Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

Apabila Orang Insurans berhubung dengan Orang Cerewet

Semalam ada orang insurans call saya. Apabila mendengar nama syarikat insurans tu, sejuk sedikit hati saya sebab akhirnya ada orang insurans yang agak terkenal yang menghubungi saya. Sebelum ini, saya dapat banyak panggilan daripada bermacam-macam syarikat insurans yang entah apa-apa dan tak pernah didengar pun. Ada satu tu, pemanggilnya berkata ada hubungan dengan Maybank, tapi apabila saya hubungi Maybank untuk pengesahan, Maybank tak tahu pun kewujudan syarikat tu.

Selain itu, ada satu lagi panggilan di mana di hujungnya saya digelar "Bodoh" lalu panggilan ditamatkan hanya kerana saya enggan memberikan nombor kad kredit saya. Nampak sangat nak membohong. Dah la berhubung menggunakan nombor "Withheld".

Berdasarkan pengalaman-pengalaman buruk tersebut, ia membuatkan saya jadi lebih berhati-hati dengan sebarang panggilan seperti ini. Sudah kira bagus juga sebab saya masih ada hati nak melayan. Ada kawan saya yang terus kata tak berminat jika mendapat panggilan seperti itu. Kiranya, saya masih memberi peluang la kepada orang insurans sebab saya tahu, tak semuanya berniat jahat.

Apabila saya sudah jadi lebih berhati-hati, saya ada membuat sedikit sebanyak kajian untuk mendapatkan maklumat dan nasihat lebih lanjut. Antara yang saya baca adalah daripada zaharudin.net yang antara lain menasihatkan supaya jangan terlibat dengan sebarang perniagaan yang berbentuk samar, maksudnya tak nampak produknya. Dalam hal insurans ni, memang tiada produk dalam bentuk fizikal tetapi dalam bentuk perlindungan.

Semuanya tertulis dalam dokumen polisi yang perlu dibaca oleh pelanggan sebelum mereka berpuas hati dan menandatangani perjanjian jual beli. Tetapi, dalam semua panggilan yang saya dapat, mereka nak nombor kad kredit saya untuk mereka cajkan sebelum menghantar dokumen polisi. Maksudnya, saya bayar dulu, baru dapat baca dokumen polisi tu.

Jadi, disitu tiada keadilan bagi pihak saya sebab saya tak dapat baca kandungan dokumen polisi secara menyeluruh. Memang saya diberikan dokumen informasi mengenai pakej insurans itu, tetapi dalam dokumen informasi tu, masih tidak jelas dan ada klausa-klausa yang boleh dipersoalkan ketelusannya seperti "Huraian di atas adalah tidak terperinci dan anda hendaklah merujuk dokumen polisi untuk maklumat lanjut."

Masalahnya, kalau nak baca dokumen polisi tu, kena bayar dulu. Dan jika mahu bayar, kena guna kad kredit. Bukankah di situ ada unsur-unsur kesamaran?

Bagaimana kalau saya dapati rupa-rupanya dalam dokumen polisi tu banyak klausa yang menjerat saya yang akhirnya menyukarkan saya untuk membuat tuntutan? Orang insurans ni seboleh mungkin tak nak bagi duit sebab nanti dia yang rugi. Diorang pun berniaga, nak untung. Tidaklah nak bagi duit tuntutan sesuka hati mereka, kan.

Jadi, di situ saya nampak ada kesamaran dan kelompangan. Dan urusniaga yang seperti ni diharamkan dalam Islam.

Yang lebih membuatkan saya tidak percaya ialah perbualan tu berlaku menerusi panggilan telefon. Saya tak nampak orang tu, dan dia tak nampak saya. Tapi kalau saya berikan nombor kad kredit saya, dia dah boleh kikis duit saya tanpa saya ketahui. Menerusi panggilan telefon tu juga, macam-macam dakwaan yang tak tentu lagi kebenarannya disebutkan.

Paling tak boleh blah adalah apabila saya diminta untuk menyebutkan nombor kad pengenalan saya. Pada awal perbualan, dia memaklumkan bahawa dia cuma ada nama dan nombor telefon saya sahaja. Saya hampir bersetuju untuk membeli pakej insurans tu sampai apabila dia meminta nombor kad pengenalan. Saya sebut sepatah2,

85, dia ulang 85 (seolah-olah macam tengah menulis la).
10, dia ulang 10.. dan seterusnya sehingga empat nombor terakhir.
51 dia tak ulang 51, tetapi dia terus sebut dua nombor terakhir - 03!

Kantoi! Rupa-rupanya dia ada maklumat mengenai nombor kad pengenalan saya!

Apabila saya persoalkan bagaimana dia tahu 2 nombor terakhir, dia tak mengaku. Mulalah bagi bermacam-macam alasan. Kononnya dia boleh bagi nombor kad pengenalannya juga. Seolah-olahnya, saya percaya dia akan betul-betul berikan nombor kad pengenalannya yang sebenar. Kalau pun betul, apa yang saya boleh buat? Tiada kerja saya nak semak dengan polis :P

Selepas itu, dia beri alasan lagi, katanya nombor kad pengenalan lelaki berakhir dengan nombor ganjil. Kemudian saya persoalkan, kenapa 3? Kenapa tak 1, 5, 7 atau 9? Dia gagal menjawab. Itu belum lagi saya persoalkan kenapa pilih nombor 0 sebelum 3.

So kat situ saya dah nampak ada unsur2 pembohongan.

Agak-agaknya dah penat mahu melayan saya, dia sambungkan pula kepada rakan sekerjanya yang saya yakin penyelianya.

Saya tak takut, saya tiada masalah mahu bercakap dengan sesiapa pun. Dalam perbualan dengan orang kedua ni, saya menegaskan bahawa saya mahu baca dokumen polisi dahulu, baru saya akan setuju (atau dalam istilah islamiknya, berakad).

Tetapi dia tetap kata dokumen polisi tu akan dihantar selepas bayaran dibuat. Lepas tu dia mempersoalkan sama ada saya pernah ada insurans atau tidak. Saya ada takaful, tapi saya buat di bank di mana ia lebih meyakinkan sebab saya boleh bertanya terus kepada pegawai yang bertugas sekiranya ada sebarang terma dan syarat yang tidak difahami. Lagipun, ada hitam putih, bukan main cakap sahaja.

Pada penghujung perbualan, dia juga gagal mendapatkan nombor kad kredit saya, dan saya berikan dia pengalaman berunding dengan bakal pelanggan yang sangat cerewet. Ya la, saya dah didedahkan dengan pengalaman dalam panggilan-pengalaman sebelumnya yang pelbagai ragam. Mangsanya ialah sesiapa yang akan hubungi saya selepas ini kerana perlu bercakap dengan orang yang terlalu berhati-hati. Hehe...

Saya rasa, kalaupun saya nak beli insurans, saya lebih selesa jika bertemu dengan orangnya, bukan melalui panggilan telefon dan meminta nombor kad kredit.

Wednesday, September 01, 2010

Szakif’s Pie is Now Commercialized!


I have built a page in Facebook for Szakif's Pie where I can share updates and information about the pie and its orders.

Since I built the page, I always get orders for the pie at least twice a week that I have to ask myself, can I do it?

Yes I can!

Visit Szakif's Pie page here and get updated for orders opening!

Sunday, August 29, 2010

Zakat


Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Pada waktu-waktu seperti ini, persiapan menyambut perayaan semakin rancak.

Namun dalam hati aku terselit satu persoalan: Mak dan Abah sudah ada baju raya ke? Senyap je orang tua aku ni.

Hujung minggu itu, aku pulang bersama isteri ke kampung untuk menjenguk mereka. Aku tidak dapat berbuka bersama mereka maghrib itu kerana ada perancangan lain bersama rakan-rakan sesekolah rendah dulu di sebuah hotel.

Malam itu, aku ambil peluang berborak bersama Mak dan Abah. Kebetulan pula adik kandungku, Awi pulang ke rumah dari asramanya. Isteriku menemaniku di ruang tamu itu.

"Dah dekat nak raya ni, Mak Abah dah ada baju raya ke belum?" tanyaku.

"Eh takpe la, Ki. Kau simpan dahulu duit kau tu. Teguhkan kewangan kau dan isteri," jawab Abah seakan-akan faham akan niat asalku untuk membelikan mereka baju raya.

Aku tidak terus memberikan kata dua. Sedikit masa kuambil sebelum aku bersuara semula, "Itu lah. Zaki dan isteri pun sebenarnya tak beli baju khas untuk raya ni. Sebabnya baju masa bersanding dulu kan ada. Cantik pun. Tapi...."

"Tapi apanya Ki?" pantas emak memotong.

"Tapi Zaki rasa bersalah lah pula kalau tak belikan Mak Abah baju raya tahun ni. Tahun lepas Zaki belikan, tahun ni dah kahwin..." aku tidak menghabiskan kata-kataku.

"Takpe... Abah dan Mak faham. Kau tu baru kahwin. Baru belajar nak seimbangkan kewangan. Zakat fitrah kau dah bayar?" tanya Abah.

"Belum lagi," jawabku lalu kusambung, "tapi Zaki rancang nak bayarkan zakat untuk Mak dan Abah. Awi pun."

"Ha... Kalau macam tu, bagus. Itu lagi wajib. Jangan lupa bayarkan zakat untuk isteri kau tu sekali" Emak mengingatkan lalu menyimpulkan perbualan kami.

Terima kasih Emak dan Abah.

Friday, August 13, 2010

Szakif Meli - Pelik?


Klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas.

Sudah beberapa minggu aku tukar namaku di Facebook kepada Szakif Meli.

Mungkin ramai sudah tahu cerita di sebalik nama Szakif itu. Tetapi mana pula datangnya perkataan Meli (sebut: mur-lee)?

Bagi yang mengenali isteriku, mungkin mudah sahaja mereka mengaitkannya dengan nama isteriku kerana namanya di Facebook ialah Mary Mei Li. Tetapi sebenarnya, bukan.

Meli ialah panggilan kepada Abahku. Biasanya di sebelah keluarga Abah, adik-beradiknya memanggil Abah dengan nama "Abang Meli" walaupun nama sebenarnya ialah Ramli. Abah ialah anak kedua, sulong bagi yang lelaki daripada 16 adik beradiknya. Ye, 16 orang. Jarak umur antara yang paling tua dan yang paling muda cuma 20 tahun. Gila produktif arwah nenek aku.

Pernah Abah meluahkan dia kurang selesa dengan panggilan Meli itu, malah Abah lebih selesa dengan panggilan "Acik". Mungkin Abah tidak berapa kisah sangat, asalkan orang lain selesa memanggilnya dengan nama itu.

Nak dijadikan cerita, selepas aku tukar nama kepada Szakif Meli, ada pula orang yang aku tak kenali berminat menjadi rakanku di Facebook, seperti dalam gambar di atas.

Persoalannya:
1. Tak cukup Melayu ke nama Szakif Meli?
Mungkin. Nama Szakif unik kot. Cuba google. Apa yang korang jumpa?

2. Tak cukup Melayu ke muka aku?
Memang. Aku kan kacukan Pan Asia.

:D

Thursday, July 01, 2010

Dia Menangis Lagi


Penafian: Bukan niatku menulis segala kelemahan isteriku. Malah tidak pernah aku nyatakan semua yang aku tulis betul-betul seperti apa yang berlaku. Cuma ada sedikit sebanyak yang aku cedok daripada pengalaman hidupku dan isteri, yang baru memasuki usia bulan ketiga hari ini. Ambil pengajarannya kerana itu lebih penting, bukan ceritanya.

Maghrib itu, aku bersolat sendirian. Isteriku tidak dapat menjadi makmumku.

Dia duduk di satu sudut, tidak jauh daripada tempat bersolat. Aku izinkannya bermain Facebook sambil menungguku bersolat.

Sebelum sempat kuangkat takbir, terdengar bisiknya sendirian, "Eh, dah mengandung dah..." Oleh sebab aku yakin dia bukan berkata tentang dirinya, aku teruskan sahaja solatku.

Usai menunaikan solat, terus kucapai al-Quran. Kuhenyakkan punggungku ke atas tilam katil. Lebih selesa duduk di situ daripada duduk di atas lantai. Kuluruskan kakiku untuk lebih selesa.

Dia masih di sudut itu, melayari Facebook. Biarlah, jika dia dekat padaku, mungkin batal wudukku jika aku tersentuhnya.

Lalu kubaca mukjizat terbesar Nabi Muhammad itu dengan agak lantang. Biar dia kongsikan bersama sepuluh pahala yang kudapat bagi setiap huruf yang kubaca.

Tidak lama kemudian, dia datang kepadaku lalu memelukku. Hati-hati dia dekat padaku, agar tidak tersentuh kulitku. Tangannya merangkul pinggangku. Mukanya pula dibenamkan ke bantal. Tidak pula aku syak apa-apa melainkan kerinduan memelukku yang mungkin terselit di dalam hatinya.

Aku teruskan membaca al-Quran. Kukurangkan kelantangan bacaanku kerana dia sudah dekat denganku, betul-betul di sebelahku.

Dia tidak bergerak-gerak. Timbul rasa pelik.

Ah, bukan tidak kukenal isteriku ini. Mesti ada apa-apa ni!

Terus kutamatkan bacaan. Kuletakkan naskhah mukjizat itu di sebelahku lalu cuba melihat wajahnya. Dia menepis lembut. Tapak tangannya menutup kedua-dua mata, namun kuberjaya menduga bahawa dia rupa-rupanya sedang menangis apabila jelas hidungnya merah dan pipinya basah.

"Sayang, kenapa menangis ni?" Dia tidak terus menjawab, mungkin sedang melayan perasaan.

Fitrah wanita, jika ada yang mengusik jiwa dan nalurinya, mudah air mata mengalir. Pada saat itu, aku masih gagal mengagak puncanya tiba-tiba mengalirkan air mata, hinggalah aku teringat kata-katanya sebelum aku mengangkat takbir tadi.

Mungkin!

"Kawan sayang yang baru kahwin itu, sudah mengandung ya?" kutanyanya, menduga tekaanku.

Dia cuma mengangguk perlahan. Aku senyum dalam senyapku. Betul agakanku.

Sedikit masa kuambil sebelum kuungkapkan kata-kata nasihatku, "Sayang, mungkin belum rezeki kita. Mungkin rezeki mereka begitu caranya, rezeki kita lain pula caranya. Bukankah Allah itu Maha Adil. Dia Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk kita."

Mulalah aku membebel. Dia cuma mendengar sambil air mata setitik demi setitik membasahi lenganku.

"Walau apapun sayang, tak kira dapat anak cepat ke, dapat anak lambat ke, dapat anak seorang dua sahaja ke, dapat anak berderet-deret ke, pokok pangkalnya - bahagia. Tak guna dapat anak cepat, tapi tak bahagia. Tak guna anak berderet-deret, tapi tak bahagia."

Aku sambung, "Kita ni baru kahwin 2 bulan. Mungkin Allah suruh kita ni hidup berdua dahulu. Kita kena betul-betul hargai masa berdua yang kita ada sekarang. Nanti jika ditakdirkan mengandung, cara kita menghargai masa dah lain. Nanti anak dah lahir, lain pula. Yang penting, kita cari kebahagiaan dengan apa yang kita ada di depan mata kita dahulu."

Dia senyap sahaja.

Maafkan Abang, wahai isteriku. "Bertuah" kau dapat suami yang kuat membebel. :)

Saturday, January 09, 2010

Pasca Ijazah Sarjana Muda: Mahu ke Mana?

Sudah ramai dalam kalangan junior di UIA yang bertanyakan kepada saya tips-tips pasca ijazah sarjana muda. Ada yang bertanyakan peluang-peluang kerja, menyambung ke peringkat ijazah dan tak kurang juga yang bertanyakan sekiranya tempat kerja saya sekarang membuka peluang kerja kepada mereka pula.

Ada juga yang bertanya perkara-perkara yang perlu difikirkan sebelum kaki mereka melangkah keluar daripada universiti kerana kurang jelas dengan apa yang akan mereka lalui selepas itu.

Ada juga yang saya perhatikan meluahkan kegusaran mereka mengenai masa depan mereka dalam status di Facebook.

Mari saya kongsikan pengalaman saya ketika saya belajar dahulu iaitu ketika saya berada dalam keadaan yang sama seperti mereka sekarang.

Saya mula betul-betul serius memikirkan hal kerjaya dan hidup selepas bergraduasi semasa berada dalam tahun keempat pengajian. Pada masa itu, antara yang saya fikirkan ialah:
  1. Menyambung belajar di UIA di bawah pembiayaan skim fellowship.
  2. Bekerja di universiti mahupun kolej yang menawarkan pekerjaan yang berkaitan dengan bidang sains bioperubatan.
Berkenaan menyambung belajar di UIA, pada masa itu saya dimaklumkan bahawa UIA tidak membuka skim fellowship lagi kerana ketiadaan peruntukan. Namun selepas mendapatkan nasihat daripada Ketua Jabatan di Jabatan Sains Bioperubatan, Kulliyyah Sains, saya mengisi juga borang fellowship. Itu menunjukkan kesungguhan saya walaupun berita yang saya dengar memberikan prospek yang kabur kepada saya.

Dalam masa yang sama, saya ada juga menyelak dada akhbar dan melayari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang-peluang kerja lain dan tak kurang juga mendapatkan tajaan pelajaran daripada organisasi-organisasi lain. Saya tidak tertumpu kepada satu-satu peluang sahaja dan sentiasa memburu peluang yang ada. Saya juga tidak terlalu mengharapkan tajaan fellowship UIA sahaja.

Selain itu, saya semakin kuat membina hubungan dengan orang-orang yang sudah berkerjaya. Saya ada menghantar emel kepada beberapa orang dan salah seorang daripada mereka ialah bos saya di Yayasan Ilmuwan sekarang. Antara isi kandungan emel tersebut, saya bertanya mengenai perjalanan kerjaya mereka dan syukur, mereka membalas dengan panjang lebar dan memberangsangkan.

Apa yang penting, membina jaringan (networking) dan hubungan sosial yang luas betul-betul membantu dan meluaskan peluang, malah memberikan lebih banyak pilihan kepada saya untuk menentukan masa depan saya.

Justeru, sepanjang setahun dalam tahun akhir pengajian, selain sibuk dengan hal-hal akademik, persatuan dan projek tahun akhir (FYP), saya luangkan juga masa untuk menentukan arah hidup saya.

Alhamdulillah, tidak lama selepas kaki meninggalkan bumi Kuantan, saya mendapat dua peluang/pilihan yang besar iaitu tawaran fellowship dan kerjaya di Yayasan Ilmuwan.

Ia telah meletakkan saya dalam situasi sukar dan akhirnya saya telah membuat pilihan untuk bekerja di Yayasan Ilmuwan sehingga sekarang.

Itu kisah saya. Kita tak mungkin melalui pengalaman yang sama, tetapi saya yakin dilema yang dilalui kebanyakan pelajar tahun akhir sekarang sangat getir. Saya sudah melalui masa itu di mana segalanya nampak kabur dan membuatkan kita keliru. Bukankah begitu?

Di sini saya gariskan beberapa perkara yang perlu ditimbang tara:
  1. Tentukan kecenderungan sebenar anda: bekerja ataupun masih ada keinginan untuk terus belajar?
  2. Dengan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) anda sekarang, adakah besar kemungkinan anda boleh diterima untuk menyambung belajar di peringkat sarjana? Biasanya, jika di bawah 3.0, sukar untuk anda memohon mana-mana tajaan dan tempat pengajian.
  3. Anda mungkin bukan jenis yang cemerlang dari segi akademik (book smart), tetapi anda cemerlang dalam bekerja (street smart). Jika begitu, seelok-eloknya anda lebih memilih untuk bekerja terlebih dahulu.
Setelah itu, barulah anda mulakan langkah seterusnya iaitu mencari peluang-peluang belajar ataupun kerjaya yang anda minat. Walaupun anda mungkin lebih cenderung untuk menyambung belajar, ia tidak bermakna anda langsung tidak perlu membuka peluang untuk berkerjaya. Biarkan pilihan sentiasa terbuka (Bos saya selalu kata: Keep your options open). Jangan terlalu taksub dengan satu-satu pilihan sahaja. Anda tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.

Seperti dalam kes saya, walaupun saya sudah nekad untuk menyambung belajar, namun disebabkan faktor-faktor birokrasi, apa yang saya rencanakan tidak menjadi. Mujur saya beroleh peluang lain hasil daripada jaringan sosial yang saya wujudkan semasa belajar dahulu, lalu saya diterima bekerja di Yayasan Ilmuwan.

Selain itu, saya suka untuk mencadangkan supaya anda tidak malu untuk bertanya pengalaman dan pendapat daripada senior-senior anda. Bagi yang sudah bertanya kepada saya, saya jadikan entri ini sebagai jawapan umum kepada persoalan mereka.

Bagi yang pernah bertanya kepada saya, tahniah saya ucapkan. Teruskan usaha anda dan selamat berjaya dan moga beroleh petunjuk dalam menentukan hala tuju hidup anda selepas ini.

Friday, January 08, 2010

Dusta


Ko tahu pasal kes dia?

Erk? Apakah?

Bohong. Berlakon. Tak tahu konon.

Ape kes ni~

Lama kot dia buat macam tu. Takkan la ko tak tahu. Ko ni pakat-pakat berdusta dengan dia ke apa ni?

Ok. Macam ni la. Aku tak nak burukkan lagi keadaan. Yang penting, dia dah sedar kesilapannya.

Aku sangat benci dengan pendusta dan orang yang berkomplot dengan pendusta. Dah la!

Mari belajar sesuatu. Cuma kawan-kawan di Facebook yang boleh membacanya. Mahu dijemput? Tinggalkan mesej di Facebook aku ya. Aku perlu jernihkan suasana, dan paling penting namaku perlu dibersihkan.

Jangan menghukum jika belum tentu siapa benar dan siapa silap.

Dan, jika ada yang buat silap, siapakah kita untuk menghukum? Berilah peluang sesama manusia. Kerana kita sendiri tak tahu, bila pula masa kita akan berada di bawah dalam roda kehidupan masing-masing.

Wednesday, December 23, 2009

Summary of 2009


It was an eventful 2009, more ups than the downs. In fact, I tried not to think too much about the downs while I have a lot of ups to make my life cheerful and enjoyable.

I started the year with travelling and I'll go travelling again, farthest for me so far to end the year. I think it's great to spend some of the days with friends travelling around Malaysia because in the coming years, I think it's going to be very hard to have such opportunity again since my status will change to a married man next year. Not to say that it's not going to be fun when I'm married, in fact the fun might be different from that I got from spending time with friends. But yes, life must go on and I choose to get married as soon as I finished my study and get a job so that in everything I do (i.e. ibadah), the rewards are greater when I've found the missing rib bone of mine.

Other than that, in 2009 also I finished my degree study, the convocation, started career life, engagement and a lot more to mention, which have turned me a better man, and not to mention an older me. :D

As I went through the blog entries throughout the year, it made me smile, laugh and up to a point tears tried to conquer the eyes. T_T

It's good to write blogs. Don't you agree?

Friday, December 18, 2009

Sirih Junjung


I have to admit, when I'm engaged, what's inside the heart isn't the same like previously. Ok, stop there. No more about what's inside the heart thing to tell to the world. Ngeee :D

The preparation for the big day has started although it's scheduled in May or June next year. There are some renovations made in my house including making the front yard bigger, installing tiles in some parts of the house, and I hope the other bathroom will be repaired too (because it has been for cats sanitation room for years since it doesn't function properly) so that I will not share my bathroom with my brothers anymore when I have my wife in the house. :)

Other than that, there had been a lengthy discussion about the hantaran for the wedding. We hadn't mutually decided the number of hantarans for the big day, but one thing that had been a long discussion between my family and I was about sirih junjung.

I said no for sirih junjung, while my family said it's essential.

My argument was it's no more consumed by people nowadays. In fact, for other sets of hantaran, I want to make sure they can benefit the receiver i.e. my currently fiancée's family and herself too. So, in case of sirih junjung, I think we have other options other than the not-consumed sirih and other recipes in it. Basically, to me, the sirih junjung is a waste. (Not that I did not respect the culture, but culture may change, not religion. We can change the culture, right?)

However, my family said it's a culture in wedding ceremony that needs to be followed. Without it, the ceremony will not be complete (which I had a big problem to agree).

I brought the discussion with my officemates and one of them shared her sibling's story in which they prepared a combination of sirih junjung and chocolate in one set of hantaran. The sirih was more like a decoration, which to me was a good idea. I will tell my family about this.

Not only sirih junjung, but there are a lot of things in our Malay Muslim community that has cultural interventions, not necessarily all, which make simple thing a hard and difficult thing to achieve. When it comes to marriage and the ceremony, stuffs like pelamin, mas kahwin, wang hantaran are among the issues raised and we need to discuss and deal with it. (I have to be grateful to have future family like my fiancée's that stands strong to the religion and not the culture too much.)

On top of it, I will always make sure to my best that I do not break anyone's heart especially my family members and my fiancée's family. Insya Allah...

May Allah bless and ease our efforts towards the big day. Amin...

Thursday, November 26, 2009

Pertunangan: Ikatan yang Belum Tersimpul


Kami akan Bertunang

Bagi yang sudah maklum melalui Facebook, aku sudah umumkan secara rasminya akan berita pertunangan diriku dengan you-know-who, wanita yang beberapa kali pernah menjadi tulisan dalam blog ini.

Setelah menjalinkan hubungan selama beberapa tahun, aku bersyukur akhirnya hubungan kami akan diikat secara sah setelah kedua-dua keluarga telah bersetuju untuk mengikat kami dengan tali pertunangan sebelum lafaz nikah disahkan pada tahun depan insha Allah.

Pada aku, setelah adanya ikatan pertunangan nanti, langkah kami ke gerbang perkahwinan adalah lebih serius. Ia adalah bukti bahawa kedua-dua keluarga sudah bersedia untuk menyatukan antara kami atas dasar ikatan yang diredhai Allah S.W.T. mengikut syariat yang ditetapkan Islam.

Pasang dan Surut

Telah banyak yang kami lalui sepanjang perjalanan kami mengenal hati budi masing-masing. Benar. Pernah ada surut dan pasang dalam pantai percintaan kami. Namun, nampaknya ia sentiasa pasang dan tidak surut-surut lagi (dan berdoa semoga tidak akan surut) sementelah kedua-dua pihak keluarga berjumpa pada majlis konvokesyen yang lepas. Setelah ada restu daripada kedua-dua pihak, tidak lama dan sukar untuk kami putuskan langkah-langkah yang seterusnya. Buat masa ini, cukuplah sekadar yang diumumkan ialah tarikh pertunangan kami iaitu pada 28 November nanti, sehari selepas Hari Raya Aidiladha.

Pertama Kali Berjumpa Orang Tuanya

Sedikit perkongsian cerita.

Yang mula-mula membawa berjumpa dengan orang tua ialah you-know-who. Itupun, bukannya aku maklum bahawa orang yang aku akan jumpa ialah bapanya. Apa yang aku diminta ialah menolongnya mengambil seseorang di Terminal Makmur, Kuantan. Aku tidak pula syak apa-apa melainkan berniat mahu membantunya. Sedar-sedar, lelaki yang muncul di sebalik bas ialah seorang lelaki yang dipanggilnya “Ayah”. Jujur aku katakan, aku tidak menggelabah mahupun bertindak di luar kawalan pada ketika itu. Sepanjang masa pertemuan kali pertama dengan orang tuanya itu, aku melayannya seperti biasa dan yang paling aku bersyukur, orang tuanya sangat budiman. Mujur, ada juga baiknya dia tidak memaklumkan berkenaan orang yang akan disambut. Jika tidak, mungkin aku akan bertindak di luar kawalan mahupun tidak menjadi diriku sendiri.

Ramai Sayangkannya

Aku sedar, you-know-who bukanlah calang-calang orang. Menjadi tempat meluah perasaan. Menjadi kakak untuk meminta nasihat. Meminta pertolongan apa yang dia termampu. Sebagainya! Pernah juga terselit dalam hati bahawa banyak hati yang akan terasa berat mahu melepaskannya kepada aku lebih-lebih lagi ahli keluarganya dan rakan-rakannya. Tapi insha Allah, akan aku jaga si dia sebaik-baiknya.

Apa yang aku harapkan sekarang ialah keredhaan dan kerelaan semua orang yang menyayanginya untuk mengizinkan aku menetap dalam hatinya sebagai seorang suami tidak lama lagi. Aku juga pohonkan doa kalian supaya langkah kami membina mahligai percintaan di atas tanah pernikahan nanti akan dipasak kukuh oleh cerucuk keimanan dan tiang agama, berbumbungkan kesejahteraan dan berdindingkan keredhaan.

Amin...

Tuesday, November 24, 2009

Pertunangan: Bukan Lagi Satu

Akan mengulas lebih lanjut, kerana apa yang akan dibongkarkan memerlukan persetujuan dua pihak.

It's not about one heart anymore.

:)

Tuesday, October 27, 2009

Video: Talk on Organ Donation from the Islamic Perspective @ HUKM



The video above is the last part of my speech during the talk. Pardon the low quality of the audio.

Basically in the video I explained some quotes from the Ulama' regarding organ donation namely Sheikh Yusuf al-Qardawi, Sheikh Zaki Badawi and Ustaz Hasrizal. All of them encourage organ donation and in his blog post, Ustaz Hasrizal declared that he has put his signature to be an organ donor.

I found some minor mistakes in the speech and that's exactly the point for recording the video as I wanted to see how I delivered the speech so that I'll improve what needed to be improved.

May Allah bless my effort. Amin.

Monday, October 26, 2009

Organ Donation Talk: Another Step in My Career


I delivered a speech in Kidney Transplant Workshop organized by the Nephrology Unit of UKM Medical Center of Cheras last Saturday. The speech was regarding The Organ Donation from Islamic Perspective.

Held in Bahasa Melayu, I actually replaced the initial speaker i.e. The CEO of Yayasan Ilmuwan, Tuan Shaikh Mohd Saifuddeen who had other commitments to give more attention on. Thanks to him for providing me the notes and other sources before I actually went to the workshop and delivered the speech.

It was my first time to deliver speech in front of people whom mostly I did not know of. Not only that, other speakers in the slot were all doctors and other professionals who had far more experience in their respective fields. However, having the chance to share same rostrum with them was a great experience.

In my speech, I explained the Islamic perspective regarding organ donation which basically has no problem with it as long as the rules and regulations related are carefully followed. Given only 15 minutes, it was actually not enough to describe all things related to it thus I had to choose some important points such as the Quranic verses, hadith from Prophet Muhammad SAW and other quotes from distinctive Ulama', and not to mention the fatwas in Malaysia regarding organ donation.

Taking it as a gear 1 of my career, I am looking forward to doing more things like this in the future as they are not only beneficial for the public to be given the awareness about many contemporary issues, but for my self development also as I love to be challenged with new things and experience.

And yes, if I had to relate this to my academic background, it was useful to learn about Organ Transplantation as one of the syllabuses in Pathology subject when I was in the third year of my biomedical science degree. When the doctors in the slot explained about, for examples, cadaveric donors, anatomy of the kidney and rejection symptoms, I could only smile for those only refreshed the memory when I was sitting in the front row listening to the lecturers.

Some other interesting stories during the workshop:
  1. One of the doctors told me it was good to know that actually Islam promoted organ donation because all these while he thought the religion was the reason for the sadly low number of donors among Muslim Malays. He was a Chinese and thus I believe a non-Muslim.
  2. One of the committees said to me: Muda lagi rupanya yang bagi speech ni. Biasanya kalau nak cakap hal-hal agama ni, orangnya tua-tua. I smiled, the most that I would do. No further comment. :)
  3. After the speech, one of speakers addressed me as an "Ustaz". During Q&A session, one of the audience also did the same thing. Huhu... (Aku dah pakai tak macam Ustaz pun masih dipanggil Ustaz. Redha je la~ :P)

Friday, October 09, 2009

Bahagian II: Sehari Sebelum Konvo, Aku Panas

Susulan daripada entri pagi tadi.

Pemeriksaan kesihatan aku bersambung hingga waktu petang. Maklum la, kalau mula lewat, habis pun lewat la.

Di kaunter tempat hangen aku berlaku, ada notis baharu ni:


Agak-agak korang la, siapa yang rajin buat benda ni ye?

*wink2* :D

Jawapannya ada di ruang komen.

Sehari Sebelum Konvo, Aku Panas

Aku baru balik daripada hospital kerana mahu menjalani pemeriksaan kesihatan. Saje gedik-gedik nak buat pemeriksaan walaupun aku tahu aku sihat insya Allah~

Ok bohong. Medical checkup untuk kerja sebenarnya.

Punya la aku keluar seawal pagi untuk mengelak kesesakan. Pukul 8 pagi aku dah terpacak kat depan pintu Jabatan Pesakit Luar (JPL) tu. Tiba-tiba aku perasan ada satu notis ditampal di situ,
"Medical check up bagi pelajar IPTA/IPTS bermula pada pukul 10.30 pagi"

Ok fine. Aku bukan lagi pelajar mana-mana IPT. Aku dah bekerja. Yayasan Ilmuwan yang suruh aku buat pemeriksaan kesihatan bagi rekod mereka.

Terus aku meluru ke kaunter. Ada notis yang sama ditampal di situ. Dia ingat aku buta agaknya, notis yang di pintu mungkin aku tak terbaca.

Sampai sahaja di kaunter, aku kata, "Saya nak buat medical check up..."

Belum sempat aku habiskan ayat aku, penjaga kaunter tu potong ayat aku, "Medical check up start pukul 10.30 ye"

"Saya bekerja. Saya bukan pelajar mana-mana IPT."

"Owh untuk yang bekerja pun pukul 10.30."

"Tak tak. Kat notis ni kata pelajar IPT sahaja. Tak kata pun pasal orang yang dah bekerja."

"Er... Semua memang start pukul 10.30, encik~"

"Dah tu sini tulis pelajar IPT je. Notis ni boleh buat orang keliru!" sambil jari aku menunjuk-nunjuk pada perkataan IPTA/IPTS.

"Terima kasih sebab bagitahu pasal ni ye. Nanti kami betulkan."

"Ok." terus aku meninggalkan kaunter. Di pintu keluar sempat aku mendengar penjaga kaunter tu berkata, "nanti datang lagi pukul 10.30!"

"Ok!"

Ni baru pukul 9.45. Tengok la macam mana nanti. Ada tak notis tu. By the way aku kat rumah ni. Nasib baik rumah aku lebih kurang 5 minit je daripada hospital tu.

Aku tak kisah berulang-alik, pasal rumah aku dekat je dengan hospital. Tapi aku rasa tertipu dengan notis tu. Camkel!

Thursday, October 08, 2009

Korang Emosional tak?


Situasi #1

Buka blog. Cerita macam-macam pasal diri dan hidupnya. Maklumlah, diari atas-talian katanya.

Sekali dapat komen berunsur kutukan dan cacian.

Esoknya, tutup blog. Taubat katanya.


Situasi #2

Buka akaun Facebook. Add kawan tu, add kawan ni. Makin lama makin ramai. Makin lama makin syok sebab.. ye la makin ramai makin meriah lah kan~

Sekali buat satu kuiz aplikasi Facebook. Keputusannya menggelikan hati. Sekali ada kawan kutuk dan caci.

Esoknya, tutup Facebook. Taubat katanya.


Situasi #3

Facebook lagi. Add kawan tu dah lama dah. Selama ni seronok je bertukar-tukar komen sesama sendiri, bergurau senda bagai nak rak.

Sekali kawan tu bagi pandangan supaya jangan terlibat dengan aplikasi tertentu, terus down.

Esoknya, terus Remove from Friends. Taubat? Entah...


Kekadang aku pelik jugak dengan manusia yang emosional ni... Walaupun aku cuba untuk memahami, kekadang aku gagal juga.

Owh mungkin mereka perlukan masa kot?

Takpe la... Lusa boleh:
  1. Buka blog lagi.
  2. Buka akaun Facebook lagi.
  3. Add as friend lagi.
Kan? :)

Thursday, September 17, 2009

Bukan Pasal Hari Raya


Dulu pernah aku terfikir, apabila dah kerja nanti;

Nak belanja mak dan abah makan macam-macam yang tak pernah mereka rasa,
Nak bawa mak dan abah melancong kat tempat-tempat yang tak pernah mereka pergi,
Nak belikan mak dan abah macam-macam pakaian yang cantik-cantik.

Tapi sekarang, dalam keadaan mereka sekarang;

Mak dan abah dah berusia,
Mak dan abah ada beberapa penyakit,
Mak dan abah punya keinginan yang terhad.

Jadi;

Kalau nak belanja makan macam-macam, bukan mereka yang melantak. Aku juga yang kenyang. Abah tak makan makanan Barat sangat. Mak pula suka mencuba tapi mak setia dengan abah. Jarang sekali mak makan apa yang abah tak makan. Kalau makan pun, cuma nak jaga hati aku pasal aku yang masak atau beli.

Kalau nak bawa mak dan abah keluar melancong jauh-jauh, mak dan abah tak larat berjalan jauh-jauh sangat. Sepanjang aku belajar di Kuantan, tak pernah sekali pun mereka jejak ke situ. Walaupun pernah mak berazam nak melawat Kuantan sebelum aku habis belajar di sana, nampaknya sampai ke sudah tak kesampaian. Lagipun, abah kena jalani hemodialisis 3 kali seminggu. Susah nak buat arrangement.

Tapi kalau nak belikan pakaian yang cantik-cantik, itu yang paling praktikal sekarang ni. Buat kali pertama, aku belikan mereka pakaian untuk raya. Sengaja aku bawa mereka membeli belah di Jusco Klang, bukan di Kedai Bunga Raya di Banting. Biar mereka rasa sedikit berbeza. Tak mengapalah jika mahal sedikit pun, asalkan mereka gembira. Abah pilih baju kemeja dan seluar slack. Baju melayu sudah ada katanya. Mak pula tak minta banyak, cuma kasut sepasang je. Pandai mak pilih kasut tu, cantik sangat. Aku nak sangat emak dan abah nampak berseri pada hari raya nanti.

Tapi, rupa-rupanya bukanlah mak dan abah nak sangat aku belikan mereka pakaian cantik-cantik, bawa mereka jalan-jalan mahupun makan-makan, tapi kehadiran aku di sisi mereka yang paling membuatkan mereka gembira.

Pernah mereka tanya, “lepas kerja nanti balik rumah mana? Gombak ke Banting?”
Aku jawab, “tak tahu lagi la.”
Lantas mereka sambung, “kalau boleh balik la Banting. Boleh berbuka dan bersahur sama-sama.”

T_T

Sunday, September 06, 2009

SK Kanchong Darat UPSR 1997 Students Gathering


Laughter and updates were the main agenda during the event. Held at KFC and Banting Superbowl of Banting, we gathered for breaking fast and immediately played bowling after prayers.

Thanks again to Facebook for being the medium of reconnection beween me and my long-time-no-see primary school friends! The fact that we live in the same village doesn't help much for us to see each other frequently because all of us has our own path to go. However, with such gathering we had today, it was a great opportunity to reconnect the bond we once had one day long time ago back to 1992 - 1997.

I have to admit, all of them have changed a lot in many aspects namely physically, socially and behaviorally. Or maybe it's only me who have changed the way I view friends. Sure I can't compare between how I perceived them as friend when I was in primary school and how I perceive them now. But the difference in perceiving is the one that causes something sweet to think of.

It makes me remember who I was when in primary school and who I am now, how I see them as little children as little as I was and how I see them as now-adult friends and now-adult me. That's really something to me.

Anyway, thanks guys for the great gathering. Nanti nak buat majlis kahwin dah tau kan nak contact aku camne? Hehe...

Thursday, September 03, 2009

Baba and Bubu


I think Facebook and blog have been really useful.

I wrote that I was looking for kittens and immediately I got comments from Wenkt telling that he got kittens for me. That time I didn't know that it was two of them until I reached his home at Shah Alam.

Wenkt got the kittens somewhere next to the road. There were 3 of them. One had been given to other friend of Wenkt earlier than me. The ones I got were a pair of kittens with different sexes.

Once I saw them, I fell in love with them right on the spot, without thinking too much about their look because I knew with full attention and care, they'll grow up great! They looked quite messy at that time.

I named them Baba and Bubu which were derived from the words ibu and bapa for obvious reason; one is male and another is female.

I'm looking forward to raising them up in a proper way thus I need to study the right ways of taking care kittens from the internet. I've watched some tips from Youtube which I found really useful.

You got any tips for me?

Saturday, August 15, 2009

Kami bukan Drama


Kami dalam perjalanan ke Kuantan untuk urusan tertentu yang perlu diselesaikan dengan segera. Banyak hal yang dibincangkan, termasuk hal berkenaan masa depan.

"Ramai orang tengok kita ni macam watak-watak dalam drama. You heroin, I hero. Orang-orang yang nak tahu pasal kita, merekalah penontonnya. Mereka mahu tahu kesudahan cerita kita," aku memulakan topik.

"Yang peliknya, kenapa mereka sibuk sangat nak tahu?" dia bertanya.

"Itu tandanya mereka prihatin," aku cuba untuk menenangkan hatinya, mengajaknya supaya memandang ke arah yang positif.

Keadaan senyap seketika. Lalu aku menyimpulkan, "Masalahnya kita ni bukan watak-watak dalam drama yang mudah direka-reka ceritanya!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...