Wednesday, October 27, 2010

Isteri, bukan Mary

Mungkin ramai yang sudah maklum aku mengahwini rakan sekuliyahku. Kami sama-sama mula mengenali sejak matrikulasi UIA. Maknanya, kami sebaya.

Justeru, kami mempunyai rakan sekenalan yang ramai. Ambil sahaja contoh di Facebook, rakan sepunya (mutual friends) kami seramai 468 orang. Kebanyakannya rakan dan sahabat di UIA, junior dan senior, dan ada juga rakan sekampung dan sepupu sepapat kami yang mula mengangkatnya sebagai kawan sesudah kami mengesahkan hubungan kami.

Jadi, kerap kali aku diminta untuk menyampaikan salam kepada isteriku apabila aku berhubung dengan rakan-rakanku, yang juga rakan-rakannya. Apabila bertanya mengenai perkembangan masing-masing, sudah pasti antara topik yang paling popular adalah mengenai aku dan isteri.

Namun, dalam kebanyakan hal, aku akan cuba untuk menggantikan nama isteriku dengan istilah "isteri" apabila berbicara dengan mereka. Bukannya Mary. Walaupun mereka tahu apabila aku berkata mengenai isteriku, itulah Mary.

Bukannya apa, aku rasa aku lebih selesa begitu kerana untuk mengingatkan diriku bahawa aku sudah beristeri dan tidak bujang lagi. Bukan pula bermaksud aku mudah lupa akan status diriku, tetapi aku hanya mahu memastikan bahawa aku sentiasa mengingatkan diri sendiri akan tanggungjawab yang aku pegang sebagai suami.

Malah padaku, dengan menggelarnya sebagai "isteri" dan bukan Mary apabila berbicara dengan orang lain seolah-olah meletakkan darjat isteriku ke tahap yang tinggi. Dia bukan lagi sekadar ehem-ehem yang geli-geli itu, tetapi isteriku yang sah.

Sekadar nota ringkas. :)

2 comments:

zulyunus said...

Subhanallah! Suami Mithali. Semoga Allah kurniakan zuriat yang soleh dan solehah, serta memberikan limpahan rahmat-Nya untuk kalian.

Semoga menjadi sebuah keluarga yang penuh mawaddah wa rahmah.

:D

Looking for a Car? said...

congratulation!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...