Showing posts with label Bodo-bodo. Show all posts
Showing posts with label Bodo-bodo. Show all posts

Friday, August 13, 2010

Szakif Meli - Pelik?


Klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas.

Sudah beberapa minggu aku tukar namaku di Facebook kepada Szakif Meli.

Mungkin ramai sudah tahu cerita di sebalik nama Szakif itu. Tetapi mana pula datangnya perkataan Meli (sebut: mur-lee)?

Bagi yang mengenali isteriku, mungkin mudah sahaja mereka mengaitkannya dengan nama isteriku kerana namanya di Facebook ialah Mary Mei Li. Tetapi sebenarnya, bukan.

Meli ialah panggilan kepada Abahku. Biasanya di sebelah keluarga Abah, adik-beradiknya memanggil Abah dengan nama "Abang Meli" walaupun nama sebenarnya ialah Ramli. Abah ialah anak kedua, sulong bagi yang lelaki daripada 16 adik beradiknya. Ye, 16 orang. Jarak umur antara yang paling tua dan yang paling muda cuma 20 tahun. Gila produktif arwah nenek aku.

Pernah Abah meluahkan dia kurang selesa dengan panggilan Meli itu, malah Abah lebih selesa dengan panggilan "Acik". Mungkin Abah tidak berapa kisah sangat, asalkan orang lain selesa memanggilnya dengan nama itu.

Nak dijadikan cerita, selepas aku tukar nama kepada Szakif Meli, ada pula orang yang aku tak kenali berminat menjadi rakanku di Facebook, seperti dalam gambar di atas.

Persoalannya:
1. Tak cukup Melayu ke nama Szakif Meli?
Mungkin. Nama Szakif unik kot. Cuba google. Apa yang korang jumpa?

2. Tak cukup Melayu ke muka aku?
Memang. Aku kan kacukan Pan Asia.

:D

Wednesday, August 11, 2010

Berpuasa sebagai Suami


Petang itu, aku tulis di Facebook:
Szakif Meli sentiasa tertanya-tanya, dalam iklan radio kurma Yusuf Tayob tu, perlu ke berbisik-bisik tu? [via Celcom SMS]
Ketika itu, aku dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat. Aku bosan tersekat dalam kesesakan trafik, namun otak aku tak pernah bosan berfikir, lalu timbullah persoalan itu yang sebenarnya sudah lama aku fikirkan.

Malam itu pula, seperti biasa aku luangkan masa yang berkualiti bersama isteri. Mula-mula memang berkualiti, namun apabila kedua-dua mula hanyut dalam kemesraan, mulalah buat perangai.

Aku berbisik kepadanya, "Sayang, esok kita dah nak puasa. Sahur kita makan kurma ye?"

Dia membalas dengan berbisik juga, "Yusuf Tayob~"

Tuesday, July 27, 2010

Szakif's Pie Ingin Dikomersialkan?


Beberapa minggu ini aku tidak putus-putus menerima tempahan Szakif's Pie, dan setelah mendapat cadangan bertubi-tubi daripada beberapa orang, akhirnya berjaya menerobos pintu hatiku untuk mula memikirkan cadangan mereka agar aku mengkomersialkan Szakif's Pie ke tahap yang lebih atas lagi.

Wow. Bunyinya menarik.

Tapi, kau ada masa ke Zaki? Kerja lagi, kelas lagi, kerja freelance lagi. Dan, bini kau nak campak mana?

Ada, malah bini aku juga yang sudi menolong aku di dapur. :D

Jika aku betul-betul sudah cukup buat kajian (ingat suka-suka je ke nak buat bisnes tanpa sebarang pemerhatian?) dan promosi, baru aku akan putuskan betul-betul nak jadikan bisnes ini sesuatu yang serius ataupun tidak.

Serius di sini bermaksud, aku nak jadikannya bisnes secara sambilan secara serius, sama seperti kerja-kerja sambilanku yang lain - menulis, menterjemah, menyunting dan menyemak baca. Bukannya bermaksud aku akan berhenti kerja, dan kemudian memulakan bisnes menjual Szakif's Pie. ^^'

Ya Allah, jika niatku ini betul, kau bantulah mempermudah urusan hidupku. Amin~

Sunday, August 16, 2009

Apabila Ulasan Ternyata Ada Kebenaran

Saya pernah membuat ulasan mengenai album Mawi yang berjudul Satu Dalam Seribu pada Mei 2007. Antara ulasan yang saya buat adalah berkenaan lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 22, Angan dan Sedar. Dalam ulasan tersebut, sangat mengatakan:

Angan dan Sedar
Mawi, sila bersiap sedia dengan idea untuk persembahan di Juara Lagu 22 dengan lagu ini! Jika anda belum pernah mendengar lagu ini, bayangkan sahaja bagaimana hebatnya Lagu Jiwa Lagu Cinta sebelum ini, dan begitu jugalah lagu ini. Atau, tidak keterlaluan jika saya katakan lagu ini lebih bagus daripada Lagu Jiwa Lagu Cinta! Suatu garapan yang mantap! Memang makanan Mawi la!
Kemudian, saya mencari video persembahan Mawi dalam AJL tersebut. Ini hasilnya:



Mawi memenangi persembahan terbaik dalam pertandingan tersebut. Wah!

Entri ini saya tulis bertitik tolak daripada satu komen daripada pembaca blog saya dalam entri yang sama yang mengatakan:

DULU X MINAT MAWI..
TAPI SKARANG MINAT PLAK..
MYB TGGAPAN AKU KAT DYE DLU SALAH XD

*PENAH HADIAHKAN MAK AKU ALBUM MAWI :)

DAN AKU MENYIFATKAN ORG YG MENGUTUK O X SUKE MAWI SEBAGAI PENDENGKI...
SLAGI KARIER MAWI XJATUH,SLAGI TU KEHIDUPAN DORANG X TENANG :)


Saya tidak pasti bagaimana pembaca tersebut boleh menjumpai entri lama tersebut. Malah Mawi sudah keluar dengan album baharu selepas album Satu Dalam Seribu tersebut. Apa-apapun, terima kasih atas kunjungan dan komen yang diberikan.

Wednesday, July 29, 2009

Szakif ft. Zikri Zain - Kau Pergi



If you're reading this in Facebook, you have to view the video in the original post. Just click here.

This is my next singing entitled Kau Pergi from Aizat. The guitar play is by Zikri Zain, thanks bro! This is what we call collaboration. Hehe...

I recorded the singing somewhere around 2 am after I reached my home after a 6-hour travel from Kuantan to Banting last Monday.

I had to cut the song due to some technical problems.

Leave your comments ya :)

Friday, July 24, 2009

Cinta Terakhir Szakif



Kau cinta pertamaku
(memang sejak SAMBEST lagi aku sasarkan nak masuk UIA)
Kau cinta terakhirku
(aku ingatkan boleh la menyumbang kat UIA, tapi...)
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...
(melainkan dengan ketentuan dan kuasa Allah)

Kau ayu dimataku
(ingatkan boleh la rasmikan bangunan KOP tu sebagai antara student master terawal kat situ)
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...
(aku nak sama-sama bawa UIA ke tahap yang tinggi lagi, tapi...)

Mungkin kan terputus di tengah jalan
(sudah diputuskan, selamat tinggal UIA)
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
(aku nak daftar masuk buat master, ko tak bagi masuk July...)
Usah ragu dengan takdir...
(Rukun Iman kot)

Mungkin kitakan berbeza haluan
(memang berbeza haluan tapi matlamat kita sama)
Berakhirnya cerita percintaan
(er...)
Segalanya ketentuan Tuhan....
(benar!)

Tuesday, July 21, 2009

Szakif dan Yayasan Ilmuwan


Aku kerja separuh masa di Yayasan Ilmuwan sekarang.

Pelik. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa tempat ni banyak kebetulan dengan aku? Memang semuanya kebetulan, ataupun aku sendiri yang mencari-cari kebetulan itu dan terjumpa?

Mari aku senaraikan:
  1. Kalau setakat model telefon bimbit sama, mungkin perkara biasa. Tapi kalau kedua-dua tona bunyi untuk panggilan dan SMS sama dengan bos, apakah alamatnya tu?
  2. Nama Thaqif masih kurang terkenal jika dibandingkan dengan nama Aiman dan Danial darsawasa ini. Tapi perlu ke Akak Awet Muda ni punya anak yang bernama Thaqif juga? Tahu tak asal-usul nama Szakif ialah Thaqif?
  3. Masih berkenaan nama. Bukannya ramai pun kakitangan di Yayasan Ilmuwan ni. Tapi dalam banyak-banyak nama di dunia, kenapa mesti ada dua orang yang bernama Zaki di pejabat ini? Sudahnya mereka memanggil aku Szakif (sebut: Za-kef) untuk membezakan aku dengan Zaki yang satu lagi, walhal nama Szakif hanya untuk digunakan dalam dunia internet sahaja. Tapi tidak mengapa, itu lebih membuatkan aku rasa unik.
  4. Dalam banyak-banyak universiti di Malaysia, kenapa la bos kepada bos dan Akak Awet Muda tu mesti daripada UIA? Hehehe...
  5. Bilik tempat aku bekerja sekarang ialah milik bapa kepada seorang junior aku ketika di SAMBEST dulu, Datuk Abdul Monir.
Orang kata, kalau dah jodoh, memang tak ke mana...

Erk? Kena kesah ke tak ni ye?

Sunday, July 19, 2009

The Skill that I Haven't Had


My boss and I attended a dinner at Restoran Sri Melayu, located at Jalan Conlay near Bukit Bintang in conjunction with the International Workshop in Agribiotechnology: Finding a Common Language between Ulama’ and Scientists held in University of Malaya (UM).

During the dinner, we were not only served with a lot of local foods and some international cuisines, but they also served entertainment by featuring local dances and live songs. We sat at the table closest to the speaker system. With us were some other participants and speakers in the workshop. While the dancers were performing and while the singers were singing traditional songs with the loud music, I saw (read: not listening) my boss, the speakers and participants discussing something that I couldn’t listen at. While one’s mouth was like chanting something unlistenable, to me at least, the others were paying attention very closely and carefully. I wonder how they managed to listen and thus understand. To me, I just couldn’t.

So what I did was I enjoyed the buffet like I am not in diet. Huahuahua~

I’m sorry boss. You could even see me turning off the speaker although the sound came from the earphones. Right?

That’s why during classes, I am very annoyed when some classmates make noise while I am listening to and giving my constant focus to the lecture. I am not afraid to show my annoyed face when I am in that situation. Ok Zaki, stop talking about class and lecture. You’re no more a student. Hehe...

But I think I need to develop this skill for future sake. Ada kursus khas pasal ni tak? :)

Wednesday, June 24, 2009

This is a Confession

Not that I am shopaholic, because I am soo not! Hehe..

So, here it goes: I listen and love opera songs (soprano voice).

But watching this video has brought me to a higher level of that interest.



But now I know what you're thinking. No no no, I am not going to do that. Haha!

Monday, June 22, 2009

Another Audition?


Mak, abah, minggu depan RTM ada buat ujibakat jadi pembaca berita.

Mak dan abah cuma tersenyum.

:)

Tuesday, June 02, 2009

Don't Say I Didn't Warn You



I warn you these:
  1. Do not listen unless you are ready to bleed your ears.
  2. I am not responsible for any damages caused.
  3. Do not refer to me for any medical claims related to listening the singing.
  4. Only comments with compliment will be approved. Haha!

Tuesday, April 28, 2009

Sementara Menunggu Result Keluar...


...korang memang suka baca blog aku eh?

Amacam result?

*aku guna komputer kat Graphic Unit untuk update blog sambil tunggu member cetak thesis. Boleh?

Thursday, April 23, 2009

KOS Amazing Explorace: Most Hilarious Video



I know this video might has been outdated since last KOS Amazing Explorace but watching it again and again worth the laughter. Hahaha!

This is the video that won The Most Hilarious Video in the game. Recorded at the Taman Teruntum Mini Zoo, they were required to appoint one of the members to ride the pony and record a video. But they did something extra which turned to be creatively and unexpectedly hilarious. Enjoy the video! Turn your speaker to the maximum volume!

Footnote: I've got the permission to publish this video from the members of the group.

Friday, April 17, 2009

Hari Ni Aku Tak Nak Membebel, tapi Suka Baca Dia Membebel

Klik pada gambar. Bebelan dia, sama je hujahnya dengan bebelan aku.

Esok ialah hari terakhir aku menjawab peperiksaan sebagai pelajar ijazah sarjana muda. Macam tak percaya je kan?

Aku dah tua rupanya.

Sempena kertas terakhir, aku rasa macam nak buat benda gila. Tapi apa ya?
  1. Jawab dengan pen merah?
  2. Menulis di atas lantai sambil bersila?
  3. Tidur dan hanya sedar selepas sejam kertas bermula?
  4. Muntahkan semua yang aku hafal walaupun tiada kaitan dengan soalan?
  5. Er... semak tatabahasa dan cari kesalahan-kesalahan lain dan tulis dalam kertas jawapan supaya pensyarah boleh baca? :P

Sunday, April 05, 2009

Fourth Year Memang Macam Ni eh?


Esok dah nak exam, tapi aku buat hal macam takde exam langsung. Boleh? Ok junior-junior semua jangan ikut perangai macam ni ok. Tunggu korang jadi fourth year baru boleh buat LOL.

Saturday, April 04, 2009

STBB Blackout Version

We had a black out just now, the real Earth Hour. Hehe...

As always happens in college, when suddenly we live without the lights during the night, we'll shout our lungs out. These are among the STBBs noted:

Hidup Najib!

Dota!!! Dota!!! Jom main Dota wei!!!

Arsenal sayur!

Wei tahu la gelap. Jangan buat benda lagho!

Senyap la!!! Aku nak stadi esok exam!!!

Senyap la!!! Bini aku nak tido!!!

Friday, April 03, 2009

Mari Update Blog

Tapi, takde modal. Boleh?

Exam kot. FYP lagi... Hu~

Tuesday, March 24, 2009

Aku Terkena Panggilan Hangit!


Sedang aku membuang masa bersama-sama kawan-kawan sebilik ku yang sedang melalak-lalak, aku menerima satu panggilan.

Weh! Senyap weh. Ada call ni! Kot-kot daripada Mara ke, Jobstreet ke...

Trooot trooot....

(Suara lelaki. Garau. Dengan slanga Indonesia, sambil diselangseli oleh jawapan "ya" oleh aku)
Hello... Saya membuat panggilan daripada Celcom Center di Bangsar kepada nombor Encik di talian 013***1703. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Encik dan keluarga kerana telah memenangi RM10,000 dalam peraduan anjuran Celcom. Jadi saya ingin memasukkan bayaran kemenangan ini ke dalam akaun bank Encik. Boleh berikan saya nombor akaun Encik?

(Aku dah syak dah. Aku layan je)
Nak akaun bank ape ye?

Akaun Maybank ada?

Maybank saye takde akaunnye.

Jadi, kalau begitu, ada kawan-kawan yang ada akaun Maybank?

Saye takde kawan sekarang ni.

Apa dia?

Saya takde kawan same-same dengan saye sekarang ni...

(Panggilan ditamatkan)

Kau ingat aku mudah sangat percaya dengan kau?

Aku kembali kepada kawan-kawanku.

Weh. Aku dapat call yang kata aku menang RM10,000 yang daripada Indon tu weh!

Tiba-tiba...

Trooot trooot...

Kawanku yang bernombor telefon 013***1704 pula menerima panggilan.

Sah!

Tindakan selanjutnya, dengan segera aku hubungi Celcom Center untuk melaporkan hal tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...