Saturday, August 15, 2009

Kami bukan Drama


Kami dalam perjalanan ke Kuantan untuk urusan tertentu yang perlu diselesaikan dengan segera. Banyak hal yang dibincangkan, termasuk hal berkenaan masa depan.

"Ramai orang tengok kita ni macam watak-watak dalam drama. You heroin, I hero. Orang-orang yang nak tahu pasal kita, merekalah penontonnya. Mereka mahu tahu kesudahan cerita kita," aku memulakan topik.

"Yang peliknya, kenapa mereka sibuk sangat nak tahu?" dia bertanya.

"Itu tandanya mereka prihatin," aku cuba untuk menenangkan hatinya, mengajaknya supaya memandang ke arah yang positif.

Keadaan senyap seketika. Lalu aku menyimpulkan, "Masalahnya kita ni bukan watak-watak dalam drama yang mudah direka-reka ceritanya!"

4 comments:

fattybombom said...

'knp diaorg sibuk sgt nak tahu?'...hmmm...pelikkan?...ada sesetgh org begitu tak suka hal peribadi (kalau betullah dlm kes u ni ) diketahui org len...

and later u answered 'maksudnyaa diaorg prihatin pasal kita'....aku sukaaa jwpn tu zaki...mungkin satu hari..aku pun akan menggunakan jwpn yg sama...

Liyana said...

n3 kali ni macam diekstrak dari plot novel je...
cara penulisan tu dah memang ada gaya macam novelis dah...

kenapa orang sibuk nak tau???
sebab kita adalah public figure, orang yang mereka kenali waima kita bukanlah artis...

masih ingat lagi perbualan di cafe malam itu???
watak2 yang ada dalam perbualan itu memang wujud dalam kehidupan realiti tapi kisah mereka saling tak tumpah seperti dalam drama...
dan apa yang telah berlaku tidak pernah direka jalan ceritanya melainkan daripada-Nya...

scOotBerry said...

aku rase bukan kOrg je kOt yang menjadi watak dalam drama.kita semua makhluk tuhan adalah watak dalam drama yang kita cipta sendri.

As said...

penulisan yang menarik dan approach yg berbeza :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...