Monday, September 13, 2010

Tangisan pada Malam Raya

Gema takbir hari raya terus berkumandang di udara. Aku dan isteri baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Selesai salam, aku terus memandang wajahnya. Cuba untuk menyelami hatinya yang pertama kali meninggalkan keluarganya pada malam raya. Kini, keluarganya yang utama ialah diriku sebagai suaminya dan dirinya sebagai isteriku.

Mungkin perasan akan lirik mata yang kuhalakan ke wajahnya, mungkin juga kerana hatinya tidak tertahan gelora yang selama ini ditahan, basah wajahnya dengan air mata sejurus merah mata dan hidungnya.

Terus aku memeluknya. Kutepis air mata yang deras mengalir. Masih cuba memahami gejolak hatinya.

"Sabar ye, Sayang. Abang faham ini kali pertama Sayang tak beraya bersama mak ayah di Muar. Mak abah kat sini kan ada," aku cuba memujuknya. Kukuatkan hati agar tidak menangis sama.

Dia masih digenangi air mata tanpa sebarang kata.

Suasana sunyi seketika. Hanya mungkin bunyi kipas yang berpusing menggetar deria pendengaran.

Kupecahkan kesunyian itu. Aku cuba memujuknya pula dengan bertakbir hari raya di telinganya.

Allahuakbarullahu akbarullahu akbar. La ilaha illahu wallahu akbar. Allahu akbar walillahilhamd.

Ah, suaraku pula yang pecah dalam tangisan. Air mata pula melimpah daripada empangan kelopak mata.

"Eh, kenapa Abang menangis juga? Ini kan kampung Abang," dia memecah kesunyian bibirnya tadi.

"Tak... Ramadan yang lepas sangat indah bersama Sayang di sisi Abang. Tak macam masa bujang dulu, kali ni dah beristeri, rasanya macam berganda-ganda pahala Abang dapat. Tak pasti sempat atau tidak Abang bertemu dengan Ramadan tahun depan." jawabku.

Isteriku pula memelukku, memberikanku semangat.

4 comments:

it's jenn. said...

wow.
:D

seronok tak beraye selepas bergelar suami?

Unknown said...

Jenn:

Sangat seronok! :)

:: !zyan :: said...

salam aidilfitri buat zaki & isteri.

k.izyan pun terase sebak di mlm raya. Walaupun dapat beraye di rumah org tua sendiri pd hari raya pertama :)

Yela..pertama kali beraya sbg seorg isteri & menantu kan.

aimi nadiah said...

hehe.. beruntung rmate ku dpt suami yg baik.. smg berbahagia selamanya.. amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...