Tuesday, August 04, 2009

Salted Egg Crab


Tajuk sahaja dalam bahasa Inggeris, sebab kalau menulis resepi aku memang menulis dalam bahasa Melayu. Hehe...

Maka, jadilah nama makanan ini dalam bahasa Melayunya Ketam Ikan Telur Masin. Pelik kan? Tidak sebenarnya. Cuma kita sahaja yang sudah dibiasakan dengan apa-apa yang mahu berbunyi glamour, mesti dinamakan dalam bahasa asing. Kan?

Ok itu sudah masuk bab PPSMI.

Berbalik kepada resepi tadi, sedikit pengenalan. Aku mula diperkenalkan dengan makanan ini oleh bos tatkala perjumpaan kami yang pertama kali dahulu dan beliau terus membawaku makan di Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju milik penyanyi Amy Search. Antara makanan yang ditempah ialah Salted Egg Crab. Beliau suka, aku lagilah suka sebab dibelanja. Hehe... Tak cukup dengan itu, aku bawa pula ibu bapa aku ke situ ketika dalam sessi melawat adik aku di SBPI Gombak. Kami menempah makanan yang sama sebab aku yakin mereka pasti suka. Benar, mereka sukakannya.

Menjadi fitrah seorang tauke kedai makan, haruslah mak aku kaji apa yang dia makan. Dia minta aku tafsirkan maksud Salted Egg Crab ke dalam bahasa Melayu dan apabila dikatakan Ketam Ikan Telur Masin, terus timbul ideanya untuk mencuba di rumah. Aku sokong!

Maka mak aku mencuba dan jadi! Inilah resepinya:

  1. Ketam dibersihkan dan disiang ikut suka korang. Selepas tu goreng sehingga masak dan asingkan daripada kuali.
  2. Pecahkan telur masin (biasanya telur itik) lebih kurang 2-3 biji dan pukul sehingga kembang. Bahagian kuning telur mungkin keras dan anda mungkin memerlukan mesin pengisar untuk tujuan ini.
  3. Dengan sedikit minyak, tumis sedikit bawang merah dan putih.
  4. Masukkan telur yang telah dipukul tadi.
  5. Masukkan sedikit daun kari dan cili padi.
  6. Siap dan ngap.
  7. Bersyukur.
Nota:
  1. Tak payah garam. Dah masin kot.
  2. Kalau nak manis sikit, tambah la gula. Nak kena ajar jugak ke?
  3. Aku tak mahir bab memilih ketam. Pandai-pandai la korang.
Sekian.

Terima kasih The Makan Sister untuk gambar itu.

5 comments:

Liyana said...

betul la mmg sorg ni buat aku lg merana lepas baca n3 ni...
jap, ko yakin ke selepas ditukar ke BM namanya ketam ikan masin???
or do u mean ketam telur masin???
ke aku yang salah faham ni sampai tak reti bezakan nama dalam BI yang dah ditukar ke BM???
apa2 pun, aku geram dengan ko sebab letak menu salted egg crab selepas apa yang aku lalui kat sini...

Anonymous said...

bukan salted egg crab biler translate jadi ketam telur masin ke??

kenape pulak ketam IKAN masin?

scOotBerry said...

okeh.aku tamau tegur psal translatiOn tuh since da ade yang menegur.cume aku nak dtg umah kO lah.nk makan salted egg crab yang mak kO masak...heee.buleh kan?

Liyana said...

harap maklum, dalam komen aku di atas ada sikit kesilapan...
betul la mamat sorg ni buat aku lg merana lepas baca n3 ni...
apa2 pun, 2 thumbs up kat mak ko sebab berjaya merungkai rahsia resepi salted egg crab yang mama aku masih tertny2 macam mana nak buat...
nanti pasni boleh la suruh mama try, dgn harapan menjd la hendaknya...

Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen said...

Suka point nombor 7.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...