada luar negara. Sama juga kesnya. Di dalam universiti, dia menutup aurat. Cantik sangat. Di luar, lain pula halnya. Malah banyak gambarnya dalam aktiviti sosialnya diletakkan di Facebook. Tahu-tahu sahaja, dia sudah berkahwin. Kini, tahu-tahu sahaja dia sudah tiada di Facebook. Entah apa khabarnya.

Cukuplah tiga contoh. Tak perlu aku ceritakan satu-satu benda-benda yang seharusnya aku sorok.

Bila aku menegur, maksudnya aku prihatin. Jangan persoalkan, "Kenapa aku? Banyak orang lain, kau tak tegur pula?". Tapi persoalkan, "Kenapa aku? Kau ni ada masa pula mahu buat semua ini padaku?"

Ya, aku ada masa untuk kau. Sila hargai usaha aku itu. Bukan semua orang aku punya masa dan upaya untuk menegur secara sorok-sorok. Jadi, aku nasihat secara umum-umum. "Mangsa"nya ialah rakan-rakan di Facebook.

Aku tak perlu menjadi perfect untuk menyeru ke arah kebaikan. Apa ingat ustaz-ustaz yang muncul di kaca televisyen dan corong radio tu, perfect kah? Namun, yang lebih penting bukanlah siapa yang menyeru, tetapi apa yang diseru. Jika baik, ambil dan amal. Jika tidak, beritahu apa yang sebenar-benarnya dan apa yang lebih baik dan betul.

Jika nasihat ke arah kebaikan dikatakan sebagai annoying, jadi carilah kebaikan yang tidak annoying. Mungkin bukan kebaikan itu yang annoying, tetapi mungkin dirimu yang annoyed dengan seruan kebaikan.

Kasihan.

Nanti di padang mahsyar, jangan heret kaki aku. Jangan kata aku tidak menjalankan tanggungjawabku. Sekurang-kurangnya, ada usaha untuk meningkatkan imanku yang selemah-lemah ini. Aku mahu sama-sama dengan rakan-rakanku masuk syurga, mengapa susah sangat nak terima?

Wednesday, October 07, 2009

Masalahnya pada Kau ataupun Dia?

Situasi #1

Aku beraya di sebuah rumah junior yang pernah kukenal di UIAM. Aku memang maklum dia berasal daripada keluarga yang kaya raya.

Masuk-masuk sahaja ke rumahnya, terus dia tunjukkan seksyen baharu dalam rumahnya yang dipenuhi dengan perabot mahal, pemain piring hitam klasik, dan 3D puzzle berbentuk bangunan-bangunan bersejarah dan terkenal.

Matanya bersinar-sinar menceritakan semuanya. Aku tumpang gembira.


Situasi #2

Aku berjumpa junior yang lain pula di UIAM Kuantan. Dia aktif dengan perniagaan melalui internet.

Dia ceritakan pengalamannya dan tak semena-mena, keluar kenyataan daripada mulutnya, "Semalam baru dapat cek bernilai RM600"

Matanya bersinar-sinar menceritakan semuanya. Aku tumpang gembira.


Situasi #3

Junior yang lain pula. Dia suka berkongsi cerita mengenai keluarganya.

Macam-macam ceritanya mengenai kisah jatuh bangun dalam keluarganya, dan bagaimana dia bahagia dengan keluarganya sekarang setelah apa yang dilaluinya beberapa tahun dahulu.

Matanya bersinar-sinar menceritakan semuanya. Aku tumpang gembira.


Dalam ketiga-tiga situasi di atas, kalau aku jahat:
  1. Aku rosakkan semua perabot, alat muzik dan mainan-mainan tu. Biar puas hati aku.
  2. Aku curi duitnya. Dia kan banyak duit. Biar puas hati aku.
  3. Aku bomohkan keluarganya. Biar kembali tak bahagia. Biar puas hati aku.
Tapi, orang yang kenal dengan aku tahu bahawa aku memang takkan buat semua tu, sebab aku memang suka berkongsi kegembiraan. Tak perlu timbul rasa hasad dengki sebab akhirnya ia akan memakan diri.

Paling jahat pun, apa yang aku nak buat ialah bagi statement kat dia: Ada aku kesah?

Bila kesah sangat, tu yang timbul pe'el jahat tu. Kan?

Kalau puas hati aku pun, Allah puas hati dengan aku ke?

Thursday, July 23, 2009

Re: Adab Menumpang Kereta Orang


Entri Adab Menumpang Kereta Orang telah mendapat sambutan dan komen-komen hangat di blog dan Facebook. Bagus. Aku dah capai sesuatu.

Tapi meh aku nak cakap sket: Tak semestinya bila aku bebel macam tu, ko terus fikir aku nak tembak kat sesiapa yang spesifik pada masa tu jugak. Kamon, otak ko letak kat mana? Kata student U berfikiran terbuka (konon?).

Yang ko kesah sangat pasal siapa yang aku tembak tu, kenapa? Kesahkanlah isi kandungan yang cuba disampaikan dalam entri tu. Kolot la korang yang fikir aku tengah marah atau geram dengan seseorang pasal tu aku tulis macam tu. Kamon... Kalau ko nak tahu, aku tulis entri tu pada jam 2 pagi masa semua orang tido dan tiada apa-apa yang menyuntik rasa geram mahupun marah dalam hati aku.

Kalau nak kata aku memang tujukan kat seseorang, korang mungkin tak tahu sekarang aku lah orang yang banyak menumpang kereta seseorang yang bernama bos. Terima kasih bos! Nanti pergi IKIM lagi, saya nak ikut eh. Seronok tengok bos keudara secara langsung sambil saya duduk di sebelah membelek-belek monitor-monitor dan butang-butang yang banyak di depan penyampai tu. Paling seronok apabila dapat mendengar ilmu-ilmu yang bos sampaikan. Memang bos terrrbahek la! Hehe...

Kalau nak kata aku pendam cerita lama, memang silap lagi la korang. Siapa-siapa yang kenal dengan aku, memang tahu aku jenis outspoken. Ada benda nak cakap, aku cakap. Tak simpan-simpan. Dan bagi orang-orang yang kolot, meh aku cakap terang-terang. Tak bermaksud bila kita outspoken tu, kita cakap benda-benda yang bersifat negatif dan apabila kita marah je. Outspoken tu luas la skopnya.

Aku perasan ada member-member yang tak dapat nak terima perangai aku ni. Tolong, aku benci perangai orang Melayu yang satu nih. Memang bagus ko nak jaga hati orang, tapi kalau kat belakang orang tu ko tikam dia, apa kes? Ko pandai suruh orang buat itu dan ini, tapi bila ko sendiri kena buat, ko telan air liur. Tak berani. Oi, baik buang je la!

Kalau nak kata jugak aku memang nak tembak orang yang tertentu, cepat-cepat la ko tarik balik. Pasal semua poin yang aku tulis bukannya berlaku dalam sehari. Dan bukan baru sehari aku bawa kereta dan ditumpang orang. Aku tulis semua poin tu berdasarkan pemerhatian aku sepanjang hidup aku ni.

Aku kan pandai berlakon. Pandai je tulis entri berbaur emo macam tu padahal hati tengah tenang setenang suasana 2 pagi di kebanyakan tempat. Hehe...

Ok ye semua, lain kali bila sesiapa tulis apa-apa, dahulukan mengambil iktibar daripada apa yang ditulis, bukan sibuk nak tahu kepada siapa yang dia nak tujukan. Tolong, blog aku bukan tempat aku nak serang sesiapa. Tapi aku nak kongsi apa yang aku fikirkan...

Nota: Kena mention ke aku tulis entri ni sambil tengok budak-budak angklung tengah berlatih dengan gigih dan mereka sangat mahir bermain lantas menghasilkan paduan bunyi angklung yang merdu? Hello, hormon aku stabil ok?

Adab Menumpang Kereta Orang


Aku rasa kalo boleh nak tebalkan kat perkataan "orang" tu.

Kereta ORANG. Bukan kereta ko ataupun kereta mak bapak ko.

Jelas?

Nah ambik ko satu-satu aku tembak:

  1. Ko ingat kereta member tu, dia pakai air kencing ke nak isi minyak? Ko ingat harga minyak murah macam air paip rumah ko yang dapat subsidi tu ke? Ko tak reti-reti nak kongsi beli minyak kereta dengan tuan punya kereta tu ke? Ko main sedap je bantai naik kereta member tu tapi ko langsung tak ambik kesah pasal duit yang dia dah habiskan pasal nak angkut badan ko yang terlebih lemak tu. Sedar-sedar la diri tu sikit.
  2. Ko ingat kawan ko tu drebar teksi ke ape? Kamon, dia macam ko jugak! Dah tu yang ko buat dia macam drebar teksi, suka-suka ko nak minta dia hantarkan ko ke sana ke mari, apa kes? Ada kau kesah jadual hidup dia? Ko ingat dia takde life ke apa? Sekurang-kurangnya tanya la dia free ke tak. Ini tak, main taram je minta member tu hantarkan ko ke mana-mana. Teksi drebar pun memilih destinasi ko tahu tak?
  3. Nak menumpang kereta dia bukan main sedaap lagi mulut ko puji kat dia kata kereta dia cantik la, anggun la, cun la, walhal kalau dicalit sikit kat bonet kereta tu boleh rata buat celoreng satu badan askar. Mak datuk... ko buta ke apa? Kereta member ko tu kotor. Tak reti-reti nak tolong basuh sama-sama ke? Paling sadis kalau member tu hantar kereta dia basuh di kedai. Siap vacuum dalam dan polish tayar lagi. Lepas tu sedap je ko kotorkan balik mintak dia hantarkan ko kat ceruk hutan mana entah. Ko takde otak ke apa?
  4. Kereta pun macam ko jugak yang berpenyakit. Kadang-kadang kena hantar workshop. Ko tahu tak, kalau nak baiki kereta bukan murah? Pernah kau tanya-tanyakan kat member ko tu, dia nak kongsi duit upah untuk bayar servis ke tak? Ubat panadol untuk demam ko yang dibuat-buat tu pun entah berapa sen je. Itu pun dah ko bising mahal, inikan pula nak kongsi bayar upah baiki kereta di workshop. Owh memang sujud syukur la member tu kalau tiba-tiba ko dapat hidayah nak membantu tolong bayar upah.
  5. Ok, kalau ko jenis yang kongsi duit minyak, aku tabik tapi takde spring. Tapi jangan la kedekut sangat nak hulur lebih sikit bila menumpang tu. Yang ko nampak duit minyak je. Duit tol, kos nak tukar tayar disebabkan botak sebab bawa jasad dan dosa ko yang bertan-tan tu, pernah ko kira? Tu belum kira lagi minyak hitam, pewangi kereta, pengilat dashboard semua tu. Pernah ko kesah? Ko main tumpang membuta tuli ikut sedap ko je kan?
  6. Dey, yang member tu memandu kereta dia, ko yang menumpang tu kenapa meleleh air liur, mengangkang kat tempat duduk belakang? Bawa-bawa la berjaga sama, bagi dia motivasi sikit supaya tak la dia bosan memandu sorang-sorang takde teman nak buat borak. Ko tahu menumpang je kan? Bila tayar pusing je, ko pun lelap. Bagus~ bagus~ Tahu-tahu je kang "Maaa rabbuka..." menjengah kat ko pasal member ko tu memandu dalam keadaan mengantuk sampai terbabas ke dalam gaung. Nak ke?
  7. Kawan ko ditahan polis dalam perjalanan. Dia kantoi ada buat kesalahan trafik, cukai jalan tamat tempoh contohnya. Sudahnya dia disuruh keluar kereta pasal kena tandatangan surat saman. Eh, kamon! Bagi la support kat kawan ko tu sikit. Yang ko mencencurut dalam kereta tak keluar sekali tu apasal? Bagi la member ko tu rasa dia rasa senang sikit walaupun memang betul dia buat salah. Kalau ko lebih baik hati lagi, bagi sedikit wang supaya ringan sket beban dia nak bayar saman nanti. Tapi aku sangsi la ko jenis yang macam tu. Nak bayar duit minyak pun mintak diskaun, apa kes?
  8. Last la aku nak tembak: ko tumpang kereta member tu, atas dasar dia kawan ko ke, atau ko sengaja nak ambil kesempatan untuk kesenangan ko je?
Penafian: Siapa-siapa terasa, memang kena tembak la maksudnya. Aku guna senapang peluru bertabur nih. Nasib ko la kena.

Ada aku kesah?

Makluman, entri ni ada disclaimernya memandangkan ramai yang ingat apa yang aku tulis ni isu peribadi, jadi suka aku nak bagitahu, BUKAN. Bila dah masuk blog, maksudnya aku sedia nak berkongsi fikiran dengan pembaca benda-benda yang mungkin semua orang boleh apply. See the bottle half empty, not only half full. See things from different perspectives. Open that perspectives. This is just another perspective of seeing the matter of menumpang kereta orang. Take the lesson, that's more important than taking it to the heart. 


Yang penting dalam bersahabat, ikhlaskan hati. Mari sama-sama kita renungkan dan amalkan.

Tuesday, July 21, 2009

Szakif dan Yayasan Ilmuwan


Aku kerja separuh masa di Yayasan Ilmuwan sekarang.

Pelik. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa tempat ni banyak kebetulan dengan aku? Memang semuanya kebetulan, ataupun aku sendiri yang mencari-cari kebetulan itu dan terjumpa?

Mari aku senaraikan:
  1. Kalau setakat model telefon bimbit sama, mungkin perkara biasa. Tapi kalau kedua-dua tona bunyi untuk panggilan dan SMS sama dengan bos, apakah alamatnya tu?
  2. Nama Thaqif masih kurang terkenal jika dibandingkan dengan nama Aiman dan Danial darsawasa ini. Tapi perlu ke Akak Awet Muda ni punya anak yang bernama Thaqif juga? Tahu tak asal-usul nama Szakif ialah Thaqif?
  3. Masih berkenaan nama. Bukannya ramai pun kakitangan di Yayasan Ilmuwan ni. Tapi dalam banyak-banyak nama di dunia, kenapa mesti ada dua orang yang bernama Zaki di pejabat ini? Sudahnya mereka memanggil aku Szakif (sebut: Za-kef) untuk membezakan aku dengan Zaki yang satu lagi, walhal nama Szakif hanya untuk digunakan dalam dunia internet sahaja. Tapi tidak mengapa, itu lebih membuatkan aku rasa unik.
  4. Dalam banyak-banyak universiti di Malaysia, kenapa la bos kepada bos dan Akak Awet Muda tu mesti daripada UIA? Hehehe...
  5. Bilik tempat aku bekerja sekarang ialah milik bapa kepada seorang junior aku ketika di SAMBEST dulu, Datuk Abdul Monir.
Orang kata, kalau dah jodoh, memang tak ke mana...

Erk? Kena kesah ke tak ni ye?

Monday, July 20, 2009

One Thing that I've Never Missed but will Miss


Since the move to IIUM Kuantan campus, I've never missed a chance to talk to the juniors about biomedical science and its prospect during Gathering of Science Students (GASS) and in a few other events. To my knowledge, this semester's GASS should be the ninth one, am I correct Mr. Secretary General? :)

But to put myself into reality, I cannot do it anymore since I am no more in Kuantan. Hey Zaki, sila sedar anda sudah bergraduat! :P

However, in last GASS I saw Jazli did a great job where he used his wide knowledge and experience, and not to mention his fluency to amaze the juniors when he talked about biomedical science. Way to go, bro!

There's one thing that makes me scared - if I can't be an example of a great biomedical science graduate. Maybe the word great is way too much, but you know what I mean right?

I've been vocal to describe biomedical science as this and that during the series of GASS, so now I've graduated, what example can I show to the juniors?

Not that I regret of being vocal, but I'll regret if I cannot be an example.

Also, not that I kesah sangat with what people would think of me if I don't become an example, but I would be very kesah if I don't force myself to be an example.

Also again, not that I'm saying that I am the only one example the juniors would look at, but all I'm saying is that I want to be a good example for my juniors no matter they all kesah ke tak :P

So, this is a challenge for me to be the example. That's my motivation to push myself to do something I will be proud of.

You may say this is a put-yourself-into-a-basket-and-lift-it entry, but ada aku kesah?

Thursday, March 12, 2009

Mulut Orang


Balik rumah haritu, mak aku sebok tanya aku bila nak ada makwe.

Ha? Serius? Ada kau tanya kenapa dia sebok-sebok tuh?

Takde la. Kat tempat kerja dia, ada sorang workmate dia discovered anak nya dah umur dekat nak 30 tahun tapi takde makwe lagi. Siasat punya siasat, rupa-rupanya gay!

Na'uzubillah. So that's why mak ko risaukan kau. Bagus la. Itu tanda dia concernkan kau. Haha...!

Tau takpe. Tapi aku tak sedia lagi nak ada komitmen bermakwe-makwe nih. Rimas. I am a bachelor and I love it!

Haha... Dah tu, kau rapat dengan member-member lelaki ko, ko tak takut orang kata kau gay?

Ah! Kalau ikut sangat kata orang, sampai bila pun orang akan mengata. Ada aku kesah diorang nak kata apa? Aku tahu aku tak buat benda salah, aku tak buat benda berdosa, cukuplah. Yang orang-orang mengata-ngata tu, diorang buat benda salah, berdosa, itu diorang tak tahu!

Setuju, tak hidup kita dek kata-kata orang beb!

Update: Due to misunderstanding of the above text, I would like to clarify that the above conversation is partially fictional. No name is mentioned that it would be applied to anyone without regard to myself (read: Szakif) directly or indirectly. The most important thing is the content of the story, not the people behind the conversation.

Wednesday, March 11, 2009

Ada Aku Kesah?

Aku perhatikan ramai yang merujuk statement tajuk di atas kepada aku. Aku tiada masalah, malah berasa bangga!

Mari kita mulakan siri Ada Aku Kesah!

Nantikan entri esok ok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...