Kami akan Bertunang
Bagi yang sudah maklum melalui Facebook, aku sudah umumkan secara rasminya akan berita pertunangan diriku dengan you-know-who, wanita yang beberapa kali pernah menjadi tulisan dalam blog ini.
Setelah menjalinkan hubungan selama beberapa tahun, aku bersyukur akhirnya hubungan kami akan diikat secara sah setelah kedua-dua keluarga telah bersetuju untuk mengikat kami dengan tali pertunangan sebelum lafaz nikah disahkan pada tahun depan insha Allah.
Pada aku, setelah adanya ikatan pertunangan nanti, langkah kami ke gerbang perkahwinan adalah lebih serius. Ia adalah bukti bahawa kedua-dua keluarga sudah bersedia untuk menyatukan antara kami atas dasar ikatan yang diredhai Allah S.W.T. mengikut syariat yang ditetapkan Islam.
Pasang dan Surut
Telah banyak yang kami lalui sepanjang perjalanan kami mengenal hati budi masing-masing. Benar. Pernah ada surut dan pasang dalam pantai percintaan kami. Namun, nampaknya ia sentiasa pasang dan tidak surut-surut lagi (dan berdoa semoga tidak akan surut) sementelah kedua-dua pihak keluarga berjumpa pada majlis konvokesyen yang lepas. Setelah ada restu daripada kedua-dua pihak, tidak lama dan sukar untuk kami putuskan langkah-langkah yang seterusnya. Buat masa ini, cukuplah sekadar yang diumumkan ialah tarikh pertunangan kami iaitu pada 28 November nanti, sehari selepas Hari Raya Aidiladha.
Pertama Kali Berjumpa Orang Tuanya
Sedikit perkongsian cerita.
Yang mula-mula membawa berjumpa dengan orang tua ialah you-know-who. Itupun, bukannya aku maklum bahawa orang yang aku akan jumpa ialah bapanya. Apa yang aku diminta ialah menolongnya mengambil seseorang di Terminal Makmur, Kuantan. Aku tidak pula syak apa-apa melainkan berniat mahu membantunya. Sedar-sedar, lelaki yang muncul di sebalik bas ialah seorang lelaki yang dipanggilnya “Ayah”. Jujur aku katakan, aku tidak menggelabah mahupun bertindak di luar kawalan pada ketika itu. Sepanjang masa pertemuan kali pertama dengan orang tuanya itu, aku melayannya seperti biasa dan yang paling aku bersyukur, orang tuanya sangat budiman. Mujur, ada juga baiknya dia tidak memaklumkan berkenaan orang yang akan disambut. Jika tidak, mungkin aku akan bertindak di luar kawalan mahupun tidak menjadi diriku sendiri.
Ramai Sayangkannya
Aku sedar, you-know-who bukanlah calang-calang orang. Menjadi tempat meluah perasaan. Menjadi kakak untuk meminta nasihat. Meminta pertolongan apa yang dia termampu. Sebagainya! Pernah juga terselit dalam hati bahawa banyak hati yang akan terasa berat mahu melepaskannya kepada aku lebih-lebih lagi ahli keluarganya dan rakan-rakannya. Tapi insha Allah, akan aku jaga si dia sebaik-baiknya.
Apa yang aku harapkan sekarang ialah keredhaan dan kerelaan semua orang yang menyayanginya untuk mengizinkan aku menetap dalam hatinya sebagai seorang suami tidak lama lagi. Aku juga pohonkan doa kalian supaya langkah kami membina mahligai percintaan di atas tanah pernikahan nanti akan dipasak kukuh oleh cerucuk keimanan dan tiang agama, berbumbungkan kesejahteraan dan berdindingkan keredhaan.
Ramai Sayangkannya
Aku sedar, you-know-who bukanlah calang-calang orang. Menjadi tempat meluah perasaan. Menjadi kakak untuk meminta nasihat. Meminta pertolongan apa yang dia termampu. Sebagainya! Pernah juga terselit dalam hati bahawa banyak hati yang akan terasa berat mahu melepaskannya kepada aku lebih-lebih lagi ahli keluarganya dan rakan-rakannya. Tapi insha Allah, akan aku jaga si dia sebaik-baiknya.
Apa yang aku harapkan sekarang ialah keredhaan dan kerelaan semua orang yang menyayanginya untuk mengizinkan aku menetap dalam hatinya sebagai seorang suami tidak lama lagi. Aku juga pohonkan doa kalian supaya langkah kami membina mahligai percintaan di atas tanah pernikahan nanti akan dipasak kukuh oleh cerucuk keimanan dan tiang agama, berbumbungkan kesejahteraan dan berdindingkan keredhaan.
Amin...
19 comments:
zaki....:)...
so glad with this news..:).will pray for both of you..:).congrats:)
Alhamdulillah...smg semua urusan pertunangan berjln lncar dan slmt berbahagia zaki!!! =)
:)....
aku tumpang gembira..
kem salam kat "akak"
bro zaki,
kongrets!! may u and kak mary live happily ever after..hehheh...
semoga segala urusan dipermudahkanNya. Akak asyik postpone wat entri khas pasal pertunangan macam ni. Tak sempat2...sudahnya tak buat2...tunggu entri pernikahan la nampaknye nanti. InsyaAllah.
Btw...tarikah zaki tunang ni..same dgn tarikh nikah adik akak. InsyaAllah =)
zaki!! eventho aku xknal ko n u-know-who, but ive heard so many go0d stories bout u guys...n u guys hav my respect w/o knowing u n u-know-who in person...so,with diz news eventho i dunno u guys very well, but im still so happy 4 u all..!! ^_^
smoge dpermudahkn jodoh ko dgn insan terchenta n tesyg k...! ;) ameen...
Mcm nak leleh jer 'ayak mata' ni baca harapan ko utk ikatan ini...
semoga visi ke muar nanti berjalan dgn lancar dan selamat.
amin~~
cOngrats zaki!
hiks! mOga semua nya berjalan dgn lancar ye.aminnn~
abg zaki,tahniah!!!! :)
tahniah zaki. =) dh ramai senior2 yg dh start keje mencari pasangan hidup & zaki termsk dlm golongan tersebut. congrate!
alhamdulillah..yam sudah berjumpa jodohnya..plz take very good care of my bestest fren ya..sy doakan kamu berdua berkekalan n bahagia hendaknya smpi ke akhir hayat.
moga dipermudahkan urusan ke tarikh penyatuan :)
wah.. tahniah.. senyap blog ni tau2 da bertunang plak ko..
pandai amek gambar! :P
tahniah.... kalau free mintak tolong isi survey... thankss...
http://sharinginfoz.blogspot.com/2009/12/jom-survey-nuffnang.html
Assalamualaikum
Inilah berita yang paling ditunggu-tunggu. Tahniah!!! ^_^
em, bukan aku nak kate ape, tp pertunangan tu xelok digembar-gemburkan. papepun, moga bahagia ke anak cucu cicit aku doakan. he he
MashaAllah!!
such a good news..
congratulations to both of you!
send regard to sis. mary
(from waleedah/bkk) :)
congratulation..!
alhamdulillah,
may Almighty Allah bless both of u.
"lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik" =)
Post a Comment