Wednesday, February 16, 2011

Itu antara Aku dengan Allah. Kau Diam.

Biarlah. Kau siapa? Itu antara aku dengan Allah.
Pernah dengar orang berkata begitu? Mungkin yang kerap didengar dari mulut artis. Bukan semua, tapi ada. Mungkin kerana mereka kerap muncul di TV. Wartawan hiburan pula sibuk bertanya atas dasar mencari kebenaran. Bukan. Itu bukan kebenaran, malah menyesatkan.

Lalu ia merebak kepada orang yang berangan artis. Bukan artis tapi kenyataan tak nak kalah macam artis. Lantaklah. Kedua-duanya tak betul. Menghalalkan yang haram. Dah bagus sangat la tu, sampai kata "itu antara aku dengan Allah"?

Ada yang sudah pergi menjalankan ibadah haji. Tapi bila pulang, tak nampak langsung ciri-ciri orang yang jiwanya bersih. Mabrurkah hajinya? Oh lupa. Dia kata itu antara dia dengan Allah. 

Kata kau!

Ada yang dulunya bersekolah agama. Habis sekolah agama, macam tak nampak pula ciri-ciri bekas sekolah agama. Buat malu orang lain yang bersekolah agama. Habis terpalit. Bila ditanya, kenapa jadi begitu, dia menegaskan, itu antara dia dengan Allah.

Kata kau!

Ada yang belajar di universiti Islam. Tapi kalau tengok caranya berpakaian, geleng kepala orang yang melihat. Aku mendengar makcik-makcik tukang sapu berbisik di pondok bas, "Nama je budak UIA, tapi tak macam budak UIA pun." Bila aku tanya kenapa jadi begitu, kata mereka itu antara mereka dengan Allah.

Kata kau!

Itu belum cerita lagi mengenai yang tidak ada latar belakang pendidikan di sekolah agama dan institusi pengajian Islam. Aku tak kata semua, tapi ada. Bagi yang tidak ada latar belakang pendidikan di sekolah agama dan institusi pengajian Islam tapi berjaya memenuhi tuntutan Islam, tahniah. Bagi yang berpendidikan sekolah agama dan institusi pengajian Islam, tapi tak menunjukkan ciri-ciri yang sepatutnya, rugi rugi rugi...

Yang aku pening tu, kenapa berani sangat buat kenyataan macam tu? Bagus sangat ke sampai sanggup membelakangkan Allah?

Kenapa aku kata membelakangkan Allah? Sebab syariat dan hukum Allah sudah lama lahir. Nabi Muhammad menyampaikan lebih 1400 tahun dahulu berbanding orang-orang yang buat kenyataan "itu antara aku dengan Allah" tu. Jadi, kenapa sombong sangat buat kenyataan begitu seolah-olah Allah belum turunkan syariat dan hukum dengan jelas?

Ok baiklah. Yang halal itu jelas, yang haram itu jelas. Masalahnya yang tengah-tengah, yang tak jelas hukumnya. Tapi kalau yang jelas haram pun masih degil tak nak dijauhi, apatah lagi yang tak jelas? Masih mampu nak buat kenyataan "itu antara aku dengan Allah" tu, kenapa?

Oh tunggu dapat hidayah. Jadi tunggu dapat hidayah la ni? Tu yang kata antara "itu antara aku dengan Allah"?

Hidayah itu sudah ada. Kau beragama Islam, itu hidayahnya. Cuma kau tak nak ikut apa yang Islam suruh buat. Boleh pula mensyaratkan Allah memberikan kau hidayah, baru mahu berubah. Besar sangat kah kau?

7 comments:

djambu puadovich said...

itu kata kau!

ok2, tak kelakar...:P

Anonymous said...

nak dapat hidayah, kawin dengan Hidayah

scOotBerry said...

oh..well, dea ta malu nak admit salah dea mungkin..dats y kua kenyataan camtu..

TimMie said...

ada org ckp "jaga tepi kain sndiri dah la. lagi pun kubur lain2". then my mom plak ckp "confirm ke kubur lain2? ramai je skrg yg kena tanam sekaligus ramai2". :P

perindu_خلافة said...

aku suka semua ayat ko tue ki.. tp yg paling BeSt ayat last sekali

"Besar sangat kah kau?"

sekurang-kurangnye, kalo x tergores hati manusia2 yg cube dimaksudkn tu pn dapat la kiranya terjentik dgn kata2 ko ni,

psst: muhasabah untuk diri aku jugak ni, ^_^

Ustazah Anom said...

Ha camner baru bagus. Tahniah dgn penulisan yg cantek.

Anonymous said...

cntek ahh!
org skg byk alasan..
Alasan utk smbunyikn kelemahan diri & utk kpentingan diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...