Asalnya, nak masukkan ini dalam entry kali ni:
Jom McD TC!
JOMMMM!!!! *semua menyahut*
Dalam kereta. Borak. Gelak.
Parking kereta. Mengodah. Gelak.
Keluar kereta. Tengok orang. Gelak.
Kereta ditinggalkan. Makan. Gelak.
Dah tak nak nampak kereta. Borak lagi. Gelak.
Tengok kereta. Jab. Jom esok basuh kereta aku sama-sama. Nak?
*senyap*
Fine~
*****************
Tapi, niat nak post entry terbantut bila disapa ex-schoolmate kat YM.
Zaki, Darmawan meninggal dunia. Semalam. Accident. Alfatihah.
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI’UN.
Baca shoutout friendster dia. Baca blog dia. Baca bulletin board friendster. Sah. Bukan main-main.
Aku masih ingat kali terakhir aku berjumpa dengan Allahyarham. Di stesen minyak depan kedai mak aku. Sempat la bersalam-salaman dan bertanya khabar sebentar. Itu sahaja.
Dah lama tak dengar berita tentang Allahyarham. Tiba-tiba, bila dapat berita sedih macam ni, mood aku berubah. Emosiku terganggu.
*&%@@#$*. Aku celaru.
Owh ya! Aku masih ingat namanya di friendster. DarmaCONS. Aku lawat.
Bodoh. Makin aku jadi sedih mengimbau saat-saat dikongsi di dua buah sekolah bersama-sama.
Ya Allah. Tempatkanlah roh sahabatku di kalangan orang-orang yang kau kasihi. Amin...
Terus aku fikir entry yang aku nak post tu, bukan lagi soal utama.
Hargailah sahabat selagi mereka masih berada di sisi...
Aku tewas. Air mataku bergenang.
Sahabat, sedekahkan Ummul Quran untuk sahabatku ini... Al-Fatihah.
10 comments:
Moga segala kebaikan di alam sana untuknya..ameen
A lost can be devastating...Al-Fatihah...
as...
amin... was it obvious during the meeting that i hide something? i hope not.. i heard the news just right before i went to the meeting, fyi..
far...
surely i was.. very much!
:(
sorry for da lost...moge roh beliau ditempatkan bersama orang2 soleh.aameen..
azmar..
ameen.. semoga rohnya tenang di sana.. amin....
Yup, obviously seen (by me). Maybe others not. (Did yOu remember how I know yOu are in pain during our meeting with Bro Danial..? He, that is it.)
Take care then
as..
hanya jauhari yang mengenal maknikam. bagus ah as ni.. boleh bace muka orang...
pasni meeting lagi, tolong bace muka aku eh. nak tahu apa plak tafsiran as.. hehe~
zaki, thanks for the info...
aku terkedu and terkejut sgt2...
sdh gak...
lama aku x jumpa dia...
wlw x rapat tapi kawan tetap kawan kan...
fixa..
aku lagi la sedey.. sah2 aku kenal dia lebih lama daripada ko. sangat terkejut bila dapat tahu berita sedeh ni.. hm..
korang kat gombak tak dapat berita ke pasal kematian arwah ke?
Post a Comment