Monday, January 26, 2009

A Recipe is to be Tried, not Read Only


Tajuk sahaja dalam bahasa Inggeris tapi aku mahu menulis resepi dalam bahasa Melayu.

Dalam entri ini, ada 3 bahagian.

Satu: Laporan percubaan seorang teman blogger yang mencuba membuat roti pintal yang awalnya tidak menjadi, dan kemudian jadi selepas percubaan kedua dan selepas hasil konsultasi bersama aku menerusi Yahoo Messenger.

Dua: Cara mudah untuk membuat kuah spaghetti.

Tiga: Cara susah untuk membuat kuah spaghetti.


Mari kita mulakan!

Satu: Roti Pintal Tak Jadi

Aku kagum dengan usaha seorang teman blogger yang gigih dan gagah untuk mencuba resepi Roti Pintal aku. Gigih kerana mencuba, dan gagah kerana berani melaporkan kepada aku. Sila lihat gambar di bawah:

Ada rupa macam roti pintal tak? Macam roti apa erk?

Di sinilah bermula apabila aku mengajarnya cara untuk membentuk roti tersebut supaya jadi seperti rupa sebenar roti pintal. Dalam entri sebelum ini, memang sengaja tidak aku ajar caranya, kerana tiada yang bertanya. Nanti aku jadi pensyarah pun (insha Allah), memang cara itu yang aku nak buat: aku tak ajar semua benda, tapi aku tunggu orang tanya.

Jadi kepada yang berkenaan, tahniah kerana mencuba. Lain kali, tolong poskan ke Kuantan ye. Guna pos laju. Last time masa ajar budak-budak ni pun, diorang bedal hari esoknya, lebih sedap katanya. Entah la...


Dua: Cara mudah untuk membuat kuah spaghetti.

Beli Prego, panaskan. Dah siap.



Tiga: Cara susah untuk membuat kuah spaghetti.

Beli barang-barang ni:
  1. Minyak masak/marjerin
  2. Kiub pati daging (sebijik sudey~)
  3. Daging kisar (600g)
  4. Bawang putih (5-6 ulas)
  5. Bawang Holland (yang besar tapi warna putih kekuningan tu, dalam 3 biji)
  6. Tomato puri (setin)
  7. Sos tomato (sebotol besar)
  8. Air (2 cawan)
  9. Hotdog (sesuka hati)
  10. Oregano, garam, gula (secukup rasa)

Cara memasak:
  1. Ko masukkan je bahan-bahan di atas mengikut susunan juga seperti di atas.
  2. Dah siap.

Tips memasak:
  1. Jangan lupa senyum. Kalau hangus pun, senyum.
  2. Kena ingatkan ke, setiap kali mulakan sesuatu dengan bismillah?
  3. Kalau nak adjust kepekatan kuah tu, pandai-pandai la seimbangkan jumlah air. Agak-agak dah terlebih air, ko larutkan tepung gandum dan campurkan ke dalam kuah tu sampai jadi pekat.
Kepada yang meminta resepi di atas, ini pula link ke resepi Fried Fettuccine. Aku nak rasa masakan kau! Ingat free-free je ke aku nak bagi resepi? Ngehehe~

Aku dah penat-penat taip nih, ada kau rasa nak mencuba buat? Paling kurang pun cuba la buat yang nombor 2, ok?

26 comments:

scOotBerry said...

baeklah..mekasih..aku amat2 menghargai jase ko..
balik neh aku tunaikan janji aku eh..
aku masak then aku akan memberi pd ko..
ujung minggu ni eh...
hikhik~

scOotBerry said...

cop2..
dlm gmbr tuh ape..??
mcm sedap je..
nnt bule aja kan..??
ngeee~

Unknown said...

intan...

baiklah. aku tak kan belanja apa2 hujung minggu ni. aku tak mo gi cafe hujung minggu ni. aku nak tunggu spaghetti ko.

:D

hafiza haris said...

nak resepi gmbr yg atas skali tuh...masa mula2 aku nmpk gmbr and bce tjuk..
aku ingt ko nk ajar msk yg tuh...
gmbr tuh ala2 kuah mee jawa....
huhu

Unknown said...

intan...

yang gambar? mane satu? yang atas sekali, mi kari. yang kedua, roti pintal tak jadi. yang ketiga spaghetti taruk bebola ayam goreng atasnya. tu je... hehe...

hafiza haris said...

yg fried fettucine tuh aku dh cube taw!!
ko jer yg ader kt KL mse tuh..
kalo x mesti sah2 confirm muktamad ko akan ckp marvlls punyer...
pergh...cedap taw !! ^_^

Unknown said...

fieza...

ala.. yang tu mi kari la. leh jumpa kat mane2 pun kot. huhu~

aku, tak reti masak masakan tempatan dik! serius! :P

Unknown said...

fieza...

ala.. jangan takut. aku ade kat kuantan sampai hujung bulan april. ada masa lagi untuk ko masak sekali lagi dan bagi aku rase. aku menunggu! hehe~

hafiza haris said...

mak aku reti wat mee jawa...
kt miri dlu aku slalu mkn...
tp ssh jgak nk buat....byk rencah.leceh...
tgula dkat2 aku rs aku nk kawen dah...
aku blaja dr mak aku!!
kahkahkahkahkah! ^_^

hafiza haris said...

ok..jgn risa gk..
kalau aku masak..aku bagi kt ko...
kan ber'jiran'...
kahkahkah
;D

Anonymous said...

huaaaaaa..nampak lazat

Unknown said...

lydiarayyan...

hey welcome!

kalo nak tahu lazat atau tidak, kena la coba dahulu.

*results may vary. haha!

Unknown said...

fieza...

jangan tunggu baru nak kawen, baru nak belajar dik. kang macam2 benda lain nak belajar! *dengan tegasnya

:D

Unknown said...

fieza...

ok aku menunggu bila2 ko nak masak k. hehe~

tak sabarnye!

Liyana said...

macam best jer resepi2 kat dalam ni...
tapi aku malas nak buat lagi...
boley??? :P
tunggu aku habis belajar kot baru aku try...
isy2 junior sorang ni...
lalala~

Unknown said...

liyana...

sempat basi resepi2 ku nih. huhu~

jangan tunggu lama2, nanti lama2.. dia diambil orang~ ewah~~!

hafiza haris said...

urggghhhh....
arghhhhh....
ishhhh.......

baek bos.........

scOotBerry said...

nak suh ko aja yg first tuh..
sbb nmpk sedap..ngeeee~

Anonymous said...

Aiiihh..gmba 2 dan 3 tu..suit sgt dengan selera aku.

Ade tisu? nak lap air liur. Duh!!

Unknown said...

fieza...

yey! yang ni kena masukkan dalam list 10 things before i grad nih. huhu~

Unknown said...

intan...

aduh~ sorang lagi.. itu mi kari je kot. takkan tak pandai~ *aku pun tak pandai sebenarnye masak2 makanan tempatan nih. huhu~

Unknown said...

shamel...

ko selera makanan western je tau. mi kari takmo tau. over! :))

tisu aku habes la pulak. jab aku g beli k~

Liyana said...

biarlah dia diambil orang...
resepi je kot~
resepi mana nak basi...
kalau dah masak kot la...
lalala~

Unknown said...

liyana....

ade aku kesah? ahahaha~

akuYANGtipikal said...

hahaha...zaki,tetibe aku rase ade org malu la...
*blushing*

anyway,
tq too you,n stanum...
:p

Unknown said...

gadis tipikal..

since aku tak dapat online YM mase aku post mende tuh, so aku tak dapat nak minta kebenaran letak link ke blog ko kat entri tuh. tarappapa kah? hu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...