Friday, November 12, 2010

Panduan: Hadiah untuk Pengantin

Tak lama lagi dah nak masuk musim cuti sekolah. Apabila masuk musim ini, ramai yang akan mengadakan majlis perkahwinan, jadi ramai juga yang dijemput memeriahkan majlis.

Mesti ramai yang berkira-kira untuk membeli dan memberi hadiah kepada pengantin. Aku tak pelik kalau ada yang pening mahupun tak tahu nak hadiahkan apa kepada pengantin.

Aku sebagai orang yang sudah kahwin, dan sebagai orang yang sudah menjadi tetamu dalam banyak majlis perkahwinan ada pandangan aku sendiri dalam hal membeli dan memberi hadiah kepada pengantin ni.

Aku tulis ini, bukannya bermaksud aku tak hargai hadiah yang orang berikan kepada aku dan isteri, tetapi aku suka nak nasihatkan kepada pembaca hadiah yang paling ideal untuk dimanfaatkan oleh pengantin.

Paling mudah, tanya sendiri kepada pengantin, apa yang mereka hendak. Mungkin ini tidak digemari bagi mereka yang hendak melakukan kejutan kepada pengantin, namun percayalah, kadang kala yang kejutan itulah yang tidak akan dimanfaatkan oleh penerima. Ia sekadar menjadi perhiasan, ataupun menyemakkan ruang di dalam rumah mereka. Paling teruk, mereka jadikan hadiah untuk mereka sebagai hadiah untuk orang lain. Recycle.

Cadar
Percayalah, pada awal-awal perkahwinan, memang pengantin baru akan kerap menukar cadar katil. Cukup di situ. Tak perlu huraikan lebih lanjut kenapa. Cumanya, cadar agak mahal kalau nak beli seorang-seorang, jadi berkongsilah duit sesama kawan yang akan hadir ke majlis tu dan hadiah satu cadar atas beberapa nama.

Tuala
Mungkin yang ini lebih murah kalau nak dibeli seorang. Memang pengantin akan manfaatkan. Kalau tuala, tidak perlu risau tentang saiz, warna ataupun jenama jika dibandingkan dengan menghadiahkan mereka pakaian. Asalkan tuala itu menyerap air dengan baik, insya Allah pengantin baru akan manfaatkan.

Hamper makanan
Takpun coklat yang mahal sedikit. Kalau makanan sebegini, insya Allah pengantin akan makan dan manfaatkan. Susah nak tengok hamper menjadi perhiasan di rumah pengantin baharu.

Wang tunai
Paling mudah, kalau tak nak susah-susah pergi ke kedai mahupun pusat membeli belah untuk membeli hadiah, hadiahkan sahaja wang tunai. Lebih mudah untuk mereka tentukan apa yang mereka mahu beli dengan wang tunai tersebut. Cuma mungkin hadiah seperti ini tidak boleh dikenang, tapi fikirkan juga, hadiah dalam bentuk barangan tu, mereka akan manfaatkan ke? Mereka boleh ingat ke siapa yang hadiahkan? Lagilah kalau mereka dapat banyak sangat hadiah.

Aku nak nasihatkan juga kepada orang-orang yang nak berikan hadiah ini, khususnya yang baru berkahwin. Elakkan daripada memberikan hadiah seperti jag air, set gelas, set pinggan mangkuk dan yang sepertinya. Mudah sahaja pengantin membuat kesimpulan, "ini hadiah recycle ni~". Lagipun, hadiah-hadiah seperti ini yang biasanya akan berterusan menjadi simpanan khazanah di dalam almari, ataupun di dalam stor.

Bukannya apa, sebab ramai sangat yang hadiahkan benda-benda yang lebih kurang sama. Nak gunakan, bukannya selalu. Kalau guna pun, buka dan guna satu hadiah sahaja dan digunakan berulang-ulang kali. Selebihnya, disimpan atau dihadiahkan kepada orang lain dan kemudian kepada orang lain kemudian orang lain sehingga rupa kotaknya dah buruk sangat.

Bagi hadiah yang berbentuk elektronik yang biasanya memiliki waranti seperti kipas meja, lampu meja dan seterika, pengantin boleh membuat andaian sama ada hadiah tersebut hadiah baharu ataupun hadiah recycle. Kalau hadiah baharu, di dalam kotak hadiah mesti disertakan surat atau kad waranti. Kalau tidak ada, ha... Mungkin hadiah recycle.

Apa-apahal pun, aku lebih suka dengan idea bertanya kepada pengantin apa yang mereka perlukan. Kepada bakal pengantin pula, jika ada rakan yang bertanya bentuk hadiah yang boleh mereka hadiahkan kepada korang, inilah masanya untuk meminta! Jawapan skema:
"Isk. Seganlah. Bagi je la apa-apa. Tapi kalau dapat Blackberry Torch, ok juga."

:P

8 comments:

as said...

zaki, nak share! antara barang yang kawan2 sangat gembira bila kami hadiahkan is, water filter yang biasa guna batu batuan tuh. sebab since daily life skang nak cepat dan jugak nak sumber air sehat/selamat, water filter pun best. tak mahal pun ikutkan..sbb pengantin baru, so bole beli yang saiz biasa je takyah saiz famili besar.
tu antara hadiah yang bila pengantin bukak, they will sms me back sebelah malam tu. maybe sbb rare sikit. lagi satu, yang dpt respond daripada pengantin, hadiah kat kalian tulah =p
yang penting, bila nak hadiahkan sesuatu, fikir benda yang depa simply will utilize the use, untuk kemudahan depa juga lah..
exception hadiah tuk koran, tu special, untuk kenangan sepanjang zaman =p

Cahayamylife said...

Wah, bestnye punye segan.
Sampai Blackberry pun jadi la.

hum said...

ko tak teringin nak tanya aku ke :p

anyway,
hi! :)

Amir Azmi said...

Salam,
Pada pendapat cikgu, hadiah perkahwinan bukan untuk diguna pakai tapi lebih untuk diingati!

Hadiah paling best, tiket pengankutan dan penginapan hotel percuma untuk pi honeymoon la! :)

Unknown said...

As:
Ha... Menarik juga idea tu.

Hayati:
Hehe.. Demand jangan tak demand :P

hum:
Er... :P

Cikgu Amir:
Ha.. Tu betul gak tu. Pasal tu saya sebut dimanfaatkan. Kalau dimanfaatkan, insya Allah akan diingati. Hehe..

alifzaimimra said...

salam bro zaki. saya nak rumah satu! :P

Unknown said...

Azmar,

Er.. er... tak tanya pun? :P

Anonymous said...

jangan lupa juga hadiah "doa"... berkunjung dan hadiah zahir memang baik..tapi doa jua adalah sesuatu yang selalu pengunjung lupa..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...