Wednesday, August 26, 2009

Lorong Belakang yang Gelap


Dengan menaiki kereta MyVi, aku pergi ke lorong belakang yang gelap itu. Sunyi, tapi aku tahu banyak yang menghuni di situ, berkeliaran bagaikan tempat itu mereka yang punya.

Hanya berbekalkan lampu keretaku, aku kecewa dengan penemuanku. Tidak berapa banyak yang berjaya disuluh dengan lampu separas itu.

Lalu aku nyalakan lampu tinggi.

Mak datuk! Banyak gila kucing kat sini rupanya!

Aku biarkan lampu terpasang setinggi itu. Aku memerlukannya untuk memilih mana-mana kucing yang aku berkenan.

Ya. Aku dahagakan kasih sayang seekor kucing sekarang.

Aku turun daripada kereta menuju ke arah mereka. Tidak pula mereka lari daripadaku. Mereka jinak-jinak belaka. Atau mungkin aku yang kelihatan seperti orang yang boleh mereka harapkan untuk mencurahkan kasih sayang.

Maaf. Siapa yang perlukan kasih sayang siapa ni?

Semakin aku dekat dengan mereka, semakin gatal tanganku untuk mengusap mereka. Ada beberapa ekor yang lari daripadaku, tapi ada aku kesah?

Kupilih yang muda-muda sahaja. Mungkin boleh dibentuk menjadi kucing belaan yang patuh dan taat kepada aku sebagai tuannya. Yang tua-tua, not my taste. Berambus kau situ. Ada juga yang muda, tapi badan berkurap-kurap. Ada hati nak bergesel-gesel di kaki aku. Haisy! Tak sedar diri. Berambus kau situ. Ada aku jumpa kucing yang muda dan cantik. Tapi malangnya tidak berbulu tebal.

Memang. Aku demand lebih. Ingat senang ke aku nak bagi kasih sayang aku sesuka hati?

Ok. Mari berhenti di situ.

Cuba analogikan:
  1. Aku ialah pelanggan.
  2. Kucing ialah pelacur.
  3. Kasih sayang ialah... ok tengah puasa.
  4. Situasi di tempat yang sama.

11 comments:

Awi Cakri said...

hrmmm...lorong dan pelacur..satu klise yang sgt2 terkenal.tapi saya agak tak puas hati cara sedara nilaikan kucing2 yang berkurap tu. watak sedara dlm cerita ni agak kejam. boleh ke nak membela kucing? knp xdiambil kesemuanya? atau sekurang2nya bwk la makanan kucing sekali sekala ke tempat tu.hrmmmm

Unknown said...

awi cakri..

berdasarkan persoalan-persoalan yang ditimbulkan, saya rasa niat saya untuk menimbulkan hal yang demikian, berjaya.

:)

terima kaseh.

scOotBerry said...

wehh..jahat lah kO ni.xbek tau buat cemitu kat kucing2 yang de kurap tu.deOrg pOn ade prasaan jugak.cube kO d tempat kucing2 kurap tu.ape prasaan kO kalO ade manusia buat cemitu kat kO?mesti sedey kan?pe salah nye kO bela deOrg skali.pastu bw g treatment.nnt mesti kO dpt pahala.ini x.nak yang cantik2+gebu2 aje.ni baru nak memilih kucing.haih.

Unknown said...

intan..

i hope you don't take the content of the entry so seriously, but focus more on the value and virtue behind it :)

'atiqah said...

well understood! ^_^

yatiHanuni said...

aku nak kucing gak!!!
ko ade anak kucing comel tak? tapi gender die aku nak yang kucing laki...

perenggan terakhir itu sgt gerun untuk dibayangkan...
=p

Mohd. Ramadan Bin Ab.Hamid said...

eh eh eh.. ko amek tak kucing tu??

Unknown said...

atiqah...

anda mantop! :D

Unknown said...

nuni...

ade, tapi takmo bagi. haha..

er.. apa yang ko bayangkan? haha..

Unknown said...

ramadhan...

tak :)

Haziah Salleh said...

sbenanye~ gg pon slalu kesian ngan kucing2 kurap~ drg sptot nye comey gak tp~ ape kan daye berkurap~ hihu~

Bgs nye zaki gi kutip kucing~

~So0o0 moral of da story kt kucing2~ jage hygeine kalo nk kn kutip~heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...