Aku baru bertunang, dah macam-macam orang kata pasal pasca perkahwinan. Paling tak boleh blah, statement yang akan aku tepis dengan doa nauzubillah:
Lepas kahwin, gemok la ko kang~
Ceh! Tak supportive langsung!
Aku terfikir, semestinya ke lelaki yang sudah kahwin akan jadi gemuk? Seramai mana yang betul-betul jadi gemuk, ataupun sekurang-kurangnya jadi lebih berisi berbanding sebelum kahwin, dan seramai mana pula yang kekal dari segi fizikal?
Dan, yang makin kurus selepas kahwin? Ok, aku nak minta tips dan petua.
Persoalan yang paling penting, apakah punca yang menyebabkan hal ini berlaku? Ok, itu macam ayat dalam artikel surat khabar.
Aku rasa la kan, punca-punca di bawah mungkin antara yang menyebabkan hal yang demikian boleh berlaku.
- Apabila si suami sendiri berkata, "Aku dah laku. Tak payah jaga badan dah."
- Apabila si isteri berkata, "Sayang terima abang seadanya."
- Apabila si isteri menambah, "Takpe kalau Abang gemuk, Sayang tak risau Abang curang, sebab Abang dah tak laku bila gemok."
- Apabila pulang ke rumah, isteri sudah sediakan makanan. Tak makan, kang sentap. Tak makan, kang retak rumah tangga. Elok pulak dapat isteri yang memang pandai memasak. Oh tidak!
- Apabila pulang ke rumah ibu bapa sendiri, nak tak nak kena makan bersama isteri dan mak bapak. Kalau isteri je makan sorang-sorang dengan mak bapak kita, maunya dia tak segan? Mesti dia nak si suami makan sekali kan?
- Apabila pulang ke rumah mertua pula, berani la ko kalau nak tolak pelawaan mak bapak mertua bila masa makan. Maunya kena cop menantu antisocial.
- Apabila bersenam malam dengan isteri, diorang ingat itu dah cukup. Tak payah dah nak jogging, sit-up, dan buat latihan kardio segala.
Entah. Aku tulis ni pun dari perspektif orang yang baru bertunang. Aku berspekulasi je banyak kat atas tu. Entah betul, entah tidak.
Theoretically, maybe aku boleh bayangkan. Practically, tunggu je la masanya.
Aku tulis ni bukan apa tau. Nanti kalau betul la aku pun jadi gemok selepas kahwin, korang ada la point nak bagi kat aku:
Ko pandai je tulis kat blog, tapi tengok la ko sekarang. Gemok gak.
Lepas tu aku down.
Lepas down, aku off nasi 3 bulan semula (pastu kena maki hamun dengan, bukan sahaja mak abah aku, tapi mungkin mak ayah mertua. Isteri? Diam-diam. I nak kurus untuk siapa kalau bukan U jugak?) :P
Lepas tu kurus balik.
Kot.
Hidup umpama roda kata orang. Tapi kita sendiri lah yang kawal pusingan roda tu kan? Bukannya orang lain. Kita kawal, baru kemudian kita serahkan kepada Yang Di Atas untuk menentukan. Berusaha dulu, baru bertawakkal.
Ini tak,
Takpe la. Aku dah kahwin. Normal la tu badan naik.
Tapi, ada jugak yang fikir ke depan lagi sedikit, dan berkata,
Takpe la. Biar gemuk asal sihat.
Eh hello. Nak kena aku bersyarah ke? Tajuknya Kegemukan Meningkatkan Risiko Berpenyakit.
Pasal tu aku betul-betul nak jaga kesihatan. Sebab aku sayang tunang aku. Aku nak bahagia selama mungkin dengan dia, dan anak-anak insya Allah.
Lepas tu aku tanya diri sendiri: Zaki bila last time bersenam?
*Tampar pipi sendiri*
12 comments:
aku rasa punca ke4 adlh faktor utama...
*Aku suka soklan last ko.
:P
mule2 rase cm nk komen....
pastuh....ble bace ayat last2....x taw nk komen pe dah...
nk gelak jer..
HAHAHA >__<
my hubby SANGAT enjoy makan after kahwin..dia cakap, best, makan ade orang teman.selera bertambah2...but sumhow, i wonder jugak, dulu time bujang, macamla makan sorang2, padahal, satu meja bulat tu penuh dengan kawan2 =p
p/s: tak kesah sangat kot, sebab people interpret it as being BAHAGIA =) heh!
fiza,saod agree!! semangat nih baca...ingat nk komen gak...skali baca ayat last,trus blur...wakakkaka!!
my point : lelaki lepas kahwin gemuk sebab hati senang..kerja dia makan dan makan dan makan....dan saya bersetuju dengan smeua point awak kecuali no.1 dan no.3
pernah terbaca di website mana entah, katanya, kebanyakan lelaki yang happy dgn family, berperut buncit, dan yang pergi mahkamah syariah tak ramai yang 'sihat'...
ekekek..tak taulah sejauh mana betulnya, yang penting saya nak suami saya sihat, bersenam itu penting, barulah org tgk, "wow, pandai isteri dia jaga...sihat dan fit"...
mmg rata2 lelaki yg da kawen badan naek. bapak aku dulu cekeding giler mcm alleycat, dahla rambut pon mcm alleycat. bile tgk gamba2 time zaman ktorg dok uk, bapak aku mmg giler gemok. tp at 1 time tu, bapak aku da kena control makan sbb kolesterol bla bla bla. mak aku senang je, selama berbulan bulan beliau sediakan makanan yg berasakan bakar2 (ayam bakar, ikan bakar dll), basically masakan jd sedikit tawar n so on. tp utk anak2 die sediakan yg goreng2 sbb time ktorg kecik lg. pastu kl ayah aku nk tambah nasi, mak aku isi nasik dlm piring je, pastu die senyum n ckp, "bukan ape...nanti kesian plak kat abah mkn byk2..." (lbey krg). skrg ni ayah aku da kurus balik, berkeadaan fit tp perot tetap boroi tp versi yg kempis. sblm kawen, bapak aku aktif bola, after kawen aktif makan kot? ahaha. so basically aku rs dlm penjagaan badan ni, 2-2 suami isteri mmg play the greates role. mkn jgn ikot sedap selera, mkn berpada pada. n another thing, bersenam everytime ptg...takpon 3 time a week, asalkan klua peluh, bak kate bapak aku. tp aku rs perot boroi tu rata2 mnjadi perkara wajib kot? melainkan kl ko jaga badan (sila rujuk johnny depp) hahah :p
zaki..i rili likes ur entry ni..byk sgt yg benarnyer..=)
well..sy doakn zaki bahagia dan tidak menambahkan patient dekat hospital krn dapat penyakit akibat terlebih berat badan..ameen~
ayat last 2, sgt padat tepat dan jitu untuk di tnye kt diri..hee
(^_^)pss: jgn gemok ats pelamin ye..
wah, nak kawen dah
tahniah tau, semoga berbahagia sampai akhir hayat.
hahaha
ntahla.. ade hosmet aku dtg berkunjung ke umah, bermalam during weekdays sbb wife die kat kampung berpantang...
dan aku amat terkejut sbb aku sangka dia jenis yang takkan gemuk..
tapi ohhhhhhh..... mmg ketara gila naik.. tak la gemuk, tapi dulu mcm tone je badan die, tp skang dah flabby kat perut, pinggang n punggung.... tu baru anak sorang tuh!
Ya Allah moga aku dipertemukan dgn isteri solehah yang rajin bersenam juga dan makan berkira!
tak best lah gemuk! penat... tercungap... tak hensem!
:)
i don't agree with statement "gemuk lepas kahwin". abg ipar aku dah 9 tahun kawin...maintain je body dia... x gemuk2 pun...same with my sis..hahaha
Salam,
Dari pemerhatian saya, kebanyakan akan mengalami kenaikan berat badan selepas kahwin (tetapi tidak semestinya gemuk).
Dan dari pemerhatian saya juga, yang maintain berat badan selepas berkahwin adalah mereka yang merokok. Bila berhenti sahaja merokok, berat akan meningkat.
Wallahu'alam.
Point no.3 takleh pakai sgt. Sebab skang ni perempuan gold digger pandang pada poket gemuk. Lelaki gemuk diorg tak peduli, janji poket gemuk. Haha.
Post a Comment