Thursday, July 23, 2009

Re: Adab Menumpang Kereta Orang


Entri Adab Menumpang Kereta Orang telah mendapat sambutan dan komen-komen hangat di blog dan Facebook. Bagus. Aku dah capai sesuatu.

Tapi meh aku nak cakap sket: Tak semestinya bila aku bebel macam tu, ko terus fikir aku nak tembak kat sesiapa yang spesifik pada masa tu jugak. Kamon, otak ko letak kat mana? Kata student U berfikiran terbuka (konon?).

Yang ko kesah sangat pasal siapa yang aku tembak tu, kenapa? Kesahkanlah isi kandungan yang cuba disampaikan dalam entri tu. Kolot la korang yang fikir aku tengah marah atau geram dengan seseorang pasal tu aku tulis macam tu. Kamon... Kalau ko nak tahu, aku tulis entri tu pada jam 2 pagi masa semua orang tido dan tiada apa-apa yang menyuntik rasa geram mahupun marah dalam hati aku.

Kalau nak kata aku memang tujukan kat seseorang, korang mungkin tak tahu sekarang aku lah orang yang banyak menumpang kereta seseorang yang bernama bos. Terima kasih bos! Nanti pergi IKIM lagi, saya nak ikut eh. Seronok tengok bos keudara secara langsung sambil saya duduk di sebelah membelek-belek monitor-monitor dan butang-butang yang banyak di depan penyampai tu. Paling seronok apabila dapat mendengar ilmu-ilmu yang bos sampaikan. Memang bos terrrbahek la! Hehe...

Kalau nak kata aku pendam cerita lama, memang silap lagi la korang. Siapa-siapa yang kenal dengan aku, memang tahu aku jenis outspoken. Ada benda nak cakap, aku cakap. Tak simpan-simpan. Dan bagi orang-orang yang kolot, meh aku cakap terang-terang. Tak bermaksud bila kita outspoken tu, kita cakap benda-benda yang bersifat negatif dan apabila kita marah je. Outspoken tu luas la skopnya.

Aku perasan ada member-member yang tak dapat nak terima perangai aku ni. Tolong, aku benci perangai orang Melayu yang satu nih. Memang bagus ko nak jaga hati orang, tapi kalau kat belakang orang tu ko tikam dia, apa kes? Ko pandai suruh orang buat itu dan ini, tapi bila ko sendiri kena buat, ko telan air liur. Tak berani. Oi, baik buang je la!

Kalau nak kata jugak aku memang nak tembak orang yang tertentu, cepat-cepat la ko tarik balik. Pasal semua poin yang aku tulis bukannya berlaku dalam sehari. Dan bukan baru sehari aku bawa kereta dan ditumpang orang. Aku tulis semua poin tu berdasarkan pemerhatian aku sepanjang hidup aku ni.

Aku kan pandai berlakon. Pandai je tulis entri berbaur emo macam tu padahal hati tengah tenang setenang suasana 2 pagi di kebanyakan tempat. Hehe...

Ok ye semua, lain kali bila sesiapa tulis apa-apa, dahulukan mengambil iktibar daripada apa yang ditulis, bukan sibuk nak tahu kepada siapa yang dia nak tujukan. Tolong, blog aku bukan tempat aku nak serang sesiapa. Tapi aku nak kongsi apa yang aku fikirkan...

Nota: Kena mention ke aku tulis entri ni sambil tengok budak-budak angklung tengah berlatih dengan gigih dan mereka sangat mahir bermain lantas menghasilkan paduan bunyi angklung yang merdu? Hello, hormon aku stabil ok?

6 comments:

ILA said...

Wahhh..main "KORANG" & "AKU" lak :p
well akak masih bley tarik nafas dgn tatacara perangai remaja (masihkahhh??) skrang bercakap.Pernyataan tersebut adalah betul cuma cara pyampaian mungkin bley di salah ertikan.
errrmmm...btw akak lebih berminat dgn gambar entry ni!!!!! mcm pernah ku lihat gambar tersebut!!??
Apatah lagi ada budak berbaju merah di blakang itewww..budak tu dah semakin membesar skrang~~
keskesss...

ohhhh..ianya setahun dah berlalu..huhukk

bawangmerah said...

ganas nye entri ni! =)

somehow, your entries teach me alot. alot about LIFE. lagi2, sesi membebel tu.

intan.dayana said...

ahaha.Okayh.kat n3 ni baru kO emO.hakhak!

Szakif said...

kak ila..

hehe.. saya saje selongkar gambar2 lama. harap diberi kebenaran, walopun dah letak dulu :P

Szakif said...

bawang merah...

bagus la jika ada yang mengambil pengajaran. aku dapat pahal, yang mengambil iktibar juga dapat pahala. apatah lagi jika ia diamalkan secara berterusan, berterusan juga pahala mengalir. :)

Szakif said...

intan..

hehe.. ikut a :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...