Friday, December 24, 2010

Bebel - Tak Payah Kau Nak Belanja Perempuan Itu!

Aku rasa macam dah lama sangat tak membebel. Jadi, aku rasa macam nak membebel. Boleh?

Aku tengok ada satu spesies lelaki ni yang konon-kononnya nak tunjukkan kesetiaan kepada perempuan kesayangannya. Kalau perempuan tu mak dia ke, adik perempuan dia ke, kakak dia ke, aku takde hal. Tapi aku ada hal kalau yang dia sayang sangat tu ialah perempuan yang tak ada ikatan sah pun dari segi Islam - bukan isteri. Dia hanya sekadar perempuan ehem ehem geli geli, tapi dah gedik-gedik nak kikis duit lelaki yang bukan suaminya pun.

Aku nak bebel kat lelaki dulu, sebab aku pun lelaki.

Weh, kau ingat perempuan tu siapa? Awek? Makwe? Kalau kau nak bandingkan dengan emak kau, siapa lagi yang sepatutnya kau lebih sayang? Emak kau kan? Tapi kenapa kau sibuk-sibuk nak belanjakan duit kau untuk dia? Kau tak perlu nak sibuk-sibuk sara hidup dia. Dia takde hak ke atas duit kau. Tak payah kau nak jadi baik hati sangat belanja dia bukan-bukan.

Belanja makan la, belanja tengok wayang la, belanja jalan-jalan la, macam-macam la. Aku nak tanya, sebelum kau belanja perempuan tu dengan semua tu, ada kau buat benda yang sama kepada mak bapa kau?

Selagi dia bukan isteri kau, tak payah la kau konon-konon nak bermurah hati belanja perempuan tu. Aku yakin, kalau betul dia ikhlas nak menjadikan kau suaminya, dia takkan minta yang bukan-bukan selagi dia belum sah menjadi isteri kau.

Rileks. Kau ada mak bapa kau untuk kau sara. Waktu kau bujang ni la kau nak belajar menyara mak bapa kau. Nanti kalau kau dah berumahtangga, kena pula belajar sara mak bapa, dan isteri kau. Tengok betul-betul susunan yang aku tulis tu. Mak bapa dulu, baru isteri.

Sedangkan sebelum dia jadi isteri lagi dia takkan boleh melebihi mak bapa kau, kenapa pula sebelum kahwin lagi kau dah sibuk-sibuk nak belanja dia macam-macam?

Nak ambil hati dia? Baik kau ambil hati mak bapa kau. Bagi mereka duit, sara mereka. Nanti mereka doakan kau yang baik-baik. Insya Allah doa mereka makbul. Ada makwe kau tu nak doakan kau? Kalau doakan pun, makbul sangat ke kalau nak bandingkan dengan doa mak bapa kau? Aku bukan Tuhan, tapi ustaz aku ajar doa siapa yang lebih afdal.

Dia minta kau belanja dia? Weh, kalau betul la atas sebab tu, maaf la kalau aku membahasakan kau sebagai anak yang derhaka. Kau kena dahulukan mak bapa kau, weh! Perempuan tu kau ketepikan dulu. Bukan siapa-siapapun. Dia pun ada hidup sendiri, ada kerjaya sendiri, ada mak bapa sendiri. Biar dia sara hidup dia, biar mak bapa dia jaga dia. Kau jangan sibuk-sibuk nak ambil alih jawatan dan tangungjawab mereka selagi kau bukan suami perempuan tu.

Faham?

Aku rasa aku nak sambung membebel untuk yang perempuan pula kemudian. Boleh?

Wednesday, December 22, 2010

Nikah Tutup Aurat, Sanding Buka Aurat

Diulang terbit daripada laman sesawang iluvislam.com kerana saya yang menghantar artikel tersebut.

Moga ada yang memperoleh manfaat daripada artikel tersebut, termasuk diri saya sendiri.


Setiap kali majlis nikah, ia biasanya dilangsungkan di masjid mahupun di surau. Jadi, di situ biasanya ahli keluarga terdekat dan rakan taulan hadir untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah yang menyatukan dua hati.

Biasalah, jika dilakukan di masjid, semua yang hadir perlu mematuhi adab memasuki masjid. Sudah pasti, antara lain yang dipatuhi ialah adab menutup aurat dengan sempurna.

Jadi, di situ dapat kita lihat ramai yang hadir cantik menutup aurat khususnya yang perempuan, termasuklah perempuan yang akan dinikahkan.

Alangkah indahnya majlis penyatuan hati disertai oleh orang-orang yang patuh pada tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati. Si pengantin perempuan elok menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari yang bakal dilalui sebagai isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya disahkan.

Namun yang sedihnya, ia hanya setakat majlis nikah itu.
Apabila tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini sana.

Tiada lagi kesucian majlis sepertimana yang ada pada majlis nikah sebelumnya. Itu belum lagi dibincangkan hal tingkah laku yang ada kalanya hilang kawalan. Dalam sedar mahupun tidak, banyak mata yang memerhati.

Malangnya, bukannya semua yang hadir ke majlis persandingan adalah muhrim kepada pengantin. Sudah tentu hadirin terdiri daripada orang-orang yang bukan muhrim juga, yang tidak halal mata mereka menjamah aurat pengantin, khususnya yang perempuan.

Jika dalam majlis nikah, segala tuntutan agama boleh dipenuhi, mengapa tidak meneruskannya dalam majlis persandingan pula?
Apakah ada beza amalan agamamu ketika majlis nikah dan ketika majlis persandingan? Apabila Apakah ada beza auratmu kepada yang bukan muhrim ketika di masjid dan ketika di luar masjid? Mengapa ada kesedaran bahawa agamamu ialah Islam ketika dinikahkan, tetapi tidak ketika berada di persandingan?

Pelik. Tetapi itulah realitinya yang kerap berlaku sekarang.

Buat bakal pengantin, sedarlah bahawa Islam mewajibkan umatnya menutup aurat kepada orang yang bukan muhrim setiap masa dan tidak kira di mana-mana.

Nasihat ini bukan khusus untuk wanita sahaja. Buat keluarga pengantin perempuan, tunjukkanlah cara yang terbaik yang menurut tuntutan Islam dalam menganjurkan majlis. Buat si bakal suami, ketahuilah bahawa sejurus lafaz nikah disahkan, tanggungjawab, dosa dan pahala isteri ditanggung suami. Usahlah menjadi suami yang dayus dengan membenarkan isteri mendedahkan auratnya.

Seolah-olah tidak ada makna dan tidak istimewa nikah yang dilafazkan sekiranya mata orang-orang yang bukan muhrim berkongsi melihat aurat isterimu.

Tuesday, December 21, 2010

Azwan Gay Dia Okay, Saya tak Okay

Isu gay kini hangat dalam kalangan masyarakat Malaysia yang secara umumnya menolak kegiatan yang berlandaskan nafsu apatah lagi yang songsang.

Azwan Ismail muncul dalam video bertajuk It Gets Better in Malaysia: Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK" di Youtube dan meluahkan rasa mengenai hidupnya yang mengambil masa selama 32 tahun untuk memberanikan dirinya memberitahu umum bahawa dirinya gay.

Dalam video tersebut juga, Azwan ada mengatakan bahawa guru-guru, ustaz dan kawan-kawan memberikan pandangan mengenai hidup dari sudut pandang mereka yang kebanyakannya merupakan orang yang heteroseksual. Tambahnya, "Mereka tidak merasai dan tidak memahami menjadi seorang yang gay."

Sudah tentu! Manusia memberikan pandangan berdasarkan sudut pandang yang mereka lebih arif. Kita boleh memberikan pandangan dari pelbagai sudut, namun akhirnya, kita lebih selesa dengan pandangan yang kita sendiri pernah atau sedang alami.

Namun apakah bermaksud seseorang perlu menjadi gay terlebih dahulu baru boleh memberikan pandangan mengenai gay? Tidak semestinya.

Kita tidak perlu terjebak terlebih dahulu ke dalam sesuatu kancah untuk belajar sesuatu daripadanya, apatah lagi jika kancah tersebut menurut catatan sejarah telah banyak membawa kemusnahan dan musibah kepada manusia.

Analoginya, kita tidak perlu memotong kedua-dua tangan dengan pilihan sendiri hanya untuk belajar betapa susahnya untuk makan dengan menggunakan kaki.

Berbalik kepada video Azwan Ismail, ia dipotong apabila Azwan cuba menjelaskan "kita lebih mengetahui diri kita. Dan kita perlu mengambil masa dan terus mencuba untuk memberitahu orang-orang sebegitu..."

Apa sebenarnya yang ingin diberitahu oleh Azwan kepada "orang-orang sebegitu"? Adakah untuk memberitahu bahawa dirinya gay?

Pada pendapat saya, apa yang sebenarnya perlu diberitahu oleh Azwan Ismail, dan mungkin golongan yang sudah terpengaruh dengan mesej yang disampaikan oleh Azwan adalah bahawa mereka boleh menghadapi cabaran hidup sebagai orang yang nafsunya sengaja disongsangkan.

Jika orang buta diduga dengan nikmat penglihatan yang ditiadakan dalam hidup mereka, jika orang bisu diduga dengan kebolehan bercakap yang ditarik daripada lidah mereka, dan jika orang yang lembut menyotong diuji dengan cara yang begitu dalam hidup mereka sehari-hari, golongan gay ini pula perlu memilih sudut pandang bahawa mereka diuji dengan cara begitu - nafsu mereka songsang.

Dalam videonya, Azwan ada juga menyebut mengenai sukarnya menjadi gay di Malaysia atas faktor agama dan budaya. Ini bermaksud, Azwan masih mengiktiraf bahawa agama itu ada dan ia menjadi kekangan untuk beliau mengekspresikan dirinya sebagai seorang gay. Di hujung videonya pula, Azwan menyebut mengenai sumber kekuatan untuk orang yang berjiwa songsang untuk memberitahu bahawa diri mereka bahawa mereka gay.

Namun, sebenarnya sumber kekuatan yang perlu dicari oleh Azwan bukanlah daripada sesiapa melainkan Allah. Seharusnya Azwan terlebih dahulu mengkaji baik buruk amalan gay sebelum beliau memilih untuk menjadi gay. Jadi, sumber utama yang perlu dikaji tidak lain dan tidak bukan ialah Al-Quran.

Sudah jelas di dalam Al-Quran diceritakan bagaimana Allah menghancurkan kaum Lut sebagaimana yang diceritakan di dalam surah Hud. Minta nasihat daripada orang-orang yang mendalami ilmu Al-Quran agar mendapat panduan yang terarah dan paling tepat mengenai ketetapan yang telah Allah berikan untuk umat manusia patuhi.

Saya fikir mungkin Azwan Ismail menemukan sumber kekuatan yang salah yang lantas membuatkannya memilih jalan yang salah untuk meneruskan hidup dalam kancah gay. Seharusnya, apabila ada sesiapa yang memberikan pandangan mengenai isu gay, Azwan perlu menimbangkan banyak perkara termasuk agama yang dianutinya (yang saya percaya Islam berdasarkan namanya). Bukannya memandang isu ini dari sudut peribadi semata-mata.

Nasihat saya, daripada mencari kekuatan untuk memberitahu diri sendiri dan orang lain bahawa diri mereka gay, seelok-eloknya mereka mencuba lebih kuat lagi untuk memberitahu bahawa mereka cukup kuat untuk menentang hasutan nafsu songsang yang jika dituruti, natijahnya akan membawa kemusnahan pada kehidupan manusia secara keseluruhannya itu.

Mereka perlu percaya bahawa ada sinar di hujung jalan, dan mereka perlu mencari jalan untuk keluar daripada terowong gelap yang sedang mereka lalui. Jadikan insan yang normal, yang secara fitrahnya diciptakan untuk menyukai orang yang berlainan jantina apabila berkata mengenai kecenderungan seks.

Saya fikir hujah yang mengatakan "biarlah itu antara aku dan Allah" apabila berkata mengenai kesongsangan nafsu seks adalah hujah yang lemah kerana Allah sudah terlebih dahulu melaknat kaum-kaum songsang seperti gay sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Samalah halnya jika orang-orang yang tidak bertudung, apatah lagi yang berpakaian seksi yang kerap menggunakan alasan "itu antara aku dengan Allah" untuk menghalalkan perbuatan mereka yang jelas menyalahi hukum agama.

Dalam Islam juga telah diajar agar penganutnya kembali kepada Allah dalam mencari kekuatan hati dan meminta petunjuk jalan yang benar. Antaranya dalam doa-doa yang kerap diamalkan, dan yang juga perlu dihayati seperti "rabbana la tuzigh qulubana", "ya muqollibal qulub, thabbit qulubana" dan sebagainya.

Buat Azwan Ismail, anda tak perlu menurut apa-apa yang orang lain beritahu anda, tetapi anda perlu menurut apa yang Maha Mencipta telah beritahu menerusi Kitab-Nya yang suci. Orang-orang yang memberitahu anda apa yang anda perlu buat untuk membentuk diri anda sebenarnya menyampaikan apa yang sudah tertulis, bukannya atas faktor mereka menyampaikan dari sudut pandang mereka sebagai orang heteroseksual. Turut sahaja dan insya Allah things will get better. :)

Monday, December 20, 2010

Rezekimu Mungkin dalam Bentuk Lain

Aku tak pasti sudah berapa kali aku ulangkan di dalam blog ini bahawa aku dan isteri menunggu selama 6 bulan selepas kami bernikah sebelum isteri aku disahkan mengandung. Mungkin lebih ramai pasangan lain yang menunggu lebih lama lagi, tapi kali ini aku ingin sekali mengulang perkara yang sama dan membincangkannya dari sudut lain.

Jika sebelum berkahwin, soalan wajib yang akan ditanya oleh ramai orang ialah "bila mahu berkahwin?" Bagi orang yang sudah berkahwin pula, soalan wajibnya ialah "Sudah ada kah?"

Di situ aku belajar bahawa memang masyarakat Melayu khususnya yang sudah berusia dan/atau yang berasal daripada kampung berlapik-lapik apabila berbicara mengenai anak. Mungkin mereka faham benar bahawa pasangan yang ditanya mungkin boleh tersinggung sekiranya soalan lancang seperti "dah mengandung belum?" ditanyakan.

Namun, dalam ramai-ramai yang berlapik-lapik ketika bertanya, ada juga yang mungkin kurang mantap kemahiran komunikasinya. Atau mungkin mereka memilih cara bertanya sebegitu dengan niat bergurau, yang mungkin boleh disalahtafsirkan oleh yang ditanya. Bayangkan, contohnya, sejurus panggilan telefon dijawab, soalan pertama yang ditanya bukanlah khabar si pemanggil, tetapi "Oi Yam, kau dah mengandung belum?" Tak manis kan? Mujur sahaja isteriku tidak mengambil hati kerana dia kenal benar dengan rakannya itu.

Aku sendiri, sebelum berada dalam situasi isteri-belum-mengandung-selepas-beberapa-lama-berkahwin, pernah bertanya kepada rakan-rakan yang terlebih dahulu beristeri dengan soalan yang berbunyi, "Ada apa-apa berita gembira kah?" Alhamdulillah sepanjang pengetahuan dan pengamatan aku, mereka boleh menerima soalan seperti itu dan dijawab dengan mesra.

Lain pula halnya apabila aku pula yang berada dalam situasi isteri-belum-mengandung-selepas-beberapa-lama-berkahwin. Dalam beberapa bulan pertama perkahwinan, aku mencari-cari arah untuk mendapatkan cara yang terbaik untuk menjawab persoalan itu - supaya aku tidak menyinggung sesiapa - hati orang yang bertanya, hati isteri aku, dan hati aku sendiri. Nampaknya, dejavu. Apa yang pernah aku tanyakan kepada orang lain, ditanya pula kepadaku. Dan nampaknya cara orang menjawab soalanku dulu tidak membantu untuk aku sendiri menyediakan skema jawapanku.

Sejujurnya, soalan "sudah ada kah?" dan yang sepertinya bukanlah soalan yang mudah untuk dijawab. Aku bukanlah Tuhan untuk memberikan jawapan bila aku akan dikurniakan anak, tetapi yang aku dan isteri mampu lakukan ialah berusaha tanpa jemu. Ok cukup di situ.

Namun, setelah beberapa lama, aku sudah menemukan cara yang terbaik untuk menjawab soalan seperti itu - iaitu dengan cara menjawab dengan jelas bahawa kami belum dikurniakan rezeki seperti itu, dan meminta yang bertanya supaya berdoa semoga rezeki mendapat anak dipercepat. Berterus terang dan jangan segan meminta orang lain mendoakan.

Bukan niat aku untuk memperkecil rezeki anak, tetapi rezeki boleh muncul dalam bermacam-macam bentuk. Kadang kala ia muncul dalam bentuk yang kita sendiri tidak rasakan ia sebenarnya satu bentuk rezeki. Aku mahu sahaja menamakan beberapa contoh, namun aku khuatir ia terlalu peribadi dalam kehidupan suami isteri.

Cukup aku berikan satu contoh ini, yang nampak remeh tetapi sebenarnya ada isinya: aku dan isteri pergi ke Genting Highland dan bermain hampir segala permainan yang ada di situ sampai penat tak ingat dunia. Bayangkan isteri aku mampu menaiki permainan Space Shot (sebatang tiang tegak dengan 3 buah kerusi di setiap penjurunya yang meluncur ke bawah dengan laju sampai sesiapa yang menaiki rasa seolah-olah sedang jatuh daripada bangunan) sebanyak 2 kali, dan kami menaiki semua roller coaster yang ada di Genting Highland, selagi ada dan selagi buka. Kami pergi pada 30 Oktober 2010, ketika kebanyakan kaki bola sibuk menonton perlawanan akhir bola sepak Kelantan menentang Negeri Sembilan - iaitu 5 bulan selepas kami bernikah.

Bayangkan jika isteriku disahkan mengandung dalam 2-3 bulan selepas bernikah, aku yakin bahawa aku takkan berpeluang untuk pergi ke Genting Highland seperti itu. Belum sempat nak menikmati hidup berdua, sudah bertiga pula - ringkasnya begitu. Namun jangan pula salah sangka bahawa aku membuat kenyataan bahawa aku tak bersyukur akan kehadiran orang ketiga pula.

Sepanjang 6 bulan hidup berdua, bermacam-macam aktiviti telah kami lakukan bersama - ke hulu ke hilir bak pasangan bercinta - sememangnya kami bercinta dan mengenali dan memahami erti cinta suami isteri hanya selepas bernikah.

Jadi, kembali kepada isu rezeki, satu perkara yang aku ingin kongsikan - hargailah setiap saat yang kita lalui dan anggaplah ia sebagai rezeki buat masa itu. Dalam masa yang sama, jangan pernah kenal erti jemu untuk mendapatkan rezeki yang lain pula. Usaha dan doa. Kemudian tawakal. Technically speaking, mudah. Namun, hidup ini bukanlah segala-galanya berbentuk teknikal. Ingat, Allah itu wujud dan Dia Maha Kuasa!

Monday, December 13, 2010

Perasaan Ini Tidak Dapat Diungkap dengan Kata-kata


"Sebenarnya, sebelum berkahwin lagi Abang dah terfikir-fikir - macam mana la agaknya nanti kalau aku ada anak sendiri? Apa perasaannya?

Tapi itu fikiran pada masa tu la. Cuma terfikir-fikir macam tu. Takde la serius mana.

Masuk belajar degree pula, Abang belajar bab-bab kitar haid perempuan, macam mana perempuan mengandungkan bayi, kemudian melahirkan dalam subjek Physiology. Seronok belajar semua tu. Mungkin sebab memang Abang minat belajar biologi kot.

Tapi itu fikiran pada masa tu la. Cuma terfikir-fikir macam tu. Takde la serius mana. Kalau serius pun, untuk peperiksaan sahaja.

Lepas tu kita kahwin. 6 bulan takde hasil. Ini membuatkan Abang fikir betapa besarnya kuasa Allah tu. Dia nak jadi, jadi. Tak nak jadi, tak jadilah. Apa yang kita belajar dulu, tak semestinya menjadi sebijik-sebijik. Ada Kuasa yang menentukan. Yang kita belajar tu tak semuanya berlaku pada semua orang.

Rezeki masing-masing. Ada yang kahwin terus melekat. Kita pula kena tunggu 6 bulan, baru melekat. Takpe la. Sekurang-kurangnya Abang diberikan peluang merasai nikmat menunggu. Ya, menunggu juga ada nikmatnya dan Sayang faham akan maksud Abang kan?

Abang rasa Abang dulu kurang diterapkan la dengan input-input macam ni. Bahawa kuasa Allah tu lebih besar daripada segala-galanya. Abang ingatkan ia semudah itu. Tapi sebenarnya, tak...

Tapi sekarang, alhamdulillah kita dah sampai peringkat ini, Abang sangat-sangat bersyukur.

Dulu main fikir-fikir je. Dulu belajar dalam kelas je. Hujung semester, jawab exam, dapat gred. Sekarang, Abang ada peluang untuk mengamalkan apa yang Abang belajar dulu. Alhamdulillah Abang diberikan kesempatan untuk merasai saat ini.

Indah Sayang, indah.

Tak sabar-sabar Abang nak tunggu baby dalam perut ni membesar dan lahir dengan sihat. Dan kemudian Abang nak pegang dia - inilah anak aku.

Ya Allah Kau Maha Besar!

Insya Allah... Lagi 7 bulan ye Sayang. Abang tahu, Sayang kuat!"

Isteriku tidur dalam senyuman.

Wednesday, December 08, 2010

Tak Boleh Kepoh-kepoh Pasal Mengandung - Bahagian 2?

Seperti biasa, semua artikel yang kutulis akan dibawa masuk ke Facebook secara automatik. Artikel yang sebelum ini pun begitu. Lalu sengaja aku tag beberapa orang yang aku kenali untuk mendapatkan pandangan mereka. Tak kurang juga yang sudi berkongsi pandangan masing-masing.

Lihat di sini untuk komen-komen lanjut mereka.

Setelah mendapatkan komen-komen mereka, aku cernakan dan aku ulas pula:

Terima kasih atas semua komen. Dalam hal ini, saya percaya zaman berubah, jadi pendekatan menangani pelbagai perkara juga kena berubah, termasuklah bab pantang larang.

Jika dahulu tiada alat untuk mengesahkan kehamilan seawal bulan pertama, kini ada. Dan ketepatannya dikatakan 99%. Oleh sebab itu, wujud ketakpastian pada zaman dahulu jika seseorang isteri mengandung. Mereka perlu menunggu beberapa bulan hingga perut sudah memboyot untuk betul-betul pasti bahawa mereka mengandung. Maklumlah, ada sahaja wanita yang kitaran haidnya tidak tetap. Takpun, jumpa doktor untuk mengesahkan.

Tapi dalam konteks zaman sekarang, inovasi yang membantu mengesahkan kehamilan boleh sahaja dibeli di farmasi. Dengan beberapa kali ujian, jika akhirnya disahkan hamil, boleh lah pasangan suami isteri itu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memastikan bayi yang dikandungkan akan selamat dilahirkan.

Kita kena kembali kepada niat. Dalam hal ini, saya memasang niat untuk meminta doa daripada semua yang sudah maklum mengenai kehamilan isteri saya. Tiada niat yang tidak baik.

Jika isu seperti bayi takut tak survive, takut malu kalau gugur, tak tahu kekuatan diri dan sebagainya dibangkitkan, itulah antara perkara yang boleh "dipatahkan" dengan doa. Berdoalah yang baik-baik, insya Allah semuanya selamat. Si bakal ibu yang mengandung boleh mengambil langkah berjaga-jaga agar bayinya sihat di dalam kandungan, si bakal bapa boleh menjadi orang paling hampir untuk menjadi pembantu kepada isterinya sepanjang proses kehamilan, dan orang-orang lain yang mengetahui, apa yang boleh mereka lakukan?

Ya, mendoakan bakal ibu dan bakal bapa agar semuanya baik-baik belaka. Selain itu, boleh juga berkongsi-kongsi nasihat, petua, tips dan sebagainya yang berasaskan konteks zaman sekarang. Jika ada yang sudah tidak relevan, biarkan ia ditelan zaman. :)

Namun begitu, saya tidak membuat kenyataan bahawa kita perlu bersikap kurang ajar dengan orang-orang tua yang memaklumkan kepada kita pelbagai pantang larang, itu dan ini. Dengar, dan fikir. Jika ada yang sesuai dengan konteks zaman sekarang, amalkan. Jika tidak, ucapkan terima kasih dan senyum sahaja. Jaga hati mereka. :)

Tuesday, December 07, 2010

Tak Boleh Kepoh-kepoh Pasal Mengandung?

Rakanku menghantar mesej di Facebook:
wei aku nak share apa yang mak aku pesan kat aku psl pregnancy..terpk nak share dgn hg..

mak aku pesan kat aku jangan ceta kat org psl perkembangan baby atau mak baby selagi org tak tanya..biar depa tau sendiri..

klu nak ceta gak tunggu 3 4 5 6 bulan macam tu.

sorry wei klu aku tersilap kata..
=)
Lalu kubalas:
oh ye ke.. thanks for sharing. takde plak mak abah aku pesan macam tu. well.. masing2 la kan :)

thanks2 :D
Dia balas pula:
mak aku warga kuno sket wei..banyak pantang larang dia..hahaha...
Lalu aku jelaskan caraku:
Oh begitu... Semalam pas dapat mesej ko, aku ada refer kat mak aku jugak. Katanya betul la tu, tapi ikut orang la~

Aku bukannya apa. Niat aku cuma nak minta semua yang tahu tolong doakan kami agar semuanya baik2 belaka. Last time masa aku tak sangkut2 lagi dapat anak ni, pun aku kepoh2 gak minta diorang doakan. Sekang dah sangkut, pun masih mengharap doa daripada mereka. Itu antara cara aku shape the way I use my FB. Huhu..

Aku banyak tak tahu sebab dalam our immediate family, kitorang la yang pertama nak dapat anak, so tak pengalaman sangat. Kena banyak bertanya kepada orang ni.

Jika ada yang kurang senang, aku minta maaf banyak-banyak. Tapi inilah caraku. Tapi bukan bermakna aku tak telap teguran. :)

Thursday, November 25, 2010

Filem 2 Alam tidak SMART

Aku ingin membuat pengakuan: Aku menonton filem 2 Alam.

Aku rasa aku tak ingin menjelaskan lebih lanjut mengenai panggung wayang yang penuh memandangkan aku menonton pada hari Rabu, filem yang berjaya membuatkan aku bertanya banyak perkara selepas habis tayangannya, dan pelbagai lagi.

Namun, aku lebih suka menghuraikan bahawa aku optimis filem itu tidak akan berjaya mencapai sasaran kutipan RM40 juta. Jangan salah sangka, ini bukan doa.

Aku rasa kesilapan paling besar penerbit filem itu ialah kegagalannya mematuhi kriteria untuk meletakkan sasaran yang baik. Pernah dengar SMART?

S - Specific
M - Manageable
A - Attainable
R - Relevant
T - Time-bound

Spesifik? Memang sasaran RM40 juta itu berbunyi sangat spesifik dan itu membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya pada mulanya pasti akan terkejut.

Manageable? Tidak. Tidak pada filemnya, tidak pada penerbitnya yang lebih banyak menjual nama sendiri berbanding nama pelakon-pelakon filemnya, dan tidak pada komen-komen negatif yang dihamburkan yang bermula selepas tayangan filem 2 Alam kepada wartawan dan seterusnya ditayangkan kepada umum.

Oh. Lupa. Ada juga yang manageable - memadam komen-komen negatif yang diletakkan di halaman peminat di Facebook penerbitnya. Huhu..

Attainable? Selepas sudah masuk minggu kedua tayangannya, nampaknya tidak ada lagi pengumuman bahawa jumlah kutipan filem itu sudah melepasi mana-mana jumlah kutipan filem Skop Production mahupun Metrowealth. Tapi, yang berjaya dicapai ialah melabelkan penerbitannya sebagai yang tersohor walaupun filem itu adalah filem pertamanya. Retorik bukan?

Relevant? Anda pasti tahu jawapannya.

Time-bound. Rasanya jika pun filem ini ditayangkan selama beberapa tahun, ia masih sukar untuk mencapai jumlah kutipan RM40 juta. Rasanya tidak perlu tunggu beberapa tahun pun, kerana jika ada mana-mana stesen TV yang mahu membelinya, ia akan ditayangkan pada musim perayaan orang Muslim Malaysia tahun depan. Tapi, berapa ramai yang mahu menonton?

Jadi, aku rasa apa yang penerbit filem 2 Alam lakukan sangat-sangat tidak menepati konsep SMART dalam meletakkan sasaran.

Percayalah. Pasti ada penceramah motivasi yang akan menjadikan sasaran RM40 juta ini sebagai modal dalam sesi ceramah mereka pada masa akan datang.

Wednesday, November 24, 2010

Kuasa Sentuhan Tangan Isteri


Hujung minggu itu, aku, isteri dan adik kandungku pulang ke kampung bersama-sama. Aku mengambilnya dari asrama sekolahnya.

Ketika itu, sambungan internet baru sahaja dipasang di rumah. Kebetulan aku bawa pulang komputer ribaku untuk aku lakukan kerja sambilanku di kampung.

Memandangkan adikku lebih mahir dalam hal-hal yang melibatkan teknologi, lalu kuminta dia letakkan tetapan internet tanpa wayar pada komputerku sementara aku keluar membawa isteri keluar membeli barang.

Sejurus aku pulang semula ke rumah, aku dapati tetapan internet tanpa wayarku berjaya disambungkan. Tetapi aku berasa pelik kerana ikon pelayar internet kegemaranku - Google Chrome pula hilang. Lalu aku tanyakan kepada adikku akan hal itu, dengan nada yang sedikit meninggi.

"Apa yang kau usik ni?" tanyaku kepada adikku. Lalu dia menunjukkan beberapa bahagian dalam komputerku yang disentuhnya.

"Kan Abang Zaki minta letakkan tetapan internet sahaja. Janganlah usik benda lain," marahku.

Entah, mungkin kerana terlalu banyak tetapan yang telah aku letakkan dalam pelayar tersebut membuatkan aku berasa ralat akan kehilangannya kerana aku terpaksa memasangnya semula. Jadi kerja pula jika perlu memasangnya semula.

Isteriku perasan akan perubahan riak wajahku. Jika waktu keluar tadi aku gembira, tetapi terus berubah sejurus pulang dan melihat komputerku.

Terus aku mengajak isteriku masuk ke bilik. Aku mahu menenangkan hatiku. Takut pula jika anginku makin naik, entah apa pula yang akan berlaku.

Di dalam bilik, isteriku menyentuh tanganku. Lalu ujarnya dengan lembut, "Abang, tak elok marah-marah dia macam tu. Google Chrome sahaja pun."

Tersentak aku. Ada benarnya apa yang dikatakannya itu. Mudah benar aku hilang pertimbangan hanya kerana pelayar internet. "Nanti pasanglah semula," sambungnya.

Terus reda kemarahanku.

Rupa-rupanya dia belum habis lagi berkata-kata, "Tak elok Abang marah adik Abang macam itu di depan Sayang. Jatuh air mukanya."

Tersentak lagi aku. Kali ini lebih besar hujahnya. Air muka, ya air muka. Ah, kini air mukaku pula yang berubah kerana rasa bersalah menyelubungi diri.

Sambungnya lagi, "Abang kandung Sayang pun sebenarnya selalu marah Sayang, tapi dia tak buat depan Abang."

Ah, rasanya seperti dihenyak-henyak hatiku dengan rasa bersalah - rasa bersalah dengan adikku sendiri kerana memarahinya.

Oh isteri, sungguh bijak kau menasihatiku. Kau memberi nasihat dan kau juga menjaga air mukaku. Bukannya di depan orang lain.

Terima kasih Sayang.



Masih ingat bagaimana Kayla menggunakan kuasanya? Ya, melalui sentuhan.

Friday, November 19, 2010

Berkenalan

Adik-adik sekalian, jangan buang masa add orang yang tak dikenali di Facebook ketika cuti akhir tahun ni ye. Baik gunakan masa untuk belajar. Cover balik apa-apa yang tak faham sepanjang tahun ni. *baru sahaja menasihat seorang adik lepasan PMR yang tak kenal aku tapi nak add aku.

Aku masih ingat ketika aku masih di sekolah rendah, aku ada bercampur gaul dengan orang-orang yang lebih tua daripadaku. Umur mereka lebih kurang umur orang lepasan SPM, aku istilahkan mereka sebagai orang muda. Maklumlah, aku banyak meluangkan masa di kedai mak aku, jadi aku banyak bergaul dengan banyak orang daripada pelbagai latar belakang.

Salah satu aktiviti yang mereka lakukan ialah bersembang mengenai majalah hiburan. Ya, mereka lelaki dan mereka bersembang mengenai majalah hiburan. Bahagian yang paling diminati ialah bahagian yang terkandung mengenai "Rakan Majalah X" dan yang sepertinya. Di situ, bagi sesiapa yang berminat untuk menghantarkan maklumat mengenai diri mereka atas landasan ingin berkenalan antara satu sama lain boleh menjadikan majalah tersebut sebagai "orang tengah".

Jadi, di situ aku lihat ada yang menghantar gambar dalam pelbagai gaya dan rupa, dengan madah pujangga yang indah dan sebagainya. Ada pula ruang untuk mereka letakkan sedikit sebanyak biografi diri mereka. Aku tertarik dengan satu butiran, iaitu hobi. Mesti ada yang menulis, hobi: berkenalan.

Korang ada pengalaman seperti ini tak? Mesti ada kan?

Aku tak pasti bagaimana keadaannya kini kerana aku dah lama tak menyelak majalah ataupun tabloid hiburan. Tapi aku rasa, jika ada pun ruang seperti itu di majalah, ia seperti sudah ketinggalan zaman.

Iyalah, dengan adanya internet, segalanya mudah. Cipta akaun emel, kemudian daftarkan diri di Facebook ataupun yang sepertinya, dan carilah rakan untuk berkenalan. Tidak seperti dahulu, mereka perlu membeli majalah, kemudian menulis di ruang yang disediakan dan dikerat sebelum diposkan. Kemudian perlu tunggu sehingga berbulan-bulan. Itupun jika bernasib baik dipilih oleh editor.

Namun, dengan kemudahan internet dan laman jaringan sosial yang ada, makin mudah juga untuk sesiapapun menambah sesiapa sahaja yang mereka mahu di internet sebagai rakan.

Sebenarnya, semua tulisan di atas hanyalah ayat-ayat pengenalan. Apa yang aku ingin sampaikan dalam entri kali ini adalah berkenaan hal ini:

Aku rasa kebanyakan orang yang baru membuka akaun Facebook dan budak-budak sekolah terlalu teruja untuk menambah jumlah rakan di Facebook hingga sanggup menambah sesiapa sahaja yang mereka mahu tanpa ada sebab yang kukuh.

Realitinya, adakah anda pergi ke mana-mana dan berjumpa dengan sesiapa secara tiba-tiba dan memintanya menjadi rakan anda? Apatah lagi jika anda menghampiri orang tersebut tanpa memperkenalkan diri anda terlebih dahulu, dengan harapan dia akan terus menerima anda sebagai rakan.

Aku rasa sebab itulah rakyat Malaysia dicatatkan sebagai pengguna Facebook dengan rakan yang paling ramai di dunia pada kadar purata 233 orang rakan. Sumber di sini. Ia tidak lain dan tidak bukan kerana ada dalam kalangan mereka yang menambah rakan atas dasar "main tekan-tekan jew".

Ok. Aku ada masalah dengan orang yang suka menambah-nambah huruf W dalam ayat mereka. Seolah-olah menghalalkan kesilapan mereka menaip. Seolah-olah ada huruf baharu antara kekunci E dan W.

Berbalik kepada topik, aku mahu nasihatkan kepada semua yang membaca agar menetapkan sasaran yang khusus dan jelas jika mahu menambah sesiapa sahaja di Facebook sebagai rakan. Pastikan niatnya betul dan baik. Jika hanya atas alasan "main tekan-tekan jew", aku rasa baik korang tolong mak korang kat dapur. Lagi elok.

Titik.

Jadi apa kaitannya antara perenggan-perenggan pengenalan dengan isi sebenar entri ini?

Korang rasa?

Thursday, November 18, 2010

Menulis Event di Facebook


Aku lihat beberapa orang rakan aku yang akan ataupun yang sudah mengadakan majlis perkahwinan dan majlis-majlis lain mengambil inisiatif menulis event mereka di Facebook untuk menjemput rakan-rakan. Ada yang memberikan maklumat lengkap seperti alamat, tarikh dan masa. Tidak kurang juga yang meletakkan peta dan maklumat GPS agar memudahkan perjalanan tetamu.

Namun, tidak kurang juga yang tidak memberikan maklumat lengkap kepada tetamu yang dijemput melalui Facebook. Berikut antara kesilapan yang biasa dilakukan:

1. Meletakkan tajuk yang tidak spesifik.
Tajuk seperti "Jemputan ke Majlis Perkahwinan" terlalu umum sehingga ia sukar dibezakan dengan jemputan lain, khususnya majlis yang dilangsungkan ketika "tengah musim". Sepatutnya, letakkan tajuk yang spesifik seperti " Jemputan ke Majlis Perkahwinan Amer dan Zura". Bagi rakan-rakan rapat mereka pasti akan terus dapat mengecam majlis tersebut dan seterusnya memudahkan langkah dan hati mereka untuk hadir ke majlis tersebut.

2. Tidak menyatakan waktu tamat majlis.
Khususnya bagi majlis yang menggunakan khidmat katering, sudah pasti akan menimbulkan masalah kepada tetamu kerana mereka tidak tahu waktu tamat majlis lantas boleh menyebabkan mereka hadir ke majlis dengan tembolok yang kosong dan pulang dengan tembolok yang kosong juga.

3. Tidak memberikan alamat mahupun alamat lengkap.
Mungkin ada yang malas untuk menaip semula alamat tempat mereka melangsungkan majlis, atau mungkin mereka cuma bergantung harap kepada tetamu untuk mengerah lebih tenaga dan masa untuk bertanya. Apapun, bukankah lebih bagus sekiranya maklumat seperti ini disiarkan terus pada event? Jika mahu merahsiakan event tersebut, tetapkan sahaja ia sebagai majlis tertutup yang hanya orang yang dijemput sahaja yang boleh mendapat akses kepada event tersebut.

4. Meletak gambar kad tetapi imejnya tidak jelas.
Apa guna meletakkan imej kad jemputan sekiranya maklumat yang dipaparkan tidak jelas dan tidak dapat dibaca? Adakah hanya untuk menayang dan menunjuk-nunjuk bahawa kad yang dihasilkan cantik dan mahal? Tidak ada keperluan untuk berbuat demikian sekiranya maklumat yang terkandung di dalam kad boleh dituliskan terus di ruang yang disediakan oleh Facebook. Penulis event perlu meletakkan niat yang betul lagi khusus bagi segala imej yang diletakkan yang berkaitan dengan event yang dianjurkan.

Apa-apapun, jika menulis event di Facebook, penulisnya perlu jelas dengan niat dan tujuan asal dia berbuat demikian. Jika untuk menjemput tetamu, maka dia perlu memberikan maklumat yang cukup kepada tetamu agar mudah mereka mengatur jadual perjalanan mereka. Jika sekadar ingin menguar-uarkan majlis perkahwinan tanpa menjemput mereka, tak perlu tulis event. Letak sahaja status update. Takpun tukar sahaja relationship status kepada Married.

Tuesday, November 16, 2010

Dear Mrs. H Part II

I sent her SMS asking to read my blog. Then she replied to me:
Hi Zaki. Read your blog, and appreciate how you feel. Obviously nothing made sense to you and that's fine. Anyway, just to clarify I have no intention to force you into anything nor to change your mind as it's not going to benefit anyone. Can I send you my address to return the CDs? Don't know whether you managed to go through them as that would have clarified a few things as well. Anyway, it's OK if you mention the program or the business anywhere because it's operating in many countries legally and we are all operating legally with registered businesses so there is nothing to hide. Don't worry. And by the way, I did not get your number from a stranger but you advertised on a freelance website. Anyway, I apologize if you felt that way. Thanks anyway. -H.

Well, a lot of things there, but I'd like to comment on this particular thing: What's legal to the country doesn't necessarily mean it's legal to the syariah.

Let me list these down:
  1. She didn't tell me earlier that it's actually **w** program. She just said there's going to be a special project and Powerpoint presentation.
  2. When my wife asked her if it's an MLM program before the presentation started, she didn't admit but through our knowledge and research, it's MLM! Why didn't she say "Yes" in the first hand? Doesn't that mean she is hiding something?
  3. Again, I'd like to stress that the type of business wasn't clear and we need to pay to go to the seminar without actually knowing what we are paying for. In fact, I was not told that I need to pay!
  4. Through our conversation after the presentation, she gave us no way to say NO to her offer. A good business deal is to give the customer choice whether to take it or not. But, obviously, she gave us no way to reject her offer and that's what made us felt like being forced. It's our perspective that matters more since we are to be the payees. Fortunately, we've been through many experiences that have made us strong with our decision.
Lastly Mrs. H, you asked us to do research on the program, and this is our conclusion - we don't like your type of MLM.

Please take all these in an inoffensive way because we don't mean to offend you.

Thanks.

Monday, November 15, 2010

Dear Mrs. H

Thanks for inviting me to the nice building. I really thought that we were to discuss on the freelance job that I'm doing. When asked how exactly you found my number, you said you were not sure and you thought I was from IT background. For your information, I don't usually give my phone number to strangers. This is where I started to find there was something wrong.

Then, I, who was accompanied by my wife decided to stay to listen to the presentation, just not to offend you. It started with telling everything that is good and luxurious, with the happiness of the family and life, and everything as if it's the ultimate answer for a better life. I don't care who the presenter was because I didn't know him thus he has no value to me other than he is just another human, even if he's allegedly here again in Malaysia after 11 years. And, I found his presentation was just ordinary although the rest of the people who came to the stage praised him like he had made a very great presentation. No, I know my judgment. I've been to many presentations. I fell asleep.

After the presentation, you brought me to see a woman who is allegedly successful in the business. When asked what type of business she does, she answered "you join us first and come to our seminar and we will tell you and you won't regret it". In order to come to the seminar, I have to pay RM150 while I don't exactly know what I'm paying for. Do you go the restaurant and pay at the counter before you actually order the meal that you want to eat?

Not only that, when I have made my mind not to come to the seminar, you said everything that would make me change my mind, and my wife's mind. Hey, stop being like a god saying like I will not be happy with my married life if I don't join your program. In fact, I'll not be happy if I have to do like what you did - forcing people to pay for something that they don't know.

Maybe you approached the wrong person. I am not the type of person who can be easily influenced with money and uncertain happiness. It's already good that I don't mention your name and your program so don't call me anymore.

Since you didn't give me your "business" card, so I think this is the best way to inform you my decision. It's a NO from me. I know, if you call me, you will say everything possible to make me change my mind but hey, here I tell you, I stick with my decision. Do not force me.

Thanks.

Friday, November 12, 2010

Panduan: Hadiah untuk Pengantin

Tak lama lagi dah nak masuk musim cuti sekolah. Apabila masuk musim ini, ramai yang akan mengadakan majlis perkahwinan, jadi ramai juga yang dijemput memeriahkan majlis.

Mesti ramai yang berkira-kira untuk membeli dan memberi hadiah kepada pengantin. Aku tak pelik kalau ada yang pening mahupun tak tahu nak hadiahkan apa kepada pengantin.

Aku sebagai orang yang sudah kahwin, dan sebagai orang yang sudah menjadi tetamu dalam banyak majlis perkahwinan ada pandangan aku sendiri dalam hal membeli dan memberi hadiah kepada pengantin ni.

Aku tulis ini, bukannya bermaksud aku tak hargai hadiah yang orang berikan kepada aku dan isteri, tetapi aku suka nak nasihatkan kepada pembaca hadiah yang paling ideal untuk dimanfaatkan oleh pengantin.

Paling mudah, tanya sendiri kepada pengantin, apa yang mereka hendak. Mungkin ini tidak digemari bagi mereka yang hendak melakukan kejutan kepada pengantin, namun percayalah, kadang kala yang kejutan itulah yang tidak akan dimanfaatkan oleh penerima. Ia sekadar menjadi perhiasan, ataupun menyemakkan ruang di dalam rumah mereka. Paling teruk, mereka jadikan hadiah untuk mereka sebagai hadiah untuk orang lain. Recycle.

Cadar
Percayalah, pada awal-awal perkahwinan, memang pengantin baru akan kerap menukar cadar katil. Cukup di situ. Tak perlu huraikan lebih lanjut kenapa. Cumanya, cadar agak mahal kalau nak beli seorang-seorang, jadi berkongsilah duit sesama kawan yang akan hadir ke majlis tu dan hadiah satu cadar atas beberapa nama.

Tuala
Mungkin yang ini lebih murah kalau nak dibeli seorang. Memang pengantin akan manfaatkan. Kalau tuala, tidak perlu risau tentang saiz, warna ataupun jenama jika dibandingkan dengan menghadiahkan mereka pakaian. Asalkan tuala itu menyerap air dengan baik, insya Allah pengantin baru akan manfaatkan.

Hamper makanan
Takpun coklat yang mahal sedikit. Kalau makanan sebegini, insya Allah pengantin akan makan dan manfaatkan. Susah nak tengok hamper menjadi perhiasan di rumah pengantin baharu.

Wang tunai
Paling mudah, kalau tak nak susah-susah pergi ke kedai mahupun pusat membeli belah untuk membeli hadiah, hadiahkan sahaja wang tunai. Lebih mudah untuk mereka tentukan apa yang mereka mahu beli dengan wang tunai tersebut. Cuma mungkin hadiah seperti ini tidak boleh dikenang, tapi fikirkan juga, hadiah dalam bentuk barangan tu, mereka akan manfaatkan ke? Mereka boleh ingat ke siapa yang hadiahkan? Lagilah kalau mereka dapat banyak sangat hadiah.

Aku nak nasihatkan juga kepada orang-orang yang nak berikan hadiah ini, khususnya yang baru berkahwin. Elakkan daripada memberikan hadiah seperti jag air, set gelas, set pinggan mangkuk dan yang sepertinya. Mudah sahaja pengantin membuat kesimpulan, "ini hadiah recycle ni~". Lagipun, hadiah-hadiah seperti ini yang biasanya akan berterusan menjadi simpanan khazanah di dalam almari, ataupun di dalam stor.

Bukannya apa, sebab ramai sangat yang hadiahkan benda-benda yang lebih kurang sama. Nak gunakan, bukannya selalu. Kalau guna pun, buka dan guna satu hadiah sahaja dan digunakan berulang-ulang kali. Selebihnya, disimpan atau dihadiahkan kepada orang lain dan kemudian kepada orang lain kemudian orang lain sehingga rupa kotaknya dah buruk sangat.

Bagi hadiah yang berbentuk elektronik yang biasanya memiliki waranti seperti kipas meja, lampu meja dan seterika, pengantin boleh membuat andaian sama ada hadiah tersebut hadiah baharu ataupun hadiah recycle. Kalau hadiah baharu, di dalam kotak hadiah mesti disertakan surat atau kad waranti. Kalau tidak ada, ha... Mungkin hadiah recycle.

Apa-apahal pun, aku lebih suka dengan idea bertanya kepada pengantin apa yang mereka perlukan. Kepada bakal pengantin pula, jika ada rakan yang bertanya bentuk hadiah yang boleh mereka hadiahkan kepada korang, inilah masanya untuk meminta! Jawapan skema:
"Isk. Seganlah. Bagi je la apa-apa. Tapi kalau dapat Blackberry Torch, ok juga."

:P

Thursday, November 11, 2010

Foto By Razali: Wedding Photography Giveaway Contest


Foto By Razali – http://blog.mohdrazali.com

Razali,

Kau mungkin tak mengenali aku, tapi sebenarnya aku sudah lama memerhatikan kau... kerja. Hehe...

Bermula ketika aku melihat kau melakukan kerja fotografi di sebuah majlis persandingan di Batu Pahat, aku sudah nampak akan kredibiliti kau sebagai seorang jurugambar yang profesional. Aku nampak kau ada aura itu yang membuatkan sesiapa yang wajahnya tertancap pada lensa kamera kau bersedia malah patuh pada permintaan kau untuk memori mereka diabadikan dalam bentuk foto.

Kemudian aku terjumpa kau lagi dalam sebuah majlis pernikahan di Muar. Aku perhatikan juga kau dengan khusyuk melakukan kerja kau dengan penuh berdedikasi dan amanah. Arahan kau kepada manusia-manusia di depan lensa kamera kau jelas dan mudah difahami, jadi mudah sahaja mereka mengukirkan senyuman dan membuat gaya.

Aku perhatikan juga, tidak kira sebanyak mana pun peluh jantan kau mengalir ketika kau sedang bekerja, senyuman tetap terukir di bibir. Bukan mudah untuk mengekalkan mood begitu. Aku faham, kalau kau monyok, nanti pengantin pun akan monyok sekali. Kalau kau nak tahu, aku dan isteri pernah terkena dengan jurugambar lain ketika majlis kami di Muar. Sebab tu aku sangat mengagumi senyuman kau ketika bekerja.

Mungkin sudut pandangku berbeza daripada yang lain, kerana aku memerhatikan kau dari sudut yang berbeza - sebagai seorang tetamu majlis. Kemudian aku perhatikan pula hasil kerja kau dalam Facebook mereka - mata aku tidak jemu memandang hasil kerja kau. Ada pula timbul rasa menyesal kerana tidak mengenali kau sedari awal. Jika tidak pasti gambar majlis persandingan kami di Muar cantik-cantik adanya. Tidak mengapalah, Allah Maha Mengetahui.

Razali,

Aku memilih gambar di atas kerana dua sebab.

Satu: Sudah pasti kerana ia cantik. Aku tak perlu pening-pening dan membuang masa memilih gambar yang konon-kononnya paling cantik, kerana semuanya cantik. Jika ada pun yang dikatakan kurang cantik, sedikit cantik, agak cantik, paling cantik, the ultimate cantik, semua itu adalah tafsiran individu. Cukuplah jika aku sekadar mengatakan bahawa kerja kau bagus, dan hasil kerja kau cantik seperti dalam gambar di atas. Tidak kiralah jika gambar itu disunting dengan apa-apa jenis perisian menyunting gambar pun, mahupun jika tidak disunting langsung, jika hasilnya yang dipertontonkan kepada umum cantik, cantiklah ia.

Dua: Kerana ia tidak mendedahkan aurat pengantin. Maaf jika ada yang tersinggung, tapi kan bagus jika semua pengantin yang beragama Islam menutup aurat ketika mereka bersanding. Tuntutan agama, bukan? Jika ketika bernikah boleh mengikut cara Islam, mengapa pula apabila bersanding tidak ikut? Tapi aku tahu Razali, itu di luar bidang tugas kau. Cuma aku mahu selitkan sedikit nasihat (atau lebih tepat lagi: tazkirah) di sini. Jadi, tidaklah semata-mata aku tulis entri ini untuk menang.

Razali,

Kalaulah aku dipilih sebagai pemenang, aku berdoa rezeki kau akan melimpah ruah selepas ini. Kalau kau nak tahu, jurugambar perkahwinan kami yang lepas mendapat beberapa pelanggan melalui aku selepas mereka lihat hasil kerjanya yang mantap. Aku tidak berniat membandingbezakan antara kau dan dia kerana masing-masing ada kelebihan masing-masing, namun yang ingin aku nyatakan ialah jaringan hubungan aku boleh dikatakan besar. Sebagai contoh, lihat sahaja jumlah rakanku di Facebook. Andai kata aku memenangi peraduan ini dan kau mengambil gambar majlis yang ingin aku adakan kelak, pasti hal yang sama boleh berlaku kepada kau, insya Allah.

"Majlis yang ingin aku adakan?" Nanti kita bincang ya. Tak elok kepoh-kepoh perkara yang belum pasti.

:)

Monday, November 08, 2010

Wahai Si Bujang, Ini Doa Kami

Dalam sebuah majlis perkahwinan rakanku, aku berjumpa dengan seorang rakanku yang lain. Dia masih bujang. Seperti biasa, isteriku setia menemankan.

Kami tidak duduk semeja dengan rakanku itu. Namun kami sempat bertegur sapa dan bersalaman sebelum aku dan isteri bingkas ke kawasan bufet untuk mendapatkan ayam golek yang nampak menyelerakan.

Dalam khayal kami melayan selera, tidak sedar pula dia mahu meninggalkan majlis lebih awal daripada kami. Tak sempat mahu berbual panjang.

Dia hulurkan tangannya, mahu bersalaman sebelum berpisah. Lalu kusambut salamnya dengan senyuman terukir di bibir. Sempat aku tanyakan kepadanya, "Kau bila pula?"

Mungkin dia faham akan maksudku, dia menjawab, "Insya Allah..."

"...lama lagi!" Lambat dia menyambung ayatnya sebelum dinoktahkan dengan sengihan sinis.

Aku faham akan maksudnya, lalu kubalas dengan tawa.

Dia menyambung, "Lepak dulu. Rumah takde lagi. Harta takde lagi. Kumpul dulu..."

"Baiklah," kujawab ringkas. Lalu dia meninggalkan majlis, berseorangan.

"Sayang," kubuka bicara dengan isteriku. "Lawak pula dia tu, kan? Tapi mendalam maksudnya. Kita yang dah kahwin, kita doakanlah kawan-kawan kita yang masih bujang supaya cepat-cepat diorang kahwin. Kita yang dah kahwin ni, kalau tak reti bersyukur, tak tahu lah."

Moga Allah permudah cara dan jalan rakan-rakanku yang masih bujang untuk berpasangan. Amin...

Thursday, November 04, 2010

Kahwin: Kenali Ibu Bapa Kalian


Aku perhatikan dalam kalangan rakan-rakan aku di Facebook kerap berkongsi artikel-artikel yang berkaitan dengan perkahwinan. Adakah tandanya aku perlu bersedia untuk jemputan akan datang yang akan datang selepuk?

Kebanyakan yang berkongsi itu pula kebanyakannya yang masih bujang, sama ada baru sahaja tamat pengajian mahupun yang masih menuntut. Bagus, maknanya mereka peka dan menjalankan sedikit penyelidikan sebelum mereka insya Allah akan melangkah ke gerbang perkahwinan.

Aku juga sebelum berkahwin mengambil masa untuk menambah ilmu pengetahuan dalam hal-hal berkaitan perkahwinan sebelum aku membuat keputusan nekad berkahwin dengan pilihan hati sejak berumur 18 tahun. Bukannya apa, aku cuma mahu memastikan aku sentiasa berada di lorong yang betul dalam aku mengatur langkahku ke destinasi cinta.

Bermacam-macam artikel yang kubaca. Termasuklah prosedur perkahwinan, tanggungjawab suami dan isteri, hak suami dan isteri, dan bermacam-macam lagi. Bukannya dahulu ketika di UIA tidak pernah belajar, malah semua pelajar UIA dikehendaki mengambil subjek Keibubapaan (Parenting) ketika berada dalam tahun kedua pengajian. Namun, sebenarnya apa yang dipelajari dulu tu, tidak cukup. Oleh sebab itu aku terus dahagakan ilmu dalam hal berkenaan yang aku dapatkan daripada pelbagai sumber - buku dan internet.

Namun, persoalannya, mampukah kita untuk mengamalkan apa-apa yang kita baca tu?

Antara yang aku tertarik ialah artikel mengenai saranan supaya kita jangan takut kahwin awal, dalam laman sesawang ILuvIslam. Bagus, aku tidak banyak komen mengenai isi artikel itu. Malah aku puji ayah kepada penulis itu kerana membenarkan anaknya berkahwin pada usia muda.

Masalahnya, bagaimana pula dengan ibu bapa lain, adakah sama dengan ayah penulis itu? Jika tidak kerana pernah kecewa, adakah ayahnya akan membuat tindakan yang sama? Aku tak pasti.

Tetapi apa yang cuba suka nak nyatakan ialah, kenali dahulu ibu bapa kalian sebelum kalian sendiri membuat keputusan untuk berkahwin awal. Adakah mereka akan membenarkan anaknya berkahwin awal?

Ada ibu bapa yang begitu merencana perjalanan hidup anak-anaknya. Sudah pasti kalian pernah dengar cerita mengenai ibu bapa yang terlalu inginkan anaknya belajar jurusan tertentu di universiti walhal anaknya tidak berminat? Samalah halnya di sini. Mungkin ibu bapa ada rencana dalam hal perkahwinan anak mereka juga.

Itu baru satu hal mengenai sama ada mahu berkahwin awal ataupun tidak. Belum masuk lagi hal mengenai persediaan dan kemeriahan majlis perkahwinan. Berbalik kepada artikel mengenai berkahwin awal tadi, sungguh bagus ayah penulis artikel itu kerana sudi menerima menantu "dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis." Tidak, aku tidak sinis di sini. Aku betul-betul puji. Tanda pembuka dan penutup kata itu bermaksud aku memetik daripada artikel tersebut. Maklumlah, Eksekutif Penyelidikan di Yayasan Ilmuwan :P

Namun, bukannya semua ibu bapa begitu. Aku sendiri yang sudah melalui proses peralihan daripada bujang kemudian menjadi suami orang ini rasa bukanlah semudah itu untuk memujuk ibu bapa menjadi seperti itu. Benar, dalam aku menyiapkan diriku ke alam perkahwinan, aku tidaklah mengharap sangat majlis yang meriah-meriah, namun apa yang berlaku dalam majlis perkahwinan aku yang lepas, lebih kepada memenuhi permintaan ibu bapaku, dan saudara-mara juga.

Tidak, aku tidak bermaksud mengatakan aku tidak suka dengan apa yang telah dilalui pada 1 Mei 2010 (tarikh nikah) serta 6 dan 13 Jun 2010 (tarikh majlis) lepas. Malah aku sangat bersyukur atas semua yang telah aku lalui.

Cuma aku ingin nasihatkan kepada kalian, jika kalian ada apa-apa pendirian mengenai impian perkahwinan dan impian majlis perkahwinan kalian, berbincanglah elok-elok dengan ibu bapa kalian. Jangan sampai hubungan antara ibu bapa dan anak menjadi renggang hanya kerana perbezaan pendapat dan impian dalam hal ini. Jika ada apa-apa yang menjadi rujukan kalian dalam menetapkan pendirian, kongsikanlah dengan ibu bapa kalian. Fahamkan mereka.

Bersedialah untuk bertolak ansur dengan ibu bapa kalian. Jangan sesekali membelakangkan mereka, malah jangan sesekali menyakiti hati mereka ketika berbincang mengenai hal perkahwinan kalian. Sekiranya kalian berat dengan pandangan untuk mengadakan majlis secara sederhana dan ringkas, jelaskan kepada mereka impian kalian itu. Mungkin "sederhana dan ringkas" kalian lain definisinya dengan "sederhana dan ringkas" sebagaimana yang difahami oleh ibu bapa kalian.

Ingat, ibu bapa kalian juga punya impian. Mungkin mereka gembira melihat ramai orang datang dan menikmati juadah dalam majlis perkahwinan kalian. Mungkin mereka suka menjalankan ibadah dengan cara memberi orang lain makan. Maklumlah, anak kahwin. Bukan selalu. Apa kata kongsikan kegembiraan dengan memberikan tetamu juadah yang enak-enak. Ada juga yang menjadikan majlis perkahwinan anak mereka sebagai medan pertemuan dengan saudara-mara dan rakan-rakan lama. Untuk itu, aku rasa jika ada kemampuan mereka untuk membantu anaknya yang berkahwin dari segi kewangan, seharusnya kita sokong impian mereka. Jemputlah tetamu seramai mungkin. Biar mereka mendoakan kesejahteraan hubungan kalian suami isteri.

Ringkasnya, selagi impian dan permintaan ibu bapa kalian tidak bercanggah dengan Islam, turutkan sahaja. Jangan kerana impian kalian untuk "berkahwin dengan mudah" ataupun berkahwin awal, kalian lupakan restu ibu bapa. Ingat, jangan sampai secuit pun wujud rasa tak redha dalam hati mereka.

Wednesday, October 27, 2010

Isteri, bukan Mary

Mungkin ramai yang sudah maklum aku mengahwini rakan sekuliyahku. Kami sama-sama mula mengenali sejak matrikulasi UIA. Maknanya, kami sebaya.

Justeru, kami mempunyai rakan sekenalan yang ramai. Ambil sahaja contoh di Facebook, rakan sepunya (mutual friends) kami seramai 468 orang. Kebanyakannya rakan dan sahabat di UIA, junior dan senior, dan ada juga rakan sekampung dan sepupu sepapat kami yang mula mengangkatnya sebagai kawan sesudah kami mengesahkan hubungan kami.

Jadi, kerap kali aku diminta untuk menyampaikan salam kepada isteriku apabila aku berhubung dengan rakan-rakanku, yang juga rakan-rakannya. Apabila bertanya mengenai perkembangan masing-masing, sudah pasti antara topik yang paling popular adalah mengenai aku dan isteri.

Namun, dalam kebanyakan hal, aku akan cuba untuk menggantikan nama isteriku dengan istilah "isteri" apabila berbicara dengan mereka. Bukannya Mary. Walaupun mereka tahu apabila aku berkata mengenai isteriku, itulah Mary.

Bukannya apa, aku rasa aku lebih selesa begitu kerana untuk mengingatkan diriku bahawa aku sudah beristeri dan tidak bujang lagi. Bukan pula bermaksud aku mudah lupa akan status diriku, tetapi aku hanya mahu memastikan bahawa aku sentiasa mengingatkan diri sendiri akan tanggungjawab yang aku pegang sebagai suami.

Malah padaku, dengan menggelarnya sebagai "isteri" dan bukan Mary apabila berbicara dengan orang lain seolah-olah meletakkan darjat isteriku ke tahap yang tinggi. Dia bukan lagi sekadar ehem-ehem yang geli-geli itu, tetapi isteriku yang sah.

Sekadar nota ringkas. :)

Friday, October 22, 2010

Article in Bernama and On Air Again

Career wise, currently, I'm not so busy although I thought I'll be busy this month with so much things. That's why I can allocate my time and energy for other things including my Szakif's Pie business, tuition class, and the freelance editing and translating services.

I have got my second translation job with the Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) and this time it's a creative writing. So, the challenge to translate the material is different from the first job I did, which was a physics book. Anyway, I'm done with the translation. It just needs a little more time on editing then I'll submit it to ITNM hoping that the book will be published for Malaysians' benefit.

Back to the topic, last week I did a translation job for a campaign and it was submitted to and published by Bernama. The original article was written by my officemate and it was about the Organ Donation Awareness Campaign. Yayasan Ilmuwan is one of the organisations involved in the campaign.

Other than that, for the sixth time (I think. Lost the counting already) I was on air in IKIM.fm and again it's about Organ Donation Awareness Campaign. It was the first time I went on air live!

I planned not to make it too ordinary where the speaker talks about the benefits of donating organ and so on so forth. But what I planned was to share with the listeners about the anatomy and physiology of the organs that can be donated so that they would appreciate their organs and would like to donate once they pass away.

However, there were some problems that caused me to be on air for about 12 minutes only rather than the scheduled 30 minutes. I thus had to talk fast and cut the points short than what I had in my script. That's the problem when it's a live show. Never mind. I hope to get a chance again to talk about it since I have prepared the materials properly.

A bit of my personal married life, after 5 months being a husband, I think I appreciate the weekends more since life is no more the same like when I was single where I basically didn't really appreciate the weekends as I do now. During the weekends I can spend the time with my family including my parents and my wife and do some other personal stuffs. During the weekdays, only Allah knows how tired I'll be when I reached home until I feel like I have sinned for not sparing a quality time with my wife. When it's weekend, it's time for my parents and that's why I say weekends are more meaningful for more now.

Wednesday, October 13, 2010

Di Belakang Tabir Hingga Hujung Nyawa

Lewat petang itu, aku dan isteri dalam perjalanan pulang ke Muar. Atau lebih tepat, kami tidak singgah di Muar dulu pun. Lajak sedikit ke Batu Pahat dari arah KL.

Bayangkan sejurus pulang daripada kerja seharian, aku ambil isteri di rumah kemudian terus pulang ke Johor. Gila.

Penat? Ya dan tidak.

Ya, kerana memang tubuh aku penat.

Tidak, kerana mental aku masih bertenaga. Apatah lagi apabila isteri di sisi.

Yang penting mental. Sebab mental yang mengawal tubuh.

Dalam sisa kekuatan yang ada, aku teruskan memandu menghala ke selatan. Sungguh, tak terasa penat sangat apabila sepanjang masa, pelbagai perkara aku borakkan, dan mungkin juga luahkan kepada isteri - hanya untuk memastikan aku terus kuat memandu.

Sehinggalah aku rasa kami sudah kehabisan topik. Radio yang menjadi latar belakang bunyi pula semakin surut bunyinya dek kelainan frekuensi. Makin lama, makin teruk bunyinya. Entahkan bunyi apa pun, aku tak tahu.

Dan itulah masa yang tepat untuk memasang cakera padat! Laju sahaja tangan isteriku menekan butang untuk memainkan cakera padat Maher Zain yang baru dibeli. Dan selaju itu juga dia terus memilih lagu For the Rest of My Life.

Memang kami meminati lagu ini. Isteri lagilah, lagi-lagi jika aku yang nyanyikan. *perasan*

Tiba-tiba timbul idea - mengapa tidak aku nyanyikan lagu itu dalam versi bahasa Melayu pula? Saat itu juga, setiap sel saraf dalam otakku mula aktif mencari kosa kata yang sesuai untuk menterjemah setaip bait lirik dalam lagu itu.

Bermula dengan bahagian korus kerana bahagian itu paling berhantu, aku mula menyanyikannya. Kerana takut terlupa, aku minta isteriku menyalin lirik yang kunyanyikan. Dia menurut sahaja.

Kertas tiada. Jika ada pun, tidak boleh menulis kerana hari sudah gelap. Lebuhraya yang asalnya tiga lorong mengecil menjadi dua lorong. Apatah lagi lampu jalan pula tiada. Makin jauh perjalanan kami, makin dekat dengan destinasi. Jadi, dia hanya menyalin menggunakan telefon bimbitnya. Kuingatkannya supaya menyimpannya betul-betul. Takut hilang.

Tidak lama. Tidak sampai setengah jam, sudah siap draf awal lirik lagu itu.

Selepas pulang ke ibu kota, aku perkemas lagi lirik itu sampai aku puas hati. Tiba masa yang sesuai, atau mungkin kurang sesuai kerana aku kurang rehat tetapi terlebih semangat selepas bekerja, aku rakamkan suaraku dengan lirik yang aku sendiri karangkan. Akhirnya, terhasillah...



Szakif - Hinggu Hujung Nyawa

Monday, October 11, 2010

Suami dan Hari Jadi


"Abang, malam ni tidur pakai baju ek," nadanya lembut, namun dapat kukesan sedikit bunyi mendesak. Tidak hilang juga - loghat Johornya.

Aku memandang wajahnya. Ah, betul. Muka mendesak. Malam-malam sebelum ini, tidak pernah pula mendesak. Namun, oleh sebab penat memenuhi tuntutan sebagai menantu pada sebelah pagi, dan anak pada sebelah petang hingga maghrib, malam pula sudah tentu untuk isteri, aku turutkan sahaja. Malas mahu berbalah-balah.

Kubuka almari. Bahagian baju di bahagian atas sekali. Bahagian tengah untuk seluar. Paling bawah pula bahagian kain pelikat. Begitulah susunan yang dibuat isteriku.

Kulihat-lihat, kutarik baju singlet. Mungkin paling selesa untuk tidur malam itu. Lalu kututup almari.

Dengan wajah selamba, aku pakai baju singlet itu di hadapannya. Entah mengapa, isteriku yang bersandar di kepala katil tersenyum sipu.

"Abang tak nampak ye?" tanyanya dalam tawa.

Ah sudah. Apa pula permainannya malam ini? Matanya pula jelas mengarahkanku melihat semula ke dalam almari.

Lalu kubuka semula almari. Kulihat bahagian lain.

Sah! Ada hadiah untukku di bahagian tengah almari rupa-rupanya!

Ah... Isteri... Bijak sungguh kau bermain denganku. Dan bijak sungguh kau meneka kemahuanku, dan pendirianku.

Ada satu kotak tidak berbalut. Dia tahu, pendirianku, jika dibalut pun, akan dikoyakkan.

Di atasnya pula ada pengepit kertas berbentuk pasu bunga. Ringkas sahaja ucapannya. Dia tahu, yang penting keikhlasan, bukan kepanjangan.

Isi kotaknya? Jeng jeng jeng...

Mesin penguli tepung! Senang nak buat pizza lagi selepas ini. :D

Kami juga ada bercadang mahu belajar membuat kek dan roti sebelum ini. Dengan adanya mesin penguli ini, bolehlah mula belajar secepat mungkin.

Terima kasih Isteri! Hari jadi Abang lebih bermakna denganmu di sisi.

Untuk itu, aku hadiahkannya pula lagu ini:


Friday, October 08, 2010

Perkahwinan Bukan Alasan Untuk...


Sejak sebelum kami berkahwin lagi, aku sering mengingatkan diriku, dan kupanjangkan pula kepada bakal (ketika itu) isteriku bahawa perkahwinan yang akan ditempuh bukanlah alasan untuk melenyapkan kebolehan dan kemahiran diri yang sudah sedia ada. Malah perkahwinan sepatutnya menjadi tunjang untuk mengasah kebolehan dan kemahiran diri ke tahap yang lebih baik.

Maklumlah, apabila sudah berkahwin, ada sebahagian tugas yang sebelumnya dibuat sendiri, kini digalas oleh pasangan.

Jika sebelum kahwin, aku pandai melipat pakaian sendiri dan mengemas rumah, jadi selepas kahwin, tugas itu diambil alih oleh isteriku. Lebih-lebih lagi memandangkan dia ada masa lebih yang diluangkan di rumah.

Jika sebelum kahwin, isteriku boleh memandu seorang diri ke destinasi yang ingin ditujunya, jadi selepas berkahwin, jika ada masa dan kelapangan aku akan hantarkannya ke tempat-tempat yang ingin ditujunya. Maklum lah, aku lebih cekap memandu berbanding isteriku.

Itu baru dua contoh. Sebenarnya banyak lagi perkara yang sedikit sebanyak telah diambil alih oleh pasangan atas tiket perkahwinan. Namun, seharusnya, ia bukanlah tiket untuk menjadi pemalas untuk mengasah kebolehan dan kemahiran diri yang pernah dimiliki. Malah, perkahwinan ialah tiket untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dalam membuat urusan hidup.

Contohnya, dalam urusan memasak (maklumlah aku memang suka memasak), ada kalanya aku perhatikan cara isteriku membuat kerja dapur. Sekiranya aku rasakan ada perkara yang boleh diperbaiki, aku akan utarakan kepadanya. Contoh paling mudah, jika memotong bawang, seelok-eloknya ia dilakukan dalam posisi berdiri, bukan duduk.

Begitu juga dalam hal berkomunikasi dengan orang lain. Ada kalanya apa yang aku rasa tidak menyakitkan hati orang, tetapi pada isteriku ia boleh menyakitkan hati. Di situlah isteriku memainkan peranan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi pada diriku.

Jika kita dapati kebolehan dan kemahiran diri meningkat selepas kahwin, jangan pernah lupa untuk memberikan sedikit penghargaan kepada pasangan kerana sedikit sebanyak, ada sumbangannya kepada kita.

Insya Allah...

Wednesday, September 29, 2010

Apabila Orang Insurans berhubung dengan Orang Cerewet

Semalam ada orang insurans call saya. Apabila mendengar nama syarikat insurans tu, sejuk sedikit hati saya sebab akhirnya ada orang insurans yang agak terkenal yang menghubungi saya. Sebelum ini, saya dapat banyak panggilan daripada bermacam-macam syarikat insurans yang entah apa-apa dan tak pernah didengar pun. Ada satu tu, pemanggilnya berkata ada hubungan dengan Maybank, tapi apabila saya hubungi Maybank untuk pengesahan, Maybank tak tahu pun kewujudan syarikat tu.

Selain itu, ada satu lagi panggilan di mana di hujungnya saya digelar "Bodoh" lalu panggilan ditamatkan hanya kerana saya enggan memberikan nombor kad kredit saya. Nampak sangat nak membohong. Dah la berhubung menggunakan nombor "Withheld".

Berdasarkan pengalaman-pengalaman buruk tersebut, ia membuatkan saya jadi lebih berhati-hati dengan sebarang panggilan seperti ini. Sudah kira bagus juga sebab saya masih ada hati nak melayan. Ada kawan saya yang terus kata tak berminat jika mendapat panggilan seperti itu. Kiranya, saya masih memberi peluang la kepada orang insurans sebab saya tahu, tak semuanya berniat jahat.

Apabila saya sudah jadi lebih berhati-hati, saya ada membuat sedikit sebanyak kajian untuk mendapatkan maklumat dan nasihat lebih lanjut. Antara yang saya baca adalah daripada zaharudin.net yang antara lain menasihatkan supaya jangan terlibat dengan sebarang perniagaan yang berbentuk samar, maksudnya tak nampak produknya. Dalam hal insurans ni, memang tiada produk dalam bentuk fizikal tetapi dalam bentuk perlindungan.

Semuanya tertulis dalam dokumen polisi yang perlu dibaca oleh pelanggan sebelum mereka berpuas hati dan menandatangani perjanjian jual beli. Tetapi, dalam semua panggilan yang saya dapat, mereka nak nombor kad kredit saya untuk mereka cajkan sebelum menghantar dokumen polisi. Maksudnya, saya bayar dulu, baru dapat baca dokumen polisi tu.

Jadi, disitu tiada keadilan bagi pihak saya sebab saya tak dapat baca kandungan dokumen polisi secara menyeluruh. Memang saya diberikan dokumen informasi mengenai pakej insurans itu, tetapi dalam dokumen informasi tu, masih tidak jelas dan ada klausa-klausa yang boleh dipersoalkan ketelusannya seperti "Huraian di atas adalah tidak terperinci dan anda hendaklah merujuk dokumen polisi untuk maklumat lanjut."

Masalahnya, kalau nak baca dokumen polisi tu, kena bayar dulu. Dan jika mahu bayar, kena guna kad kredit. Bukankah di situ ada unsur-unsur kesamaran?

Bagaimana kalau saya dapati rupa-rupanya dalam dokumen polisi tu banyak klausa yang menjerat saya yang akhirnya menyukarkan saya untuk membuat tuntutan? Orang insurans ni seboleh mungkin tak nak bagi duit sebab nanti dia yang rugi. Diorang pun berniaga, nak untung. Tidaklah nak bagi duit tuntutan sesuka hati mereka, kan.

Jadi, di situ saya nampak ada kesamaran dan kelompangan. Dan urusniaga yang seperti ni diharamkan dalam Islam.

Yang lebih membuatkan saya tidak percaya ialah perbualan tu berlaku menerusi panggilan telefon. Saya tak nampak orang tu, dan dia tak nampak saya. Tapi kalau saya berikan nombor kad kredit saya, dia dah boleh kikis duit saya tanpa saya ketahui. Menerusi panggilan telefon tu juga, macam-macam dakwaan yang tak tentu lagi kebenarannya disebutkan.

Paling tak boleh blah adalah apabila saya diminta untuk menyebutkan nombor kad pengenalan saya. Pada awal perbualan, dia memaklumkan bahawa dia cuma ada nama dan nombor telefon saya sahaja. Saya hampir bersetuju untuk membeli pakej insurans tu sampai apabila dia meminta nombor kad pengenalan. Saya sebut sepatah2,

85, dia ulang 85 (seolah-olah macam tengah menulis la).
10, dia ulang 10.. dan seterusnya sehingga empat nombor terakhir.
51 dia tak ulang 51, tetapi dia terus sebut dua nombor terakhir - 03!

Kantoi! Rupa-rupanya dia ada maklumat mengenai nombor kad pengenalan saya!

Apabila saya persoalkan bagaimana dia tahu 2 nombor terakhir, dia tak mengaku. Mulalah bagi bermacam-macam alasan. Kononnya dia boleh bagi nombor kad pengenalannya juga. Seolah-olahnya, saya percaya dia akan betul-betul berikan nombor kad pengenalannya yang sebenar. Kalau pun betul, apa yang saya boleh buat? Tiada kerja saya nak semak dengan polis :P

Selepas itu, dia beri alasan lagi, katanya nombor kad pengenalan lelaki berakhir dengan nombor ganjil. Kemudian saya persoalkan, kenapa 3? Kenapa tak 1, 5, 7 atau 9? Dia gagal menjawab. Itu belum lagi saya persoalkan kenapa pilih nombor 0 sebelum 3.

So kat situ saya dah nampak ada unsur2 pembohongan.

Agak-agaknya dah penat mahu melayan saya, dia sambungkan pula kepada rakan sekerjanya yang saya yakin penyelianya.

Saya tak takut, saya tiada masalah mahu bercakap dengan sesiapa pun. Dalam perbualan dengan orang kedua ni, saya menegaskan bahawa saya mahu baca dokumen polisi dahulu, baru saya akan setuju (atau dalam istilah islamiknya, berakad).

Tetapi dia tetap kata dokumen polisi tu akan dihantar selepas bayaran dibuat. Lepas tu dia mempersoalkan sama ada saya pernah ada insurans atau tidak. Saya ada takaful, tapi saya buat di bank di mana ia lebih meyakinkan sebab saya boleh bertanya terus kepada pegawai yang bertugas sekiranya ada sebarang terma dan syarat yang tidak difahami. Lagipun, ada hitam putih, bukan main cakap sahaja.

Pada penghujung perbualan, dia juga gagal mendapatkan nombor kad kredit saya, dan saya berikan dia pengalaman berunding dengan bakal pelanggan yang sangat cerewet. Ya la, saya dah didedahkan dengan pengalaman dalam panggilan-pengalaman sebelumnya yang pelbagai ragam. Mangsanya ialah sesiapa yang akan hubungi saya selepas ini kerana perlu bercakap dengan orang yang terlalu berhati-hati. Hehe...

Saya rasa, kalaupun saya nak beli insurans, saya lebih selesa jika bertemu dengan orangnya, bukan melalui panggilan telefon dan meminta nombor kad kredit.

Monday, September 13, 2010

Tangisan pada Malam Raya

Gema takbir hari raya terus berkumandang di udara. Aku dan isteri baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Selesai salam, aku terus memandang wajahnya. Cuba untuk menyelami hatinya yang pertama kali meninggalkan keluarganya pada malam raya. Kini, keluarganya yang utama ialah diriku sebagai suaminya dan dirinya sebagai isteriku.

Mungkin perasan akan lirik mata yang kuhalakan ke wajahnya, mungkin juga kerana hatinya tidak tertahan gelora yang selama ini ditahan, basah wajahnya dengan air mata sejurus merah mata dan hidungnya.

Terus aku memeluknya. Kutepis air mata yang deras mengalir. Masih cuba memahami gejolak hatinya.

"Sabar ye, Sayang. Abang faham ini kali pertama Sayang tak beraya bersama mak ayah di Muar. Mak abah kat sini kan ada," aku cuba memujuknya. Kukuatkan hati agar tidak menangis sama.

Dia masih digenangi air mata tanpa sebarang kata.

Suasana sunyi seketika. Hanya mungkin bunyi kipas yang berpusing menggetar deria pendengaran.

Kupecahkan kesunyian itu. Aku cuba memujuknya pula dengan bertakbir hari raya di telinganya.

Allahuakbarullahu akbarullahu akbar. La ilaha illahu wallahu akbar. Allahu akbar walillahilhamd.

Ah, suaraku pula yang pecah dalam tangisan. Air mata pula melimpah daripada empangan kelopak mata.

"Eh, kenapa Abang menangis juga? Ini kan kampung Abang," dia memecah kesunyian bibirnya tadi.

"Tak... Ramadan yang lepas sangat indah bersama Sayang di sisi Abang. Tak macam masa bujang dulu, kali ni dah beristeri, rasanya macam berganda-ganda pahala Abang dapat. Tak pasti sempat atau tidak Abang bertemu dengan Ramadan tahun depan." jawabku.

Isteriku pula memelukku, memberikanku semangat.

Monday, September 06, 2010

Benih yang Tak Tumbuh


Aku masih ingat semasa aku berada dalam Tahun Enam, sekolah agama rendah. Ustazah yang mengajarku mata pelajaran Tauhid menerangkan betapa Maha Kuasanya Allah.
"Kita ambil contoh seorang petani yang menanam sebutir biji benih yang paling berkualiti. Dia tanam dalam tanah yang paling subur. Dibajanya dengan baja yang paling mahal. Dijaganya dengan teknik pertanian yang paling maju. Tapi kalau Allah tak izinkan, biji benih tu takkan bercambah."

Ketika itu, aku boleh memikirkan apa yang diperkatakannya setakat apa yang aku mampu. Yang aku faham, Allah tu Maha Kuasa. Kalau Dia kata tak jadi, tak jadilah.

Meningkat usia, aku ketemu pula dengan ayat dalam al-Quran yang diulang beberapa kali, yang berbunyi,
Kun, fayakun.

Mujur aku disekolahkan di sekolah menengah agama. Boleh juga memahami sedikit sebanyak maksud firman Allah itu dan mengimaninya sehinggalah aku tamat pengajian di universiti, berkerjaya dan kini bergelar suami.

Jika aku belajar bersungguh-sungguh dengan harapan mahu mencapai kejayaan dalam peperiksaan, tapi jika Allah tak mengizinkan, aku takkan berjaya. Namun alhamdulillah, dalam kebanyakan peperiksaan, aku berjaya walaupun tak semestinya cemerlang.

Jika aku berusaha untuk mendapatkan kerjaya yang paling sesuai dengan diriku, namun jika Allah tak mengizinkan, aku takkan dapat kerjaya sebagus sekarang.

Jika aku beriya-iya menunggu jodohku dengan isteriku sekarang sejak di pusat matrikulasi lagi, namun jika Allah tak mengizinkan, aku takkan dapat memperisterikannya.

Sekarang, pada tahap hidup aku sekarang, aku tertanya-tanya, mungkinkah tiba masanya aku tak dapat apa yang aku hajatkan?

Ah, teruskan beriman dengan apa yang sudah sekian lama aku imani. Jangan pernah berasa letih untuk berusaha. Insya Allah, jika tidak esok, mungkin lusa. Bukankah Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk kita?

Kan Sayang, isteriku yang cerdik?

Wednesday, September 01, 2010

Szakif’s Pie is Now Commercialized!


I have built a page in Facebook for Szakif's Pie where I can share updates and information about the pie and its orders.

Since I built the page, I always get orders for the pie at least twice a week that I have to ask myself, can I do it?

Yes I can!

Visit Szakif's Pie page here and get updated for orders opening!

Sunday, August 29, 2010

Zakat


Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Pada waktu-waktu seperti ini, persiapan menyambut perayaan semakin rancak.

Namun dalam hati aku terselit satu persoalan: Mak dan Abah sudah ada baju raya ke? Senyap je orang tua aku ni.

Hujung minggu itu, aku pulang bersama isteri ke kampung untuk menjenguk mereka. Aku tidak dapat berbuka bersama mereka maghrib itu kerana ada perancangan lain bersama rakan-rakan sesekolah rendah dulu di sebuah hotel.

Malam itu, aku ambil peluang berborak bersama Mak dan Abah. Kebetulan pula adik kandungku, Awi pulang ke rumah dari asramanya. Isteriku menemaniku di ruang tamu itu.

"Dah dekat nak raya ni, Mak Abah dah ada baju raya ke belum?" tanyaku.

"Eh takpe la, Ki. Kau simpan dahulu duit kau tu. Teguhkan kewangan kau dan isteri," jawab Abah seakan-akan faham akan niat asalku untuk membelikan mereka baju raya.

Aku tidak terus memberikan kata dua. Sedikit masa kuambil sebelum aku bersuara semula, "Itu lah. Zaki dan isteri pun sebenarnya tak beli baju khas untuk raya ni. Sebabnya baju masa bersanding dulu kan ada. Cantik pun. Tapi...."

"Tapi apanya Ki?" pantas emak memotong.

"Tapi Zaki rasa bersalah lah pula kalau tak belikan Mak Abah baju raya tahun ni. Tahun lepas Zaki belikan, tahun ni dah kahwin..." aku tidak menghabiskan kata-kataku.

"Takpe... Abah dan Mak faham. Kau tu baru kahwin. Baru belajar nak seimbangkan kewangan. Zakat fitrah kau dah bayar?" tanya Abah.

"Belum lagi," jawabku lalu kusambung, "tapi Zaki rancang nak bayarkan zakat untuk Mak dan Abah. Awi pun."

"Ha... Kalau macam tu, bagus. Itu lagi wajib. Jangan lupa bayarkan zakat untuk isteri kau tu sekali" Emak mengingatkan lalu menyimpulkan perbualan kami.

Terima kasih Emak dan Abah.

Wednesday, August 25, 2010

Third Article in Utusan Malaysia


For the third time, the article that I wrote was published in Utusan Malaysia. Go to Utusan Online and search Muhammad Zaki Ramli. All of my articles are available there.

This time, I wrote about Ramadhan. The article that was initially entitled "Puasa Bukan kerana Kesihatan" was published with the title "Betulkan Niat Sebenar Puasa".

The idea of putting such title was to attract readers to read more on the article rather than just a cliché one like (I'm sorry to say) the one published. This is because, to my observation, people would skip such articles thinking that it contains thoughts like in any other articles.

I think the approach that I used to write the article was simple and easy to be understood and thus it needed a catchy title to put readers' eyes till the end of the article and eventually made them think.

As expected, the article was edited to suit the available space in the page. However I found that the main idea was still there anyway.

The idea to write that article was inspired after a weekly talk session during Ramadhan held in Yayasan Ilmuwan by Prof. Dr. Mohd Yusof Haji Othman of Institut Islam Hadhari. In his talk, he explained something more or less about what I shared in the article and I put some of my thoughts regarding the matter.

I hope many have benefited from the article and may Allah bless Prof. Yusof.

Wednesday, August 18, 2010

Mahu Raya, Banting atau Muar?


#1
"Sayang, walaupun Sayang isteri abang, tapi Sayang tetap jatuh nombor 3 dalam hati abang. Nombor satu emak, nombor dua abah, nombor tiga baru Sayang."

#2
"Sayang, sebaik sahaja Abang lafazkan akad nikah, terus rasa berat bahu Abang sebab mak ayah (mertua) dah debitkan tanggungjawab membela Sayang ke dalam akaun tanggungjawab Abang."

#3
"Sayang, pada pendapat Abang, kalaulah seorang isteri tu betul-betul memahami tanggungjawab berat seorang lelaki yang masih ada ibu bapa, yang juga merangkap suaminya, dia tidak akan persoalkan tahun ni balik raya di mana, tahun depan di mana."

#4
"Sayang, abang juga ada mak abah. Abang boleh faham perasaan Sayang kali pertama beraya tanpa mak ayah bersama. Tapi, bukankah mak abah Abang, mak abah Sayang juga?"

Penafian: Saya dan isteri sudah membuat keputusan mahu beraya di mana pada hari-hari terawal Syawal tahun ini. Malah, keputusan tersebut mendapat sokongan kedua-dua belah keluarga.

Kenyataan: Saya sangat cintakan isteri saya dan keluarga mertua. :)

Friday, August 13, 2010

Szakif Meli - Pelik?


Klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas.

Sudah beberapa minggu aku tukar namaku di Facebook kepada Szakif Meli.

Mungkin ramai sudah tahu cerita di sebalik nama Szakif itu. Tetapi mana pula datangnya perkataan Meli (sebut: mur-lee)?

Bagi yang mengenali isteriku, mungkin mudah sahaja mereka mengaitkannya dengan nama isteriku kerana namanya di Facebook ialah Mary Mei Li. Tetapi sebenarnya, bukan.

Meli ialah panggilan kepada Abahku. Biasanya di sebelah keluarga Abah, adik-beradiknya memanggil Abah dengan nama "Abang Meli" walaupun nama sebenarnya ialah Ramli. Abah ialah anak kedua, sulong bagi yang lelaki daripada 16 adik beradiknya. Ye, 16 orang. Jarak umur antara yang paling tua dan yang paling muda cuma 20 tahun. Gila produktif arwah nenek aku.

Pernah Abah meluahkan dia kurang selesa dengan panggilan Meli itu, malah Abah lebih selesa dengan panggilan "Acik". Mungkin Abah tidak berapa kisah sangat, asalkan orang lain selesa memanggilnya dengan nama itu.

Nak dijadikan cerita, selepas aku tukar nama kepada Szakif Meli, ada pula orang yang aku tak kenali berminat menjadi rakanku di Facebook, seperti dalam gambar di atas.

Persoalannya:
1. Tak cukup Melayu ke nama Szakif Meli?
Mungkin. Nama Szakif unik kot. Cuba google. Apa yang korang jumpa?

2. Tak cukup Melayu ke muka aku?
Memang. Aku kan kacukan Pan Asia.

:D

Wednesday, August 11, 2010

Berpuasa sebagai Suami


Petang itu, aku tulis di Facebook:
Szakif Meli sentiasa tertanya-tanya, dalam iklan radio kurma Yusuf Tayob tu, perlu ke berbisik-bisik tu? [via Celcom SMS]
Ketika itu, aku dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat. Aku bosan tersekat dalam kesesakan trafik, namun otak aku tak pernah bosan berfikir, lalu timbullah persoalan itu yang sebenarnya sudah lama aku fikirkan.

Malam itu pula, seperti biasa aku luangkan masa yang berkualiti bersama isteri. Mula-mula memang berkualiti, namun apabila kedua-dua mula hanyut dalam kemesraan, mulalah buat perangai.

Aku berbisik kepadanya, "Sayang, esok kita dah nak puasa. Sahur kita makan kurma ye?"

Dia membalas dengan berbisik juga, "Yusuf Tayob~"

Tuesday, August 03, 2010

One Year with Yayasan Ilmuwan



I started working with Yayasan Ilmuwan on the 3rd of August 2009 after about 2 months working as part timer in the organization. Today it's already the 4th of August of this year and that means I am already a year ahead after stepping my feet in Yayasan Ilmuwan as a Research Executive.

Frankly, I have never thought I can work this long in an organization, but in the same time along the past one year, I had never thought of leaving Yayasan Ilmuwan and seeking jobs at other companies. It's not an easy thing to be able to do so considering I put myself into a field that I did not familiar with namely consultancy, publication and training, while maybe the research field was close to me but not in the type of research Yayasan Ilmuwan is doing. However, I managed to cope with the environment rather fast and I took not long to learn to get myself comfortable with career life.

One year working with Yayasan Ilmuwan had exposed me with a lot of experience ranging from writing articles for the newspaper until public speaking through the radio. I didn't and still don't find a reason why I must hate what I am doing with the organization given everything I have there was nothing but blessings from Allah - nice bosses, crazy officemates, and most importantly, the opportunities to contribute to the society through the career.

Last week, I ended my last day of the first year of my career life with a program held in Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) by delivering a speech in a workshop for the foundation students. The topic given to me was "An Approach in Mastering Biology". Since it wasn't only me to give the speech but two others were scheduled after my slot, I took the opportunity to share with the students on what the basis of life (bio in Greek literally means life) is, based on my understanding. In the end of the workshop, I shared a video with them and let them think about who is behind all the great creations in ourselves and around us. It's none other than Maher Zain's Open Your Eyes.

Now, I am in the first week of the second year as a Research Executive in Yayasan Ilmuwan and I've been assigned to present a paper entitled "Etika Penyelidikan ke atas Haiwan" (which later I changed to "terhadap" instead of "ke atas" to make it more grammatical) in a seminar held in Akademi Pengajian Islam, University of Malaya named Seminar Islam, Sains dan Teknologi: Kupasan Beberapa Isu Semasa. I am looking forward to presenting the paper as it'll be a first step stone for other seminars that I hope I'll be given the chance to write and share the knowledge.

Ya Allah, I am grateful.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...