Wednesday, July 22, 2009

Sifir itu Terus Kekal


Tersebutlah sebuah kisah yang tak berapa nak dongeng yang disingkatkan...


Ketika zaman peralihan daripada sekolah menengah rendah ke menengah atas, Zaki tak suka masuk sekolah berasrama penuh. Ironinya, pada awal katanya dia boleh hidup. Sekolah baru itu terletak jauh dari rumahnya. Pernah dia menghubungi ibu bapanya meminta supaya dipindahkan ke sekolah yang lebih dekat dengan rumahnya. Tapi ibu bapanya tidak membenarkan. 2 tahun berlalu akhirnya Zaki berjaya dalam SPM dengan menjadi antara pelajar terbaik sekolah berasrama penuh itu.

Kemudian masuk zaman matrikulasi. Zaki sepatutnya kena pindah ke kampus UIA di Kuantan apabila tamat matrikulasi, tapi Zaki sanggup tukar jurusan pada saat-saat akhir kerana tak mahu ke sana. Jauh katanya. Akhirnya dia berjaya meneruskan pengajian di UIA Gombak.

Rupa-rupanya bukan semudah itu untuk melarikan diri. Zaki kena pindah ke UIA Kuantan juga kerana mengikut pentadbiran kuliyah yang berpindah ke sana. Mahu lari lagi? Mahu tukar jurusan lagi? Owh tidak, sudah 3 semester dilalui. Tak mahu dibazirkan. Jadi Zaki dengan berat hati pindah juga ke Kuantan.

Akhirnya Zaki berjaya menamatkan pengajian di Kuantan dengan agak cemerlang. Bermula dengan berat hati mahu pergi ke Kuantan, akhirnya dengan berat hati juga dia mahu meninggalkan Kuantan. Sungguh bertentangan Zaki dulu dan sekarang.

Sekarang Zaki dalam fasa pasca-graduat. Dia sudah pulang ke pangkuan keluarga di Lembah Kelang. Dia mendapat panggilan ke Kuantan, tapi ada sesuatu yang menantinya di Lembah Kelang.

Jika diturutkan sejarah hidupnya, apa-apa yang Zaki tidak suka pada mulanya akan berakhir dengan sesuatu yang susah untuk Zaki lupakan (baca: gembira).

Berdasarkan sifir itu, Zaki fikir dia sudah menemukan jawapan yang konklusif untuk dilemanya.

Kan?

6 comments:

Akmal Azeman said...

heheh. we never know whether we can go through it unless if we chose to GO THROUGH it in reality. heh. i hope it makes sense to u.

anyway. how's the house tingy? lupa lak nk tanye huhu

Jepah said...

semua telah ditentukan-NYA... =)

Sanchez said...

Using your own formula, I've already calculated your love life...The result is you should marry the girl you don't like the most...and you'll end up a happy man...:P

Unknown said...

kema..

insha Allah..

pasal rumah, so far dah jumpa 2 rumah. masa untuk membuat pilihan lagi! :D

Unknown said...

jepah..

benar :)

Unknown said...

ariff..

aku rasa calculation ko tertinggal something la.

pasal this inly applies when aku ada 2 pilihan. bab kawen, so far ada satu pilihan je yang best :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...