#1
"Sayang, walaupun Sayang isteri abang, tapi Sayang tetap jatuh nombor 3 dalam hati abang. Nombor satu emak, nombor dua abah, nombor tiga baru Sayang."
#2
"Sayang, sebaik sahaja Abang lafazkan akad nikah, terus rasa berat bahu Abang sebab mak ayah (mertua) dah debitkan tanggungjawab membela Sayang ke dalam akaun tanggungjawab Abang."
#3
"Sayang, pada pendapat Abang, kalaulah seorang isteri tu betul-betul memahami tanggungjawab berat seorang lelaki yang masih ada ibu bapa, yang juga merangkap suaminya, dia tidak akan persoalkan tahun ni balik raya di mana, tahun depan di mana."
#4
"Sayang, abang juga ada mak abah. Abang boleh faham perasaan Sayang kali pertama beraya tanpa mak ayah bersama. Tapi, bukankah mak abah Abang, mak abah Sayang juga?"
Penafian: Saya dan isteri sudah membuat keputusan mahu beraya di mana pada hari-hari terawal Syawal tahun ini. Malah, keputusan tersebut mendapat sokongan kedua-dua belah keluarga.
Kenyataan: Saya sangat cintakan isteri saya dan keluarga mertua. :)
5 comments:
thn pertama raya umah suami la..hehhehe..lepas tu seharian g round umah sedara mara suami..kan bgus tu
kena buat list! nanti ada sedara mara yang merajuk.. :)
alasan la ko zaki nak suh bini ko raya umah ko tiap2 tahun
Alasan, atau justifikasi? Isteri aku lebih tahu, itu lebih penting :)
jarang ada suami yg postig mcm ni utk his wife.
u mst suami romantic kan?
untunglah wife u.
Post a Comment