Thursday, July 23, 2009

Adab Menumpang Kereta Orang


Aku rasa kalo boleh nak tebalkan kat perkataan "orang" tu.

Kereta ORANG. Bukan kereta ko ataupun kereta mak bapak ko.

Jelas?

Nah ambik ko satu-satu aku tembak:

  1. Ko ingat kereta member tu, dia pakai air kencing ke nak isi minyak? Ko ingat harga minyak murah macam air paip rumah ko yang dapat subsidi tu ke? Ko tak reti-reti nak kongsi beli minyak kereta dengan tuan punya kereta tu ke? Ko main sedap je bantai naik kereta member tu tapi ko langsung tak ambik kesah pasal duit yang dia dah habiskan pasal nak angkut badan ko yang terlebih lemak tu. Sedar-sedar la diri tu sikit.
  2. Ko ingat kawan ko tu drebar teksi ke ape? Kamon, dia macam ko jugak! Dah tu yang ko buat dia macam drebar teksi, suka-suka ko nak minta dia hantarkan ko ke sana ke mari, apa kes? Ada kau kesah jadual hidup dia? Ko ingat dia takde life ke apa? Sekurang-kurangnya tanya la dia free ke tak. Ini tak, main taram je minta member tu hantarkan ko ke mana-mana. Teksi drebar pun memilih destinasi ko tahu tak?
  3. Nak menumpang kereta dia bukan main sedaap lagi mulut ko puji kat dia kata kereta dia cantik la, anggun la, cun la, walhal kalau dicalit sikit kat bonet kereta tu boleh rata buat celoreng satu badan askar. Mak datuk... ko buta ke apa? Kereta member ko tu kotor. Tak reti-reti nak tolong basuh sama-sama ke? Paling sadis kalau member tu hantar kereta dia basuh di kedai. Siap vacuum dalam dan polish tayar lagi. Lepas tu sedap je ko kotorkan balik mintak dia hantarkan ko kat ceruk hutan mana entah. Ko takde otak ke apa?
  4. Kereta pun macam ko jugak yang berpenyakit. Kadang-kadang kena hantar workshop. Ko tahu tak, kalau nak baiki kereta bukan murah? Pernah kau tanya-tanyakan kat member ko tu, dia nak kongsi duit upah untuk bayar servis ke tak? Ubat panadol untuk demam ko yang dibuat-buat tu pun entah berapa sen je. Itu pun dah ko bising mahal, inikan pula nak kongsi bayar upah baiki kereta di workshop. Owh memang sujud syukur la member tu kalau tiba-tiba ko dapat hidayah nak membantu tolong bayar upah.
  5. Ok, kalau ko jenis yang kongsi duit minyak, aku tabik tapi takde spring. Tapi jangan la kedekut sangat nak hulur lebih sikit bila menumpang tu. Yang ko nampak duit minyak je. Duit tol, kos nak tukar tayar disebabkan botak sebab bawa jasad dan dosa ko yang bertan-tan tu, pernah ko kira? Tu belum kira lagi minyak hitam, pewangi kereta, pengilat dashboard semua tu. Pernah ko kesah? Ko main tumpang membuta tuli ikut sedap ko je kan?
  6. Dey, yang member tu memandu kereta dia, ko yang menumpang tu kenapa meleleh air liur, mengangkang kat tempat duduk belakang? Bawa-bawa la berjaga sama, bagi dia motivasi sikit supaya tak la dia bosan memandu sorang-sorang takde teman nak buat borak. Ko tahu menumpang je kan? Bila tayar pusing je, ko pun lelap. Bagus~ bagus~ Tahu-tahu je kang "Maaa rabbuka..." menjengah kat ko pasal member ko tu memandu dalam keadaan mengantuk sampai terbabas ke dalam gaung. Nak ke?
  7. Kawan ko ditahan polis dalam perjalanan. Dia kantoi ada buat kesalahan trafik, cukai jalan tamat tempoh contohnya. Sudahnya dia disuruh keluar kereta pasal kena tandatangan surat saman. Eh, kamon! Bagi la support kat kawan ko tu sikit. Yang ko mencencurut dalam kereta tak keluar sekali tu apasal? Bagi la member ko tu rasa dia rasa senang sikit walaupun memang betul dia buat salah. Kalau ko lebih baik hati lagi, bagi sedikit wang supaya ringan sket beban dia nak bayar saman nanti. Tapi aku sangsi la ko jenis yang macam tu. Nak bayar duit minyak pun mintak diskaun, apa kes?
  8. Last la aku nak tembak: ko tumpang kereta member tu, atas dasar dia kawan ko ke, atau ko sengaja nak ambil kesempatan untuk kesenangan ko je?
Penafian: Siapa-siapa terasa, memang kena tembak la maksudnya. Aku guna senapang peluru bertabur nih. Nasib ko la kena.

Ada aku kesah?

Makluman, entri ni ada disclaimernya memandangkan ramai yang ingat apa yang aku tulis ni isu peribadi, jadi suka aku nak bagitahu, BUKAN. Bila dah masuk blog, maksudnya aku sedia nak berkongsi fikiran dengan pembaca benda-benda yang mungkin semua orang boleh apply. See the bottle half empty, not only half full. See things from different perspectives. Open that perspectives. This is just another perspective of seeing the matter of menumpang kereta orang. Take the lesson, that's more important than taking it to the heart. 


Yang penting dalam bersahabat, ikhlaskan hati. Mari sama-sama kita renungkan dan amalkan.

21 comments:

Unknown said...

wahh..seronok!!
aku sokong...

huahuah...memang betul..
teruja aku bace...huahuaha..

jadi kepada penumpang2 di luar sana...paham2 sdiri la ye..huahuahua

angelycious said...

uyy naa~! mmg tepat skali~!
lau xmenusuk kalbu tu xtaw ar ^^
I hangin btol ble tgh2 drive nmpk membe dok jln.. Niat nk benti troz trbantut ble dia melambaikn tgn seolah2 kete ak ni cab~! or yg menumpang tu yg ajak org len lbey2 nek kete i.. da cukop 5 org, lg mo tmbh2 2 3 org lg.. adei.. ssh2..

Unknown said...

ruby..

ko print entry ni then ko tampal kat dalam kereta ko. takpun bila ada orang tumpang kereta ko nanti, ko cakap, "Nah, tazkirah ringkas."

Unknown said...

baybie..

ko tembak la, "ko ingat kereta ni bapak ko punya?" dengan muka paling psycho.

Anonymous said...

Akak sebagai pemandu kereta mmg MENYOKONG 150% la dgn sumer statement tu, especially part tanak support duit minyak.

Tau nak menumpang je kejenye, tp bila mintak tampung duit minyak skit, diorg buat taktau je. Muka tembok sungguh!

Ingat kita ni kaya sgt ke nak beli minyak byk2? Ingat bapak kita ni tokeh minyak petrol ke? Eeeee...mmg angin la dibuatnya.

Akak mmg kesian kat empunya2 kereta yg tumpangkan org tp si penumpang lansung tak hirau pasal duit minyak ke apa. Main senang2 dia je nak tumpang. Kalaupun owner tak mintak duit, sindri mau ingat la kan. Naik bas pun kena byr tambang, tumpang kereta org pun kena la byr skit duit minyak.

Hishhh...akak mmg pantang nenek moyang la ngan manusia2 sengal nih.

scOotBerry said...

Okayh.aku xterasa.kan bagus kalO penumpang2 aku bace blOg kO neh.hahha!

Anonymous said...

Ok.
Aku tak terasa.
Tapi aku kesah.

Ustaz Hasrizal cakap: "Erti hidup pada memberi". -> kontra dengan entri ini. Habes ar ko...

Tapi entri ini untuk meng'erti'kan hidup orang lain. Mengajar bukan sekadar hidup untuk menerima.

Kan?

Bubbles said...

Assalamu'alaikum,

Aku setuju dengan Kero (ultimatum21).

Walaupun takde kena-mengena dengan aku sebagai penumpang berhemah, aku nak bagi pendapat aku =)

1. Tak pernah lagi aku jumpa orang yang tak nak bayar duit minyak. Alhamdulillah =)

2. Kenapa tak boleh mintak tolong hantar? Bukan paksa.

3. Kenapa kena bayar duit repair? Kecualilah kau tumpang dia tiap2 hari sampai kereta berpotensi rosak. Ataupun disebabkan kau tumpangkan dia, kereta kau rosak.

4. Basuh kereta. Benda yang aku jarang sekali buat sejak menumpang kereta orang. Tak pernah terfikir pun. Aku ingat kena bagi duit minyak je. Pernah sekali orang yang aku tumpang tu bagitau yang dia tak puas hati pasal benda ni. Aku cakap dekat dia, "La, ingatkan kau nak duit minyak je. Dah tu je yang kau mintak. Lain kali bagitaulah, boleh basuh sama2."
Kalau kau tumpangkan orang tapi nak lebih dari tu, elok bagitaulah. Mana dia tahu kalau tak cakap. Oh ye, sampai sekarang aku pernah tolong basuh kereta dia sekali je, sebab pergi jalan jauh gila sama2. Dia ok je. Dia memang baik.

5. Lain kali, kalau nak duit minyak, cakap awal2 dekat kawan2 kau yang sengal tu. Kalau tak tak payah tumpangkan.

Sekadar peringatan daripada orang yang tak berkereta. Tapi dari cara kau tulis entry ni, mesti orang yang kau tumpangkan tu teruk gila =s Jom doakan semoga dia berubah.

Unknown said...

knowlee...

haih. saya rasa saya leh faham apa yang akak luahkan tu :)

kerana kita bercakap pada nada yang sama...

Unknown said...

intan...

sila print pastu tampal kat dalam kereta ko. sekian.

Unknown said...

ultimatum..

aku suka quote daripada ustaz hasrizal. entri ni boleh dipandang drpd sudut yang berbeza. dna kedua2 sudut pandangan yang ko berikan tu, memang benar! hehe..

jangan tahu nak kena suaaaapp jek :D

Unknown said...

bubbles..

1. good for you. mungkin tidak secara zahir, tapi kita boleh baca muka orang yang tak nak bayar kan? :D

2. cara nak minta tolong kena betul :)

3. ha.. yang kecuali tu la yang menyebabkan hal ini boleh berbangkit :D

4. memang dengan sesama kawan kena cakap terang2. kalao kawan ko jenis yang pendam je pastu tiba2 bangkitkan isu, memang tak patut la. dan daripada pihak penumpang pulak, cuba-cubalah memahami bagaimana menjadi seorang pemilik kenderaan. tak tahu, tanya :)

5. perlu aku tegaskan kat sini, this is not all about me :D
saje tulis bagi pengajaran kat sesiapa yang nak jadikan sebagai pengajaran :D

Anonymous said...

ntah kenapa rasa suka la plak entry nih...(*mati la org tau aku sokong*)
ada org nek kete aku siap kutuk lai kete aku...
tapi aku pandai2 la jawab...
"maaf lah ye,kete saya nih dah 11 tahuh lebih..keluarga saya x cukup duit nak beli kete baru yg mahal..ini jer yang mampo.."
tapi still x terkesan rasa nya...hahaha...
saper makan cili dia rasa pedas nya...
sekian...
sokong2...

Unknown said...

besh2...
sokong 100%

amirah said...

zaki, saa mmg suke entry nih hahahah...

satu je benda yag saya slalu pikir, nnt dia ada kete sendiri dia tau la camane nak menanggung maintenance kete ni...org selagi dia tak rasa sendiri, payah dia nak paham...

Sayer Best said...

salam,
saya amat sangat bersetuju dgn saudara.
Yang paling bengang,bila kita tengah syok tidur pukul 11 malam,then ada member call suruh jemput kat station komuter,alasan,takut nak balik hostel malam-malam naik teksi,sebab ada kes driver rape passenger.
Atas dasar kesian dan nak jaga maruah kaum sendiri,then kita nak la jemput dia.
Dah la sepanjang jalan call bertubi-tubi,pastu orang sampai lewat ebebl macam-macam,naik kereta kutuk kereta kita kotor la,enjin tak power la,dan lagi bengang ble dia bagitau dia balik lambat sebab baru lepas date ngan pakwe dia.

Atin said...

wei, cam kena ngan kes aku..
aku nak copy ko nyer entry leh tak?
aku nak letak kasi gempaq kat blog sikit. nak tembak org2 tertentu.. nak wat ayat, aku takot org terase...hahah
leh tak, leh tak?

Unknown said...

Atin, silakan.

Tapi jangan lupa letakkan link ke blog saya ni ye.

Kalau dah repost, maklumkan kepada saya. Nak gak tengok apa respon orang lain. ;)

Anonymous said...

Aku sokong. Rumah dah la jauh, aku bknny hntr tepi jalan. Sampai dpn pntu rumah aku amik bawak pegi pastu hantar balik. Skali skala aku x kisah tp dlm sminggu ada la dlm 3 4 kali pegi amik hntr kau. Kwn lain pn x cemtu

nami said...

aku sokong n3 ni, aku pun dlm dilema kepada penumpang penumpangku

Anonymous said...

Xsangka ada entry gini..aq ingat aq da jahat sangat pikir xelok dekat y menumpang..yela kita mula niat nak tolong orang..da kalu duduk satu rumah gane nak ngelak..lepastu boleh lagi si penumpang ni nak masam2 muka kalau aq xkerja..sebabnya dia xdapat teksi nk gi kerja..padahal aq da bagi tahu awal seminggu..sengaja ke apa..y lagi sakitnya tu disini..adalah bila sehari punya tambang teksi dia rm20..da dia bg duit minyak kat gua rm20 sebulan weyhhh...T_T..aq nak pungut mana keikhlasan aq..tolonggg lah faham wahai y bergelar penumpang..jangan sampai kita menyusahkan org lain dlm mencari kesenangan~cau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...