Aku beraya di sebuah rumah junior yang pernah kukenal di UIAM. Aku memang maklum dia berasal daripada keluarga yang kaya raya.
Masuk-masuk sahaja ke rumahnya, terus dia tunjukkan seksyen baharu dalam rumahnya yang dipenuhi dengan perabot mahal, pemain piring hitam klasik, dan 3D puzzle berbentuk bangunan-bangunan bersejarah dan terkenal.
Matanya bersinar-sinar menceritakan semuanya. Aku tumpang gembira.
Situasi #2
Aku berjumpa junior yang lain pula di UIAM Kuantan. Dia aktif dengan perniagaan melalui internet.
Dia ceritakan pengalamannya dan tak semena-mena, keluar kenyataan daripada mulutnya, "Semalam baru dapat cek bernilai RM600"
Matanya bersinar-sinar menceritakan semuanya. Aku tumpang gembira.
Situasi #3
Junior yang lain pula. Dia suka berkongsi cerita mengenai keluarganya.
Macam-macam ceritanya mengenai kisah jatuh bangun dalam keluarganya, dan bagaimana dia bahagia dengan keluarganya sekarang setelah apa yang dilaluinya beberapa tahun dahulu.
Matanya bersinar-sinar menceritakan semuanya. Aku tumpang gembira.
Dalam ketiga-tiga situasi di atas, kalau aku jahat:
- Aku rosakkan semua perabot, alat muzik dan mainan-mainan tu. Biar puas hati aku.
- Aku curi duitnya. Dia kan banyak duit. Biar puas hati aku.
- Aku bomohkan keluarganya. Biar kembali tak bahagia. Biar puas hati aku.
Paling jahat pun, apa yang aku nak buat ialah bagi statement kat dia: Ada aku kesah?
Bila kesah sangat, tu yang timbul pe'el jahat tu. Kan?
Kalau puas hati aku pun, Allah puas hati dengan aku ke?
23 comments:
aku pn tk kesah! hehe
u hav such perky attitude, abg zaki..
luv 2 read ur blog..
cnt wait 4 mre 2 cum..! ;)
wah..
sjak akhir2 neyh,
byk analogi dr blog szakif!
Menarik~ tp,
kalo boleh explain lbh sket,
lagi bagus kowt,
cz ade yg aku x faham sgt!
hehehe ^_^
sammy..
hehe.. thanks for reading and givign comment :)
nanti2 datang lagi k :D
cintatuhan...
kalau semuanya nak explain, aku tutup ruang komen nih. hehehe...
ho ho ho...mendalam maksud tu.
betul.
sesetengah orang mmg suka berkongsi kebahagiaan.
bagi mereka yg dikongsi patutla berasa sama bahagia.
barula rukun hidup. takde makna nak hasad dengki. buat tambah dosa je kan. :)
betul...ade aku kesah???suke2...xbek menjatuhkan air muka org ketika dier sonot bercerita...=)
masalah dalam diri nih,, "masalah apa aku kira, janji senang hati!" haha :p
saya bomohkan incik zaki mahu?? haha (gelak guling) =))
gurau sesaje :p :p :p
sgt suka entry ni....(^_^)
apa yg penting, bersyukur dgn apa yang kita ada n tumpang gembira atas kesenangan orang lain...
szakifff punye idea memang baguz...bakal penulis muda yang perlu diberi peluang yang luas dalam bidang penulisan...Chaiyok szakiffff...wat yg terbaekkk k...
mcm ade sesuatu je yg mengganggu kO skang ni.eh,kalO de pape berym lah ye.
haaa! nk kOnvO dah kan..weeeee!
naddy..
semendalam mana, anda tentukan :)
azwa...
betol betol betol~ :D
husna...
kita yang mendengar, jangan lah pula menganggap dia sedang menyatakan riyak nya. cukup lah itu sekadar antara dia dengan Tuhannya :)
farhana...
bomohkan aku supaya kawen cepat, tu aku benar kan hahahahha~
kirana...
betol betol betol~!
sitiazhar..
:)
amin..
sekarang sedang mencari tapak yang kukuh untuk lebih maju. jom sama2 dengan saya :)
intan..
bohong la kalo aku kata takde. tapi insha Allah aku masih boleh handle lagi.
nanti2 kalo aku rasa nak meletup, ko sediakan telinga ko eh. haha...
salam my dear br.zaki...
akak rasa ada suatu perkara yang mereka terlupa untuk sebut...siapa tak gembira, dengan kejayaan..kemewahan...kemantapan..kemajuan yang dikecapi...
everybody will be happy,right?
but the thing is..we should praise ALLAH first..by saying...masya ALLAH (simple)...kalau nak panjang sikit tambah lagi...La quwwata illa billah...Allahhumma baarik 'alaih..(maksudnya,cari sendiri)...bukannya apa..ini utk elak dr kita berasa ta'jub dgn apa yg kita miliki dan elak org lain ada hasad...
suatu perkongsian penting utk masa hadapan...
wassalam...
..zaki,blog awak bagus bangat!!!
...zaki, masya ALLAH blog awak bagus bangat
p/s: which one do you prefer?
masya ALLAH, congrats for ur convocation!Allaahhumma baarik'alaika ya akhi!!!
Kak Wi...
betol betol betol.. :)
part 'ujub tu memang betol, cuma sengaja yang tak point out pasal nak fokuskan kepada orang yang mendengar sesuatu yang mungkin berbunyi 'ujub
ngeee :D
hahaha...Nikmat Tuhan semestinye diceritekan....baru akan timbul rase syukur...terutame insan ke 3 tu.....
faris..
betol betol betol~ :D
haha. memang itu ayat paling kejam pun kalo ko nak cakap.
congrats on your convo. bila nak update weh?
Post a Comment