Tuesday, October 06, 2009

Besen

Situasi #1

Aku dan emak di dapur. Aku tengah masak.

Tiba-tiba aku nampak ada satu objek di raga peralatan dapur yang sangat familiar. Owh, baru aku ingat. Ia ialah besen yang pernah digunakan untuk tujuan sanitari Baba dan Bubu. Aku sudah belikan besen yang lebih besar, sesuai dengan peningkatan usia mereka.

Aku kata kepada mak, "Mak, macam kenal je besen tu?"

Mak faham maksud aku dan menjawab ringkas, "A'ah."

Aku sambung, "Dah bersih kan? Nampak macam baru pun. Takpe la. Guna macam biasa. Yang tahu dulu ia bekas apa, diam-diam sudah. Kan masih boleh guna."


Situasi #2

Dalam kereta. Bosan dengan keadaan trafik yang sesak, aku mulakan berborak dengan kawan aku.

"Weh, ko kenal Minah tu camne eh?" aku merujuk kepada makwe dia sekarang.

"Kat universiti aku sekarang. Sejak sambung master ni, aku rasa dah tiba masanya untuk aku fikirkan pasal pasangan hidup."

"Aku dengar, dia ada sejarah hitam di universiti dia dulu? Betul ke?"

"Aku tak kisah sangat apa yang dia dah lalui dulu. Dia yang aku kenal sekarang ialah seorang perempuan yang sudah belajar daripada kesilapan lalu. Aku tak nak judge dia based on sejarah silam dia. Aku terima dia sebagai dia yang sekarang. Sejarah dia dulu lah yang menjadikan siapa dia yang sekarang, iaitu wanita muslimah yang solehah."

"Kau tak takut sejarah berulang kembali?"

"Pasal tu aku kena mainkan peranan untuk bimbing dia untuk terus ke jalan yang betul. I have to be supportive, not destructive."

"Aku setuju dengan ko. Tak ramai orang macam ko ni. Yang nak jatuhkan orang yang pernah jatuh lagi ada lah!"

"Alah.. Macam kes penagih dadah yang dah keluar pusat serenti lah. Sama je..."

"Betul betul betul..." Aku buat gaya comel Upin dan Ipin.

7 comments:

scOotBerry said...

hoho.ini aoe yg kita panggil ek?

xsemua Org pOn same.masing2 pOn ade ragam masing2.kalO sume Org same,kehidupan jd tidak menarek lah.hehe.

alifzaimimra said...

yup..learn to forgive n forget.. but usually, to forgive is easier than to forget. huhu

ajezahmad said...

OMG, besen tersebut digunakan utk memasak? dak samak ke blom? hahaha!

farhana rahim aka paan said...

Separaskah nilai sebuah besen dengan maruah? >> dari segi pemahamannya mungkin sama, tapi bukan dari segi nilainya. maruah yang dimiliki oleh setiap manusia, dinilai menyeliputi segenap diri pemiliknya..

lelaki bila dah berkata, "aku rasa dah tiba masanya untuk aku fikirkan pasal pasangan hidup",, bermakna dia serius memaksudkan perhubungan dia dengan perempuan tu kan.. bertuah sungguh gurl tuu.. heh =D

"kehidupan memang selalunya tidak adil.., tapi Dia yang menetukan takdir itu Maha Adil bukan? dan adil itu pula meletakkan sesuatu pada tempatnya"

maruah hanya satu bahagian kecil dalam diri seorang perempuan, yang sejak azalinya dilindungi seorang ayah kemudian diserah pada seorang lelaki yang digelar suami,.. sinonimnya, mereka adalah lelaki,, mungkin memang ditakdirkan, tugas mereka melindungi dan menjaga maruah golongan kami..

:)

Lee said...

kwn ko adlh seorg kwn yg sgt baik. tahniah.

yatiHanuni said...

hmmmmm.....
besen yang dah dicuci, nampak cam baru, bleh gune lagi..even sesetengah org je tahu dulu besen tu digunakan untuk ape....
nice analogy bro!

manusia pon...
kalau taubat nasuha...
tu antara dia dgn tuhan je la kan....

tapi prejudis sesame manusia...
for me, yang tu cam lack sket kot...tak same cam besen...hmmm...~~

Najhan. said...

mm..come across this blog n rasa nak beri pendapat juga :D ..yg kotor tu dosanya..bila dah bertaubat, wpun manusia pandang dia camana pun, dia suci pada pandangan Allah..kita smua ni bukan kekal kat sini..all in all
suka ngn your analogy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...