Saturday, August 29, 2009

Kenangan di UIAM


Aku tidak boleh berbohong kepada diri sendiri, mahupun kepada orang lain. Hati ini rindukan suasana ketika belajar di universiti.

Tidak, aku tidak mengeluh kerana sudah menjadi sedewasa ini. Tapi aku perlu mengeluh jika aku tidak sedar akan hakikat bahawa hidup perlu mengalami proses perubahan daripada masa ke masa.

Ketika di universiti, banyak pengalaman yang telah aku lalui yang tidak aku ceritakan di blog. Jadi, dengan peluang masa dan memori yang masih tersekat di minda ini, ingin aku coretkan beberapa kisah dahulu.

Ada yang sengaja aku biarkan tidak ditulis kerana tidak mahu ada hati yang terluka. Ada yang tidak sempat aku tuliskan kerana masa senggang tidak kutemukan ketika itu. Ada juga yang sengaja aku simpan dalam hati dan ingin biarkan aku tulis pada kemudian hari.

Mungkin kemudian hari yang dimaksudkan ialah hari ini?

Aku ada beberapa pilihan untuk aku ceritakan:
  1. Kisah aku masuk ke kelas tahun satu Biomedik tanpa malu. Hehe...
  2. Saat mula aku kenal dan saat mula kutemu Fiza.
  3. Bengang dengan rakan sekelas.
Kamu rasa, nak dengar cerita yang mana satu dulu ye?

7 comments:

scOotBerry said...

nk dgr kesah kamu bertemu dgn si dea~ ;p

Asma’ AB said...

bengang dengan rakan sekelas.. hehe

Anonymous said...

I vote for 'bengang dengan rakan sekelas'.

KiRaNa said...

~ bengang dgn rakan sekelas..

D.E. said...

macam kenal jer gambar tu

D.E. said...

aku rasa aku dah tau citer Fiza...ko dah penah citer.

hafiza haris said...

aku plak rindukan kete kembara yg slalu dijumpai di parking lot di sini=P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...