Aku kerja separuh masa di Yayasan Ilmuwan sekarang.
Pelik. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa tempat ni banyak kebetulan dengan aku? Memang semuanya kebetulan, ataupun aku sendiri yang mencari-cari kebetulan itu dan terjumpa?
Mari aku senaraikan:
- Kalau setakat model telefon bimbit sama, mungkin perkara biasa. Tapi kalau kedua-dua tona bunyi untuk panggilan dan SMS sama dengan bos, apakah alamatnya tu?
- Nama Thaqif masih kurang terkenal jika dibandingkan dengan nama Aiman dan Danial darsawasa ini. Tapi perlu ke Akak Awet Muda ni punya anak yang bernama Thaqif juga? Tahu tak asal-usul nama Szakif ialah Thaqif?
- Masih berkenaan nama. Bukannya ramai pun kakitangan di Yayasan Ilmuwan ni. Tapi dalam banyak-banyak nama di dunia, kenapa mesti ada dua orang yang bernama Zaki di pejabat ini? Sudahnya mereka memanggil aku Szakif (sebut: Za-kef) untuk membezakan aku dengan Zaki yang satu lagi, walhal nama Szakif hanya untuk digunakan dalam dunia internet sahaja. Tapi tidak mengapa, itu lebih membuatkan aku rasa unik.
- Dalam banyak-banyak universiti di Malaysia, kenapa la bos kepada bos dan Akak Awet Muda tu mesti daripada UIA? Hehehe...
- Bilik tempat aku bekerja sekarang ialah milik bapa kepada seorang junior aku ketika di SAMBEST dulu, Datuk Abdul Monir.
Erk? Kena kesah ke tak ni ye?
14 comments:
no.1, alamatnya silalah tukar ringtone call dan sms anda... =))
no 2-4 aku nak simpan komen tu, takmo taip kat sini... :P
jap, aku tak faham ayat no.5 tu...
adakah ko nak maksudkan yang orang yang pernah gunakan bilik tu sebelum ko ialah Datuk Abdul Monir???
kalau dah jodoh ko dengan YI, tak kena mana pun...
it's your destiny...
sile jgn kesah dgn semua kebetulan itu.sesungguh nye itu hanyalah kebetulan sahaja..hekhek.
liyana...
nanti YM eh. hehe..
yang ayat no. 5 susah nak fahamkan eh?
intan..
masalahnya obvious sangat. hehe..
alamatnya? xkan ko xtau alamat tmpat ko keje... =p
lalalaa~~~
Hmmm..dari FB akak mlompat ke sini..utk mgetahu crita seterusnya..
syonok akak baca..itu maknanya Zaki 'sejuk' di sna.Teruskan..pastinya anda akan ketemui perkara UNIK yg lain..
jaga diri baik2:)
salam
I was wondering if you have done istikharah yet for your 2 outcomes
Wassalam
Haris
jepah..
er.. tahu :D
kak ila..
insha Allah.. thanks for the wish :)
haris..
insha Allah i did and will always do.. :)
wah. banyak kebetulan kat situ.
semoga ko pun akan jadi antara ilmuwan yang terhebat!
adlan..
tu la pasal.. amin.. all the best to you too bro!
im interested at this work place...dat day i missed jwatan kosong kt tmpt ni....agak2 ade lg x....i btul2 minat nk keje kt cni....plzzzzzz help me....
anonymous...
apa kata cuba tanya2kan kepada CEO nya. lawat blognya http://teropongskop.blogspot.com
:)
Post a Comment