Thursday, December 04, 2008

Being Senior II

Lanchang 20 km
Karak 41 km
Kuala Lumpur 116 km
Don't try this anywhere but at the highway road. :P


Conversation 1


Minggu lepas adik ko keluar pegi KL, sorang-sorang naik bas. Kat sana baru jumpa kawan-kawannya, tengok wayang.
Wow, hebat! Zaki dulu masa form 2 takde merasa semua ni. Dok terperuk kat Kanchong je. Hari-hari ulang alik situ je la. Langsung tak kenal dunia. Bila masuk form 4, baru la keluar sikit. Itu pun masih dalam Selangor. Hujung minggu balik mak abah yang amik. Sampai habis kat Sambest tak pernah balik sendiri ke Sambest. Mesti mak abah yang hantar. Awi sekarang banyak kelebihan berbanding Zaki.
A’ah... Adik ko tu bila balik sendiri, dia belajar daripada kawan-kawannya. Mak dengan abah pun tak berapa risau pasal dah belajar masa zaman ko dulu. Dulu mak dengan abah tak pandai dan berani sangat nak lepaskan ko macam tu aje.
Hm... itu la bezanya Awi dengan Zaki.

Conversation 2

Kuantan banyak tempat yang best kan? Bertuah korang dapat study kat situ.
A’ah. Aku pun rasa macam tu. Dulu masa kat UIA Gombak, macam terperuk je. Dah la belajar sekolah menengah kat area Selangor. Matrik pulak kat PJ. Terperuk dalam Selangor je. Ni sekarang kat Kuantan, aku rasa perpindahan ni banyak mematangkan aku la.
Bertuah ko.
Kalau tak kerana pindah ke Kuantan, aku maybe takkan ada peluang nak menapak sejauh sekarang. Sejak pindah ke Kuantan, macam-macam tempat aku dah pergi. Bukan setakat kat Kuantan je. Kelantan, Terengganu, semua aku dah terlajak ke situ.

Conversation 3

Ko ni aku tengok rapat dengan junior. Dulu masa ko junior, senior rapat dengan ko tak?
Dulu masa first year kat Gombak, orang sangat ramai, dan kampusnya lebih besar berbanding kat Kuantan ni. Jumpa senior pun bila kat kuliyah je. Di luar kuliyah, susah nak bergaul sesama kuliyah-mates. Sudahnya, kitorang tak rapat mana dengan senior. SCIENCESS pun biasa-biasa je, tak banyak program. Maybe gak pasal aku sendiri yang tak involve dengan SCIENCESS. Dulu aku kat Gombak aktif dalam Caring Club.
Dah tu, macam mana ko kenal Pojan?
Aku dulu, kenal dengan Pojan pun bukan pasal selalu jumpa kat kuliyah, tapi blog la yang memperkenalkan kitorang. Walhal kuliyah takde la besar mana pun.
Owh...
Again, pindah ke Kuantan ni memang banyak la perubahan positif dalam hidup aku. Paling penting, ia banyak mematangkan aku.

My development towards maturity is relatively slow, considering all factors involved especially my background.
So, pardon my immaturity, because I love being myself.

Closely related post: Being Senior

56 comments:

Liyana said...

Conversation 1...
biaselah...
aku pun lebih kurang kot...
yang bagus sejak aku masuk UIA...
parents aku mula percayakan aku berdikari...
especially bila 2 tahun dok PJ...
raya haji masa tu aku balik kedah sendiri... :D

Conversation 2...
no offense okay kalau kata2 aku ni macam memperlekehkan budak2 KL-Selangor...
korang kalau dapat belajar dekat tempat tinggal memang akan terperuk la jawabnye...
aku cakap ni based on pengalaman aku berbual dengan roommate aku...
selalunya, kalau cam kitorang ni dapat peluang belajar luar negeri kelahiran sendiri...

cakap pasal Kelantan-Terengganu...
tu je negeri yang aku belum sampai lagi...
huhu~

Conversation 3...
susah nak jumpa senior yang rapat dengan junior...
I mean having a relationship as friend...
not as senior-junior thing...
aku gembira ada senior macam ko...
or should I say 'friend'... :D

banyak dah kot aku menaip...
kang jemu pulak ko nak membacanye...
huahua~

Anonymous said...

ok, anda di maafkan...

Akmal Azeman said...

hmmm..idop kite lbey krg same r...

as u know...my parents are a bit tooo overprotective. Nak drive dr greenwood sampai terminal putra pon mcm susah nak dpt permission. then again. im a girl...i dont tink it is TOOOO appropriate for a girl utk slalu merayap (aku kan org tradisional~~~ harharhar)

tp..bandar kuantan tu sgtla kecik~~~ mmg senang utk aku merayap sana sini..muahaha!

well. kuantan had tot me a lot. n i am thankful for kekecilan kampus kuantan sbb kekecilan dier lah yg mmbolehkan junior n senior dpt kenal2, bergaul-gaul dan last skali berkawan-kawan. btol tak?

btw. aku kenal pojan sbb si arshana bwk 'geng' dier tyme open house ry kat umah aku thn lepas. d 1st few tings yg dier ckp kat aku:

1) ni open house utk ape? bkn ke raya da abes..? (ni benda yg 1st skali dier ckp)

2) wah..lawa gigi kamu~ (ni dier ckp sesudah msk umah dan duduk ngn selesanye kat atas kerusi sofa)

HAHAHAHA!!! adeihh~

D.E. said...

mcm kenal je conversation 3........ bnd tu happen antara sape yek? I wonder.....hehehe

Jepah said...

conversation 1:
parents aku mmg ajar aku berdikari dari kecik lg...
so, mmg xde prob sgt la mcm ko...
kuikuikui..

conversation 2:
bljar kat negeri selain negeri sndiri best gak...
luas pemandangan, jauh perjalanan... eh, terbalik lak...
jauh perjalanan, luas pemandangan..
ko smpai kat ganu pun, bukannya nk smpai rumah aku... hampeh tol..

conversation 3:
aku lebih rapat ngan senior berbanding junior... tp, kalu aku da 4th year nnti, da xde senior, so, kene rpat jgak la ngan junior..
jd, aku rpat ngan senior n junior selain rpat ngan dak2 batch aku.. hahaha

Unknown said...

liyana....

pasni bleh la balik kampung lebih kerap lagi pasal dah boleh balik sendiri.. papehal pun, seelok2nya jangan kuar balik sendiri sorang2 ye dik.. pastikan sebleh2nya balik mesti berteman. untuk keselamatan ko jugek~ :D

ok. sekang aku juga termasuk dalam golongan yang pernah begitu. i mean, tak keluar drpd negeri kelahiran so perjalanan tu tak luas, pemandangan also tak luas. sekang dah kuar drpd selangor n KL, macam2 aku dah gain and develop. even i think i would like to kerja one day di luar selangor jugak, but then kena fikir jugak la kepentingan mak abah aku yang stay kat Selangor kan~ :D

heh. camtu plak. pada aku, regardless of the age, as long as kita hormat seseorang tu as another human being, itu lah yang sepatutnya. aku lebih suka untuk tidak meletakkan seseorang itu sebagai junior or senior to befriend with, but then disebabkan perbezaan usia dan batch, mende tu takleh dielakkan... :D

komen je pepanjang liyana.. takkannya aku bosan bace komen panjang2 ni.. :D

Unknown said...

pojan...

blom raye lagi lah! :D

moon said...

conversation 1

akak lg la sgt tidak berdikari. anak bongsu dalam keluarga. plus, a girl. kalau duk sabah, na jalan ke mana2 bapak anta. kalau na kuar dengan kwn, mak siap tanya, reti ke naik bus tu. tp Alhamdulillah, sesudah menapak di bumi PJ, Gombak, Kuantan, semua itu telah mengajar akak erti ke-berdikari-an. hehe. beranila cket na jenjln kan. da puas da naik flight sorang2, n travel sorg2. kdg2 tu mcm ta sangka jugak. haha. pas ni na travel sorg2 g oversea plak.

conversation 2

kuantan mmg memberi memori yg sgt manis dlm kehidupan akak. went to kuantan we were in final semester. yg paling penting, ukhuwah bertambah erat dengan kengkwn sebab kampus yg kecik. =D

conversation 3

akak kurang rapat dengan senior and junior masa kat UIA dulu. byk masa akak hang out ngan kengkwn yg sama batch ngn akak. tp, towards the end of my year in UIA, barula start berapat2an ngn senior (junior beberapa kerat) je. tu pon sebab byk join program, n UIA kuantan yg kecik (again!). hehe

Unknown said...

kema...

dalam kes kita, maybe ade kelainan pasal ko perempuan, aku lelaki dan ko ade kakak yang lebih tua yang telah dibesarkan from which your parents must've gained knowledge and experience that made them being as such. maybe.. :D

pasal pojan tu, memang kekadang soalan2 dia tak bleh blaa.. sape2 yang tak berapa kenal dia memang akan rase pelik, but given more time to know him, you'll love him then. huhu~

kan pojan?

kitorang mengumpat ko nih~ :P

Unknown said...

danial...

ehehe~ diam2 sudey~ untuk menjaga privasi, nama pembual tidak dinyatakan :P

ade gak kekadang tu, conversation yang hampir sama berlaku beberapa kali tetapi bersama orang lain, melainkan part yang mak aku tuh. pasal aku ade mak sorang je. heh

boleh? :P

FaZiLa said...

ngadap laptop tepi highway tuh..~~

kalo kt plus highway,sure kna booo kt propel intervention team:)~staff aku.lalala

Unknown said...

jepah..

adakah kau rase faktor adik beradek ko ramai menyumbang kepada keberdikarian ko? pasal pada pandangan aku, parents akan lebih terbuka untuk memberikan ruang untuk anak2nya berdikari jika mereka mempunyai anak yang ramai, sebab kasih yang terpecah2 dan cuba disamaratakan menyebabkan setiap anak mendapat perhatian yang proportionnya sedikit berbanding parents yang ada anak 2-3 orang je.

apa pandangan ko?

heh.. maseh tak pas hati lagi ke dengan aku pasal tak singgah rumah ko tu.. maklum la pah~ aku gi ganu haritu pun bukannya sorang2. pastu dah de plan yang mantop, so tak nak la suka suki mengubah jadual.. huhu~ insha Allah ade rezeki ada masa ada jodoh aku gi rumah ko k~ tak jauh mane pun KT tuh~ in fact, i enjoyed driving Kuantan-KT berbanding Kuantan-KL pasal banyak mende bleh tengok especially pantai. seronok a!

paling penting, kita tak boleh memaksa untuk menjadi rapat dengan semua orang. ada orang yang kite leh masuk, ade yang tak boleh. mengambil contoh macam aku sendiri, dalam satu persatuan ni, secara professionalnya, aku perlu rapat dengan dia memudahkan tugas2 pengurusan persatuan, but then somehow memang tak boleh. tak tahu nape. sudahnya, kitorang lebih banyak berhubung atas dasar professional, bukan atas dasar persahabatan..

*ok, itu dah masuk bab lain sebenarnye :D

Unknown said...

moon...

akak lagi jauuuuuuhhh perjalanan luas pemandangan. dari sabah tu~ dalam kes akak, saya yakin parents akak mungkin takde pilihan lain melainkan melepaskan akak untuk berdikari sebab mungkin mereka tak mampu untuk mengiringi akak setiap kali akak ulang alik semenanjung-Sabah. ye la~ takkan nak hantar semata2 ke seberang and then balik lagi ke Borneo kan~ :D apa2pun, semakin kita dewasa, semakin parents kita percaya untuk melepaskan kita untuk belajar mengenal dunia. saya ucapkan tahniah kepada parents yang berani melepaskan anak2 mereka untuk mengenal dunia seawal2 usia :)

kampus kuantan memang sangat kecik kalo nak bandingkan dengan gombak. dan itulah faktor yang menyebabkan banyak perubahan positif dalam diri saya, dan juga saya yakin dalam diri akak walopun hakikatnya akak cuma hidup di situ selama 1 sem :D

kak, kite mula2 kenal dulu melalui apa eh? blog jugak kan? pastu jumpe kat cafe, akak macam malu2 kucing gitu.. huhu~

Unknown said...

fazilla..

hehe~ ade cerita yang menarik di sebalik gambar tu sebenarnye~ bukannya suka suki nak singgah tepi highway then amik gambar :)

azuwa said...

hmm.. I love being myself too.
walaupun aku ni stubborn, and despite the fact yg aku ni anak pompuan yg sorang dlm famili aku, aku still jd independent. so aku tak kisah nak keluar KL sorang2, even masa gi Banting tu pon aku dtg sorang2. ingat tak?
hmm.. mmg parents kena jd protective, yet for me as long as I know what I'm doing, it doesn't matter whether parents aku nak marah aku ke, hape ke, sbb hobi aku yg suke keluar sorang2 ni.

but in the end they understand :)

Anonymous said...

azuwachan...

but i think it's always best to go out with accompany. maklum la.. perempuan kan.. :)

As said...

1. erk, ade pape urgent kena ngadapa laptop kah? And gambar tu auto ke ade sumone balik together with u?

zaki meh nak share with u my story..

C1. Sejak Form 1 disebabkan keluarga busy memang dah biasa jalan sorang kat kL.

After SPM banyak kena gi interview area kL, time tu ah start jadi tourist guide kat kengkawan. Sebenarnya saje2 pegi interview sbb nak jalan2. :D

Bila masuk PJ, I have no problem if nak jalan jauh ke mana2, sbb as dah agak hafal flow jalan dan route train.


C2. Dulu setahun sekali nak smpai KT pun susah, sejak skolah menengah kat situ, barulah kenal KT. Baru belajar jalan sendiri kat bandar KT.
Parents as agak protective susah nak bg kuar ke mana2 jauh2 masa as duk skolah harian.
Once masuk asrama, wide gila kehidupan sbb banyak wakil skolah ke benda2 peringkat kebangsaan, nak tak nak parents terpaksa benarkan jalan jauh2 dgan kawan2. :P

belajar kat PJ, family belah ayah sume sini. Abang2 pun ada sini, jd ade je talian hayat datang beri bantuan segera. Agak tak thrill la. And time ni ah dah biasa drive kat kL. And as rasa driver kat kuantan lg dasyat drp kat kL.

Dah masuk Kuantan..heh another era..banyak mintak tlg kengkawan, thanks dude!

C3. Rapat dengan senior..sangat2. tp final year jelah setiap tahun, last yr and this yr. Until now even da grad pun. Takkan lupakan kebaikan mereka, kenang smpai bila2 :D

(erk skang ni zaki count in ah kiranya?)

Start akhir sem lepas baru pandai ajak junior kuar makan (salah sorang nye izzah ah) and start rapat dgan junior2. Owh baek kan saye...auww..haha

itulah sharing saye dengan kamu :)

i love this entry..jalanan kehidupan silam, jarang orang nak share scara public :D

Jepah said...

i dun think so... parents aku ajar adik beradik aku berdikari dari kecik supaya kami semua da knal erti susah payah kehidupan dari kecik lg...

mmg best pun jalan Kuantan-KT..
naik moto lg best... bleh rasa angin pntai yg bertiup sepoi2 bahasa...
(kdg2, ade gak jd sepoi2 x reti bahasa..)

Liyana said...

balik kerap masa cuti panjang je...
sejak masuk Kuantan memang aku keluar sorang2 dari kampus->terminal sebab aku dah selesa bergerak solo ...
mungkin sebab aku dah biasa sejak kecil lagi buat apa2 pun sorang2...

bab kerja ni kadang2 tak boleh nak pilih...
aku pun kalau boleh nak kerja kat Kulim je...
ko sebagai anak sulung & aku sebagai anak bongsu...
masing2 ada sebab tersendiri untuk tidak berjauhan dengan parents lepas dah grad...

ko taip tu betul tapi ada orang yang suka letak 'senior-junior' sebagai 1 jurang...
aku nak orang kawan dengan aku sebab itu yang dorang nak...
regardless age and even gender kalau boleh...
tapi lain orang lain persepsinya, aite???

nasib baik ko tak bosan baca komen aku panjang2...
boleh la aku buat summary kat sini selalu... :D
hahaha~

ILA said...

UIii...kalau akak terjumpa orang tgah dok menatap laptopnya kat tepi highway..mcm gambor di atas..langgarrr jerkk..
apa kiraaaa!!!tak de tmpat lain kerr..nak dudukk..:p

PErkembangan zaman remaja skrang & dahulu berbeza.parent pun semakin berusia.Mereka tak bley mengongkong seperti zaman dahulu.Dulu bley lah menjerit2 lagi.skrang kalau menjerit2..aduhh..sakit jantung pun dtg.so lebih byak guna kesabaran le..

Zaki..
senang ckap emak is d best lerr...
naluri keibuannya tu..membuatkan dirinya SPORTING!!Ye tak??

Anonymous said...

as..

pasal gambr tu, kalo aku rase mende tu menarik utk dimasukkan dalam entry akan datang, aku buat k~ :D

thanks for the sharing. terharu T_T

izzah tu yang taekwondo tu kan?

Admin IIUMBloggers.com said...

jepah...

parents ko mantop! i can see the results in you and your bro, madang. kem salam kat mak ko eh :D

uiks~ naik motor, mesti sampai KT dah tak rase bontot dah. kebas! ahaahha~ aku drpd Banting ke Gombak pun dah macam tu, apatah lagi Kuantan - KT! :P

Unknown said...

erk.. atas ni aku. huhu~

liyana...

mantop! sesungguhnya ko adalah insan yang sangat cepat membesar! *in term of maturity of course. bab physical, tu tak penting :P

masing2 ada sebab tersendiri untuk tidak berjauhan dengan parents lepas dah grad
betol betol betol...

as i said above dalam komen balas terhadap jepah itulah dia pandangan aku. sila refer :)

bukan setakat summary je dik, tapi ko boleh buat entry baru! ahahah~ teruskan mengomen panjang2. aku suka!a

Unknown said...

kak ila~

kalo langgar saya, saya takut kereta tu yang kemik, saya ok je..kebal katenye. huahua~ *kejam tau nak langgar orang yang tak berdosa *tak berdosa la sangat~ :P

akak sebagai seorang ibu, apakah perancangan akak dalam membesarkan anak2 akak? adakah akan lakukan sama seperti apa yang pernah ibu akak lakukan semasa membesarkan akak? tapi yang pasti, semakin berusia dunia ni, semakin berlainan cara dan gaya untuk membesarkan anak.

kan?

Liyana said...

I take that as a compliment... :D

baik dah refer...

sib baik ko suka...
kalau tak aku nak bersara dari mengomen kat blog ni...
huhu~

Unknown said...

liyana...

it IS a compliment and i'm glad you weren't hurt by the asterisk sentence. huhu~

jangan!!! jangan bersara!!! tapi sila bersaraliyana :-"

Liyana said...

dalam hidup ni kadang2 ada perkara yang tak perlu kita amik serius sangat...
bagi aku, kadang2 kena ignore je benda2 remeh ni...
baru hidup happy... :D
why must I feel hurt by that asterisk sentence???
aku baca biasa je...
nape, ada nada2 sindir ke???
huahua~

Unknown said...

liyana...

betol betol betol...

glad that you have that mind set :D
tak emotional :D

sindir atau tak, it depends on how you take it la. aku gurau je :P

Jepah said...

ni komen yg ke brape aku xtau lah..

tu la... mase aku n abg2 n akak2 aku dulu, kitorng di didik dgn "rotan"...
mase tu mcm2 rase la dtg... tp skrang, syukur sgt2... "rotan" tu la yg jdikan kami semua manusia berguna....

sbb da di ajar berdikari, so, parents aku x kesah tinggal aku duk rumah sorang2... kalu ko nk tau, lepas matrik dulu, 2 bulan aku duk rumah sorang2... hihihi...

Liyana said...

it depends on how I take it ye...
well, aku baca macam biasa je...
takde terlintas yang kata2 tu berbaur sindiran...
ala, macam aku tak tau ko ni memang suka gurau...
kan???

actually aku ni emo...
tapi aku sedang belajar control keemoan aku tu...
sebab pas aku masuk UIA baru ada orang tegur aku...
aku ni perempuan yang perangai macam laki... huhu~
agaknye orang lahir tengah hari & takde sister(s) memang panas baran & kasar lebih kot~

Unknown said...

jepah...

amboi.. garang eh parents ko dulu. tapi ape2pun, tengok la hasilnya sekarang :D tahniah sekali lagi! boleh la calonkan parent ko untuk anugerah ibu mithali tahun depan :D

wah! 2 bulan lama kot. mane pergi diorang? haji kah? tak plak ko dok dengan adek beradek ko yang lain? bagus, ko pandai berdikari!

Unknown said...

liyana....

aku suka bergurau? i can say yes and i can say no. dalam blog, maybe aku nye intensity gurau tu tak sedingin aku di luar. :D

wooohoo... aku dah pelik dah. ko ni kasar tapi emo. is that what you're saying?

Jepah said...

yup.. my late father very very strict...
tp, hasilnya, mmg berkesan...
diorang gi mesir... aku malas nk nyusahkan akak2 n abg2 aku...
so, aku stay je kat rumah sorang2 n aku cari kerja sambilan...
6t la aku cube citekan dalam next entri aku... =p

Unknown said...

jepah...

kau harus bersyukur dibesarkan oleh mereka :D

that happened previously. what we discussed inspired you to write something in your blog. best la camni :D

Jepah said...

walaupun aku baru 21 tahun, namun da byk aku blaja tentang liku-liku kehidupan...

Anonymous said...

jepah...

walaupun aku dah 23 tahun, namun belom byk aku blaja tentang liku-liku kehidupan...

Liyana said...

ok, let me get this straight...
aku memang kasar...
mungkin faktor utama sebab aku membesar dengan 2 orang abang...

aku emo bila ter'kena' dengan certain orang pada certain situation...
tapi selalunye aku serang balas je balik kat orang yang cari pasal dengan aku...

not a good manner for a girl, aite???

Jepah said...

tp, bg aku, masih byk lg aku kene blajar... to survive..
being a survivor...

Anonymous said...

liyana...

:D

i'd say just be yourself. if you think and believe that's the best for you to be, you go for it.

:D

Anonymous said...

jepah..

life is a journey of learning to be better..

talabal 'ilmi minal mahdi ilal lahdi, right?

Liyana said...

baik!!!
thanks for the advice... :D

Anonymous said...

liyana...

ah~ dont say thanks for that.. :)

Anonymous said...

Esok nak balik kampung.
Akan lalu kat highway jgk.
Lalalala jgk~

Anonymous said...

knowlee...

alele.. nak tiru la tu :P

As said...

if tak wat post pun leh cite personal ;)

take care

Liyana said...

malu le tu...
lalala~ :D

Amin Mansor said...

zaki, komen2 semuanya ceritakan psl diri msng2. ko macam ada daya tarikan, ciri2 pendengar yg baik ada pada ko..Hehe.seriusly, diorg selesa dgn ko. tahniah zaki (ikhlas dari amin mansor) =P

Anonymous said...

as...

once posted, not personal anymore. huhu~

Anonymous said...

liyana...

wek! :P

Anonymous said...

amin...

thanks for the compliment :)

ni lah tujuan aku blogging. setiap kunjungan akan dilayan dengan penuh hemah katenya :D

dan blogging bukan setakat suka2 tanpa sebarang faedah. kalo boleh kembangkan perbincangan tu supaya lebih meluas lagi :)

:: !zyan :: said...

agreed with conversation 1 & 3.

conv 1 -> mase msk boarding school nun kat kelantan baru la terase ade dunia luar dr KL & Selangor. Alhamdulillah. Melatih diri utk berdikari.

conv 3 -> naturally..akak senang bergaul dgn sume org. tapi nape ntah kat kos gombak dulu am not really blend with juniors (kos). Kalo layan junior pun..either dak math jugak ataupun kalau de program jek. Takpun sbb schoolmates jer. huhuh.

Conv 2 -> tak berpeluang nak rase itu..eheh.

Unknown said...

izyan...

thanks for the sharing :)

ala.. sekang akak ade adek kat kuantan, kang selalu datang kuantan. kuantan best kak~ :D

tengok je kat entry2 saya yang lepas. banyak saya pergi ke tempat2 yang best, cuma saya tak ceritakan semuanya pasal nanti orang malas nak explore sendiri. huhu~ :D

As said...

i mean pasal kenapa stop tepi jalan camtuh :D

Unknown said...

as...

owh.. ok.. takde la personal sangat pown ceritanya. tayar kereta kawan meletop. berhenti tepi jalan. sambil tunggu peronda datang, apa lagi.... ngehehe~

As said...

huyooo dasyatnye..

Unknown said...

as....

entry ahad akan ade gambar berkenaan. sila tunggu jab lagi k~ :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...