Monday, February 15, 2010

Dina Halim Bridal Boutique Online Contest


Bagi yang sudah lama mengikuti blog ini, mungkin perasan bahawa aku tidak pernah menceritakan bagaimana detik mula aku mengenali tunang aku. Justeru, sebagai sesuatu yang eksklusif buat Dina Halim, yang menganjurkan pertandingan dalam blognya baru-baru ini, aku rasa sekurang-kurangnya aku mempunyai sebab dan motivasi yang lebih untuk menulis berkenaan hal kami berdua (dengan izin tunang juga).

Sejujurnya, dalam perkenalan kami, aku yang memulakan segala-galanya. Kami mula mengenali satu sama lain ketika di peringkat matrikulasi apabila kami menjadi rakan sekelas dalam kelas bahasa Inggeris. Untuk pengetahuan, kami menjadi rakan sekelas untuk dua semester. Dalam semester pertama, aku dipilih sebagai ketua kelas dan pembantuku ialah kawan kepada tunangku sekarang. Dalam semester berikutnya, aku masih menjadi ketua kelas dan aku tanpa segan silu memilih dirinya pula untuk menjadi pembantuku setelah aku meminta kebenaran daripada pensyarah untuk berbuat demikian.

Sepanjang semester aku menjalankan tugas dan dibantu olehnya, aku dapati dia seorang yang boleh menyenangkan hatiku tatkala aku lihat wajahnya. Entah, aku pun tidak tahu bagaimana perasaan itu boleh timbul, tapi itulah yang aku rasakan.

Malah, sebenarnya seawal-awal aku mula melihatnya, hatiku sudah tertarik. Padaku, dia unik. Paling jelas, ketinggiannya. Aku tinggi, dia pun tinggi. Pada masa itu, aku rasa aku sudah menemukan pasangan yang sesuai untukku. Namun, tidak pula terfikir untuk serius dalam apa-apa hubungan melainkan rakan sekelas.

Dalam semester berikutnya, kami tidak lagi sekelas memandangkan kami tidak mengambil jurusan yang sama. Kami hanya disatukan dalam kelas bahasa Inggeris. Dalam kelas subjek teras lain, kami tidak ditempatkan dalam kelas yang sama.

Lalu timbul rasa kehilangan dalam hatiku. Pada saat itulah aku mula menghantar SMS yang berbaur motivasi dan hikmah. Niatku adalah supaya aku tidak terputus berhubung dengannya. Apa yang pasti, pada waktu itu, aku tidak pernah berterus terang dengannya bahawa aku sukakannya.

Masa berlalu. Apabila kami berada dalam semester akhir di pusat matrikulasi, aku mula berasa akan kehilangannya kerana aku perlu ke Kuantan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda walhal dia ke Gombak. Setelah panjang memikirkannya, aku mencapai kata putus – tukar jurusan! Aku menjadikan dirinya antara sebab untuk aku menukar jurusan akademikku selain hajatku sendiri yang tidak mahu dicampakkan jauh daripada keluarga apabila berada di Kuantan.

Itu adalah antara perkara yang jarang sekali aku beritakan kepada umum. Jadi buat kalian yang membaca, kalian bertuah kerana mengetahui hal ini sekarang.

Dipendekkan cerita, sepanjang belajar di peringkat ijazah sarjana muda, segala-galanya berjalan seperti biasa. Walaupun kami tidak mengambil jurusan yang sama, kami aktif dalam persatuan pelajar. Dia menjadi wakil pelajar perempuan dalam persatuan tersebut, manakala aku pula menjadi setiausaha.

Teringat pula saat namanya dicalonkan untuk dicadangkan memegang jawatan tersebut. Aku antara yang mengangkat tangan dan menambah jumlah pengundi. Ada yang ketawa sinis dengan tindakanku. Tapi aku tidak ambil pusing, sebab aku tahu dia akan belajar banyak perkara jika dia dapat memegang jawatan itu. Aku yakin dengan kebolehannya memimpin, dan aku juga mahu dia memperkemas dirinya dengan ilmu-limu kepimpinan dan kepemimpinan. Buktinya, ditakdirkan dia memenangi jawatan itu dan apabila habis penggal kami dalam persatuan tersebut, banyak perubahan dapat aku lihat pada dirinya. Dia kelihatan lebih matang dan bijak berkomunikasi dengan orang lain.

Masa berlalu begitu pantas. Sedar-sedar sahaja kami hampir menamatkan program ijazah sarjana muda. Pada waktu itu, aku sendiri kabur sejauh mana hubungan aku dengannya. Memandangkan aku belum bersedia sepenuhnya dengan komitmen yang lebih lagi, aku diamkan sahaja hasrat hatiku untuk melangkah ke destinasi hidup yang seterusnya bersama dengannya.

Ditakdirkan aku mendapat pekerjaan yang baik selepas kami bergraduasi. Dalam majlis konvokesyen kami, itulah kali pertama ibu bapa kedua-dua belah pihak bertemu. Mungkin wujud keserasian dan rasa senang antara kedua-dua belah pihak ibu bapa kami lalu tidak lama selepas itu, kami membuat keputusan untuk ditunangkan.

Selepas bertunang, barulah kami betul-betul memahami erti cinta dan rindu. Oh, sukarnya mahu menyusun kata-kata. Selepas bertunang, seolah-olah lagu-lagu cinta yang dahulunya sekadar menjadi siulan tatkala di kamar mandi, menjadi lebih bermakna. Seolah-olah kami dibukakan mata dan hati untuk mengenal erti cinta. Malah, kami bersyukur kerana rasa itu wujud dalam hati tatkala sebelah kaki kami sudah mula mengorak langkah menuju gerbang perkahwinan. Sekarang hanya menunggu masa untuk sebelah kaki lagi mengatur jejak dan seterusnya berlari. Berlari ke destinasi bernama alam rumah tangga.

Perkenalan selama 6 tahun sejak dari pusat matrikulasi dan hubungan yang dibina sebelum ditunangkan tidak akan sesekali dapat menandingi apa yang kami lalui sekarang. Pertunangan yang sudah berlangsung hampir 3 bulan lepas membibitkan rasa cinta sebenar antara kami. Tiada lagi rasa segan untuk mengungkapkan rasa rindu kepada pihak yang satu lagi. Rasa itu lebih mekar apabila pihak di sana juga mempunyai rasa yang sama.

Namun begitu, kami akui jalan menuju ke gerbang perkahwinan bukanlah mudah. Ia bukanlah sesuatu yang boleh disudahkan dalam satu malam. Banyak persediaan perlu dilakukan. Namun, alah bisa tegal biasa. Mahu seribu daya. Kami sedang rancak membuat persiapan sebelum hari bahagia bertamu pada bulan Jun ini.

Pada dasarnya, kami tidak membayangkan tema majlis perkahwinan yang terlalu besar-besaran. Sejak kami ditunangkan, kami sudah bersetuju atas 3 prinsip. Salah satunya ialah, apa yang boleh dipermudah, permudahkanlah.

Jadi, kami membayangkan cukuplah sekadar kami memiliki sebuah pelamin di mana kami boleh mengambil gambar bersama ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan untuk mengabadikan kenangan pada majlis perkahwinan kami. Ia tidak terikat kepada apa-apa tema majlis yang memeningkan. Takut tak terlayan pula. Tidak lupa juga, pakaian raja sehari yang hanya dipakai pada hari indah itu sahaja. Namun, segala-galanya masih dalam perancangan.

Apa yang pasti, kami belum ada perancangan untuk memasang pelamin pada majlis pernikahan kami, kerana dijadualkan kami akan dinikahkan lebih awal daripada majlis perkahwinan. Bila? Akan diumumkan apabila tiba masanya. Jadi, sekiranya kami memenangi pertandingan ini, pastinya ia akan menambahkan lagi seri dalam majlis pernikahan itu nanti. Siapa tahu, butik perkahwinan Dina Halim boleh menjadi pemudah cara kami dalam membuat persiapan majlis kami? Insya Allah. Amin...

Berkenaan warna tema majlis, alhamdulillah kami sudah mencapai kata putus. Pada majlis pernikahan, kami memilih warna putih krim. Pada majlis di sebelah pihak perempuan, warna oren keemasan manakala di sebelah pihak lelaki pula, merah hitam. Sila ambil perhatian ya kawan-kawan. Hehe...

Gambar kami selepas ditunangkan :)

Aku yang kekurangan tulang rusukku...

...dan dia yang akan melengkapkan jumlahnya. :)

Akhir kata, untuk menjawab soalan asas kepada pertandingan, Mengapa 'SI DIA' Pilihan Hati Saya? Hanya ini jawapanku:
Kerana bersamanya, aku bahagia.

52 comments:

saOd yg bAhagia said...

no offense tp aku agak penat baca cerita ko zaki...panjang sangat...tp ending dia mmg berbaloi laaaa!! siyes cakap...xrugi penat2 aku baca..hahahah!! semoga ko sentiasa bahagia~~ ;p

__AiN__ said...

shoot bro u so romantic n seriously u r totally shocking me with ur nice words in bahasa melayu...hehehehe...

in short u ni jiwang gile la bro...

nway semoga berbahagia...

hadija (adek usop) said...

sweet la..hehehe..
hope u win this stuff..
hehehe..
kahwin jemput! hehe

Szakif said...

Saod:

Thanks for reading. Maaf la kalau ia memenatkan ko. Huhu..

Harap juri2 nanti tak penat membaca. He~

Szakif said...

Ain:

>_<

Segannya...

:P

emy milia said...

siyess sweet gile la dude...i wish u n kak mary bahagia selalu...btw,she is very cute n talented..n u too..mmg slg melengkapi...nice2...rase nk nangis lak terharu tgk keikhlasan u too...SMG BAHAGIA KE AKHIR HAYAT keyh!!kim slm kt kak mary...(^-*)V

Szakif said...

hadija:

insha Allah :)

Doakan semoga menang. Tak sia2 tulis penat panjang2. Hehe..

Amin.. :)

Szakif said...

emy milia:

thanks sister :)

Doakan semoga hubungan kami berbahagia dan berpanjangan.. Amin... :)

nurulshahfiza said...

zaki...terkejut akak tgk awak....kurus compare ngan masa akak ngajar awak dulu...make sure awak sihat. tahniah utk awak n tunang. bertunang sama ari ngan akak, tp langkah bendul awak dari akak ek...hehe..

Szakif said...

Kak Nurul:

Insya Allah dengan keadaan fizikal saya sekarang, saya rasa lebih sihat alhamdulillah.

Terima kasih ye kak atas ucapan tu. Tahniah jugak untuk akak sebab dah bertunang. :)

Tarikh bahagia akak bila pula? Boleh saya datang bersama isteri nanti. :)

Anonymous said...

Good fill someone in on and this enter helped me alot in my college assignement. Say thank you you seeking your information.

xOxO~fixa~ said...

what can i say is

i pray for ur happiness and semoga berkekalan..

amin~~
=)

moon said...

semoga berbahgia slalu :)

Szakif said...

Anon:

^_^

Szakif said...

Fixa:

Thanks. Amin.. Bila pula mahu bertandang ke Sg. Manggis? ^_^

Szakif said...

Kak Moon:

Thanks kak ^_^

Masyi O Maro said...

zaki,
that's touching. enjoyed the read and am happy for you both. semoga dipermudahkan segala urusan n dimurahkan rezeki. *hope u win!:D *

p.s: have u left ur link at the organizer's advertisment? one of the syarat kan? ;)

Szakif said...

Masyi O Maro:

Thanks for reading ^_^

Ya, I've put the link in her blog. I'm just waiting for the comment to be approved by Dina Halim. Maybe she's just busy. Thanks for the reminder :)

Payad said...

"Kerana bersamanya, aku bahagia."

suwit giler tunang Yam ni!

Pumpkin Peroz said...

semoga bahagia yer..(^_^)~

+ F.i.e-r.a.z + said...

hihiih..suwit nye...hihihi..oren erk???kena pakai oren la kami dtg nnti...

Szakif said...

Payad:

Hey, kawan Mary eh? Welcome :)

^_^

Szakif said...

Pidah:

Insya Allah begitulah rencananya :)

Datang ye :)

Szakif said...

Pumpkin:

Thanks.. Amin ^_^

intan.dayana said...

wahhhh~ rOmantic nye!!! xsaba! xsaba!

ElyaElmo said...

gudlakkk for the contesttt gengg!!~:D

Dina Halim Bridal Boutique said...

Salama,

:) ok zaki akak dah singgah sini..sorry eh,lambat sikit..akk bz, tp apa2 pun, gudluck! nnt juri2lain singgah pula ye..

p/s : tunang awak comel..bertuahnyaaa~

littlelim said...

hah terus komen..hehe
semua masuk pertandingan ni..dah tamat tempoh pula tu,tak sempat nak masuk,,sape nak menang ni???pid ke yam?? huu sokong dua2 menang share adiah ye anak2 .. ;D

Szakif said...

intan:

thanks intan. doakan kami ye :)

Szakif said...

ElyaElmo:

Thanks for the wish geng :D

Szakif said...

Kak Dina:

Terima kasih kerana menerima penyertaan saya ye :)

Juri2 yang lain jika singgah, tinggalkanlah juga tapak di sini. :)

Szakif said...

Lim:

Doakan agar semuanya berjaya. Hehe... Tak dapat nombor 2, nombor 1 pun jadi la :P

Dina Halim Bridal Boutique said...

wah~ malunya kalau juri lain tgk..saya salah eja salama..ahaha..apakah? maak cik NN..(anda kan cikgu bahasa)..oh..cik NN juri kita ye, mungkin dia akn tinggal jejak kalau dia rajin :)

aZLiNa aZiZ said...

great! jarang dapat baca sesuatu yang terbuku jauh di dasar hati seseorang yang bernama manusia Adam.
semoga berbahagia n dapat menempuh hari bahagia.

gud lUck!

cik nur said...

Saya sukakan ayat-ayat kamu.
Menyentuh.

Szakif said...

Kak Dina...

Takpe kak~ Biasa la tu typo. Hehe...

Kalau juri2 lain dah sampai, selamat datang belated saya ucapkan.. Hehe..

Szakif said...

azlina aziz:

Thanks for reading and commenting. :)

Suatu luahan yang jarang saya dedahkan kepada umum. Tetapi demi Dina Halim, apa salahnya :)

Szakif said...

Cik Nur:

Terima kasih. Segannya >.<

Sebumbung Fotografik said...

ayat yang tersusun dan melalui pembacaan saye, terasa yang kamu ni betul2 sayang akan tunang kamu deeply.. saye doakan kamu berdua selamat menempuhi alam pertunangan dan semoga berbahagia ke akhir hayat di dalam perkahwinan..

gud luck!

Dina Halim Bridal Boutique said...

TAHNIAH! Anda berada dalam senarai TOP TEN bagi pertandingan 'Mengapa si dia pilihan saya' anjuran Dina Halim Bridal Boutique..

:)

Anonymous said...

waHHhh daH topten list..taU taK ni? huhu tahniah..=)--->ini jiah buBub...hehe

kk said...

salam.. buat zaki dan tunang tersayang..moge bukan sahaja menang BESAR utk DinaHalim, tp daku turut doakan kalian bahagia n terus berjaya dunia akhirat...sbg rakan yg pernah sekelas suatu waktu dulu, moga aku dan pasanganku nnt sama2 bahagia sepertimu jua (aisey, ayat dah terikut2 jiwang pas bace crite ko la zaki).. pepun, SYABAS! moge trus suksess..amiin..:)

farahfatihah said...

hi g2b..zsagka ada gak groom 2 be yer...sgt menarik...=)

Szakif said...

sebumbung fotografik:

thanks for the compliment.

saya rasa lebih selesa menulis dengan gaya yang sebegitu :)

indeed, i love my fiancee :)

Szakif said...

Dina Halim:

Alhamdulillah...

Terima kasih. Harap-harap menang :)

Szakif said...

Jiah:

Wah~ Ko mengikuti perkembangannya kah?

Szakif said...

KK:

Thanks T_T

Nanti wedding kitorang, datang ye :)

Szakif said...

farahfatihah:

:)

fishballisme said...

Szakif! Tahniah buat anda! Semoga bahagia hendaknya ya? :)

Szakif said...

fishball:

Terima kasih dan amin~ :)

shah said...

huaa terharunye...

aDieyZa said...

congrats sbb menang tempat ke2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...