Thursday, September 17, 2009

Bukan Pasal Hari Raya


Dulu pernah aku terfikir, apabila dah kerja nanti;

Nak belanja mak dan abah makan macam-macam yang tak pernah mereka rasa,
Nak bawa mak dan abah melancong kat tempat-tempat yang tak pernah mereka pergi,
Nak belikan mak dan abah macam-macam pakaian yang cantik-cantik.

Tapi sekarang, dalam keadaan mereka sekarang;

Mak dan abah dah berusia,
Mak dan abah ada beberapa penyakit,
Mak dan abah punya keinginan yang terhad.

Jadi;

Kalau nak belanja makan macam-macam, bukan mereka yang melantak. Aku juga yang kenyang. Abah tak makan makanan Barat sangat. Mak pula suka mencuba tapi mak setia dengan abah. Jarang sekali mak makan apa yang abah tak makan. Kalau makan pun, cuma nak jaga hati aku pasal aku yang masak atau beli.

Kalau nak bawa mak dan abah keluar melancong jauh-jauh, mak dan abah tak larat berjalan jauh-jauh sangat. Sepanjang aku belajar di Kuantan, tak pernah sekali pun mereka jejak ke situ. Walaupun pernah mak berazam nak melawat Kuantan sebelum aku habis belajar di sana, nampaknya sampai ke sudah tak kesampaian. Lagipun, abah kena jalani hemodialisis 3 kali seminggu. Susah nak buat arrangement.

Tapi kalau nak belikan pakaian yang cantik-cantik, itu yang paling praktikal sekarang ni. Buat kali pertama, aku belikan mereka pakaian untuk raya. Sengaja aku bawa mereka membeli belah di Jusco Klang, bukan di Kedai Bunga Raya di Banting. Biar mereka rasa sedikit berbeza. Tak mengapalah jika mahal sedikit pun, asalkan mereka gembira. Abah pilih baju kemeja dan seluar slack. Baju melayu sudah ada katanya. Mak pula tak minta banyak, cuma kasut sepasang je. Pandai mak pilih kasut tu, cantik sangat. Aku nak sangat emak dan abah nampak berseri pada hari raya nanti.

Tapi, rupa-rupanya bukanlah mak dan abah nak sangat aku belikan mereka pakaian cantik-cantik, bawa mereka jalan-jalan mahupun makan-makan, tapi kehadiran aku di sisi mereka yang paling membuatkan mereka gembira.

Pernah mereka tanya, “lepas kerja nanti balik rumah mana? Gombak ke Banting?”
Aku jawab, “tak tahu lagi la.”
Lantas mereka sambung, “kalau boleh balik la Banting. Boleh berbuka dan bersahur sama-sama.”

T_T

9 comments:

Nasir ab Rahaman said...

T_T jaga mak n ayah ko lek lok.selagi berkesempatan.wwwwooooooo~~~~~~~~~~

Szakif said...

nasir..

insha Allah :)

Jepah said...

berbaktilah kepada ibu bapa anda selagi mereka masih ada. pesanan ikhlas dari penaja... =D

Szakif said...

jepah..

insha Allah :)

intan.dayana said...

wuwuwuwuwu.

sedey nye bace bile dekat ujung2 tuh~
tOuching wehh..sObsOb~

myadlan said...

ending tu boleh buat iklan raya la. macam style petronas nye

:: !zyan :: said...

syahdu plak rase...
jage lah hati mak ayah...

akak selalu pegang prinsip ni:

"kalau tak dapat nak menyenangkan, janganlah menyusahkan mereka"

RosmanPositivo said...

demmit.

entry ni spot on. ko bjaya trigger inner-emo aku. chis.

Suraya said...

T_T sumpah sedih...rasa nak balik sekarang jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...