Wednesday, April 26, 2006

Melawat Zoo Negara

Hasil undian menunjukkan "Visiting the National Zoo" mendahului dengan satu undi mengalahkan Softies... Jadi, isu "Softies" yang aku rasakan bakal menjadi hangat jika dibincangkan terpaksa ditangguhkan @ dibatalkan terus... Keputusan di tangan aku... hehe...



Aku mengunjungi Zoo Negara bersama Safwan (kredit untuknya kerana meminjamkan kamera), Fiza dan Asmawi sehari selepas kami pulang dari berkhemah. Sangat seronok, tapi penat. Pastikan korang memiliki cukup tenaga dan keupayaan... Kawasan Zoo Negara sangat luas!

Mengambil gambar dengan burung ini sebenarnya lebih menakutkan berbanding dengan ular kerana paruhnya boleh mencucuk mata aku bila-bila masa sahaja. Ular pula sudah tiada bisa @ tiada bisa langsung, dan malas! Burung ini sangat aktif!
Bukan mahu berbangga, tetapi aku memang tak takut pegang reptilia yang tidak berbisa. Ada orang geli nak pegang, tetapi bagi aku, apa nak digelikan? Pegang je la... Memang haiwan tu Zoo Negara sediakan untuk orang pegang. Untuk makluman, aku ditegur oleh penjaga ular ini kerana cara aku memegang ular tu sebenarnya boleh menakutkan ular tu. Katanya seolah-olah mahu membunuh ular itu dan ia boleh bertindak ganas.
Ini adalah cara yang betul untuk memegang haiwan "display" ni... Pandai Asmawi.... Tidak perlu takut, korang cume akan rasa macam benda liat dan bergetah melilit leher, itu sahaja!
Mula-mula cuit-cuit saje, lepas tu gian, letak kat leher pula... Gambar ada kat bawah...
Ini dia.... Motif makcik biru tu turut "masukbingkai"? Di sebelah kiri pula adalah pekerja zoo yang bertindak menjaga haiwan-haiwan display ni, memakai uniform pekerja zoo...
Pengunjung dipisahkan oleh longkang daripada gajah ini bagi mengelakkan mereka memberi makanan yag tidak sepatutnya kepada gajah ini... Ada seekor lagi (tersorok di belakang) yang diikat dengan rantai. Yang ni tak diikat pula.. tak tahu kenapa....
Tak ingat nama haiwan ni, tapi layan jer....
Singa ni seakan-akan mengalami masalah kesihatan. Sangat kurus, dan perhatikan pada punggungnya, ada kesan luka. Bergaduh mungkin? Atau sudah tua?
Apa yang menarik dengan haiwan seperti rusa hitam ini adalah pada namanya yang berbunyi seperti nama orang - Anoa. Yang aku kesiankan, ia hanya seekor di dalam kandang.
Gambar diambil dengan kuasa zoom yang paling tinggi. Sebenarnya agak susah untuk mengambil gambar burung dan haiwan-haiwan lain yang menginap di dalam sangkar kerana hasil tangkapan gambar itu pasti mengecewakan. Tetapi berbeza untuk sangkar ini, kerana pengunjung dibenarkan masuk dan melihat burung-burung yang terbang bebas.
Warna flamingo ini sangat menarik! Sila perhatikan juga ada burung berkepala hitam. Kawanan haiwan ini hidup aman dan damai walaupun berbeza "bangsa".
Kalau tak salah ini seladang... Waktu tengahari, mereka memang kurang aktif. Tidur dan berehat saje...
Ni seekor lagi, tidur je kejenya! Haha.. marahkan tapir pulak... Saya nak tanya satu soalan; tapir ni species babi ke? Kalau ye, hukum memegangnya jika basah? Kena samak tak?
Beruang ini adalah yang paling besar antara beruang-beruang yang lain. Ia kelihatan sungguh tua dan kurang aktif...
Haiwan ni sungguh menakjubkan! Berapa lama untuk menumbuhkan tanduk sebesar dan sepanjang itu?
Aku tak pernah makan daging unta. Sedap tak? Besar juga unta ni ye? Mengingatkan kepada sirah Nabi yang banyak melibatkan penggunaan haiwan gurun ni ketika hijrah.
Bayangkan penyanyi rock yang membela rambut panjang kemudian dibiarkan kerinting, itulah yang aku bayangkan tatkala melihat haiwa tua ini...
Aku memang masih tak dapat membezakan antara seladang dan selembu. Lembu tahu la... Yang ni apa pulak? Walaupun ada keterangan bagi setiap kandang, untuk membacanya satu persatu akan memakan masa... Maka aku tak membaca semua, boleh?
Dah berapa lama kuda belang ni tak mandi? Boleh digunakan untuk iklan sabun cuci pakaian nih!
Harimau mati meninggalkan belang.... Persoalan, adakah belang yang dimaksudkan pada belang kulitnya? Aku masih tak dapat lagi tangkap maksud sebenar peribahasa ni. Atau hanya kiasan?
Aku baru-baru ni ada menonton di Discovery Channel, rancangan yang membezakan kekuatan badak dan gajah. Nak tahu sapa menang?
Savannah Walk menampilkan tempat kunjungan yang terdedah kepada cahaya matahari. Jadi bersedia untuk berpanas-panasan...
Tinggi macam zirafah... Memang perumpamaan ini sangat cocok. Zirafah memang memiliki karekteristik yang tidak boleh dibandingkan dengan haiwan lain.Subhanallah... Antara haiwan di Savannah Walk.
Lagi haiwan di Savannah Walk. Aku sangat teringin untuk merasa menunggang burung unta ni. Tapi masalahnya, laratkah ia mengangkat aku ni??

49 comments:

puteri nad said...

heheheh..
zaki aku membantahhh..membantah tajuk zoo negara nieeeeeeeee...

aku nak cerita golongan lembot..hehehe..

tapi mari aku mengomen gak..
aku suka giler gamba2 nie

1.gamba flamingo pink
2.gamba rimau mandi
3.gamba unta
4.gamba kuda belang

lepas tu..hahah aku da nek da burung unta masa aku form2..sangat menakutkan aku menutup mata most of the time..ada sijil tergantung dibilik aku kat mesia..

Unknown said...

nad...

heheheh..
zaki aku membantahhh..membantah tajuk zoo negara nieeeeeeeee...


sila menjadi lebih tekad lagi dalam menentukan vote... aku pun terkejut pasal siang tadi softies ngan zoo same %, malam ni bile aku nak buat posting, zoo plak naik.. ntah sape yang vote....

aku nak cerita golongan lembot..hehehe..

untuk menggantikan soal golongan lembut, sila vote... webpoll pun dah baru....

epas tu..hahah aku da nek da burung unta masa aku form2..sangat menakutkan aku menutup mata most of the time..ada sijil tergantung dibilik aku kat mesia..

wah.. besynye... nak jugak, tapi kasihan ngan burung unta itu... aku takut ia tak tahan ngan berat A1 aku nih sajor....

aku suka giler gamba2 nie

ada bakat tak aku amik gambar???

[apa yang aku fikirkan...]
[menganntuuuukkkksssssss teramatzs]

Unknown said...

Binatang kat zoo tu macam tak de motivasi jer!!

Close up sikit muka binatang-binatang tu... lagi cun kot! :)

Unknown said...

cikgu amir...

Binatang kat zoo tu macam tak de motivasi jer!!

tu la pasal, saye pelik jugak... banyak sangat yang tidur.... adeh... hehe... maklum le, saya sampai waktu tengahari...

Close up sikit muka binatang-binatang tu... lagi cun kot! :)

lain kali saya cube buat close up jua.. =)

[apa yang aku fikirkan...]
[haiwan boleh memotivasikan manusia???]

Anonymous said...

Hai..Salam semua, untk pengetahuan kalian Animal2 kat Zoo Negara sekarang selain faktor tua, mereka dah kerja sampai shift malam(Zoo Malam),kena cari duit lebih kut..Maklumlah expenses dah naik sekarg .That y...they all letih & buat muka "toyo" je..x gitu dik Zaki????sya.

Anonymous said...

Kalau nak tengok yg fresh , go 2 ZOO MELACCA . 2 hours je dari Banting.Selain melihat keletah Bear yg nakal, u can c sejenis monyet yg demand betul...bila kita nak ambil gmbar, boleh pula tutup muka @ belakang kan kita.Bila kita nak pergi...boleh pula dia sengih kat kita (mengejeklah..tu..ikut hati nak tangkap je dia & piat telinganya)sya.
{Apa dlm fikiran: just want share d story}

Unknown said...

syasya...

Hai..Salam semua, untk pengetahuan kalian Animal2 kat Zoo Negara sekarang selain faktor tua, mereka dah kerja sampai shift malam(Zoo Malam),kena cari duit lebih kut..Maklumlah expenses dah naik sekarg .That y...they all letih & buat muka "toyo" je..x gitu dik Zaki????sya.

entah la sya... saya pun tak tahu... yang penting sape2 yang datang malam memang tak best sangat. kawan saya yang menceritakan... hanya quotation... malam mane nak nampak haiwan2 tu sangat! ade plak yang tak aktif, tidur sajor sambil menyorok di celah2 rimbun. jadi kalau datang siang nih, walaupun haiwan2 tu tidur, still masih boleh tengok mereka tidur...

Kalau nak tengok yg fresh , go 2 ZOO MELACCA .

wah!!! cadangan yang baik!!!

Selain melihat keletah Bear yg nakal, u can c sejenis monyet yg demand betul...

wah... bunyinya macam seronok sajor... kena siapkan dalam annual plan nih...! hehe...

bila kita nak ambil gmbar, boleh pula tutup muka @ belakang kan kita.

nih tak besy, apa die ingat die tuh model mahal sangat ape? muahaha... tak puas hati ngan haiwan... =)

[apa yang aku fikirkan...]
[ade satu species monyet kat zoo negara menggunakan ekornya yang sangat flexible dengan begitu bagus sekali. sangat tertarik!]

toriq said...

szakif..

banyak ok soklan2 ko dalam gambar.. aku tak mampu jawab sekrg.. lain kali ok!

hehe..

Unknown said...

toriq...

banyak ok soklan2 ko dalam gambar.. aku tak mampu jawab sekrg.. lain kali ok!

hehe..


ok... no problem...

[apa yang aku fikirkan...]
[kalau tak tahu, aku kata tak tahu]

fonso zone said...

zoo ngara mmg apak besar..
leh xrasa kaki pas kuar..
huhu..
tp xminat sgt pon nk gi zoo..
buknlah pnggemar hewan..
lg ske tgk je kat dscovery..
siap de narrator lg..ewah

Unknown said...

acap...

zoo ngara mmg apak besar..

yup!

leh xrasa kaki pas kuar..
huhu..


adeh.. nih betul2 world punye penat nih... huhu jugeee... =)

tp xminat sgt pon nk gi zoo..
buknlah pnggemar hewan..
lg ske tgk je kat dscovery..
siap de narrator lg..ewah


aku suke kedua2nye... discovery okay gak...

[apa yang aku fikirkan...]
[ade channel 50, 51 & 52 di Astro rumah dan kedai]

toriq said...

atas tuh bukan acap la...

Unknown said...

almanak!!!! salah salah.... mando bukan acap, dan acap bukan mando.. sori mando!!! tq toriq... ko bile plak nak menjawab soalan2 aku dalam posting ni?

[apa yang aku fikirkan...]
[camne bleh salah orang nih?]

Unknown said...

acap...

szakif,
motif salah identiti?
haha


salah identiti takpe, jangan keliru identiti cam nyah! muahaha...

tp tetap nak entry pasal orang lembut ok!!~~hahaha

lain kali undi banyak kali guna komputer yang lain ok~~~ satu komputer sekali undi sajor~~ kalau nak gak cakap pasal lelaki lembut, bincang sajor kat votes sparklit tu.... boleh letak komen kat situ... isy.. takkan aku nak kena mulakan isu kot? adeh... kan ke ade link komen kat bahagian current result tu?

[apa yang aku fikirkan...]
[bagus jugak konsep undi sekali sajor ni]

Anonymous said...

Hai Gd Morng everybody,
Just want inform mari b'sama2 melihat gabungan Khairil & Kiran (ERA)mencuci kandang badak 29/4 ini. Pasti ramai nak tengok..muka tampan mereka dgn bangganya..zaki nak joint x..kue..kue..k.sya.

Unknown said...

syasya...

Just want inform mari b'sama2 melihat gabungan Khairil & Kiran (ERA)mencuci kandang badak 29/4 ini. Pasti ramai nak tengok..muka tampan mereka dgn bangganya..zaki nak joint x..kue..kue..k.sya.

ala... hari tu dahde program la.. lagipun ape barang K&K...!kalau mawi ke, siti ke, boleh rr jugak... kompem penuh zoo tu. setakat K&K, takdok aih...

[apa yang aku fikirkan...]
[awat DVR player aku takleh main?]

Anonymous said...

kendurinya minggu ni ke??(yr program).Apasai x sampai2 lagi jemputan.sya.

(wes check yahoo email? saje je forward "entah ape2" karo kuwe)

Anonymous said...

most of my offc.mate like it yr zoo picture.so colourful & Somethg like album..sya.


(Adeh...dia org bertanya b'talu2,mcmna boleh t'sesat kat hang punya blog..kueng..kueng)

W. A. Matiin said...

Bila tengok gambar-gambar di Zoo Negara ni teringat pulak zaman kanak-kanak. Tapi akhir-akhir ni tengok keadaan Zoo tu daif aja, pengurusan pun kurang memuaskan lebih2 lagi kebajikan haiwan-haiwan tu. Kita yang tengok pun sedih sebab binatang-binatang tu macam kurang diambil berat kebajikannya--kalau ya pun sekadar tangkap muat aja.

Pengurusan zoo sepatutnya lebih teliti dalam menyesuaikan haiwan2 liar ni dengan habitat 'bukan semulajadi' mereka yang bertanahkan simen dan berbumbungkan konkrit. Lokasi berhampiran bandar--malah terlalu hampir--pun membawa masalah kpd. mereka. Kesian!

Unknown said...

syasya...

kendurinya minggu ni ke??(yr program).Apasai x sampai2 lagi jemputan.sya.

kendurinya will be on 21st may, next month la... sabaq no... kad jemputan mmg belom hantar kad posmen...

(wes check yahoo email? saje je forward "entah ape2" karo kuwe)

setiap hari check... dan saya mmg membaca email forward syasya... thanks anyway...

[apa yang aku fikirkan...]
[sure heboh la rumah ni bulan depan!]

Unknown said...

syasya...

most of my offc.mate like it yr zoo picture.so colourful & Somethg like album..sya.

wah.. thank you!!! kem salam world kat diorang bleh?

(Adeh...dia org bertanya b'talu2,mcmna boleh t'sesat kat hang punya blog..kueng..kueng)

maka silalah menerangkan fakta ini yang saya sendiri tak tahu bagaimana sebenarnya jalan cerita pertemuan syasya dengan blog saya ni...

[apa yang aku fikirkan...]
[dunia ini kecil dengan kehadiran internet]

Unknown said...

matiin...

Bila tengok gambar-gambar di Zoo Negara ni teringat pulak zaman kanak-kanak. Tapi akhir-akhir ni tengok keadaan Zoo tu daif aja, pengurusan pun kurang memuaskan lebih2 lagi kebajikan haiwan-haiwan tu. Kita yang tengok pun sedih sebab binatang-binatang tu macam kurang diambil berat kebajikannya--kalau ya pun sekadar tangkap muat aja.

hal ini aku kurang pasti, tapi jika bnar ia berlaku, memang dapat diperhatikan dengan jelas akan keadaan haiwan2 tu... sangat daif... paling kesian kat singa tu... sangat kesian!!!

Pengurusan zoo sepatutnya lebih teliti dalam menyesuaikan haiwan2 liar ni dengan habitat 'bukan semulajadi' mereka yang bertanahkan simen dan berbumbungkan konkrit. Lokasi berhampiran bandar--malah terlalu hampir--pun membawa masalah kpd. mereka. Kesian!

cadangan yang baik... tapi aku rase lokasinya dah kira ok pada aku pasal tidak terlalu urban... kang kalau letak kat ceruk hutan, orang tak datang tengok pulak.. peace!

[apa yang aku fikirkan...]
[nak pi Zoo Melaka la pulak..]

toriq said...

takleh nak copy n paste ler kat site nih..

maka susah nak jawab soklan2..

huahuahua

Mohammad Ihab Ismail said...

Salam...

Wahahahaha...
Aku gembira sakan baca entry ni ok...
Sebab kupasan2 setiap gambar dia sangat sempoi dan Ujang style...
Anda LUCU laa Zaki --> Quote Fauzan haha...

Tapi Zaki... Banyak2 tempat apsal ko pilih nak gi ZOO??!!
Rumah aku yg 15 minit naik keta nak gi ZOO pon, aku tak pernah terdetik nak lawat binatang2 nun huhuhuu...
Sian mereka dah laa tersangkar takleh kuar... Takde org nak lawat lak tu :P

Tapi daripada gambar2 ko, aku nampak Zoo Negara cam dah lagi bersih...
Ke sbb dah berpuluh tahun aku tak jejak?? Muehehe...

Tapi gambar Singa tu aku rasa bontotnya berkurap la, bkan gaduh...
Kalo gaduh, apa cer singa lain nak gigit BONTOT DIA??!!
Tak gentleman nyerrr hahaha...

Dan lagi... SAPEKAH BUAT GOSIP TAPIR ANAK CUCU MOYANG BABI???!?!?!
Nih 1st time aku dengar ok!! 1st time!!

Papehal... Daku terhibur ngan entry ZOO NEGARA haha...
menanti entry ala ala SUTUN pula ;)

Unknown said...

toriq...

takleh nak copy n paste ler kat site nih..

memang motif aku supaya orang mengeluh takleh copy segala pasal aku disable kan right klik ngan select perkataan... muehehe.. canggih tak? tapi for the time being, mende tu tak perlu sangat pasal aku yakin apa yang aku taip kat blog ni tak le sampai orang nak copy then buat spekulasi kat website@blog orang lain.. tak gitu? hehe... nak copy gambar pun boleh sajor... takde mende nak aku simpan.. sharing is caring...

maka susah nak jawab soklan2..

huahuahua


lantas aku dah remove script nye.. maka silalah mengomen dan menjawab soklan2 aku... hehe... peace!

[apa yang aku fikirkan...]
[aku copy dari sultanmuzaffar]

Unknown said...

ihab... (ko nih kalau bagi komen memang memuaskan hati betul la.. panjang!)

Wahahahaha...
Aku gembira sakan baca entry ni ok..


terimas terimas!!!

Sebab kupasan2 setiap gambar dia sangat sempoi dan Ujang style...

sempoi ke? hehe.... takde la lawak sangat.. disamping caption yang menerangkan keadaan haiwan, aku nak juga share sedikir sebanyak maklumat...

Anda LUCU laa Zaki --> Quote Fauzan haha...

wah!!! rindu ngan pojan, seniorku...

Tapi Zaki... Banyak2 tempat apsal ko pilih nak gi ZOO??!!

Aku ikut kawan aku sajor... biase la.. apabila member odah aku dah ajak, susah benar aku nak tolak. lagipun memang dah lame aku tak cuci mata tengok ciptaan Allah...

Rumah aku yg 15 minit naik keta nak gi ZOO pon, aku tak pernah terdetik nak lawat binatang2 nun huhuhuu...

rumah ko katne ihab? nanti senang2 aku bleh singgah rumah ko kalau ko balik malaysia...

Sian mereka dah laa tersangkar takleh kuar... Takde org nak lawat lak tu :P

kang kalau tak dikurung dalam sangakr, lagi la orang tak nak lawat!!! takut dikejor dek pak rimau ngan sang beruang!!! muehehe....

Tapi daripada gambar2 ko, aku nampak Zoo Negara cam dah lagi bersih...
Ke sbb dah berpuluh tahun aku tak jejak?? Muehehe...


agree! memang nampak lebih bersih dari segi pemandangan, tapi masalahnya haiwan2 tu macam dah bergelar datuk@moyang haiwan...! sangat tua... tapi yang bestnye nape zoo negara mesti amik mamat poyo tu jadi ambassador? sangat tidak sesuai ok~! dah la asek dok kutuk artis sms, dalam tak sedar dia jugak terlibat ngan artis sms. at last, anak buah dia tak ke mana pun, mawi jugak yang maju... go mawi!

Tapi gambar Singa tu aku rasa bontotnya berkurap la, bkan gaduh...

boleh jadik juge... tapi kesian tengok singa tu, terbaring sajor.. motif aku kesian? pegi zoo nak berseronok tgk haiwan ke, nak berkesian ala2 BERSAMAMU versi haiwan? *BERSAMAMU adalah rancangan TV3 yang menampilkan keluarga daif di malaysia*

Kalo gaduh, apa cer singa lain nak gigit BONTOT DIA??!!
Tak gentleman nyerrr hahaha...


no komen... kalau agak2 tang tu yang paling hampir ngan mulut die, tulah yang die gigit. haha!

Dan lagi... SAPEKAH BUAT GOSIP TAPIR ANAK CUCU MOYANG BABI???!?!?!
Nih 1st time aku dengar ok!! 1st time!!


maka aku lah membuat kenyataa itu dalam bentuk pertanyaan, sebab kalau tengok hidung dia, kan ada menyerupai hidung babi. tak gitu? so deduksi aku menyatakan nenek moyang tapir ada kaitan ngan babi... toriq ada jawapan? bioteknologist yang lain ada jawapan?

Papehal... Daku terhibur ngan entry ZOO NEGARA haha...
menanti entry ala ala SUTUN pula ;)


mungkin aku akan buat jugak entry pasal softies tapi hanya selepas aku tamatkan poll kat blog aku nun... maka teruskanlah menyumbangkan pendapat dan komen anda di situ... peace!

[apa yang aku lakukan...]
[bukan sutun]

Unknown said...

pembetulan...

tapi yang tak bestnye nape zoo negara mesti amik mamat poyo tu jadi ambassador? sangat tidak sesuai ok~! dah la asek dok kutuk artis sms, dalam tak sedar dia jugak terlibat ngan artis sms. at last, anak buah dia tak ke mana pun, mawi jugak yang maju... go mawi!

W. A. Matiin said...

Tanggapan tapir adalah sejenis babi bukanlah 'gosip' baru, malah bukan terhad di negara kita saja.

Cara terbaik untuk tahu dengan lebih lanjut tentang 'status' tapir tu ialah melalui taxonomi binatang ni. Tapir memang tak tergolong dalam Famili babi, mahupun babi hutan. Muncung dia yang panjang dan kadang-kala comel tu pun lebih serupa dengan muncung haiwan2 pemakan semut spt. aardvark dan Giant Anteater.

Yang menariknya pulak, badak air (hippopotamus) sebenarnya 'bersaudara' dengan keluarga babi dari segi latar belakang taxonomi dan dikatakan berasal daripada satu 'common ancestor' (maaf saya kurang pasti terjemahan istilah biologi ini dalam BM).

Anyhow, it's interesting to note what constitutes a 'babi' and an 'anjing' from the view of Fiqhs. But then taxonomical profiling is arbitrary, and is bound to change at one point or another accordingly. Anyone has any information on the fuqaha's view of the najis mughallaza animals' 'close relations'?

Wallaho a'lam.

p/s: domesticated pigs are derived from wild type pigs like boars and hogs, so the view isn't so grey in this case.

Unknown said...

matiin...

Cara terbaik untuk tahu dengan lebih lanjut tentang 'status' tapir tu ialah melalui taxonomi binatang ni.

inilah yang aku maksudkan. ade tak kaitan antara tapir dan babi dari segi kaitan taxonomy mereka.... since i dont really study taxonomy, so i dont know... in fact, my course focuses more on human, not plants or animals or microorganisms like biotech course does.

Tapir memang tak tergolong dalam Famili babi, mahupun babi hutan. Muncung dia yang panjang dan kadang-kala comel tu pun lebih serupa dengan muncung haiwan2 pemakan semut spt. aardvark dan Giant Anteater.

owh.. baru tahu n thanx for the info, but what are those aardvark dan Giant Anteater? tak pernah dengar ok~~~ maka good biotech student apabila dah mengomel, gini lah jadinye.... hehehe....

Yang menariknya pulak, badak air (hippopotamus) sebenarnya 'bersaudara' dengan keluarga babi dari segi latar belakang taxonomi dan dikatakan berasal daripada satu 'common ancestor' (maaf saya kurang pasti terjemahan istilah biologi ini dalam BM).

more info, thanx. dont worry, ur free to use either language. sume orang paham... =)

Anyhow, it's interesting to note what constitutes a 'babi' and an 'anjing' from the view of Fiqhs. But then taxonomical profiling is arbitrary, and is bound to change at one point or another accordingly.

matiin kalau ade info pasal ni, jangan lupe utk forwardkan kat aku jugak. email ke kos yahoogroups ok gak...

Anyone has any information on the fuqaha's view of the najis mughallaza animals' 'close relations'?

me? nope? blur sajor...

[apa yang aku fikirkan...]
[matiin juga adalah debator di UIA, hata dan acap sila take note]

Anonymous said...

Bagus2....can share that information .sya.

(terkilan ckit..4 hari start esok x leh nak jenguk yr blog.Nak gi travel.Zaki, bila nak buat rombongan "Cik Kiah" gi zoo Melacca? he..he..)

Unknown said...

syasya...

erkilan ckit..4 hari start esok x leh nak jenguk yr blog

ala... sedey.. =( takpe.... aiman tak kesah!

Nak gi travel.

wah.. ke mana tu ye cik syasya???

Zaki, bila nak buat rombongan "Cik Kiah" gi zoo Melacca? he..he..)

bile dah de duit... hehe... minyak banyak mahal o.. lagipun tengah sibuk kemas rumah pun..

[apa yang aku fikirkan...]
[tak pernah drive ke melaka]

Anonymous said...

nak gi Lumut + P.Pangkor(Comp trip).maklum ler Labour day.
Zaki kal nak gi Melaka..lalu je jalan Klia..Nilai..terus & terus..sampai Tol Air keroh, pandang kanan dah pun sampai Zoo Melaka.2 hours je.
(Kal tersesat...jgn cari kita ye..he..he..) sya.

Unknown said...

syasya...

nak gi Lumut + P.Pangkor(Comp trip).maklum ler Labour day.

wah.. sronotnye... hehe... bukak la blog sya.. boleh kongsi pengalaman...

Zaki kal nak gi Melaka..lalu je jalan Klia..Nilai..terus & terus..sampai Tol Air keroh, pandang kanan dah pun sampai Zoo Melaka.2 hours je.
(Kal tersesat...jgn cari kita ye..he..he..) sya.


thanx for the info, tp saye takkan pegi dalam mase terdekat ni... hehe... sila sedar...

[apa yang aku fikirkan...]
[nantikan posting seterusnya....]

Anonymous said...

Lawatan sambil belajar ke Zoo Negara...sangat kewl ok korang pi zoo negara......

Unknown said...

syafiq...

Lawatan sambil belajar ke Zoo Negara...sangat kewl ok korang pi zoo negara......

kite ke mane2 pun actually belajar something. it's just that whether we really realize it or not sajor... al'ilm is anywhere, anytime... peace!

[apa yang aku fikirkan...]
[gunakan deria sebaiknya]

toriq said...

hahaha.. dah boleh copy and paste! yeay.. tu lah.. sultanmuzaffar tuh dah femes sangat ler, sebab tuh dia buat camtuh.. hahaha..

anyway, aku kesuntukan masa pula sekrg.. akan datang balik komen boleh? hahaha..

Unknown said...

toriq...

hahaha.. dah boleh copy and paste! yeay.. tu lah.. sultanmuzaffar tuh dah femes sangat ler, sebab tuh dia buat camtuh.. hahaha..

dia memang ramai peminat... maklum la... top malaysian blogger katekan... tapi pasal top tu la de sajor orang yang dengki, copy statement dalam blog dia, then paste kat tempat lain, then buat fitnah...na'uzubillah...

anyway, aku kesuntukan masa pula sekrg.. akan datang balik komen boleh? hahaha..

whatever la.... yang penting aku takkan delete posting nih.... sangat cantik ok~~~ aku sendiri tak menyangkakan akan jadik semeriah ini gambar2 haiwan itu...

[apa yang aku fikirkan...]
[toriq online, aku pun online.. adeh.. dah bape kali ntah..]

baez-kun said...

wow sahaja yang mampu daku katakan ok
malahan sangat la banyak gambar2 yang sangat menarik~~
tapi fyi zoolah merupakan tempat yang palinggggg daku mamo pegi (takmo) selain daripada museum negara ok.. haha taktau apsal.. suka petrosains sajor...

malahan peribahasa itu benar, sekadar kiasan sajor memangdangkan belangnya merupakan bende yang paling prominent sekali~~

tapi beruang tu sangat comel
rasa nak napa kapik sajor hahaha

gambar paling best adalah flamingo~~ hohyeah

Unknown said...

hata..

wow sahaja yang mampu daku katakan ok
malahan sangat la banyak gambar2 yang sangat menarik~~
tapi fyi zoolah merupakan tempat yang palinggggg daku mamo pegi (takmo) selain daripada museum negara ok.. haha taktau apsal.. suka petrosains sajor...


tiada paksaan ok~~ utk melawat zoo... malah aku pula dah bosan asek pegi ke petro sains... dah masuk 4 kali dah... same sajor...

malahan peribahasa itu benar, sekadar kiasan sajor memangdangkan belangnya merupakan bende yang paling prominent sekali~~

terimas pasal menjawab soalan ttg peribahasa itu...

tapi beruang tu sangat comel
rasa nak napa kapik sajor hahaha


tak sempat ko nak menapa kapik, dia dah baham ko dulu! wakkaa!!!

gambar paling best adalah flamingo~~ hohyeah

memang sangat lawa ok flamingo itu, bukan pada gambar sahaja...

[apa yang kau fikirkan...]
[real man wears pink]

Anonymous said...

teringin nak pegi aquaria (kal x silap sebut)..dah penah gi sana?sya.

(x de masa lah nak buka blog..inipun curi2 tengok blog org lain.kecuali kalau jadi student balik & dpt cuti smpai 2,3 bulan..bestnye..he..he)

Unknown said...

syasya...

teringin nak pegi aquaria (kal x silap sebut)..dah penah gi sana?

blom pernah pegi walaupun selalu gak jejak kaki ke klcc... mahal la...

[apa yang aku fikirkan...]
[nak belajar menyelam la...]

Unknown said...

fiza...

ai zaki... mana pic kita yang ditangkap kat zoo gak aku nak gak tengok kat blog ko...
waaa.... (aku bkn tuk tontonan umum kot yek).... muahahaha.....


la... ko tak nampak ke? kan ade gambar ko tengah baring tu.. tak perasan ke? alah.. yang berbulu tuh... wakaka!!! hampun hampun!!!

penat yang teramat skali bila balik dari zoo....

yups!!!

wei nak datang kenduri abang ko... yang lain dah tau x?
geng odah datang menyerbu ni....


esok aku pi UIA, aku bawak sekali kad jemputan la... insya 4JJl...

[apa yang aku fikirkan...]
[fiza adalah lelaki, sila bace posting dia yang terbaru]

Mohammad Ihab Ismail said...

Salam...

GAZET GAZET dan TERUS GAZET sbb ko respon pada komenan aku sebelum SATU DEMI SATU!!
Ya kasih RAJIN HANJENG KAMU WAHAI ZAKIIIII!!!
Hahahahaha...
(Hanjeng di sini ala2 penggunaan gempak gile babi etc tanda expression yg sangat2 kuat sempena meraikan entry mengani haywanat di sini haha...
Tidak ada unsur2 ingin menjelekkan pandangan mata yg membaca...
Harap maklum dan peace peace kulit kacang peace --> aku pon tatau apsal kena quote gaya Syafiq di sini... Terjebak wabak Jawo Taggy korg agaknya hahaa...)

Dah cukup merapu...
Neway... Nak komen utk Hata skit:
YA KASIH HATA!!! Ko bleh bubuh Zoo Negara atas Muzium Negara dalam ranking 'Tempat2 Mamo Mijak'??!!?!!
Tak boleh ok TAK BOLEH!!
ZOO NEGARA KENA TEMPAT NOMBOR SATU!!
Ya amatlah membosankan hanjeng (sekali lagi meraikan entry zoo berunsur binatang haha) ibarat kembali ke zaman batu masuk Muzium Negara hahahaha...
Tapi chop chop... Aku komen ni berdasarkan hakikat dah dekat sedekad lebih aku tak jejak itu Muzium...
Jadi sama cam Zoo... Mungkinkah ia udah berubah??
Hanya Allah dan org2 yg telah melawat Zoo dalam masa terdekat je tahu hihihiii...

Papepon... Sbg anak muda yg spoiled...
Sepastinya aku lagi suka melawat KLCC atau MidValley berbanding tempat2 gini...
Sungguh lah aku ni anak bandar yg dah rosak...
ZAKIIII!! BAIKIII AKUUU!!
Hahaha...


Oh Zaki... Sekadar mencelah...
Aku tinggal lebey kurang 10-15 minit naik kereta ke Zoo Negara...
Kat area UKAY PERDANA...
Tu pasal aku suruh ko MOGOK stay kat GOMBAK ok!
Dekat ok tempatku ngan tempat studymu --> given that kalo aku balik nanti ko still kat Gombak la hehe...

Maka SILA MOGOK!! Gigit je bont*t org yg suruh korg pindah tu hahahaha --> mengambil iktibar kisah Singa dan Punggungnya :D

Dah sudah!! Sebelum aku merapu lebih lanjut...
Baiklah aku berenti di sini!!
Kesian ok ko nak quote satu2 pastu komen balik tanda apresiasi yg tinggi!
Huhuhuuu... Ku sanjung salute habis!!

Wa caya lu la beb!! Hahahaha...

Mohammad Ihab Ismail said...

Eh aku terperasan silap type di atas...
Perhatikan perenggan 2 utk Hata tu...
Aku type:

[ZOO NEGARA KENA TEMPAT NOMBOR SATU!!]

Perkataan Zoo sepatutnya diganti dengan MUZIM...

Jadi ayat sebetulnya adalah:

YA KASIH HATA!!! Ko bleh bubuh Zoo Negara atas Muzium Negara dalam ranking 'Tempat2 Mamo Mijak'??!!?!!
Tak boleh ok TAK BOLEH!!
MUZIUM NEGARA KENA TEMPAT NOMBOR SATU!!


Ni laa bahananya excited sangat nak mengomel + excited terlajak bubuh nama2 binatang yg tak perlu dibubuh pon di atas nun huhuuu...

Insop insoppp

Mohammad Ihab Ismail said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

adeh... bley tak aku nak komen lain kali je? ihab.. ko memang world la bab ngomel ni... haha! (sebenarnye malas nak quote satu-satu)

Unknown said...

ihab... (ko tak bace, siap ko!!!!)

GAZET GAZET dan TERUS GAZET sbb ko respon pada komenan aku sebelum SATU DEMI SATU!!
Ya kasih RAJIN HANJENG KAMU WAHAI ZAKIIIII!!!
Hahahahaha...


well... kat rumah asek dok terperuk pun ta best, so keje aku quote satu2 la... haha.. not a big deal ekceli...

(Hanjeng di sini ala2 penggunaan gempak gile babi etc tanda expression yg sangat2 kuat sempena meraikan entry mengani haywanat di sini haha...

sila sedar, kat ZOO negara takde HANJENG OK~ tapi babi memang ade.. cume aku taknak mencemarkan blog aku dengan rupe haiwan seburuk itu~ HAHA.... tapi penggunaan HANJENG kat sini ok gak~ ahaks!

Dah cukup merapu...
Neway... Nak komen utk Hata skit:


aku tengah membayangkan cam ne ekspresi muka ko bile taip omelan ni... well... aku penah tgk video ko menyanyi, so based on that, aku buat visualization aku bley? lagi2 part ko meng"YA YA"kan orang tu.... macam filem dulu2 plak... haha... YA KASIH!!!

YA KASIH HATA!!! Ko bleh bubuh Zoo Negara atas Muzium Negara dalam ranking 'Tempat2 Mamo Mijak'??!!?!!
Tak boleh ok TAK BOLEH!!
ZOO NEGARA KENA TEMPAT NOMBOR SATU!!


hm... terpulang la... bak kate nad, la ikroha fi mengomen..as well, la ikroha fizziarah.. haha... yang penting pegi Zoo ni memang seronok tapi memenatkan... takkan asek nak terperuk dalam lab@kelas@hosptial tengok orang sakit kan? zipzass...

Ya amatlah membosankan hanjeng (sekali lagi meraikan entry zoo berunsur binatang haha) ibarat kembali ke zaman batu masuk Muzium Negara hahahaha...
Tapi chop chop... Aku komen ni berdasarkan hakikat dah dekat sedekad lebih aku tak jejak itu Muzium...
Jadi sama cam Zoo... Mungkinkah ia udah berubah??
Hanya Allah dan org2 yg telah melawat Zoo dalam masa terdekat je tahu hihihiii...


ape yang aku nampak, persekitaran @ habibat dalam zoo tu dah ade perubahan dan peningkatan, cuma haiwan yang dizookan tu yang masih lagi lama. harapnye pihak zoo boleh mendapatkan haiwan2 yang lebih fresh lagi, supaya matamata yang melihat juga fresh~ haha... maklumla.. bayaran masuk pun sepoloh hengget, takkan zoo negara tak mampu kot?

Papepon... Sbg anak muda yg spoiled...
Sepastinya aku lagi suka melawat KLCC atau MidValley berbanding tempat2 gini...
Sungguh lah aku ni anak bandar yg dah rosak...
ZAKIIII!! BAIKIII AKUUU!!
Hahaha...


aku tempat2 camtu pun pegi gak... kekadang saje je nak window shopping walaupun aku memang tak berkenan nak beli tingkap! haha... dah sesekali keluar la drpd kepompong, asek pi tempat2 camtu je, zoo pun kena pegi. tengok keindahan ciptaan ALLAH... kat MidValley KLCC segala tu nampak amoi kurang kain sajor~ zipzasss

Oh Zaki... Sekadar mencelah...
Aku tinggal lebey kurang 10-15 minit naik kereta ke Zoo Negara...
Kat area UKAY PERDANA...
Tu pasal aku suruh ko MOGOK stay kat GOMBAK ok!
Dekat ok tempatku ngan tempat studymu --> given that kalo aku balik nanti ko still kat Gombak la hehe...


owh.... kire ko memang orang klang valley la... haha... ko memang world la.. orang UKAY PERDANA rupenye, patut la pun boleh jumpe kak ani selalu.. (ape kaitannye? aku sendiri pening ngan ayat aku)

Maka SILA MOGOK!! Gigit je bont*t org yg suruh korg pindah tu hahahaha --> mengambil iktibar kisah Singa dan Punggungnya :D

EEEEEUUUUUUUWWWWWWWWWW!!!! tak main la gigit b*ntot... gigit lain bleh? SIMPANG!!!

Dah sudah!! Sebelum aku merapu lebih lanjut...
Baiklah aku berenti di sini!!


alhamdulillaaaaahhhhh... hahah... habes gak die ngomel...

Kesian ok ko nak quote satu2 pastu komen balik tanda apresiasi yg tinggi!
Huhuhuuu... Ku sanjung salute habis!!


memandangkan ko salute aku, dalam keterpaksaan aku memberi komen balas ini... adeh... naik lebam jari aku..

Wa caya lu la beb!! Hahahaha...

wakenabeb!

[apa yang aku fikirkan...]
[wakenabeb adalah rancangan tv Malaysia terbaru, menampilkan segmen mengenakan artis ala2 punk'd]

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Waterproof laptop bag Recovery software computer gate opener Mercedes benzcls Tennis elbow surgery Neurontin 0.7 new neuropathy treatment nissan hardbody camber plates

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » » »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...