Saturday, April 08, 2006

Odah Camp II - Lebih Santai dan Sederhana

hari Khamis lepas, aku, Safwan, Syuk dan Asmawi bertolak ke Sungai Congkak, Hulu Langat untuk bercamping. Malas nak taip panjang-panjang, bace je la caption kat bawah ni, pasal baru balik dari camping, penat masih terasa... Akan datang fakta menarik sepanjang camping ini...



Image hosting by Photobucket
Odah Camp dan haiwan seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Jika dalam Odah Camp I kami disapa oleh Cik Ular, kali ni dua ekor kucing ni ini pula menjadi teman. Comel dan manja!
Image hosting by Photobucket
Konsep Odah Camp kali ni masih lagi menekankan aspek makan yang sedap. Di atas adalah gambar kebab daging berlaukkan pelam.
Image hosting by Photobucket
Antara menu-manu lazat yang menjadi hidangan kami berempat.
Image hosting by Photobucket
Ini adalah makan malam pertama kami. Berkonsepkan western; coleslaw, fan fries, kacang panggang, hotdog dan menu utama - barbeque hasil kerjasama Asmawi dan aku.
Image hosting by Photobucket
Mata adalah aset yang berharga, tak kisah apa orang nak kata, yang penting mataku selamat daripada pedih dijamah asap.
Image hosting by Photobucket
Lihat betapa manjanya kucing ini, dengan tak malunya cuba untuk enterframe dalam blog aku.
Image hosting by Photobucket
Ini adalah bunga harum sundal malam. Tiada sebarang perkataan "Puntianak" mahupun yang sewaktu dengannya pada nama bunga... Bunga inilah yang paling banyak turun di atas khemah kami. Kadang-kadang jatuh ke dalam makanan kami, tapi Aiman tak kisah...
Image hosting by Photobucket
Di awal camping, memasang khemah. Cuba teka siapa yang berada di belakang kamera? Ada bakat tak?
Image hosting by Photobucket
Buih-buih ini tidak tenggelam ke dalam air. Sesiapa yang hebat fizik (khususnya Cikgu Amir) boleh terangkan fenomena ini?
Image hosting by Photobucket
Dari sinilah terhasilnya buih-buih belon tersebut. Ibarat kanak-kanak, kami bertanding siapakah yang berjaya menghasilkan belon yang paling besar. Pemenangnya adalah Syuk (yang sedang meniup). Asmawi tak layan...
Image hosting by Photobucket
Sementara Safwan dan Syuk melayan buih-buih belon, aku dan Asmawi hanya memerhati dan bermandikan belon-belon tersebut.
Image hosting by Photobucket
Pose yang kurang menarik tapi mengghairahkan daripada aku sambil tangan membasuh ayam. Ada sesuatu yang menarik ketika membasuh ayam ni. Nantikan posting selanjutnya.
Image hosting by Photobucket
Khemah yang belum didirikan itu ada masalah kebocoran. Akhirnya kami memutuskan untuk merobohkannya kembali dan menyewa daripada pihak pengurusan Kem. Satu Khemah untuk tempat tidur, satu lagi tempat menyimpan barang. Ada significance kami mengkhususkan khemah sebegitu. Nantikan posting selanjutnya tak lama lagi...
Image hosting by Photobucket
Aku bertindak sebagai AJK pengangkutan... sambil khusyuk memandu kereta kembara mak aku.. terima kasih mak....

12 comments:

puteri nad said...

Zaki,
motif seluar bunga2 tu zaki..adoi!~~

comel2 the kucing2,

makanan sedap gilerrrrrrrrrrrrrrr..

Anonymous said...

bestnyer!!!
betul ker bunga tuh dipanggil sundal malam?

pastuh.. buih tuh tak tenggelam sbb dia plastik ker??
hahahha..

Anonymous said...

@ nad

sila mencari kaitan dengan merujuk cadar dia yang berwarna-warna ceria


@ yasmin

bunga itu wangi lah.....
kak min, sangan berbeza ok plastik dengan buih....

buih timbul sbb dalam dia ada udara, BUKANKAH UDARA KURANG TUMPAT DARI AIR

sangat basic...*kata hata*

Anonymous said...

huahuahuahua~
begitu kaedahnya..

Unknown said...

nad...

Zaki,
motif seluar bunga2 tu zaki..adoi!~~


aku beli seluar tu sehari sebelum camping... punya la susah nak cari seluar yang betul2 fit ngan aku... maklum la... plus sized model...

comel2 the kucing2,

wajah kucing tu agak exotic, first time jumpe kucing yang sebegitu rupa...

makanan sedap gilerrrrrrrrrrrrrrr..

kredit kepada chef safwan....

[apa yang aku fikirkan...]
[Odah Camp I lagi la syarhutto'am melampau]

Unknown said...

yasmin...

bestnyer!!!
betul ker bunga tuh dipanggil sundal malam?


selepas menonton PHSM, baru la saya tahu begitu rupanya bunga harum sundal malam....

pastuh.. buih tuh tak tenggelam sbb dia plastik ker??
hahahha..


sila rujuk gambar seterusnya... perkhemahan kami diserikan dengan buih-buih tersebut...

[apa yang aku fikirkan...]
[macam budak-budak plak main buih-buih... but who cares?]

Unknown said...

pojan...

sila mencari kaitan dengan merujuk cadar dia yang berwarna-warna ceria

terima kasih kerana menjelaskan lagi keadaan... nad.. aku memang suka warna cerah dowh...

bunga itu wangi lah.....

kalau dah gugur wangi tak? aku tak terbau sebarang apa pun sekitar khemah tu...?

kak min, sangan berbeza ok plastik dengan buih....

buih timbul sbb dalam dia ada udara, BUKANKAH UDARA KURANG TUMPAT DARI AIR

sangat basic...*kata hata*


macam mana kak min boleh terfikir itu adalah plastik? hehehe... the thing is, kenapa buih tu tak pecah?

[apa yang aku fikirkan...]
[mase spm dulu paling kurang minat fizik]

Shana said...

Em.. Kucing tu korang bawa skali ke mmg dah ada kat hutan? Curiga...

Unknown said...

arshana...

kehadiran kucing tu memang misteri... hakikatnya kami tak bawa sebarang bentuk kucing ke hutan... apa barang!!!! muahaha... pelik kan??? kucing tu kucig hutan ke?? tapi mesra dan manjeee....

[apa yang aku fikirkan...]
[kucing aku memang world la!]

Shana said...

Wah. Klu harimau xpe jg, sbb kat hutan. Ni kucing. Hmm... Kucing jelmaan kot. Mwahahahaha...

Unknown said...

arshana..

Wah. Klu harimau xpe jg, sbb kat hutan. Ni kucing. Hmm... Kucing jelmaan kot. Mwahahahaha...

jangan disebut2 harimau di dalam hutan... bahaye...

ada kemungkinan kucing tu adalah kucing buangan atau belaan sebab berhampiran (takde la dekat sangat) dengan kawasan khemah ade perkampungan orang asli...

[apa yang aku fikirkan..]
[kehadiran anak orang asli mengajar kami menangkap ikan dan udang sangat menarik!]

Anonymous said...

Zaki, if u want to know, rumah aku dari Sg. Congkak hanya 15 kilometer saje...dapat membayangkan di mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...