Saturday, April 22, 2006

Janji WAJIB Ditepati

Pukul 4.30 petang, 22 April 2006.

Aku bersama abah masuk ke dalam kedai, dengan muka yang serius...

Awek2 Kedai: Dah ade henponnye... (ceria sungguh!).

Aku lantas duduk, menenangkan fikiran. Tak nak emosional sangat. Abah jua begitu.

Aku: Saya tak jadi beli henset tu... Saya nak duit saya balik.

Awek2 kedai terkejut, lalu bertanya

Awek2 kedai: Kenapa?!

Aku: (mula membebel)

Awek2 kedai tak mahu melawan, lalu memanggil bos mereka di dalam bilik. Bos keluar lalu duduk di hadapan aku dan abah.

Bos: Ye.. ape masalah???

Aku: Semalam saya datang nak ambil henpon saya pasal pekerja awak kata petang dah ade. Petang saya datang, awak (menujukan "awak" kepada kedai itu secara amnya) kata takde sedangkan awak suruh saya datang petang. Lepas tu awak kata datang malam, pasal malam baru sampai. Awak suruh saya datang pukul 8. Saya balik... Malamnya saya datang lagi, masih tak ade. Lepas tu awak suruh tunggu, pasal orang yang bawa henpon tu on the way. Saya tunggu kat sini. Lepas tu saya bosan saya pergi kedai sebelah. Sebelum saya keluar saya tanya betul ke akan sampai kejap lagi. Tu, laki tu (sambil menuding jari kat mamat cina, pekerja dia) kata betul lepas tu dia kata kedai tutup pukul 10.. Saya bosan, saya kata dengan dia saya pergi kedai sebelah. Dia kata pigi beli VCD dulu...

Bos tu khusyuk mendengar. Aku teruskan bebelan aku...

Aku: Pukul 9.30 saya keluar, kedai awak dah tutup. Apesal?! So sekarang saya dah tawar hati, saya nak balik duit deposit RM100 saye. Saya tak jadi beli henset nih.

Bos: Aik! Mane boleh... Saya dah beli henset ni dari Klang pasal awak dah tempah. Kalau awak tak jadi beli, saya rugi ma.... OK la... saya terus terang cakap satu henset saya jual, saya cuma untung 20-30 ringgit saje... Saya tak ambil untung banyak sangat. U kena ambil, kalau tak saya rugi.

Aku: Awak jual la kat orang lain... Masalahnya sekarang awak tak ikut janji awak...

Bos: Ye, saya tahu. Saya minta maaf untuk itu. Saya semalam ada hal kat Klang, saya balik lambat sikit.

Aku: Balik lambat tu masalah awak. Sekarang ni dah 2 kali awak tak ikut janji. Mula-mula kata petang, lepas tu malam pulak. Lepas tu tau-tau dah tutup. Saya dah bagitau kat dia (menuding kat mamat cina tu lagi) saya ada kat kedai sebelah, tengok VCD. Kalau betul awak sampai lambat malam tadi, bagitahu. Mungkin saya boleh tunggu sehari lagi. Ni tak, bila saya keluar dari kedai sebelah, awak dah tutup. Kata tutup pukul 10!

Bos: Kenapa awak tak call?

Aku: Nak call?? Sekarang yang mencipta masalah ni awak. Awak tak tepati janji. Saya dah ulang alik ke sini 2 kali tau. Maknanya dah 2 kali jugak awak tak ikut janji. Saya malas nak ulang alik! Sepatutnya awak yang call saya, awak ada nombor saya. Lagipun kalau tak boleh bagi malam tadi, bagitahu la. Saya ada kat kedai sebelah saje. Saya bagitahu dia (menuding lagi). Patutnya bagitahu la... Ni tak... Tau-tau dah tutup.

Bos: Okay la, saya minta maaf la...(lalu membebel panjang, cuba untuk memuaskan hati aku) Ini hal kecil saja...

Aku: OK, dua soalan. Kenapa tutup awal dan kenapa awak tak call saya? (sambil jari mengira bilangan dua)

Bos: Saya kata dengan pekerja saya supaya tutup, pasal saya takut ma.. Pekerja saya semua perempuan ma...

Aku: Tu, ade lelaki tu (aku menuding lagi).

Bos: Owh... Dia balik dalam pukul 9.20 lebih... Ok lo, settle? Nanti saya bagi awak free simpack dan aksesori. (Dia tak menjawab soalan kedua aku)

Aku: Simpack buat apa? Kang beli kredit, duit keluar lagi. Saya tak nak. Saya tak nak aksesori, saya cuma nak awak kurangkan harga saje. Dua puluh ke tiga puluh ke...

Bos: Aik!!! Tadi saya kata saya cuma ambil untung dua puluh tiga puluh saje, sekarang awak minta dua puluh tiga puluh juge. Mana untung ma...

Aku: Ok, kalau macam tu aksesori ape yang awak nak bagi, berbaloi ke tak?

Dia mengarahkan pekerjanya mengambil sarung henset sambil aku bertanya pada abah yang hanya berdiam.

Aku: Abah, nak beli jugak ke?

Abah: Ikut suka ko la, duit ko.

Bos: Saya kasi awak lagu. Free! Saya kasi awak simpack free, tapi awak jangan bagitahu orang lain ok. Nanti saya ajar awak macam mana mahu isi borang.

Aku: Awak nak bagi, bagi la. Tapi saya tak nak guna nombor tu, saya nak jual kat orang lain.

Bos: Ok kalau macam tu saya bagi awak ini borang, nanti awak jual awak suruh orang tu isi ini borang lepas tu pos saja. Saya juga kasi awak service free 3 kali.

Aku: Betul? Tulis kat resit awak bagi servis free ni...

Dia seolah-olah teragak-agak, lalu abah juga menyokong kenyataan aku. Lalu dia menulis servis free 3 kali.

Aku: Awak nak kasi lagu ape free ni? Saya tak nak lagu Cina, saya tak dengar lagu Cina...

Bos: Ok ok... saya suruh dia (menuding kat pekerja dia, lelaki cina sorang lagi) download lagu Melayu. Ok la... ini hal kecil punya, tak besar sangat. Kalau awak tak ambil, saya rugi. Saya minta maaf lo?

Dia menghulurkan tangan, bersalam. Aku menyambut sambil mengingatkan

Aku: Lain kali kalau berjanji kena ikut. Tak bagus la macam ni awak menyusahkan pelanggan.

Dia hanya mengangguk tanda akur. Lalu berkata:

Bos: Nanti saya ingatkan kat pekerja saya.

Maka selepas itu dia mengajar aku cara untuk mengendalikan henset itu. Dia menyerahkan simpack free yang dikatakan, borang, set henpon. Aku membuat pembayaran, lalu keluar bersama abah, meninggalkan kedai itu selepas menyatakan maaf.

Features:

Twist to access phone, camera, or music functions instantly
Play tracks and create playlists with the music player (MP3/eAAC+)
Memory expandable up to 1GB for 750 songs
Share playlists with your friends over Bluetooth, MMS, or email
Plug your own headphones into the connector jack in the headset cable
Snap photos and video with the integrated 2-megapixel digital camera
Share and publish your mobile memories via blogging
Wide range of applications available for S60 software

Related link: Nokia 3250

33 comments:

toriq said...

grrrrrr...

aku kecewa dgn ko szakif!!!

patut ko kena mintak kurang harga gak!! kalo tak ko jgn beli..

aku kecewa dgn ending cerita nih..

kecewa kecewa! hahaha

lagu tuh ko leh d/l free jer la sendiri..

adeii... kenapa szakif.. kenapa??

lantas terus baring atas katil tanda kecewa..

Unknown said...

toriq...

bukan cerita ok.. realiti.. adeh.. belum abes aku edit, ko dah hantar komen... ini hanya lah singkatan, kalau aku nak taip semua, panjang le gamaknye... nak dijadikan cerita dan dipendekkan, memang aku dah kempunan gile ngan henpon tuh, walaupun tak dapat kurang, dapat gak sarung henset (aku cite tak dalam posting nih?).. mahal tuh... kalau tak beli pun, duit tu dah ade dalam tangan, nanti kena cari kedai lain, beli henset yang sane juge... jadi keje lagi... saje je aku provoke, tunjuk naik angin supaya takde le die pikir aku nih "macam kacang" sajor... yg penting die bagi servis free... nanti senang rr kalu rosak (na'uzubillah..) terus sajor hantar ke kedai, without any payment. tak kesah la henset ape pun...

[apa yang aku fikirkan...]
[perlu ke seteruk itu kekeciwaan ko toriq... adeh...]

Unknown said...

beli henset yang sane juge...

pembetulan... beli henset yang same juge...

toriq said...

haha.. tak habis edit lagi rupanya..

ko tak cerita ok ko dapat sarung tuh.. hahhaa

tapi, kenapakah ko tak mintak aksesori yg lain?

lagu melayu tuh ko boleh d/l sendiri la..

perlu ok kecewa teruk camtuh..

adeh.. kena ambik panadol terus nih..

Unknown said...

nanti ko balik malaysia aku belanje panadol sebijik ok.. kesian ko... aku tidak meminte untuk kau sebegitu oh toriq.... apa lagi kau mahu kulakukan untuk mengubati kekeciwaanmu itu???? adeh... ~~poyo sajor~~

Unknown said...

Memang mengecewakan peniaga kat Malaysia nie. kat Australia ini, kalau tak puas hati dalam 30 hari, ada resit, boleh pulangkan balik. dapat duit balik.

Negara kita belum sampai tahap tu, tahap peniaga yang menghormati pelanggan!

Kat Malaysia, kita pulak yang kena hormat peniaga!!

Zaki!! tangkap jer gambar kedai tu, lepas tu upload dalam internet!! kita 'world'kan kedai handphone tu!! :P

toriq said...

ukan sahaja kat australia,

kat UK pun macam itu juga..

customer sgt berkuasa..

:D

Unknown said...

wah... kuasa pengguna di australia dan UK sangat world la!!! cikgu, cadangan cikgu tu memang saya dah terpikir.. hehe... tinggal nak buat tak nak buatnye sajor...

lepas kedai dia tutup tu, saya dah terpikir nak lapor kat TTPM, tapi bile saya bace balik prosedur die, benda RM100 ni macam tak praktikal la.. nilai yang sikit sajor...

baez-kun said...

salam~~
maka sangat terkesima dengan drama di atas
membuatkan daku menghentak2 air strawberry kotaknye kekampungan tanda menyokong usaha ko bertegas
hak pengguna perlu dijamin dengan teliti oK~~ inilah hak kepenggunaan sejati~~ maka aku kan terus menyokong apa2 sahaja yang berbentuk kepenggunaan consumerism.. tetapi pabila berhak sajor~~
maka aku terus mengucapkan mabrook atau tahniah di atas henset baru ko~~ cantik ok
aku baru ilang enset pastu dipulangkan oleh arab.. terus hampa sebab takde alasan nak beli baru hahaha

fonso zone said...

sgt power szakif..
respek..respek..
fiil sama mcm bapak aku..
bgus!

baez-kun said...

nak tau feel mando pulak boley?

Unknown said...

hata...

aku baru ilang enset pastu dipulangkan oleh arab.. terus hampa sebab takde alasan nak beli baru hahaha

sila lihat wajah aku yang masuk dalam kategori tampan (tanpa ragu2 dan penuh dengan keyakinan) di sebelah ini. begitulah cara aku tersenyum apabila membaca statement@confession ko di atas... sila sedar, kawan aku yang bernama asmawi membeli henset baru atas sebab henset dia terjatuh dalam mangkuk tandas maka membenarkan@memberikan sebab untuk membeli yang baru. maka kalau hilang kemudian ada yang memulangkan, sila lakukan seperti asmawi... tetapi sila sedar, henset lame die terjatuh, bukan dijatuhkan dengan sengaje... maka silalah lalai ketika di tandas lalu menterjatuhkan henset ke dalam mangkuk tandas... hehehe..

maka aku kan terus menyokong apa2 sahaja yang berbentuk kepenggunaan consumerism..

kepenggunaan adalah consumerism, dan consumerism adalah kepenggunaan... motif menggunakan dua perkataan yang sama maksud tanpa ada kata sendi memisahkan antara kedua-duanya?? taukid?? adakah?? =)

[apa yang aku fikirkan...]
[tidak terfikir untuk menarik cadangan kurang bijak ini... hehehe...]

Unknown said...

fonso...

sgt power szakif..
respek..respek..
fiil sama mcm bapak aku..
bgus!


bile berbincang balik dengan bapak aku, we share somethin common la... mudah berasa kasihan.. kalau tak ade fiil nih, aku rase aku memang tak de kompromi langsung, datang terus mengamuk, nakkan duit tu tanpa banyak berbincang. kredit untuk bos kedai tu juga kerana bijak negotiate dengan pelanggan, dan tidak naik angin selari dengan angin pelanggan. hooray!

[apa yang aku fikirkan...]
[hak pengguna harus diutamakan]

Unknown said...

hata...

nak tau feel mando pulak boley?

er... no comment on this...

[apa yang aku fikirkan...]
[apa yang akan korang buat kalau kucing korang mengacau korang di meja komputer? inner (name kucing aku)!!! berambus ko!!! hehehe...]

Anonymous said...

Pesan kat Mamat Cina tu " Jom jumpa kat SIMPANG" (hanya meniru stail Syaiful Apek b'cakap)

Dlm isu ini, kita kena guna prinsip "GIVE & TAKE". Kalau Zaki degil, x kan dpt apa.Lagipun dah EXCITED sangat nak beli, So dpt "GIFT" yg org lain x dpat dah cukup bagus pada tuan punya c pembeli.At least u compromise juga walau dalam "KETEGASAN" .I respect u! (sya: x dpat byangkan mcmna air muka Zaki masa marah kat Tauke Cina tu..can imagine..kua..kua)

Unknown said...

syasya...

Pesan kat Mamat Cina tu " Jom jumpa kat SIMPANG" (hanya meniru stail Syaiful Apek b'cakap)

wa bukan mat rempit, sila sedar.. mueheehe....

Lagipun dah EXCITED sangat nak beli

pasal dah excited sangat la, TERSENTAP teramatz apabila dua kali janji tidak ditepati... repetition is always tiring... ulangalik masuk dalam kategori repetition... adeh....

At least u compromise juga walau dalam "KETEGASAN"

ketegasan itu perlu bagi menunjukkan bahawa kita juga ada hak sebagai pelanggan, tak mudah dihenyak!

x dpat byangkan mcmna air muka Zaki masa marah kat Tauke Cina tu..can imagine..

bayangkan sajor muka hensem tengah marah, macam tuh la... (tanpa ragu2 dan penuh keyakinan...) hehehe...

[apa yang aku fikirkan...]
[bersyukur dengan apa yang ALLAH telah ciptakan pada diriku...]

Anonymous said...

Sended ready my addr to yr yahoo addr.Did u received??sya.

Unknown said...

syasya...

Sended ready my addr to yr yahoo addr.Did u received??sya.

received, but why office address??? bagi la alamat rumah juge.. takdenye saye nak hantar hantaran ke rumah syasya... hehe...

Anonymous said...

Lebih suitable office..cos takut posmen tersesat cari alamat rumah (alasan..he..he..)sya.

puteri nad said...

Ahahaha..
akhirnya dapat gak ko enset ko..setelah melalui malam yg hangin kepada tokei kedai..

terus aku gembira..enset ko lawa..lantas aku harus menukar henset tp takde duit..lantas suh abang toriq wat perjanjian dgn syarikat telekomunikasi dan antar satu enset free..

Unknown said...

toriq...

lantas suh abang toriq wat perjanjian dgn syarikat telekomunikasi dan antar satu enset free..

nad sudah menyatakan hasratnya, sila penuhi... bley??

[apa ayng aku fikirkan...]
[nasib baik la nad tuju kat toriq, bukan aku]

puteri nad said...

hahaha zaki
klu kat ko..aku cakap je aku nak henset ko bley?

Unknown said...

nad...

klu kat ko..aku cakap je aku nak henset ko bley?

lantas tanpa berfikir panjang aku mengatakan TIDAK BOLEH... nak dapatkan henset yang satu nih pun bayak problem, asek ulang alik, arakian mahu kau memintanya drpd aku? sebelum ko membuat permintaan yang lebih world lagi, baik yg nih aku tolak dulu... muehehe.... (senyum macam kat sebelah)

[apa yang aku fikirkan...]
[harini baru kuar iklan Nokia 3250 nih kat newspaper]

Unknown said...

fiza hanif...

zaki dah beli enset baru rupanya...muahahaha....

ye saye.. lalu adik aku mewarisi henset n-gage yang lame... dan henset dia yang lame pula akan dijual kemudian...

zaki tak nak kalah... muahaha...

henset ko ngan aku nye mane lagi canggih?? akunye three in one ok.. sila sedar... henpon, mp3 and camera all in one... maka aku telah sedar akan perubahan pada saiz lubang hidung aku tatkala ini... muahaha...

cantik henset leh pinjam x pun exchange sehari jer....(motif?)...

sejak bile plak ko pandai menggunakan istilah motif ni pija??? ra** **dut??? muahaha.. sila jangan salah sangka...

x per la... kem salam kat henset tu yer....

henset aku belum mengucap kalimah syahadah lagi ok.. harap maklum.. nanti aku ajar dia kemudian memuatkan dengan lagu2 nasyid kegemaran aku... muahaha...

[apa yang aku fikirkan...]
[henset aku ni kirenye cam gabungan henset fiza dan asmawi]

toriq said...

szakif, nak tanya berapa harga phone nih kat malaysia?

Unknown said...

toriq...

szakif, nak tanya berapa harga phone nih kat malaysia?

aku beli RM1350... kalau baca website dia (just click kat link Nokia 3250) dia kata Available: Planned in the first quarter of 2006 so memang henset paling baru... sekang baru nak habis bulan 4.... hehe.. maka kebarangkalian untuk membeli henset recycle sangat kecil... tak ramai yang ade henset ni lagi...

[apa yang aku fikirkan...]
[toriq berminat nak beli henset ni?]

Unknown said...

sangat cool ok website Nokia 3250 ini ok.. sila lawat... korang boleh belek henset ni seolah2 korang sedang memegangnya... hanya dengan beberapa klik and hold...

[apa yang aku fikirkan...]
[melawat untuk kedua kalinya]

Anonymous said...

dalam 2 minggu nie..kita akan nampak ada orang "batak" membelek H/p barunya siang & malam...Mohd Zaki gerangannya dapat bayangkan..

(Bersederhana dalam setiap perkara...membazir tu amalan.....).

Unknown said...

anonymous...

dalam 2 minggu nie..kita akan nampak ada orang "batak" membelek H/p barunya siang & malam...Mohd Zaki gerangannya dapat bayangkan..

(Bersederhana dalam setiap perkara...membazir tu amalan.....).


sila tidak membuat anggapan yang bukan-bukan.. saya bukan jenis yang terlalu "batak" hingga perlu membelek h/p tu siang dan malam... sila sedar saya juga perlu melakukan tanggungjawab yang lain... h/p tu bukan cuma 2 minggu sahaja akan berada dalam genggaman saya, so buat ape nak kate dalam 2 minggu? insya allah saya akan jaga h/p tu dengan baik kerana saya beli dengan duit saya sendiri. anda juga berkemungkinan besar tidak akan dapat melihat gelagat itu jikapun benar ia akan saya lakukan... but no la... i'm not that type... peace!

sila sedar juga apabila tibe musim cuti semester, saya akan dapat jimat kredit sehingga hampir 90%... jadi tidak ada sangat yang saya nak belek henpon tu kerana jarang mendapat panggilan mahupun sms drpd rakan-rakan. peace!

sila sedar utk kali ketiganya, henpon ini tidak banyak beza dengan henpon asmawi yang kerap saya pinjam utk main game. juga tidak banyak beza dari segi function butang dan software dengan henpon n-gage saya yang terdahulu. jadi saya sudah maklum dengan cara penggunaan dan pengandalian henpon ini... peace!

sila sedar untuk kali keempatnya, pada perkiraan saya, saya tidak membazir sangat. ini kerana saya sedar apa yang saya lakukan ini masih berada dalam lingkungan kemampuan kewangan saya. peace!

sila sedar juga untuk kali kelimanya, saya mendapat restu mak dan abah saya untuk membeli henset ini. maka mereka juga sedar bahawa anak mereka ini tidak keterlaluan dala berbelanja dan masih bersederhana... sila baca posting ini kembali di mana abah saya turut serta bersama ketika membeli henset ini... peace!

tetapi saya perlu menyatakan terima kasih atas tazkirah tak lengkap di atas... alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. alang-alang nak bagi tazkirah, biar jelas dan penuh isinya. alang-alang membeli henset mahal, biar yang banyak function dan berkualiti...

[apa yang aku fikirkan...]
[fokuskan pada motif posting; menegakkan hak kepenggunaan]

Mohammad Ihab Ismail said...

Salam...

Haaa hamik ko!!!
Entry panjang... Komen pon banyak...
Maka aku mmg lost...
Dan aku pohon permisi stop kat sini...
Bleh ek Zaki hehe...
Tapi entry2 baru ko nanti aku keep up-to-date ;)

Cheers!!

Oi sila maklum kalo mahu Poskad!!
Aku bleh hantar, tapi setem UK :D

Unknown said...

ihab...

Haaa hamik ko!!!
Entry panjang... Komen pon banyak...
Maka aku mmg lost...
Dan aku pohon permisi stop kat sini...
Bleh ek Zaki hehe...
Tapi entry2 baru ko nanti aku keep up-to-date ;)


nih mesti kes tak bace habes nih... hehehe.... mase ko online dan bagi komen kat entry kat atas nun, aku sedang onlne jua.. maka memang aku nak poskad.. bukankah sudah kubilang di blog mu? nanti aku letak alamat rumah aku kat blog ko... tq tq!!!

[apa yang aku fikirkan...]
[takpernah menerima sebarang poskad dari oversea, so far]

ChemGrad said...

huhu~ orang cina suker permain kan kite (org melayu)

kalo kid, kid dah lama 'bantai' apek tuh. 'belasah' dengan cara halus..kene blaja tuh. kite blaja tetinggi bukan nak pas exam and capai cita2 sahaja..kiter belajar nak 'bantai' org cara bijak gak, macam kancil!

kid sedih la, kat malaysia meniaga macam tuh..customer slalu kene buli! erggghhh!!!geram!!

*ni nak masuk racism, dah nih*

kid ends here! szakif, jaga diri tau!!!

Unknown said...

kid...

huhu~ orang cina suker permain kan kite (org melayu)

so kena la hati2... that's why saya sangat bertegas mintak itu ini, pasal saya belajar drpd pengalaman lepas, memang kaum tu cukup licik!

kalo kid, kid dah lama 'bantai' apek tuh. 'belasah' dengan cara halus..kene blaja tuh. kite blaja tetinggi bukan nak pas exam and capai cita2 sahaja..kiter belajar nak 'bantai' org cara bijak gak, macam kancil!

wah!!! boleh ajar caranya tak kid??

[apa yang aku fikirkan...]
[abah pernah kena tipu dikedai yang sama]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...