Friday, February 11, 2011

Buat Apa nak Sehidup Semati? Kubur Masing-masing.

Aku dan isteri tak pernah berjanji untuk sehidup dan semati. Kerana belum tentu jika aku hidup, dia juga akan hidup. Dan tak tentu lagi jika aku mati, dia juga akan mati. Siapalah aku untuk menentukan hidup dan matinya?

Sepanjang aku hidup, dia menjadi tanggunganku. Tetapi jika aku sudah mati, siapalah aku untuk mengatakan bahawa dia juga perlu mati, dek kerana pernah berjanji untuk sehidup semati?

Aku pernah mengatakan kepadanya, awal-awal lagi sudah aku wasiatkan agar dia mencari lelaki yang lebih baik daripadaku sekiranya aku ditakdirkan mati dulu. Baik yang macam mana, terpulang padanya. Sekali lagi, siapalah aku untuk menentukan itu dan ini jika aku sudah mati?

Aku pelik dengan suami yang mewasiatkan agar isterinya tidak berkahwin lain apabila si suami itu sudah mati. Pelik, tapi aku pernah mendengar kes ini. Samalah halnya jika isteri berpesan kepada suaminya agar tidak mencari pengganti dirinya.

Yang mati, biarlah mati. Yang hidup, biarlah terus hidup tanpa kekangan wasiat mahupun pesan yang tak masuk akal. Bercinta biarlah berpada-pada walaupun sudah menjadi suami isteri. Janganlah hingga sudah mati pun masih diikat cinta orang yang sudah mati.

Aku percaya, pasangan yang kerap bercerita mengenai mati, kasih sayang antara mereka pasti akan lebih kuat dari masa ke masa. Kerana mereka akan sedar, bahawa belum tentu umur mereka panjang. Jadi, selagi ada masa untuk bersama, selagi itu mereka akan terus bercinta dan bercinta. Malah makin mekar cinta mereka berdua. Mereka tak mahu menyesal sekiranya tiba-tiba nyawa pasangan mereka ditarik oleh malaikat daripada jasad. Ketika itu, tidak sempat pula untuk mengucapkan, "Aku cinta padamu..."

Jangan pula disalahtafsirkan artikel ini. Aku cuma berkongsi dengan pembaca cara aku membentuk kehidupan rumahtanggaku. Mungkin betul, mungkin tidak, tapi pada aku betul. Sebab itu aku buat begitu. Isteri aku tidak pula mengatakan aku tidak betul. Jadi, aku betul lah tu. Kan?

:)

5 comments:

As said...

zaki...cite ni macam sedih sket tapi saje nak share...
pada tema sehidup semati, sometimes it's really happening around us. Heh.

one fine morning in HUKM,
we suddenly received a case from forensic dept to go there and do portable x-ray for 2 bodies.

and it's actually husband and wife. sadly, it's gun shot case. both of them been shot many times on the body during midnight by they dunno who.

While attending the case, suddenly najwa slowly said to me, "As, this is really sehidup semati."

p/s: Well, skema nya english As. Nak jadi cekgu bahasa la camni :)

perindu_خلافة said...

menarik zaki.. aku suka n3 ni, sekurang2nya boleh jadi pedoman bila da sampai ke tahap tu nnt ^_^

Unknown said...

As: Thanks for sharing the story. Tapi dalam ramai2 pasangan, berapa ramai sangat yang dapat peluang sehidup semati begitu? Mungkin tak seramai pasangan yang salah seorangnya mati dahulu dan yang seorang lagi mati kemudian.

Yang lebih penting ialah bagi yang masih hidup. Teruskan hidup. Yang mati, tinggallah dia di situ dengan memori. Doakan kesejahteraannya.

Rizqan: Insya Allah... Moga diberi kesempatan ke situ :)

Nabila Yatim said...

Interesting!

Cumanya, mungkin istilah ni boleh di terjemahkan, walaupun pasangan dh mati, yg hidup akan terus menjanda / menduda sebab nak bersama semula di syurga.

betul ke ada yg ngtau, isteri kalau nk bersama suami di syurga, dia jgn kawen lain after her husband meninggal.

Unknown said...

Nabila: Terima kasih.

Berkenaan soalan tu, tak pasti. Tapi I would rather say that, tak pernah dengar pula hadis atau ayat quran yang mengatakan begitu. Kalaupun nak bersama dengan suami di syurga, kahwin sahajalah dengan orang lain. Mana tahu dapat kedua2 suami, atau mungkin lebih daripada itu ketika di syurga. Woha! Kat dunia tak boleh kot, kat syurga, possible jek. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...