Baru-baru ini saya ada menonton satu topik perbincangan yang agak menarik dalam Wanita Hari Ini (WHI) di TV3. Sila jangan salah sangka dan menyempitkan fikiran bahawa lelaki tidak boleh menonton rancangan ini.
Apa yang menarik perhatian saya adalah isi tajuk perbincangan ini di mana Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen dijemput untuk menerangkan lawatan beliau ke Jordan baru-baru ini, menemui pelajar-pelajar yang meneruskan pengajian tinggi di sana. Apa yang saya dapat simpulkan daripada perbincangan itu adalah pelajar yang belajar di luar negara seolah-olah tidak peka dengan perkembangan negara asal mereka dan masih lagi membawa fikiran kolot mereka ke sana.
Manakan tidak, nama sahaja belajar di luar negara, tetapi keadaannya masih seperti berada di Malaysia. Mereka tidak bercampur dengan orang tempatan lalu membataskan hubungan mereka, lantas menyebabkan mereka tidak dapat memperbaiki kemahiran bahasa mereka, khususnya bahasa Arab.
Apa yang menyedihkan lagi, mereka tidak turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti di mana program yang direncanakan tersebut adalah khas untuk pelajar dari luar Mesir. Malangnya, program ini tidak mendapat sambutan lantaran pelajar-pelajar ini hanyut dengan dunia "Malaysia Kedua" mereka sedangkan hakikatnya kaki mereka menjejak bumi Jordan! Dr Mashitah bercakap berdasarkan pengalaman dan pemerhatian beliau kerana beliau sendiri adalah bekas graduan dari bumi Mesir.
Di akhir perbincangan, Dr Mashitah ada memberi peringatan dan nasihat kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke luar negara supaya menasihatkan anak mereka mengikuti perkembangan semasa Malaysia.
Pada pandangan peribadi saya, saya agak terkejut dengan pendedahan ini kerana sepanjang pengetahuan saaya, mereka yang belajar di luar negara tidak terlepas daripada menggunakan kemudahan internet. Mungkin saya salah faham kerana menganggap mereka turut mengikuti perkembangan semasa di Malaysia dengan melayari laman-laman web berita seperti Berita Harian, Utusan, Bernama ataupun yang seumpamanya. Saya mempunyai kawan yang belajar di Korea di mana apabila dia pulang pada tahun lepas, saya ada berjumpa dengannya. Saya tanya kepadanya, "Ko ikut perkembangan Malaysia ke tak?" lalu dia mengiyakan.
Justeru saya membuat kesimpulan mereka yang berada di luar negara tidak terlepas dari mengintai perkembangan Malaysia dari semasa ke semasa melalui internet. Rupa-rupnya saya salah.
Adakah mereka hanya lalai dengan friendster, blog, email lanjutan dan lain-lain tanpa menghiraukan perkembangan semasa dalam dan luar negara walaupun hanya dengan beberapa klik? Sila jangan salah sangka kerana saya tidak menujukan kenyataan ini kepada individu tertentu, tetapi pelajar yang belajar di luar negara secara keseluruhannya.
Kepaada rakan-rakan Gubu yang membaca isi kandungan entry ini, sila sedar bahawa anda membawa nama Malaysia ke sana dan secara tidak langsung anda juga adalah duta kecil Malaysia. Buktikan bahawa pelajar-pelajar daripada Malaysia adalah yang terunggul dengan mengaktifkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh universiti anda. Usah anda hanyut dengan dunia internet anda sendiri tanpa menghiraukan keadaan semasa di sekeliling anda mahupun di seluruh dunia.
Satu lagi yang ingin saya tekankan, jangan terlalu mementingkan diri dan menekankan kepentingan politik dengan bertanya kepada wakil kerajaan yang cuba untuk menerangkan konsep Islam Hadhari kepada pelajar-pelajar di luar negara kerana konsep yang cuba kerajaan terapkan ini adalah untuk kebaikan umat Islam Malaysia bersama, tanpa ada sebarang niat politik. Usah ditanya apa yang Malaysia dan kerajaannya berikan kepada anda, tetapi tanyalah diri anda apa yang anda sumbangkan untuk negara. Usah ditanya apa yang Islam berikan kepada anda, tetapi tanyalah apa yang anda sumbangkan kepada Islam...
[entry berkenaan perkara-perkara menarik dalam Odah Camp II terpaksa dibatalkan kerana isu ini lebih serius dan perlu mendapat perhatian yang lebih memandangkan kebanyakan yang membaca blog saya ini adalah pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara]
83 comments:
nguwaaa.... seperti kena simbah air garam dan dijemur tgh panas baca entry nih.. hahaha~
ada yg setuju dgn opinion anda dan ada juga yg kurang setuju..
salam
sama pendapat dgn abang toriq..
sedikit setuju dan sedikit tak setuju..banyaknya atas pagar!
yasmin...
nguwaaa.... seperti kena simbah air garam dan dijemur tgh panas baca entry nih.. hahaha~
kena simbah air garam? ade kesan pape ke kalau mengeringkannya? kalau mandi laut, airnya juga masin, tapi takde kesan pape pun bila dibiarkan kering...
[apa yang aku fikirkan...]
[dah lama tak mandi laut]
toriq...
ada yg setuju dgn opinion anda dan ada juga yg kurang setuju..
mari kita bincangkan dengan berhemah....
[apa yang aku fikirkan...]
[dah letak link toriq, toriq bila lagi?]
nad...
sama pendapat dgn abang toriq..
sedikit setuju dan sedikit tak setuju..banyaknya atas pagar!
mari kita bincangkan dengan berhemah....
[apa yang aku fikirkan...]
[perbezaan pendapat perlu ditangani dengan berhemah]
dia macam siputkan...terus songsang osmosis bila disimbah air garam..dan mencair..
hahah..ko faham dak?
nad...
dia macam siputkan...terus songsang osmosis bila disimbah air garam..dan mencair..
hahah..ko faham dak?
yang aku tahu siput kalau kite bubuh garam atas badan dia, dia akan mati. tapi apa kaitannya dengan entry kali ni? sila jelaskan maksud kak yasmin.... it's still unclear to me...
[apa yang aku fikirkan...]
[dah lama tak nampak siput babi]
Sesuatu pandangan manusia tu kena di ambil dari sudut pandangan positif.Cuma pihak tertentu menganggap seperti ada unsur lain apabila pihak Dr Mashitah menyatakan ulasannya. Kita perlu pandang dia sebagai penasihat & pceramah & bukannya ahli politik yg cuba ingin pengaruhi sesuatu keadaan & persekitaran (turut mendengar ulasan t'sebut pada isnin lepas)rgds.syasya
akan mengulas lanjut kemudian.. time study nih.. dan akan tambah link szakif juga..
just nak cakap sket kat syasya, mmg tak pdg pun dr mashitah sebagai ahli politik.. pendapat tetap berbeza.. almaklum, pendapat manusia mmg sgt berbeza..
even kita dgn ayah kita sendiri pun kengkadang mempunyai pdgn yg berbeza. adakah bermakna kita benci ayah kita? sila sedar..
sila pdg pendapat saya dari sudut yg positif juga. kenapa dr mashitah sahaja?
salam,
toriq
syasya...
Sesuatu pandangan manusia tu kena di ambil dari sudut pandangan positif
adakalanya kena pertimbangan pandangan negatif, sebab from there kita juga boleh tahu apakah yang positif disebaliknya...
Cuma pihak tertentu menganggap seperti ada unsur lain apabila pihak Dr Mashitah menyatakan ulasannya. Kita perlu pandang dia sebagai penasihat & pceramah & bukannya ahli politik yg cuba ingin pengaruhi sesuatu keadaan & persekitaran
secara ringkasnya, memang itulah tujuan wujudnya pihak pembangkang (yang dimaksudkan di sini bukan dari segi politik) kerana mereka memandang sesuatu itu drpd sudut yang berbeza. kembali kepada kenyataan saya di atas, adakalanya perlu untuk memandang sesuatu pada sudut yang negatif untuk menemukan yang positif di sebaliknya...
dalam hal ini, saya bukan mahu membangkitkan semangat politik masing-masing, tetapi point utamanya adalah supaya pelajar-pelajar yan belajar di luar negara mengikuti perkembangan di malaysia, tidak kira apa jua isu - kerajaan pembangkang, malaysia singapura dan sebagainya... jangan jadi "John Doe" apabila pulang ke malaysia bila tamat pengajian kelak... jangan sampai ada yang tanya "sejak bila malaysia ada menara berkembar?"
[apa yang aku fikirkan...]
[syasya tak kerja ke hari isnin aritu? dan selamat datang syasya dalam ruangan komen... singgah lah selalu]
toriq...
akan mengulas lanjut kemudian.. time study nih..
wah.. bila masuk bab politik toriq bersemangat ya?
dan akan tambah link szakif juga..
trimas trimas....
[apa yang aku fikirkan...]
[politik politik...]
tiba masa utk mengulas:
Apa yang saya dapat simpulkan daripada perbincangan itu adalah pelajar yang belajar di luar negara seolah-olah tidak peka dengan perkembangan negara asal mereka ....
well, pendapat nih aku tak setuju sgt sebenarnya.. rasanya maybe adalah segelintir pelajar yg langsung tidak mahu ambil tahu ttg perkembangan di malaysia.. namun, bukanlah semua..
saya hanya dapat menjawab berdasarkan komuniti malaysians di edinburgh.. kami di sini berborak2 ttg isu2 yg hangat di malaysia. jika dahulunya isu bog foot menjadi perbualan, sekrg yg terbaru adalah isu kenaikan harga minyak.. tidak kurang hebatnyer isu dato' k dan siti etc...
berbalik kepada hujah saya di atas, kami di sini mempunyai yahoo group di mana setiap member berhak utk menghantar apa sahaja email utk dikongsi bersama.. jadi, pelbagai isu ttg malaysia kami telah berdikusi melalui e-mail, dan topik2 tersebut jugalah yg akan kami perbualkan sekiranya berjumpa di tepi2 jalan, ataupun di dalam majlis2 yg mengumpulkan ahli2 seperti majlis usrah dsb...
....dan masih lagi membawa fikiran kolot mereka ke sana.
apakah fikiran kolot yg szakif maksudkan? saya rasa rata2 pelajar di luar negara lebih nampak ttg apa yg berlaku di dlm negara berbanding rakyat malaysia sendiri.. sekiranya dahulu saya berpendapat rakyat malaysia sgt bersopan santun, saya silap.. jika dahulu saya rasa rakyat malaysia memandu dgn berhemah, saya silap.. jika dahulu saya rasa rakyat malaysia hidup senang dan dapat merasai kemajuan negara yang sedang berlaku sekrg, saya silap..
Usah ditanya apa yang Islam berikan kepada anda, tetapi tanyalah apa yang anda sumbangkan kepada Islam
Sebelum saya teruskan dgn pendapat, elok kiranya saya ingatkan sedikit mengenai tingkat2 iman... iman ader 3 tahap.. iman hamba di mana kita beribadat supaya tidak mendapat azab Allah di akhirat kelak, iman saudagar di mana kita melakukan ibadat kerana ingin mendapat ganjaran, dan iman peringkat tertinggi iaitu iman para nabi dan rasul dan golongan ulamak2 (tak ingat apa nama iman nih) di mana mereka beribadat semata2 utk mendapat keredhaan Allah.
Kita, sebagai umat akhir zaman, adalah umat yg sgt lemah. Iman turun naik. Jadi, peringkat iman kita mungkin hanya di peringkat yang pertama dan kedua yg di sebutkan di atas.
Berdasarkan pernyataan di atas, bolehlah kiranya kita bertanya apakah Islam berikan kepada kita (spt syurga, pahala) supaya dgn itu kita akan lebih banyak beribadat kepada Allah. Tidak salah sama sekali. Dengan mengetahui apa yg Islam berikan kepada kita, maka kita akan lebih berusaha dan yakin utk menyumbang sesuatu kepada Islam!
Perlu diingatkan, iman kita (org kebanyakan) tidak sampai tahap iman peringkat tertinggi spt yg disebutkan..
jadi, bolehlah sekiranya kita applykan dgn isu kerajaan dan rakyat yg szakif utarakan...
ini adalah pdgn peribadi, saya tak kata saya betul... sila tunjuk ajar...
salam,
toriq...
terima kasih atas pendapat di atas.. harap yang lain turut mengemukakan pendapat masing-masing... hanya satu saya ingin tekankan dan ingatkan, ulasan saya dalam posting kali ni berdasarkan apa yang saya tonton dalam rancangan WHI hari tu... apa yang Dr Mashitah suarakan dan nyatakan, itu yang saya tuliskan di samping memberi pendapat saya sedikit di hujungnya... syasya, (jika membaca) sila nyatakan ulasan anda pula sebagai orang yang turut menonton...
[apa yang aku fikirkan...]
[lawak tul la toriq taip bigfoot jadi bogfoot... takpe, dimaafkan... huruf sebelah2 je...=)]
erm dr mashitah bukan ahli politik ker?
setau nad dia ahli politik..
dan bila berada di luar negara,kita dapat melihat sendiri isu2 yg lebey besar selain isu2 yg digembar gemburkan dalam utusan dan berita hairan..
maka x dapat tidak..berita2 pasal mesia kenkadang diketepikan berbanding masalah2 yg lebey besar...
bigfoot dan birdflu?
-nad-
szakif..u shud b there wen she came to jordan..
jgn maen nak caya bulat2 sume bnda yg mashitah cakap..
dia sndiri masukkan nama pmbngkang..
camne nak kata dia xlibatkan politik?
dala tu,wakil2 yg dia bawak..
dgr soklan xbetol..
pastu xjwb ikut kehendak soklan..
pastu kata kitorg kolot??
wut da f**k?!
fonso zone,
control your anger..
u dont have to use the F word here..
Follow the example showed by Rasullullah when he became angry..
we need to have an open discussion here..
salam
fonso zone...
pastu kata kitorg kolot??
dr. mashitah tidak menggunakan bahasa "kolot" tu, tapi itu perkataan saya... hasil kesimpulan drpd hujah dr mashitah..
[apa yang aku fikirkan...]
[takyah rr guna bahase lucah kat sini]
toriq...
we need to have an open discussion here..
open memang open, tapi bukan seperti open cara fonso
[apa yang aku fikirkan...]
[panas panas...]
malahan dah sensored okk bahasa tu..
mashitah mmg xpakai..
team dia yg laen pakai..
fonso zone...
malahan dah sensored okk bahasa tu..
sensor atau tidak, bukan isunya. tak perlu pakai bahasa tu dalam apa jua keadaan..
[apa yang aku fikirkan...]
[bukan semua produk sambest itu berjaya]
k..sori..
juz trbakar je bila knangkan bnda tu..
slmba je diorg simpulkn sume org jumud..
pdhl diorg yg xphm pe yg kitorg tny..
siap kabar balik kat rkyt mesia tu..
sabar jelaaaa...
n of coz..sume org pon de kkurangan..
n mmg bukn sume org dr sambest brjaya..
but bukn sume xkan brjaya..
fonso zone...
nampaknya tengah online???
siap kabar balik kat rkyt mesia tu..
dah TV3 jemput, nak buat macam mana... aku pun tonton je la...
n of coz..sume org pon de kkurangan..
n mmg bukn sume org dr sambest brjaya..
but bukn sume xkan brjaya..
aku sedey tengok exsambest kat UIA ni... bukan semua la (as you said) tapi kalau yang "hanyut" tu memang betul2 hanyut la... orang tak percaya kalau kata "dia tu bekas sekolah agama"... tapi minoriti la... ko plak tunjukkan la contoh yang baik... pelajar U... oversea plak tu....
[apa yang aku fikirkan...]
[terserempak dengan exsambest kat KLCC jalan berpegangan tangan ngan makwe tak bertudung, baju ketat sendat]
mm..tol..tol..
bach aku mmg ramai je bkak tudung..
mmgla tv3 jmput..
tu bukn mslhnya..
mslhnya..bnda yg dismpaikan slh..
yg kna plak xleh nk defense..
terok r gini..
dah mcm fitnah pon ye..
tp lbih kpd slh phm je sbnanya..
yg mrh tu bukn dgn mashitah..
dgn dak2 UM yg laen tu..
adomak..mmg kuang aja woo..
fonso zone...
di sinilah pentingnya perbincangan... aku dengar apa yang aku tonton dan aku sampaikan... bagaimana pula dengan pihak yang satu lagi yang berjumpa secara terus dengan dr mashitah dalam sessi pertemuan tersebut? hata05 masih lagi berdiam...
[apa yang aku fikirkan...]
[calling for hata05]
alo alo
berdiam diri tanda mesra boley?
haha been busy la lately~~ dengan exam, presentation segala~~ jadi aasif ya'ni, ni pon takleh komen byk sket je.. tunggu abes exam khames ni
maka generally speaking yup, kurang bersetuju ngan ape yang doc masyitah cakap.. kenapa? sebab dia amek general view sajor.. masa kitorang datang arie tu, ada la budak2 bertanya, sila sedar, budak yang ada termasuklah irbid amman dan mafraq.. bukan sekadar irbid sajor ok~~
maka ada jugak la yang ketika tanya tu menunjukkan pembangkangan yang ketara (walaupon takpe je pon nak berkontradiksi di sini, sebab itu lah tujuan diskusi), dan aku pon agak kurang setuju sebenarnye.. tapi dah dia bgn awal2, maka first impression doc masyitah jatuh kepada pembangkangan budak tu~~ maka terhasillah satu teori mengatakan budak jordan tertutup serta kolot sebagainya, malahan yang bertanya tu hanya melambangkan tak sampai satu percent daripada dak jordan
dan sila akui.. di mana-mana ada sajor orang yang terbuka dan tertutup, hatta orang msia di bumi UK mesir, malaysia sendiri pon. itu mmg tak dapat dinafikan..aku akui kat sini ada sajor orang2 yang narrow minded tapi pls, bukan kat seme tempat camtu ker..
tapi ia adalah quite unfair utk menjudge budak jordan secara KOLEKTIF dengan hanya satu dua macam tu...
pastu yang agak kurang bersetuju adalah ngan wakil budak UM yang 3 orang tu~~ tak menjawab soalan satu pastu mengenakan balik cakap budak jordan sama je cam budak mesir kolot~~ motif diorang terer sangat sampai nak mengatakan diorang tak kolot?
aku walaupon personally tak membangkang islam hadhari ni, tapi cara diorang yang tak kene tu membuatkan aku agak kecewa.. diorang mengatakan kitorang tak open.. malahan diorang sendiri yang tidak open dalam menerima soalan2 atau bidasan2.. maka sepatutnya mereka sendiri yang tidak cepat melatah dan menjudge orang secara membuta tuli~~
ok ada masa aku komen lagi
yezza..
irbidians bangkit menentang dr mashitah yg kolot..
erm..tp zaki klu ko berada kat luar negara memang tend to berkumpulan dgn plaja mesia yg lain..rasa selamat..rasa cam ada security lah..lagi2 jauh dari makbapak..cam rakan2lah tempat ko bergantung harap segala..(of coz Allah yg paling utama)
haha..x baca komen mando seblom ni..dah namanya dia orang politik sure aa dia kaitkan lawan2 dia ok mando..itu fitrah..
n pasal kolot tak kolot tu,ni diceritakan sorang member di mesir..tatkala dr mashitah cakap diorang x pandai cakap arab..lantas bangun seorang abang bercakap arab pada dr mashitah (clap2 kat abang tu).Jadi kat situ gak da terbukti dr mashitah salah..
wahhhh....
sukanyer dgr pendpt from irbidians... org yg mmg ada dlm majlis tuh... keep it coming guyzz!! hehehe
betul ker citer nad tuh? saper citer ok? bravo tuh abg tuh.. tapi, dr mashitah faham ker apa abg tuh cakap?
aype the abang really wujud..a bf of a fren..hahhaaha..
erm,of coz la dia faham..klu x sia2 la dia graduan mesir..tp tatau la~~
tapi tetap kagum ngan arab doc masyitah.. best ok masa dia cakap
atas tadi hata
wah... nampkanya korang ni macam telah melakukan satu forum malam tadi mase aku tidur... in a blink, terus banyak komen.. selamat datang shultze!!! tentang persoalan mesir dan jordan tu, nanti aku check balik, tapi tak tentu lagi aku nak betulkan... yang pasti, aku sendiri keliru dengan mesir dan jordan. geografi fail la katekan! muahaha... nampaknya apa yang aku harapkan telah memutikkan hasil. inilah perbincangan, kupasan, dan pendedahan yang aku inginkan drpd kalian semua. shultze, jangan ade heart feeling sangat la ngan dr mashitah... anggap macam debu diterbangkan angin sajor.. apa yang dapat aku simpulkan ialah; korang dak2 GUBU memang bukan seperti apa yang dr mashitah ulaskan. it's good to have you all here to discuss this stuff.
[apa yang aku fikirkan...]
[baru tahu ada dak UM turut serta bersama dr mashitah]
mula2 menampa acap..
tp rasanya dia cakap kan zaki,dak2 mesir yg kolot..
Assalamualaikum.
Nak join bagi komen...
Bagi saya, isu pelajar luar negara berfikiran kolot dan jumud tak timbul sebenarnya... Kalau anda tahu apa yang berlaku sebenar-benarnya sewaktu tour Dr Masyitah menyemai gagasan baru Islam Hadhari itu, mungkin anda akan faham. Itupun jika minda tidak dihijab dari memahami duduk pekara sebenar... =)
Kita mahukan pelajar luar negara berfikiran terbuka... Yang di rantau Arab fasih berbahasa arab, yang di negara mat saleh petah berbicara seperti mat saleh. Membuka minda, bergaul dengan masyarakat tempatan, membawa segala budaya yang baik pulang ke tanah Malaysia. Jangan risau, banyak antara kami yang berbuat demikian, terutamanya yang di Tanah Inggeris ni. Oh, semua itu sudah dibuat sejak sebelum merdeka lagi... jangan risau. Lima sepuluh tahun lagi, mungkin kita akan lihat hasilnya secara total.
Err... Tapi saya kira, rakyat Malaysia lebih Inggeris dari Inggeris sekarang nih.
nad...
tp rasanya dia cakap kan zaki,dak2 mesir yg kolot..
sepanjang pendengaran dan ingatan aku, takde plak perkataan tu terpacul dalam sessi temubual tu... perkataan kolot dlm posting ni adalah hasil kesimpulan aku... bukan perkataan Dr Mashitah...
[apa yang aku fikirkan...]
[perkataan kolot memang susah nak diterima kalau ditujukan kepada aku]
saufiah...
Kita mahukan pelajar luar negara berfikiran terbuka... Yang di rantau Arab fasih berbahasa arab, yang di negara mat saleh petah berbicara seperti mat saleh
itulah hasil bergaul rapat dengan rakyat tempatan.. macam kat UIA, ramai dah pelajar antarabngsa yang pandai cakap melayu.. rase kagum dan segan silih berganti... bahse kite die pandai, bahse die haram kite nak blajar....
Jangan risau, banyak antara kami yang berbuat demikian, terutamanya yang di Tanah Inggeris ni. Oh, semua itu sudah dibuat sejak sebelum merdeka lagi... jangan risau. Lima sepuluh tahun lagi, mungkin kita akan lihat hasilnya secara total.
alhamdulillah... saya menanti saat itu jika Allah panjangkan umur saya...
Err... Tapi saya kira, rakyat Malaysia lebih Inggeris dari Inggeris sekarang nih.
in a way yes, in other way, not really.... banyak faktor...
[apa yang aku fikirkan...]
[masih belum kenal sayangsaufiah sangat, belajar apa di playmot?]
acap...
erm pasal geografi tuh,kalo nak senang mesir kat lebeh kurang to the west of arab saudi..jordan plak to the north..pastu ade israel plak menyempet tgh2 sampai gulf of aqaba..huhu
terima kasih atas maklumat di atas, apa2 pun kena check peta kalau nak lebih jelas...
[apa yang aku fikirkan...]
[cikgu geografi dulu membosankan]
acap...
i think that is natural kot..
i think the better word is "common", not natural...
tp sblom tuh nak kasik satu peribahsa arab dlu:
"alb3b illi bijiik minnu ar-riih,siddu wa istareeh"
sila jangan menggantungkan peribahasa yang indah ni tanpa makna... sila jelaskan terima kasih...
[apa yang aku fikirkan...]
[terfikir nak blaja bahse arab balik, kat UIA free]
Quote from saufiyyah:
Err... Tapi saya kira, rakyat Malaysia lebih Inggeris dari Inggeris sekarang nih.
SANGAT2 BERSETUJU dgn pendapat saudari... Saya rasa nilai2 Islam mmg dah ada dah kat Tanah Inggeris nih, cuma Islam sahaja yang belum sampai.. :'(
basically,
aku sorang yg kolot dalam menerima idea2 baru..contoh tentang islam hadhari..aku memang kolot..
hhehehe
-nad-
al bab illu bijik minnu rih, siddu wa istareh means pintu,kalau leh smpai dtg angin dr pintu tu, (rosak la mksdnya pintu ni), btolkan then rehatla. means, de prob, sttlekn je trus, pastu leh rilex.:)
acap ajar aku ari tu..yihaaa..!
fonso zone...
adakah maksudnya "apabila kerosakan berlaku, fix it dan kemudian berehat la..."?
apa significant supaya berehat di sini? minta penjelasan... acap?
[apa yang aku fikirkan...]
[peribahasa memang indah]
acap...
erm i used the word natural sbb x dapat tidak kalo bebudak ni x blaja bahasa tempatan,contohnye kat jordan ni yang org local die kurang cakap english,they'll have so many problems in dealing with day to day activity..x gitu hata?haha..kire cam basic behaviour untuk survival..tp common pon leh la gak kot..
tq for this explanation..
erm yg peribahasa arab tuh,maksudnye kalo ade problem,setelkan je la,x yah make a fuss about it...bile dah setel,everything comes back to normal,pastu relex je..sumthing like dat la..haha
this one is clearer... owh.. camtu...
[apa yang aku fikirkan...]
[ngantukkk...]
n btw, knapakah asek menekankan mashitah xpkai "kolot" tym kat WHI. n "kolot" hnyalah ksimpulan yg ko wat brdsrkn pnjlasan mashitah. tp pe2hal pon..bnda yg dia nak smpaikan ialah mngatakan kitorg ni kolot even xpkai prkataan "kolot", bukan mcm tu ke?
fonso...
n btw, knapakah asek menekankan mashitah xpkai "kolot" tym kat WHI. n "kolot" hnyalah ksimpulan yg ko wat brdsrkn pnjlasan mashitah. tp pe2hal pon..bnda yg dia nak smpaikan ialah mngatakan kitorg ni kolot even xpkai prkataan "kolot", bukan mcm tu ke?
macam ni ceritanya... sepanjang ingatan aku, takde perkataan kolot terpacul mase temubual tu.. tetapi aku guna perkataan itu sebagai kesimpulan aku. tanpa aku ketahui dr mashitah ada juga menggunakan perkataan ini di jordan@mesir... so memang betullah kesimpulan aku.. aku cuma nak mengelakkan salah faham di sini, sebab aku bimbang sekiranya ada yang salah faham perkataan itu terpacul drpd mulut dr mashitah secara langsung dan terang dalam sessi temubual WHI...
[apa yang aku fikirkan...]
[kesimpulan aku betul le tu gamaknya]
acap...
aku langsung tak kate korang semua kolot ye.... adeh... sila sedar.... dan aku tak pernah kata aku bersetuju sepenuhnya dengan segala hujah dr mashitah... that's why aku buat entry ni untuk mewujudkan perbincangan, utk mendapatkan maklumat dan pandangan dari pihak korang sebagai pelajar malaysia di luar negara pula... sila sedarkan aku jika aku terlepas pandang dalam entry aku ni mengatakan korang semua pelajar kat luar negara memang tak ikuti perkembangan malaysia.. mungkin penggunaan ayat aku yang umum dan tidak spesifik menyebabkan banyak tafsiran yang berbeza dan aku minta maaf jika itu berlaku... dan sila sedar aku juga tak kenal lagi korang secara mendalam sebagaimana aku kenal kawan aku di korea (yang menjadi contoh dalam entry ni) yang satu itu.. heikal sila beri komen anda sebagai wakil di korea...
nampaknya semacam sudah lari perbincangan kita... apa yang aku nak fokuskan adalah sama ada pelajar malaysia di luar negara mengikuti perkembangan malaysia atau tidak, dan keaktifan mereka di universiti masing2 dan bukannya isu kolot atau tohmahan... mungkin itu adalah isi@isu sampingan, tetapi fokusnya adalah kedua-dua point tersebut.. sila kembali kepada tajuk asal... tapi aku masih tak pasti sama ada perkataan tohmah adalah tepat untuk menerangkan sessi temubual itu...
[apa yang aku fikirkan...]
[ramai tak agaknye yang menonton WHI??]
acap...
so mesti diorng fikir yang bukan2 pasal budak2 mid east ni..
no comment on this... aku tak nak buat sebarang spekulasi... muehehe....
lagi2 kan kerajaan skang nak hantar ramai budak datang sini(betol kan??xsure sgt),
yang ni memang aku takde sebarang idea... takde berita hot pasal increment atau decrement penghantaran atau pemergian pelajar ke mideast
szakif hanye tulis ape yg szakif dapat dari WHI kan..so xde hal la..huhu
ye... =)
papehal pon cheers~~
ceria selalu.... =)
[apa yang aku fikirkan...]
[sape lelaki dalam gambar komen acap tu?? retro nye...]
alo lari topic sket
tataula kalo cerita kolot tersebar kat barisan menteri2 kat msia, maka gamaknya tahun depan takde la dihantar budak msia ke sini.. macam kitorang takde 3rd batch JUST sebab dulu katanya budak2 jordan menentang kerajaan, pastu stop setahun, then msd buat proposal sendiri maka terus hantar balek
tapi motif hanya dengar desas desus dan buat kesimpulan sndr dan terus tak nak antar~~ aku terus kecewa sekali dengan penilaian diorang.. sila datang dan tengok sendiri bagaimana baiknya budak2 just kat sini (hehe) sebelum buat keputusan
hahaha..
erm retrokan..malahan gaya pakcik2 jerman 40-an..ahahah..
(langsung tukar topik) kerana dah berlarut2..
erk.. lah.. acap ker.. bak cakap nad, ingatkan org jerman mana ntah.. huahuahuahua
hata...
macam kitorang takde 3rd batch JUST sebab dulu katanya budak2 jordan menentang kerajaan, pastu stop setahun, then msd buat proposal sendiri maka terus hantar balek
yang dihantar balik tu jadik trus 4th batch ke?? bley plak skip2 batch..
tapi motif hanya dengar desas desus dan buat kesimpulan sndr dan terus tak nak antar~~ aku terus kecewa sekali dengan penilaian diorang.. sila datang dan tengok sendiri bagaimana baiknya budak2 just kat sini (hehe) sebelum buat keputusan
bagi aku tu tugas korang la utk menolak segala desas desus yang tersebar. terangkanlah kepada pihak berwajib perkara yang sebenar... hanya cadangan...
[apa yang aku fikirkan...]
[pernah dapat tawaran ke ukraine... kalau pegi kompem dah kenal nad lama dah]
acap...
maybe susah nak caye,tapi itu adelah acap sejati ok..haha
superimpose kah???
nad...
malahan gaya pakcik2 jerman 40-an..ahahah..
ha'aaaa la.... setuju ngan nad, cam ade gaye askar-askar jermen la pulaaak..
toriq...
erk.. lah.. acap ker..
ko pun baru tahu ke toriq? isy isy isy...
[apa yang aku fikirkan...]
[keadaan sudah reda]
ello.. dah terangkan ok~~ malahan diorang mana nak caya budak2 sajor.. diorang percaya sorang pegawai yang membuat laporan palsu itu~~ geram oK~~
terus menapa kapik sajor mereka tanda protes
hata..
ello.. dah terangkan ok~~
bagus la korang dah amik inisiatif korang sendiri... tapi...
malahan diorang mana nak caya budak2 sajor.. diorang percaya sorang pegawai yang membuat laporan palsu itu~~
ni boleh report kat BPR@yang sewaktu dengannye nih... ape kate korang mintak pertolongan mak bapak korang plak yang kat malaysia utk membuat laporan.. hanya cadangan... supaya pegawai yang tak bertanggungjawab itu mendapat balasan dan tindakan yang sepatutnya..
geram oK~~
aku faham dan turut berkongsi kegeraman...
[apa yang aku fikirkan...]
[ape pegawai tu ingat kite ni takde otak ke ape??!]
salam...
satu perbincangan yang agak hangat....tapi perlu dinilai dari pelbagai aspek ok...isu jumud dan kolot tidak wujud secara khas nya ok..sila sedar.....nyala kerna haba n oksigen...xperlulah ditimbulkan isu kolot n jumud tue...
aku pun ada gak yg time programtu blangsung...ape yg aku kesali ialah sikap perwakilan(pelajar um)yg masih x memahami soklan yg diutarakan...lantas mwujudkan kontroversi dklangan kami.... xhabis dgn itu..dalam pjelasan(kerana xfahm soklan)trus mgeluarkan kesimpulan yg amat mgecewakan n membakar sebahagian pihak yg hadir....
jgn la nk mbuat satu spekulasi yg boleh mencermin ketidakpandaian kita..kelak makan diri...aku sendiri myokong pendekatan islam hadhari yg dibawa oleh kerajaan...tapi kes sebegini trus dijadikan isu,maka pendktan yg semkin hampir bakal menemui jalan yg jauh...
berblik pada pelajar yg mengikuti n x mengikuti perkembngn yg blaku di msia...yg ikut adalah mereka yg peka,n mereka yg x mgikuti adalah pemusnah impian negara...tapi sayang nyer,x tidak mgikuti nyer adalah nila yg merosak susu sebelanga(penipu identiti yg m'bangkit kan isu kontroversi Dr Mashitah)amat kecewa dak kesal....
lantaran dgn itu szakif menilai kami yg berada disini sebagai golongan yg jumud kolot...agak keterlaluan perkataan szakif..kesimpulan yg x berasas..harap dapat menerima..."org yg makan durian x sama dgn org yg bau durian.."
rona rona...
satu perbincangan yang agak hangat....
pernah hangat, kini mungkin akan hangat kembali...
tapi perlu dinilai dari pelbagai aspek ok...isu jumud dan kolot tidak wujud secara khas nya ok..sila sedar.....nyala kerna haba n oksigen...xperlulah ditimbulkan isu kolot n jumud tue...
sila sedar, bukan isu jumud (i dont create this term here) dan kolot yang saya tekankan di sini okey...
aku pun ada gak yg time programtu blangsung...ape yg aku kesali ialah sikap perwakilan(pelajar um)yg masih x memahami soklan yg diutarakan...lantas mwujudkan kontroversi dklangan kami.... xhabis dgn itu..dalam pjelasan(kerana xfahm soklan)trus mgeluarkan kesimpulan yg amat mgecewakan n membakar sebahagian pihak yg hadir....
kenyataan ini sudah dinyatakan di atas dan kini kembali disebut menunjukkan betapa menyalanya para hadirin ketika tu dengan pelajar UM tersebut.. saya sebagai orang tiada di situ hanya memerhati keluhan dan ketidakpuasan kalian... ada satu lagi point yang saya agak tertarik berkenaan malik maidin, sesiapa sila jelaskan di sini dengan jelas.
berblik pada pelajar yg mengikuti n x mengikuti perkembngn yg blaku di msia...
ini adalah fokus posting kali ini...
yg ikut adalah mereka yg peka,n mereka yg x mgikuti adalah pemusnah impian negara...tapi sayang nyer,x tidak mgikuti nyer adalah nila yg merosak susu sebelanga
setuju.... sila sedarkan mereka. itu adalah tugas kalian untuk mengingatkan rakan-rakan anda di sana...
lantaran dgn itu szakif menilai kami yg berada disini sebagai golongan yg jumud kolot...agak keterlaluan perkataan szakif..kesimpulan yg x berasas..
di sini itu di mana? jordan i guess... sila jelaskan... sila baca kembali posting saya di mana saya tidak ada menyebut semua pelajar di luar negara, tidak kira di mana jua, secara specifik, hanya suatu generalization. asas? asas saya adalah hujah yang diutarakan oleh dr mashitah dan saya tidak mengatakan sekali-kali itulah satu-satunya asas yang saya ambil pertimbangan. di sinilah kepentingan saya menulis di blog saya ini untuk mewujudkan perbincangan dengan pihak yang terlibat secara langsung kerana some people (not to say many) yang membaca blog ini adalah di kalangan pelajar malaysia yang belajar di luar negara, ahli GUBU khususya. jadi, jelasnya di sini, sasaran saya memang tepat, iaitu pelajar malaysia di luar negara. sila jangan menohmah saya dengan mengatakan kesimpulan saya tidak berasas.
berkata tentang perkataan kolot yang saya nyatakan, kesimpulan ini dibuat berdasarkan sessi temubual WHI tersebut dan saya terkejut apabila mengetahui perkataan itu memang digunakan oleh dr mashitah dalam sessi lawatan di luar negara tersebut. bukankah ini asasnya dan saya tidak fikir saya keterlaluan...
sila baca komen balas saya di atas bagi memastikan anda betul-betul memahami flow perbincangan. repetition is tiring...
harap dapat menerima..
berdasarkan apa yang saya nyatakan di atas, saya menerima dengan hati yang terbuka tapi saya harus menyatakan pendirian saya juga..
[apa yang aku fikirkan...]
[repetition is again very tiring... jom makan durian!]
hahahahaha..
szakif kena tohmah...
huahuahuahua...
waaaaaaaaaaaa
nak mkn durian!!!!!!!!!!
toriq....
hahahahaha..
szakif kena tohmah...
huahuahuahua...
huahahahahahahahuahuahuahuaha juge.... lawak plak bile pikir balik die kate aku buat kesimpulan tak berasas. tapi...tohmah menohmah bukan suatu permainan... sila sedar...
nak mkn durian!!!!!!!!!!
kat sane takde durian ke toriq? kesian... tapi sekang kat malaysia tak musim durian la... betulkah orang kate seulas durian = sepinggan nasi karbohidratnye?
[apa yang aku fikirkan...]
[adakah ini satu mitos?]
tak tau ok betul ker tak pasal durian tuh.. hehehe
sajer nak jadikan komen nih 70 boleh?
hahahhaa..
hangat2...
toriq...
sajer nak jadikan komen nih 70 boleh?
tanpaku sedari ruangan ni yang paling banyak komen... so aku dah dapat satu formula yang praktikal dan efisien dlm menjana pemikiran aku dan pembaca blog; buat entry yang mewujudkan perbincangan ilmiah... insya 4JJl selepas ni aku akan banyakkan entry seperti ini, so takde la sia-sia aku tulis blog tanpa sebarang faedah...
lalu menambah komen kepada 71
[apa yang aku fikirkan...]
[adakah aku dalam usaha dakwah?]
Biar cikgu tambah jadi 72!!
Bagi cikgu, nak tengok pelajar Malaysia kolot atau tidak! Tunggu dia balik Malaysia! Duduk kat timur tengah 4 tahun, tambah ada yang tambah + tambah semester!!
Tapi balik dari timur tengah, tak boleh mengajar Bahasa Arab, itu yang GAGAL + KOLOT!
Pengalaman cikgu sendiri la, ada di kalangan Ustaz dan ustazah (dari timur tengah) yang mengajar cikgu kat sekolah agama dulu tidak mampu menyampaikan pengetahuan bahasa Arab dengan baik!
Bukankah menyampaikan Ilmu Bahasa arab itu JIHAD. Menyampaikan ilmu bahasa yang di gunakan dalam Al-Quran!
Ustaz dan ustazah dari Timur Tengah kena fikir dengan mendalam macam mana nak sampaikan Bahasa Arab dengan baik dan berkesan.
Cuma Ustaz dan Ustazah dari Timur Tengah yang suka bergaul dengan masyarakat arab dan berfikiran lebih terbuka tentang ILMU sahaja yang mampu berfikir dengan baik, bagaimana bahasa Arab boleh diperkasakan di Malaysia.
Tapi, kalau setakat belajar 4 tahun++. lepas tu balik cerita pasal politik jer...
Persenolly... Cikgu meng'tongsampah'kan mentaliti macam nie!
Pada cikgu, pelajar yang belajar di Luar Negara punya tanggungjawab yang besar. Berapa banyak wang telah dibelanjakan!! kalau hasilnya 'cikai'!! GAGAL!!
cikgu amir...
akhirnya cikgu bersuara jua.. hehe... menambahkan pandangan berlandaskan pengalaman... bagi saya, ada juga kebenarannya kata-kata cikgu itu, jika balik ke malaysia hanya tahu membawa mentaliti politik semata, sedangkan apa yang dibelajar di timur tengah FAIL, takde maknenye membuang duit di sana... sila sedar.. maka sesiapa yang tidak mahu tergolong dalam statistik ini, belajar rajin2, skor tinggi2, bergaul dengan masyarakat tempatan, dan ikuti perkembangan semasa malaysia terutamanya dan eluruh dunia umumnya.
saya menghormati cikgu amir sebab cikgu adalah cikgu...
namun, cikgu kena ingat, tak semua pelajar yang belajar di tanah Arab tidak boleh berbahasa arab.. itu adalah minoriti sahaja.. jadi, jgn sempitkan fikiran cikgu berdasarkan pengalaman cikgu waktu sek2 dulu.. itu adalah minoriti..
salam
politik + ekonomi + hal ehwal semasa ttg negara kita juga sama2 penting...
sila jgn pisahkan...
toriq...
namun, cikgu kena ingat, tak semua pelajar yang belajar di tanah Arab tidak boleh berbahasa arab.. itu adalah minoriti sahaja.. jadi, jgn sempitkan fikiran cikgu berdasarkan pengalaman cikgu waktu sek2 dulu.. itu adalah minoriti..
anda yang berada di sana lebih mengetahui... sila ingatkan kepada yang minoriti itu supaya terhapus mereka lantas menaikkan nama anda2 yang belajar di luar negara... saya pasti anda yang berada di luar negara mempunyai persatuan bukan? sila bangkitkan hal ini dalam persatuan anda... nasihatkan langau2 yang memburukkan nama anda...
politik + ekonomi + hal ehwal semasa ttg negara kita juga sama2 penting...
sila jgn pisahkan...
saya tak de kate sila pisahkan ok... tapi membawa pulang ideologi politik semata adalah melencong dari niat asal belajar di luar negara... sila sedar...
[apa yang aku fikirkan...]
[memang patut ada pepatah kerana nila setitik habis susu sebelanga]
szakif..
ok, terus terang la nak kata..
as far as i know, dekat edinburgh nih mmg sumer org boleh cakap English..
so, nak bersihkan langau yg mana lagi???
susah ok nak jumpa org yg tak reti cakap english at my place..
masakan diorg boleh hidup kat sinih tanpa boleh berbahasa tempatan
lagi satu, biasanya pelaja2 di luar negara membawa bnyk bende ok ke dalam negara..
cuma pihak2 tertentu sahaja yg nampak hanya politik semata yang dibawa..
padahal, bnyk lagi bende lain yg sengaja buat2 tak nampak..
:D
toriq...
ok, terus terang la nak kata..
as far as i know, dekat edinburgh nih mmg sumer org boleh cakap English..
so, nak bersihkan langau yg mana lagi???
susah ok nak jumpa org yg tak reti cakap english at my place..
tahniah untuk anda semua yang berada di edinburgh..anda semua memang world la!!! harumkan nama negara di sane....
lagi satu, biasanya pelaja2 di luar negara membawa bnyk bende ok ke dalam negara..
cuma pihak2 tertentu sahaja yg nampak hanya politik semata yang dibawa..
padahal, bnyk lagi bende lain yg sengaja buat2 tak nampak..
maka tonjolkanlah bahawa anda bukanlah seperti yang "pihak2 tertentu" itu sangka... ubah fikiran mereka.. ubah persepsi mereka apabila anda pulang kelak...
[apa yang aku fikirkan...]
[setiap kita mempunyai tanggungjawab masing2]
oooh.. just nak jelaskan..
kami kat sinih.. boleh la bercakap english..
tapi, takder la sampai tahap boleh jadi cikgu english..
kitorg tak belajar grammar bagai..
just cakap jer..
harap jelas...
:D
Saya dengar, kos untuk menghantar pelajar Malaysia ke luar negara sangat besar. Dikatakan untuk menghantar seorang pelajar perubatan ke UK menelan belanja hampir RM 0.5 juta.
Begitu juga pelajar yang berada di negara-negara timur tengah.
Malah di Australia ini, ramai pelajar yang terpaksa melakukan kerja-kerja part-time untuk menambah yang wang saku untuk belajar yang sentiasa tidak cukup.
Ini nak menunjukkan, belajar kat luar negara nie kena ada survival skills yang tinggi. dan BAHASA adalah survival kits yang paling utama. Ditambah lagi dengan pengetahuan yang luas tentang budaya setempat. Menjadikan pelajar Malaysia yang bersifat lebih universal. macam Mawi kata world.
Yang menjadi masalahnya bila pelajar Malaysia lebih suka duduk dalam kelompok sendiri, buat world malaysia sendiri dan tak bersungguh-sungguh dalam mencari ILMU.
Saya bekas guru matematik di Sekolah Agama. Saya lihat betapa ramai bekas pelajar dari timur tengah yang menjadi guru membawa mentaliti yang langsung tak membangunkan minda.
Jika kita minta acuan seperti nabi Muhammad, adakah mengutuk, mencaci nista kerajaan atau inidividu tertentu itu acuan yang terbaik?
mungkin ada yang tak betul dalam kerajaan, tapi 'mengotorkan mulut dan hati' dengan kata-kata kesat bukan akhlak yang terbaik untuk ditunjukkan kepada pelajar.
Kenapa tidak tunjukkan akhlak seorang muslim yang sejati! berkata-kata perkara yang baik, dan jika mengkritik pun dengan gaya dan bahasa yang berhikmah. Itu lebih baik dan memjadi model yang terbaik kepada orang lain!.
Ini semua bekas pelajar timur tengah yang jumud, bawa mentaliti yang tak sepatutnya ke Malaysia.
Masa saya bekerja di USJ, Subang Jaya. Saya kerap solat di Masjid Taipan, USJ 9. Saya berkenalan dengan Imam masjid ini.
Yang menarik tentang ustaz ini adalah, kepetahan dan kefasihan beliau berbahasa arab. saya kenal beliau setelah beliau menjadi penterjemah kepada seorang arab yang memberi ceramah di Masjid Taipan.
Bila saya tanya beliau, bagaimana beliau fasih berbahasa arab?, dia memberitahu saya yang beliau terpaksa meninggalkan sahabat melayunya dan mengikuti jemaah tabligh Mesir.
Walaupun, dia sebenarnya tidak berminat dengan tabligh. tapi kerana dia bersikap positif terhadap bahasa arab, beliau mengggunakan peluang bercakap dan memahami gaya hidup natives speaker. Dalam pengajaran bahasa Inggeris ia di panggil authenthic environment.
Cuma orang yang melihat ILMU itu satu yang bermanfaat sahaja sanggup berkorban.
Orang macam ini la yang tak merugikan duit kerajaan. Kena ingat bahawa duit kerajaan itu duit rakyat.
Bagi pelajar yang berada di luar negara, tiada apa yang istimewa bagi anda. Tanggungjawab yang besar terpikul dibahu anda.
Kena ingat, di akhirat nanti Allah akan tanya kita setiap saat yang kita manfaatkan di luar negara dan setiap sen duit rakyat yang anda gunakan!!
Tepuk dada, tanya iman!
tak boleh nak membaca komen di atas siang hari ni.. panjang.. nanti bace malam kang... dah nak kluar, jadi driver abah, hantar kad jemputan.. jeng jeng jeng...
ahaha gembira aku menengok kotak komenan ni zaki..
hajat ko terlaksana~
Ini semua bekas pelajar timur tengah yang jumud, bawa mentaliti yang tak sepatutnya ke Malaysia.
---> tertarik utk memberi komenan tentang isu ini..
tetibe terbaca.. saya pelajar timur tengah jua, yer dan saya terasa juga sedikit sebanyak dengan komenan cikgu
tetapi masalahnya
mengapa cikgu menekankan sangat kejumudan pelajar timur tengah? berapa ramai bekas pelajar timur tengah yang cikgu dah jumpa, kalo setakat seribu, sila tidak buat konklusi umum, dah berapa ramai keluaran timur tengah sekarang..tapi cikgu buat konklusi berdasarkan dengan setakat dah jumpa seribu orang (misalnya)..
dan untuk pengetahuan, middle east bukan mesir semata mata. Maka mesir mmg ramai orang melayu, dan sedikit sebanyak, kelompok2 melayu memang ramai.. tapi adakah cikgu sendiri dah pergi melawat negara-negara arab lain seperti syria, jordan, morocco, yaman dan lain-lain?
kalo masih tak dapat gambaran nyata, sila tidak membuat konklusi dengan menyatakan pelajar2 timur tengah itu jumud karena pernyataan cikgu sendiri membawa takrifan umum... dengan kata-kata lah mentaliti dan emosi seseorang itu boleh dinilai..
dan di mana-mana terdapt golongan jumud hatta di uk sendiri, sila tidak menafikan. DI malaysia apatah lagi
mungkinkah orang yang mengatakan orang lain jumud ini juga tergolong dalam golongan jumud ? sila tepuk dada tanya ilmu
FYI, bahasa arab tidak sama dengan bahasa melayu, dan bahasa arab fushah tidak sama dengan bahasa arab yang dituturkan oleh native speakers..
jadi, bukan semua pelajar timur tengah ambil pengkhususan bahasa arab, dan tak semuanya mengambil subjek yang diajar dalam bahasa arab.. kalo dikatakan bergaul dengan native speakers itu menambahkan penguasaan bahasa arab? Ya benar tetapi bahasa arab pertuturan yang memang lain tatabahasanya daripada bahasa arab sebenar
maka saya jemput cikgu datang ke timur tengah dahulu sebelum membuat konklusi daripada pandangan kaca mata cikgu di malaysia sahaja
elo elo
dia takleh sign in
atas tadi adalah pangeran hata :)
setuju komenan diatas..bahasa arab yg fasih (fushah) adalah berbeza dgn spoken language.. sama halnye dgn bahsa rusia asli dan bahsa rusia seharian
malahan BM jua begitu~
-nad-
maka semakin ramai yang bermasalah ngan blogger.... tak boleh sign, tak boleh masukkan posting baru... kenapakah??? harap dapat berdiskusi dengan tenang ye... saya tertarik dengan topik berbahasa arab ini kerana saya sendiri pernah belajar bahsa arab tapi selepas sahaja meningalkan sambest, saya hampir lupe dengan pelajaran yang pernah saya belajar dulu... namun saya bernasib baik kerana mempunyai kawan drpd negara2 OIC yang sangat fasih berbahasa arab dalam kelas saya di UIA gombak. dapatlah juga belajar sikit2, walaupun hakikatnya kami bertutur dalam bahasa inggeris sebagai perantara utama. memang agak berbeza antara spoken and written arabic language, kekadang saya langsung tak dapat menangkap apa yang mereka bualkan, sedang hanyalah perbualan basic. sebagai contoh: berapakah harganya? written: kam si'ruha? spoken: bekam?
pergaulan dengan masyarakat tempatan pada saya meluaskan lagi penguasaan bahasa arab kerana walaupun apa yang dituturkan bukanlah seperti apa yang boleh dilihat di atas kertas, but in the end mereka; yang belajar bahasa arab, belajar di negara arab, dan yang lain2 yang berkaitan dengan negara arab@timur tengah, akan bertutur dalam bahasa pasar juga. setuju juga dengan menggunakan sinonim bahasa melayu. kita ada bahasa baku dan bahasa pasar. i tak masuk lagi bahasa rojak SMS! apa yang aya ingin tekankan ialah bergaullah! sesungguhnya dapat ia amat membantu penguasaan bahasa kita... sila sedar saya tidak menujukan kepada sesiapa, saya hanya kata "bergaullah"... sangat genaral...
berkenaan isu kolot, saya tidak berkecenderungan kepada mana2 pihak.. saya di tengah2... saya tidak tahu berapa ramai sebenarnya yang membawa pemikiran kolot, dan saya juga tidak tahu berapa ramai yang tidak termasuk dalam statistik ini... apa yang saya fikirkan adalah, anda yang berada di sana (middle east mainly) bertaggungjawab untuk mengubah persepsi ini... nasihatkanlah rakan-rakan yang anda fikir menjadi nila dalam komuniti anda. saya faham jika yang tidak berkenaan dikatakan berkenaan, sebagai contohdalam hal ini; hata yang terasa dengan komenan cikgu amir... siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya. yang tidak makan tapi terasa juga pedasnya harus menyedarkan yang makan cili tapi tak terasa itu... itu lebih mulia...
[apa yang aku fikirkan...]
[alangkah bebalnya yang makan cili itu sehingga tidak terasa kepedasan, walhal yang tidak makan pula terasa]
saya tak terasa langsung untuk diri saya
tapi saya bersuara mewakili pelajar timur tengah yang merasakan diri kami dihina dengan pandangan2 tersebut
kalo tak melihat dengan mata sendiri bagaimana kami ke sini, sila tidak buat tanggapan sebelum anda MENJEJAKKAN KAKI ke sini
ini melibatkan maruah, dan maruah itu perlu dijaga
orang yang memberi cili pula, wajarkan memberi cili dengan membabi buta di setiap tempat tanpa memikirkan keadaan? misalnya meletakkan cili di dalam aiskrim.. cakap tanpa had tanpa memikirkan perasaan orang lain, maka tiada hikmah langsung di situ
ud'u ila sabili rabbik bilhikmah wal mau'izatil hasanah?
setuju..
zaki pun tak patut cakap macam yuh jua..
anonymous pertama...
adalah bagus apabila anda sedar bahawa maruah anda yang belajar di luar negara seolah2 diperkotak katikkan. tetapi harus diingat! dalam hal ini, saya tidak mengatakan bahawa saya yang memperkotak katikkan, sila kembali kepada isi posting untuk komenan ini... siapa yang menguar2kan... saya hanya quote dan memberi kesimpulan, tetapi harus diingat sekali lagi! bukan kesimpulan muktamad! dan di sinilah kepentingan mewujudkan ruangan komenan ini...
kerap kali saya ulang dalam komen balas saya di atas; anda yang berada di sana tolonglah ingatkan yang minoriti, yang memburukkan nama anda itu, jika ada. jika tiada, baguslah...
sila sedar, "memburukkan" nama dalam hal ini saya fokuskan kepada dua perkara; tidak mengikuti perkembangan malaysia dan tidak bergaul dengan masyarakat tempatan, khususnya U di mana mereka@anda belajar itu sendiri. namun malangnya, tiada yang quote kembali dan mengatakan insya allah... kami akan lakukan sebaiknya...
apa yang kerap kali ditekankan hanyalah pada masalah "kolot", "jumud", dan sewaktu dengannya... semuanya masalah, tanpa cuba untuk mengutarakan sekali apakah jalan/penyelesaian masalah yang boleh dipraktikkan... cadangan saya supaya bergaul saya fikir antara jalan penyelesaian, meskipun bukan yang terbaik. juga, cadangan saya supaya membangkitkan hal ini dalam persatuan yang terdapat di sana juga saya rasakan antara jalan untuk memperbaiki/menyelesaikan masalah berbangkit... but in the end actually, bukan saya yang akan berdepan dengan pelajar2 luar negara setiap hari, tetapi anda kerana anda yang berada bersama mereka.
anda yang membaca blog saya ini dalam tidak sedar sebenarnya mempunyai tangungjawab utk menidakkan kata-kata dr mashitah.. biarlah apa yang diutarakan oleh beliau tidak akan relevan lagi beberapa tahun akan datang. saya sedar dan jelas bahawa itulah yang anda mahukan bukan? buktikan, anda boleh berubah, atau menjadi lebih baik dan mengubah persepsi umum. tetapi bagaimana? anda fikirkan... saya juga turut memikirkan dengan cadangan2 saya, sebagaimana termaktub di atas...
anonymous kedua...
sila lain kali menjadi lebih jelas dengan memetik mana-mana pernyataan yang anda kurang setuju itu.. mungkin kita boleh bawa berbincang lagi... jika dengan hanya mengatakan zaki pun tak patut cakap macam yuh jua.., saya tidak akan tahu mana satu pernyataan yang anda kurang setuju... anonymous pertama tidak menyatakan mana satu pernyataan yang dia ingin argue, dan tidak semena2 anonymous kedua pula mengatakan "setuju"..
[apa yang aku fikirkan...]
[tidak mahu ada pihak yang terluka]
ingin saya ulangi isu cili.. ini yang saya katakan:
yang tidak makan tapi terasa juga pedasnya harus menyedarkan yang makan cili tapi tak terasa itu... itu lebih mulia...
dan
alangkah bebalnya yang makan cili itu sehingga tidak terasa kepedasan, walhal yang tidak makan pula terasa
kalau rasa perumpamaan di atas kurang jelas, sila bertanya.. tetapi saya fikir kenyataan di atas bukanlah sesukar manapun untuk ditafsirkan oleh pelajar2 universiti...
[apa yang aku fikirkan...]
[istilah bebal di atas tidak keterlaluan...]
assalamualaikum..salam bumi sakura..
rasa nak bagi komen gak..rasa nak bersetuju ngan pendapat mashitah dan kesimpulan yang di buat oleh zaki terhadap pelajar oversea..rasanya bila dah di negara orang ni..macam2 yg kita bleh nmpk..dapat melihat malaysia dari perspektif berbeza..takkan dapat melihat bentuk kotak dari dalam kotak..bila di negara org especially jepun..barulah kita sedar betapa buruknya manner org mesia yg dikatakan terkenal bersopan santun..betapa pengotornya kita..benarlah kata seorang ustaz ana..sesungguhnya cara hidup islam dapat dilihat di negara bukan islam..yup,it`s true..kbrsihan,manner,ethics diorang cukup cantik..of course mmg ade yang buruk..but itu lumrahlah..sedang yang islam di malaysia pun teruk..ape lagi yang bukan islam disini..tapi pandai2lah mencedok dan mengikut arus..cuma jangan hanyut arus tu dahla..dari segi kmajuan..rasanya kita umat islam ktinggalan..rasa benar pun..dari sini pasti akan timbul ksedaran tuk mngembalikan kgemilangan islam..kita takyah la bangga kata malaysia ade klcc,malaysia terkenakl di seluruh dunia..org jepun aggap malaysia ni negara dalam hutan..rumah atas pokok..yg terkenal kat mesia bagi diorg,orang utan dan rafflesia..tak bleh salahkan diorang..yelah mesia besar mana lah kat peta dunia tu..tapi tulah hakikatnya..kita blum ade imej yang mngetengahkan kmajuan malaysia..wut i mean is teknologi yg benar2 dari kita..kita reka,kita design..bukan teknologi cedukan atau ciplak..mesti tak percaya kat jepun ni ade kereta kelisa...tapi jenama mira..rupa2nya perodua cedok dari jepun kelisa tu..hhmm..jika malaysia yang dikatakan islam paling membangun digambarkan sdemikian..apetah lagi negara2 islam yang lain..harusnya kita sedar dan terus terjaga..kita ade tggungjawab terhadap agama dan negara..rasa setakat ni dulu..kalau silap tegurlah..tegurlah dengan hikmah..wassalam..
Satu yang menarik tentang Australia ini ialah, semua orang yang hendak menjadi penduduk tetap atau sementara wajib menguasai bahasa Inggeris.
Kenapa wajib menguasai bahasa Inggeris?
Suatu ketika dahulu, bahasa Inggeris ini adalah bahasa orang-orang kampong yang tinggal dipergunungan Eropah. Bahasa Latin merupakan bahasa dunia ketika itu. Bahasa tamaddun yang menggerakkan eropah sebagai bangsa yang bertamaddun.
Suatu ketika dahulu, bahasa Rusia yang hanya terkepung di dalam tembok Komunis direndah-rendahkan orang barat. Namun, pada tahun 1961, angkasawan Rusia, Yuri Gagarin menjadi manusia pertama mengelilingi orbit bumi. Seluruh dunia membuka mata, melihat kembali bahasa Rusia sebagai bahasa ilmu.
Kerana malu, Amerika mengubah sistem pendidikannya dan cuma dapat menghantar angkasawan pertama ke bulan pada tahun 1969!! Pada ketika itu, ilmu orang barat 8 tahun ketinggalan dari U.S.S.R.
Mungkin orang akan kata, ada apa dengan ilmu angkasa. Kena ingat balik, dalam Al-Quran ada Surah Al-Buruj. Surah yang menerangkan Ilmu Allah tentang angkasa lepas. Bukankah untuk mengali Ilmu Allah dari Al-Quran itu memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam Bahasa Arab!
Kenapa orang yang belajar di Timur Tengah tidak melihat bahawa pengusaan ilmu bahasa Arab itu sebagai suatu yang hebat. Bahasa Arablah yang membuka minda manusia untuk mengenal hakiki kehidupan di Alam ini dan juga Penciptanya.
Tamaddun Islam yang hebat dan di dalamnya penuh dengan kehebatan dan ketinggian akhlak manusia pernah di asaskan di Baghdad, Turki, Mesir, Sepanyol dan lain-lain lagi.
Kegemilangan itu milik Islam dari dulu dan sesungguhnya pada zaman, era ini juga.
Jika Australia ini yang jumlah ‘mat saleh’nya Cuma 10 juta dari 20 juta rakyatnya, bakinya adalah pendatang boleh memartabatkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penyatuan, bahasa Ilmu!
Kenapa penuntut Melayu yang belajar di Timur tengah sejak Perang Dunia Pertama tidak mampu, sekurang-kurangya mengeluarkan satu surat khabar harian Berbahasa Arab di Malaysia? Apatah lagi untuk menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa kedua Malaysia!
Bunyinya macam terlalu ‘ambitious’, tapi itulah hakikat sebenar tanggungjawab pemuda-pemudi Islam yang menuntut Ilmu di Timur Tengah! Anda semua memegang Amanah Umat Islam!
Orang barat maju mengembangkan bahasa mereka bukan kerana mereka pandai, tetapi mereka berusaha mengenali bangsa lain dan mereka menjadikan bahasa mereka mudah untuk dikuasai.
Post a Comment