Monday, May 28, 2007

Ulasan album Mawi – Satu Dalam Seribu


Lagu-lagu

Mungkin Langitmu Lebih Biru (Langit Biru)
Lagu ini saya sifatkan sebagai terlalu “Mawi”, berdasarkan 2 faktor utama. Satu: nyanyian Mawi dan, Dua: terjemahan lirik lagu ini. Pada saya, ada beberapa bahagian dalam lagu ini yang saya tidak setuju dengan cara nyanyian Mawi seperti pada rangkap Melujur laluan... Membikin dedaun hati... Ringkasnya, Mawi mempunyai masalah dalam melontarkan nota-nota rendah dalam lagu ini. Berkenaan liriknya pula, walaupun Mawi tidak membuat pengakuan secara jujur bahawa lagu ini berkenaan dirinya, namun bagi saya bukanlah satu masalah bagi pendengar untuk mentafsir lirik lagu ini dan mengaitkannya dengan Mawi. Malah, lagu ini bukan bermaksud jahat, tetapi memberi nasihat dan menyatakan harapan kepada subjek yang dimaksudkan. Berbalik kepada lagu ini, secara jujurnya lagu ini mengambil masa yang agak lama untuk melekat di telinga saya, tetapi apabila memahamkan liriknya, mudah benar ia menjengah dan melekat di telinga saya hingga sekarang.

Angan dan Sedar
Mawi, sila bersiap sedia dengan idea untuk persembahan di Juara Lagu 22 dengan lagu ini! Jika anda belum pernah mendengar lagu ini, bayangkan sahaja bagaimana hebatnya Lagu Jiwa Lagu Cinta sebelum ini, dan begitu jugalah lagu ini. Atau, tidak keterlaluan jika saya katakan lagu ini lebih bagus daripada Lagu Jiwa Lagu Cinta! Suatu garapan yang mantap! Memang makanan Mawi la!

Tercipta Untukku
Macam tajuk lagu kumpulan Ungu, Tercipta Untukmu. Selepas berkali-kali mendengar lagu ini, saya simpulkan ini hanyalah lagu biasa yang tiada magik. Namun, pada saya lagu ini masih boleh diberi ruang untuk diperdengarkan.

Demi Dia
Secara ringkasnya, saya kurang pasti sama ada lagu ini boleh menandingi ciptaan unggul Fauzi Marzuki seperti Kian dan Kekasih Awal dan Akhir. Entah di mana kurangnya lagu ini. Tidak menarik minat saya sangat.

Cinta Zulaikha
Hohoyeah! Lagu ini mengubat kebosanan dalam dua lagu yang sebelumnya. Persis sambungan lagu Aduh Saleha, begitulah yang dapat saya gambarkan kerana ringkasnya lagu ini menggunakan resepi yang sama. Resepi apa yang saya maksudkan? Dengarlah sendiri.

Satu Dalam Seribu
Lagu ciptaan Ajai ini mengekalkan konsep pop nasyid versi Ajai seperti yang terdapat dalam album pertama Mawi bertajuk Cinta Hakiki. Mungkin lagu ini boleh dijadikan single seterusnya selepas Angan dan Sedar.

Insya Allah
Lagu ini menonjolkan Mawi daripada sudut yang belum pernah diteroka dalam album-album dan persembahan pentas beliau sebelum ini. Dengan mood lagu dan nyanyian Mawi yang seolah-olah malas pada permulaan lagu dan kemudian berkembang di bahagian chorus lagu menjadikan lagu ciptaan M. Nasir ini sesuatu yang segar dan harus dipuji.

Ya Salam
Bagi yang belum pernah mendengar lagu ini, bayangkan sahaja lagu duet antara Yasin bersama Vince dalam Berkobar-kobar, begitulah miripnya lagu ini. Saya kurang tertarik dengan suara Yasin yang sengaja disengaukan kerana bagi saya ia mencacatkan lagu ini. Malah secara semulajadinya, sebagaimana dibuktikan dalam lagu-lagu nyanyian Yasin sebelum ini, suaranya tidak sengau. Namun begitu, sepertimana single-single ciptaan Yasin sebelum ini, lagu ini memang mudah untuk menangkap pendengaran (catchy).

Hanya Untukmu
Rakaman baru yang saya sifatkan lebih baik daripada berbanding rakaman yang sebelumnya. Ini termasuk susunan muzik yang lebih baik dan nyanyian Mawi yang lebih terkawal, mewujudkan satu persepsi bahawa ini adalah lagu baru, bukan rakaman baru.

Ujian Buatmu – Sehebat yang Ada
Rakaman baru ini tidak seperti lagu Hanya Untukmu dengan susunan muzik yang baru, tetapi ada beberapa bahagian yang saya rasakan sudah dikemaskan daripada hasil yang sebelumnya. Seperti Mungkin Langitmu Lebih Biru, lagu ini berkait rapat dengan Mawi, malah sebenarnya menceritakan tentang diri si penyanyi itu sendiri, seolah-olah lagu ini memberi motivasi kepada diri penyanyi itu sendiri supaya sabar dan tetap teguh dengan setiap ujian yang datang.

Vokal Mawi
Beberapa lagu dalam album ini berjaya menonjolkan vokal Mawi lebih lagi daripada album sebelumnya. Mawi masih mengekalkan sifat dengung jantan pada lontaran vokalnya, hinggakan ada beberapa bahagian khususnya lagu Hanya Untukmu, seolah-olah ia tidak lagi natural tetapi dibuat-buat. Namun secara keseluruhannya, kita akan dapat mengesan peningkatan penguasaan vokal Mawi.

Kesimpulan
Bagi peminat faantik Mawi, anda seharusnya berasa rugi jika anda belum lagi memiliki album ini. Bagi peminat suam-suam kuku dan yangtidak minat Mawi, apa kata jika anda memberi ruang kepada album ini kerana album ini mungkin boleh merubah tanggapan anda terhadap Mawi.

Harapan
Untuk album Mawi selepas ini, saya mengharapkan supaya lebih banyak kelainan dapat ditonjolkan sama ada dari segi ciptaan lagu mahupun vokal Mawi. Umum mengetahui Mawi boleh mendendangkan lagu irama Melayu dengan baik, jadi mengapa tidak memuatkan sekurang-kurangnya satu lagu dengan genre tradisional. Bagaimana pula dengan album Mawi yang menampilkan semua lagu duet beliau bersama penyanyi-penyanyi kesukaan beliau? Saya menantikan album itu.

Next entry will be on this matter.

7 comments:

Adlan said...

kenapa la aku x ske mawi sgt a?

rsnye aku akan dengar lagu2 die yg berkumandang kt radio jela kot.. xsmp ati nk bli album

azuwa said...

ni bukan pasai mawi, tp nak mintak tlg zaki skit bleh??
asalla susah sgt nak dpt lirik lagu Zapin Beradat Noraniza Idris kat dlm tenet ni??
Oleh kerana Zaki merupakan peminat Noraniza Idris, harap2 Zaki bleh hantarkan lirik tu kpd kte bleh??
Tu pun kalu Zaki ade aa... kalu takde takpe.
Onegai shimas!

azuwa said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

adlan..
minat ni datang dengan sendiri... takleh pakse2.. aku puji ko pasal ko just katekan ko tak minat, without saying anything that may sound offensive. bagus! :D

wawa..
aku peminat kak ani? btw, akan check kemudian k?

Anonymous said...

aku suka mawiiiiiiiiiiiii

Mohammad Ihab Ismail said...

Salam..

Wasehhh.. Macam masyukkkk aku baca ko nyer komen pasal album baru dia ni.. Balik Mesia sure aku tangkap dengar nyer la muehehe.. Adik beradik aku kaki Mawi.. Kekonfem diorg dah beli.. Nanti aku dengar aku pon nak ngomel2 jua hehe..

Tp nampak gaya cam hebat.. Penulis2 lagu yg bermartabat cam Yassin, M Nasir ngan Ajai pon ada ni.. Hebat hebat.. Sepastinya aku nak dengar balik nanti!!

Anonymous said...

DULU X MINAT MAWI..
TAPI SKARANG MINAT PLAK..
MYB TGGAPAN AKU KAT DYE DLU SALAH XD

*PENAH HADIAHKAN MAK AKU ALBUM MAWI :)

DAN AKU MENYIFATKAN ORG YG MENGUTUK O X SUKE MAWI SEBAGAI PENDENGKI...
SLAGI KARIER MAWI XJATUH,SLAGI TU KEHIDUPAN DORANG X TENANG :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...