Tuesday, January 06, 2009

Pondan: Masyarakat Perlu Memotivasi Mereka, Bukan Menjatuhkan Motivasi Mereka.


Kau ni pernah rasa nak berubah tak?

Berubah yang macam mana?

Ye la... Jadi macam lelaki semula... Takde la macam sekarang. Rambut panjang, straightened pulak tu. Kulit halus macam perempuan. Suka jantan. Things like that.

Kau ingat aku nak ke semua ni? Masalahnya, apa sahaja yang aku buat, semuanya tak kena pada mata masyarakat. Aku dulu tak macam ni, aku lembut biasa je. Orang kutuk-kutuk aku, kata aku sotong la, pondan la, macam-macam la! Paling teruk masa aku kat sekolah menengah. Sekarang aku jadi macam ni pun, pasal diorang la.

Jadi, sekarang ni, orang dah tak kata macam tu lagi ke?

Ada jugak, malah mungkin lebih teruk. Aku sedar bila aku keluar, mesti orang berbisik-bisik kat belakang aku.

A'ah. Tadi 2 kali naik lif, sengaja aku berdiri jauh di belakang kau. Nak tengok apa reaksi orang bila orang macam kau masuk lif. Diorang berbisik-bisik sesama diorang. Aku terdengar jugak la ada yang kata, tu laki ke perempuan tu? Kau tak rasa ke hidup yang kaupilih ni membebankan?

Memang! Memang membebankan! Tapi apa lagi yang boleh aku buat, Zaki? Aku tak jadi macam ni, orang kata. Aku jadi macam ni, lagi la orang kata. Tapi bezanya bila aku dah macam ni, ada je yang puji suka dengan aku la, aku cantik la, macam-macam la!

Jadi kau rasa bangga? Tak ke kaurasa apa yang kaulalui sekarang ujian daripada Allah?

Memang Zaki, aku sedar tu, tapi apa yang aku boleh buat? Naluri aku suka aku jadi macam ni. Naluri aku naluri perempuan, tapi aku terperangkap dalam badan lelaki.

Sudah tu, kau nak ubah badan lelaki tu, jadi macam perempuan? Berjayakah? Dengan menggunakan pil hormon, luruskan rambut, pakai baju ketat-ketat, tak ke kau rasa semua ini membazir? Sebab semua ni bukan menolong kau jadi lebih baik, malah memesongkan kau lagi!

Entah la, Zaki. Aku lebih suka macam ni. Ini yang aku selesa.

Jadi, kau tak nak berubah langsung?

Aku rasa, aku tak boleh berubah.

Tak boleh, atau tak nak?

Erm... Tak nak.

Kau kena sedar, setiap manusia diuji dengan berbagai-bagai cabaran dalam hidup. Mungkin dalam hidup kau, inilah cabaran yang paling getir. Malangnya, kau tewas dan kau memilih untuk jadi macam ni yang pada aku tidak membawa apa-apa faedah melainkan membawa masalah baru pula.

Jadi apa yang perlu aku buat? Kau nak aku terus jadi lelaki? Ubah perasaan suka perempuan macam tu sahaja? Tolong la, aku dah cuba tapi aku tak pernah berjaya.

Kau boleh berubah, kau kena yakin, kau kena kuat. Semuanya kena datang daripada diri kau sendiri. Kau tak perlu berubah secara mendadak. Ubah sikit-sikit. Bab perasaan tu, aku tahu memang bukan senang. Pasal tu aku kata ubah sikit-sikit. Apa kata mulakan dengan rambut tu dulu?

Erm... Tengok la macam mana. Aku takut je, nanti bila aku dah berubah, apa pula orang lain fikir? Boleh ke diorang terima perubahan aku? Boleh ke diorang terima aku?

Kau tak perlu kisah apa yang orang fikir. Yang penting kau kena tahu apa yang kau buat ialah, aku nak berubah. Sampai bila-bila pun, kita takkan boleh ubah apa yang orang fikirkan. Tapi kita boleh ubah fikiran kita. Kita boleh ubah perasaan kita. Cuma mentally kita kena kuat je. Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita tahu; bila kita nak berubah, kita berhijrah ke arah kebaikan.

27 comments:

Anonymous said...

Mmg kesian kat golongan camni.
Diorang ni asik kena kutuk aje.
Bukannya nak kasi nasihat elok2, tp lagi dikutuk ada la.
Buat salah, tak buat pun salah.
Itu la mentaliti org kita.
Bukan setakat dlm kes pondan aje, sumer benda pun camtu.
Ingatkan bila zaman dah maju, fikiran pun maju.
Rupa2nya masih tertinggal kat mana2 ntah kat blakang.

Sarah said...

Boleh berubah kalau betul-betul mahu dan dapat kawan yang memberi mereka sokongan berterusan.

azuwa said...

hmm.. mmg kesian tgk golongan lembut gini, tp mmg kite tak tau ape tindakan yg harus dibuat.
aku kagum dgn bakat diorang; mostly golongan mcm ni sgt kreatif. tp tula, problem psl gender identity ni mmg susah nk diubah, sbb dah terbiasa.

Jepah said...

diorang ni... kita kene nasihat...
bukan mengata...
tapi, kdg2, golongan mcm ni, rasa org mengata kat dia, tapi sebenarnya x... mmg ada kes mcm ni...
sume tu, psikologi je...

yang pnting, golongan mcm ni kita yg kene amek peranan untuk tunjukkan mereka the right path...

yatiHanuni said...

bergantung pada diri individu tu sebenanye untuk berubah....

the terms
"sebab derang la aku jadik macam ni"

hurm.....
menampakkan macam menyalahkan orang laen untuk kita jadi seperti kta yang sekarang..

nway, tapi orang kate lelaki yang macam lembut2 tu memang naluri die macam tu...
betol ke...?

Anonymous said...

golongan ni dah makin ramai lak skang ni kn..sian diorg kene trime mcm2 dr org lain..tp diorg kene sdar gak diri diorg tu mcm mane sbnrnye..tp skang ni ade ke umah2 kebajikan yg nk tlg diorg berubah eh?
aku teringin gk nk kwn dgn diorg..heee~

As said...

agaknya zaki kena tambah sket lagi

"aku akan support kau selagi aku mampu!"

ok..as cam sedih..as harap sume ok untuk dia..

Master J said...

i think i know who this convo was between...

anyway..its easy to say "org mcmni..kita kene tegur..bkn kutuk"..but truth be told..how many of us actually have the guts to go up 2 a person like this n bagi nasihat?to tell them dat wat they r doin is wrong..n tell them dat they have to change?

knowing wat needs to b done n actually doing it r 2 different things..a lot of ppl have step 1 in check..but not many ppl are capable of step 2..

Unknown said...

knowlee...

kita tak boleh meghalang orang daripada meluahkan fikrah masing-masing dan sejurusnya melakonkan watak mengikut kehendak mereka. malangnya, ada yang negatively terkesan dengan orang2 yang begini yang membawa kepada perubahan yang buruk. takut sahaja, kita berada dalam kalangan orang-orang sebegini yang mungkin boleh diheret sama ke neraka dek menyebabkan kepesongan orang. na'uzubillah....

Unknown said...

sarah...

betol betol betol... persoalannya, ramaikah kawan yang sudi menbantu?

Unknown said...

azuwachan...

pada aku lembut itu bukan masalah utama. once seseorang lelaki tu lembut, memang sangat sukar untuk dia jadi jantan macam lelaki2 yang tidak lembut. masalah timbul kalo kelembutan itu menjadi alasan untuk berubah gender secara fizikal dan mental. itu dilarang dalam Islam!

Unknown said...

jepah..

ada jua kes yang mana kelembutan hati diorang mengalahkan perempuan, senang sentap. bila orang nasihat, dia susah nak terima. dikatanya kita mengata dia, walhal kita kata tu, untuk menasehatkan dia.

susah kan orang tak makan nasehat nih? :D

Unknown said...

hayati..

bunyinya memang seperti menyalahkan orang lain, tapi kita tak boleh menolak itu sebagai salah satu faktor yang menyebabkan mereka terjebak menjadi pondan.

naluri, atau nafsu? :)

Anonymous said...

susah tau nak berubah.....

Unknown said...

fuzzy...

rumah kebajikan untuk orang2 macam tu? takde lagi kot. jom kita buat nak? huhu~

Unknown said...

as...

betol betol betol.. tak terucap plak haritu :)

Unknown said...

master j...

i love your points :)

see the people around us. do we find people like them? then what we've done to help them? or we are among those who make fun of them? na'uzubillah..

Unknown said...

tuan caracol....

susah memang susah, tapi tak mustahil. keinginan dan usaha perlu wujud dari dalam diri. :)

As said...

pi ah sambung bitau :p

Unknown said...

as...

to start the conversation all over again needs some extra effort. it's not like "hey, jom sambung sessi motivasi kita nak?"

lain kali kalo ade peluang aku akan pastikan aku tak tertinggal kata2 keramat itu :D

huhu~

tusky said...

berapa ramai orng2 kita yang sayang org normal?
berapa ramai orng2 kita yang sayang penagih dadah, HIV carier?
berapa ramai orng2 kita yang sayang org jenayah?
dan
berapa ramai orng2 kita yang sayang org2 begini?

ya benar, mereka salah sebab xberapa normal..
ya benar, mereka kelihatan weird

tp tahukah kita, mereka2 inilah yg perlukan kasih sayang, sokongan moral, nasihat2 membina dari kita..
Islam ajar begitu, islam x ajar mencaci, mencerca, memaki..
"lu pikir r sendiri"
=)

Unknown said...

tusky..

can't agree more. :)

and i love the poem :)

Anonymous said...

Si tusky ni suka buat poem la.
Bleh buat buku khas. =p

Unknown said...

knowlee...

jom collaborate dengan aku tusky :D

Zaidi Al-Kashafi said...

Macam cerita Sutun ajer.

Unknown said...

zaidi....

bukan.. hehe~

Sanchez said...

Takde perubahan yg senang...trust me...n setiap org ade ujian yg diorg kena...berbeza2...n mmg sgt sukar utk diubah habit ni...lain org lain bad habit or masalah yg perlu ditangani...stay strong, every1!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...