Tegur sorok-sorok, nasihat umum-umum.
Nak terima, alhamdulillah. Tak nak terima, sekurang-kurangnya satu tanggungjawab sesama saudara seagama sudah ditunaikan. Selebihnya, hanya Allah yang tahu dan mampu. Insya Allah ^^.
Pernah aku menegur seorang junior melalui Facebook. Di dalam kampus, dia menutup aurat. Di luar kampus, dia tidak menutup aurat. Mesej aku tidak dibalas. Tahu-tahu sahaja aku bukan lagi rakannya di Facebook.
Pernah aku menegur rakan sepermainanku yang bergambar dengan lelaki yang bukan muhrimnya rapat-rapat. Lalu gambar itu dijadikan gambar profil. Semua orang boleh melihat gambar tersebut. Sangat tidak molek, apatah lagi dia lepasan pelajar universiti Islam. Jadi, aku tegurnya. Dia membalas mesejku dan mengucapkan terima kasih. Tahu-tahu sahaja, aku sudah tidak boleh melihat album gambarnya.
Pernah aku menegur rakan sekelasku. Dia berasal daripada luar negara. Sama juga kesnya. Di dalam universiti, dia menutup aurat. Cantik sangat. Di luar, lain pula halnya. Malah banyak gambarnya dalam aktiviti sosialnya diletakkan di Facebook. Tahu-tahu sahaja, dia sudah berkahwin. Kini, tahu-tahu sahaja dia sudah tiada di Facebook. Entah apa khabarnya.
Cukuplah tiga contoh. Tak perlu aku ceritakan satu-satu benda-benda yang seharusnya aku sorok.
Bila aku menegur, maksudnya aku prihatin. Jangan persoalkan, "Kenapa aku? Banyak orang lain, kau tak tegur pula?". Tapi persoalkan, "Kenapa aku? Kau ni ada masa pula mahu buat semua ini padaku?"
Ya, aku ada masa untuk kau. Sila hargai usaha aku itu. Bukan semua orang aku punya masa dan upaya untuk menegur secara sorok-sorok. Jadi, aku nasihat secara umum-umum. "Mangsa"nya ialah rakan-rakan di Facebook.
Aku tak perlu menjadi perfect untuk menyeru ke arah kebaikan. Apa ingat ustaz-ustaz yang muncul di kaca televisyen dan corong radio tu, perfect kah? Namun, yang lebih penting bukanlah siapa yang menyeru, tetapi apa yang diseru. Jika baik, ambil dan amal. Jika tidak, beritahu apa yang sebenar-benarnya dan apa yang lebih baik dan betul.
Jika nasihat ke arah kebaikan dikatakan sebagai annoying, jadi carilah kebaikan yang tidak annoying. Mungkin bukan kebaikan itu yang annoying, tetapi mungkin dirimu yang annoyed dengan seruan kebaikan.
Kasihan.
Nanti di padang mahsyar, jangan heret kaki aku. Jangan kata aku tidak menjalankan tanggungjawabku. Sekurang-kurangnya, ada usaha untuk meningkatkan imanku yang selemah-lemah ini. Aku mahu sama-sama dengan rakan-rakanku masuk syurga, mengapa susah sangat nak terima?
6 comments:
i like tis post triple much! =)
"Ya, aku ada masa untuk kau. Sila hargai usaha aku itu"
hahaha mantap! nice~ :P
"jgn dilihat pd org yg berkata,lihat apa yg dikata"
abg zaki kalo nak tegur sy ape2 tegur je ea..dialu2kan hehe
bagus tegur diam2 ni. penerima teguran ni tak rasa malu sangat
Thanks for sharing.. Moga setiap dr kita beroleh petunjuk dan rahmatNya.. :)
tegur diam-diam ..tegur dengan hati ..maksudnya selemah2 iman.. wpun kdag2 kita hanya mampu menegur dengan hati saja, tapi itu lebih baik dari tak tegur langsung,kan.... ^^
may Allah bless!
Post a Comment