Monday, March 27, 2006

Ulasan Album Tiada Lagi Kasih - Inteam



TanpaMu
Senikata: Akmal Mirwana
Senilagu: Akmal Mirwana

Lagu ini dijadikan sebagai single pertama untuk album ini. Saya ada menonton persembahan inteam dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 di mana lagu ini dinyanyikan secara miming. Minit pertama lagu ini kurang menarik minat saya, tetapi telinga semakin serasi apabila tiba di bahagian chorus. Sepanjang pengetahuan saya, ini adalah kali pertama Akmal Mirwana menyumbangkan lagu kepada inteam, tetapi yang menariknya lagu ini betul-betul melambangkan inteam yang dahulu. Saya ada terbaca dalam sebuah akhbar di mana intem menerangkan bahawa hanya lagu ini yang membawa imej inteam yang lama, tetapi saya kurang bersetuju dengan kenyataan ini.


Kehidupan (duet bersama Nazrey Raihan)
Senilagu: Nazrey Johani
Senikata: Nazrey Johani

Disebabkan lagu ini diciptakan oleh Nazrey Johani daripada kumpulan Raihan, saya tidak boleh lari daripada membandingkan corak lagu ini dengan lagu yang dibawa oleh Raihan. Apa-apapun, apa yang betul-betul berkesan di hati saya adalah lirik lagu ini yang menasihatkan kita supaya bersabar apabila ditimpa ujian, dan hidup ini penuh susah dan senang yang silih berganti. Kehadiran Nazrey dalam lagu ini pada saya tiada apa bezanya jika lagu ini dinyanyikan sepenuhnya oleh Inteam. Mungkin atas sebab membawa kelainan, komposer lagu ini dijemput menyumbangkan suara sama.


Segenggam Tabah
Senilagu: Fadzli Far East
Senikata: Ito Lara

Ini bukan inteam! Serius! Betulkah inteam menyanyikan lagu seperti ini? Entah mengapa otak saya secara tiba-tiba teringat kepada Akademi Fantasia apabila mendengar lagu ini. Tidak dapat dijelaskan. Tidak ada sebarang elemen urban, tapi ini kali pertama inteam menyanyikan lagu dalam genre seperti ini, sedikit pop dan R&B. Bagaimanapun lagu ini kurang melekat di telinga saya ketika pertama kali mendengarnya.


Senandung Budi
Senilagu: Rahim Inteam
Senikata: Alif Lam Ra

Wah… irama Malaysia yang betul-betul dekat dengan hati saya! Lagu ini amat sesuai sekiranya dijadikan lagu tema untuk Kempen Budi Bahasa yang sedang ligat dijalankan darsawarsa ini. Penulis lirik lagu ini tidak lari daripada menggunakan susunan tatabahasa dan kosa kata yang sesuai dengan lagu bergenre irama Malaysia yang dimuatkan dalam rangkap-rangkap pantun seperti berikut:

Sarat perahu muatan pinang
Singgah berlabuh di Kuala Daik
Jahat laku lagi akan dikenang
Inikan pula budi baik


Taman Firdausi
Senilagu: Amin Inteam
Senikata: Amin Inteam, Frizdan, Ustaz Pahrol Md Juoi

Lagu ini pada pendengaran saya tiada apa yang menarik dan unik melainkan suara latar kanak-kanak yang turut menyanyi di hujung lagu ini. Lambat benar lagu ini untuk mendapat tempat di hati saya walaupun selepas beberapa kali mendengar.


Selawat Badrul Ain (menampilkan Muadz al:Masaar)
Senilagu: Muadz al:Masaar
Senikata: Copyright Controlled

Tidak seperti lagu yang dinyanyikan bersama Nazrey Johani, suara penyanyi jemputan ini sukar untuk dibezakan dengan suara Amin dan Rahim. Namun saya rasa lebih baik kiranya Amin yang menyanyikan bahagian yang dinyanyikan oleh Muadz. Tiada apa bezanya. Berkata tentang melodi lagu ini, walaupun selawat tetapi dinyanyikan dalam bentuk yang rancak yang begitu mesra di telinga. Pertama kali mendengar lagu selawat ini, saya tidak dapat mengelak daripada menggoyangkan kepala dan bahu seperti orang yang sedang khusyuk bertasbih.


Pesona Dunia
Senilagu: Azahari NowSeeHeart
Senikata: Lukhman S

Melihat kepada pencipta lagu ini, saya cuba untuk membandingkan lagu ini dengan lagu yang diciptakan oleh bekas ahli kumpulan NowSeeHeart yang sangat genius penciptaanya – Muhaimin NowSeeHeart (kalau tak silap). Namun saya masih meletak Muhaimin di atas kerana lagu ciptaan Azahari dan nyanyian inteam yang satu ini seolah-olah ada lompang-lompang kosong yang boleh diisi dengan sesuatu untuk memperbaiki dan memantapkan persembahan lagu ini. Pada pandangan saya, lagu ini masih menampilkan bentuk lagu yang dibawa inteam dalam album-album yang terdahulu.


Stand Together
Senilagu: Syah Inteam
Senikata: Lina (NHN)

Untuk lagu ini, secara dasarnya saya suka dengan komposisi lagu yang padat dan turut disempurnakan dengan harmoni suara latar yang teratur dan kemas, tetapi belum cukup kuat untuk menarik perhatian pendengaran telinga saya. Namun begitu, saya lebih tertarik kiranya lagu ini diberi judul “In-team” berbanding Stand Together memandangkan ini adalah pertama kali kumpulan inteam menggunakan nama kumpulan dengan ejaan yang baru (dahulu in-team dengan tanda sengkang) untuk memberi penghormatan ataupun “tribute” kepada ejaan yang lama. Simbolik sedikit tetapi masih membawa maksud tajuk yang sama.


Cintailah Ilahi
Senilagu dan senikata: Bakafro

Lagu poyo tapi sedap! Sekali dengar memang terus melekat di telinga dan menghiburkan, atau bahasa mudahnya easy-listening. Saya tak pasti apakah jenis muzik yang diterapkan dalam lagu ni kerana sepanjang pengetahuan saya, ini pertama kali Inteam bereksperimentasi dengan muzik seperti ini.


Pemergianmu
Senilagu: Frizdan
Senikata: Frizdan

Lagu ini dimulakan dengan sebuah narration yang sangat menyentuh hati, menceritakan tentang tingginya kecintaan dan kerinduan umat Nabi Muhammad setelah pemergian baginda. Dengan diiringi permainan piano yang cemerlang, ditambah dengan isi narration yang sangat puitis, saya begitu tersentuh. Saya harus berterus terang untuk menyatakan bahawa hidung saya sudah mula ngilu apabila mendengar narration ini. Apabila narration tamat, intro lagu ini menggunakan permainan piano dengan melodi yang sama menunjukkan seolah-olah narration tadi adalah sebahagian daripada lagu ini. Ditambah dengan bunyi bass yang kena pada butir lirik yang disampaikan, begitu menyentap jiwa. Saya hampir tewas dengan emosi sendiri apabila mendengar lagu ini hingga ke hujungnya. Satu garapan muzik, lirik, dan nyanyian yang cemerlang daripada inteam yang begitu menyentuh hati. Maafkan jika saya agak emosional dalam ulasan untuk lagu ini tetapi saya perlu terangkan bahawa pertama kali saya mendengar lagu ini adalah pada waktu awal pagi, 1 pagi dalam suasana sunyi – keadaan yang cukup sesuai untuk mendengar dan menghayati lagu seperti ini. Saya ingin memetik sebahagian daripada lirik lagu ini di bahagian chorus:

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya


Secara keseluruhannya, album Tiada Lagi Kasih ini memenuhi kehendak saya sebagai peminat inteam khususnya dan peminat lagu-lagu nasyid secara amnya. Saya tidak rasa rugi membeli album-album terbitan dan nyanyian inteam kerana saya tahu ada kesefahaman dan keserasian dalam jiwa muzik bermesej antara saya dan inteam. Heikal yang berada di Korea, dah ada album ni belum? (Heikal adalah peminat nombor dua inteam selepas saya)

Link ke laman web inteam di sini

24 comments:

baez-kun said...

alo alo...
salam
erm frankly speaking aku tak bape minat sangat nasyid tapi boley sajor kalo nak komen dan review
cuma masalahnye.. tiada cd lagu ni padaku jadi takleh review ok
tau tak mane2 tpt boley dload

Unknown said...

hata05...

aku taktahu mane2 website yang bleh donlod lagu inteam dalam album baru ni...

[apa yang aku fikirkan...]
[minat orang lain-lain]

puteri nad said...

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh inteammm..
aku sangat suka inteam ok zaki..malahan dulukala aku meletak gamba inteam dimejaku..dan juga backstreetboyz berkepala inteam..lantas yg backstreet tu dikoyak dua oleh KP thiqah.. hehe

mana nak donload..mana nak donload..mana nak donload..sila ko figure outkan zaki..

Unknown said...

nad...

kalau aku tahu pun aku tak nak ahabq kat sini. tak mahu la bersubahat dengan slogan "berkongsi" mendonlod secara berleluasa di internet. kalau ko nak nanti aku poskan ke ukraine.. tapi bagi duit le... hehe...

[apa yang aku fikirkan...]
[tak pernah pos ape2 melepasi malaysia]

Unknown said...

nad...

aku sangat suka inteam ok zaki..malahan dulukala aku meletak gamba inteam dimejaku..dan juga backstreetboyz berkepala inteam..lantas yg backstreet tu dikoyak dua oleh KP thiqah..

ko nih letak gambar inteam ke bsb? actually tak yah le tampal2 poster ni... buat maksiat je...

[apa yang aku fikirkan...]
[tak terlibat dalam menampal2 poster]

Anonymous said...

@szaki

hahahahhahahahhaha
zaki the appreantice telah melanggar janji untuk tidak buat entry.....

gua caya sama lu..... ini baru rock

gua tak layan inteam lah.

Hazami boley????

@hata

sokong lah sket artis2 melayu....hahahahahhahahahahhaha
*povoke jer* mampus nak cari CD inteam di Jordan


@nad

insaf2 lah gantungan poster ini... dah lah suka cium gambar artis terutama mawi....hish hish hish...
tapi zaki... nad nih sangat romantik ok....nanti bila dah kawin...setiap hari dia cium gambar kahwin
*nad jangan nak kapik Fauzan pula.

Anonymous said...

@nad

nanti kalau saya join politic, upah Nad@Crews Sdn. Bhd. gantung poster boleh??

Unknown said...

pojan....

hahahahhahahahhaha
zaki the appreantice telah melanggar janji untuk tidak buat entry.....

gua caya sama lu..... ini baru rock


lu lagi rawk beb.. baru berape hari kate last entry, pastu terus update pas abis exam... haha... wa salute lu.. tabik tabik...

gua tak layan inteam lah.

lu tak layan inteam tu lu punye pasal, tapi serock2 gua pun, gua insaf beb! hahaha.... rocker berkopiah...

Hazami boley????

sape NOK ni? hahaha...

[apa yang aku fikirkan...]
[layan gak rock]

Unknown said...

pojan...

nanti kalau saya join politic, upah Nad@Crews Sdn. Bhd. gantung poster boleh??

lu nak masuk politik...? lu biar betul beb.... hehehe..

[apa yang aku fikirkan...]
[pernah berpolitik]

Unknown said...

pojan...

nanti kalau saya join politic, upah Nad@Crews Sdn. Bhd. gantung poster boleh??

lu nak masuk politik...? lu biar betul beb.... hehehe..

[apa yang aku fikirkan...]
[pernah berpolitik]

baez-kun said...

hahahah
motif aku tak dengar lagu melayu lain selain ct sajor??
tapi aku bleh sajor nak dengar kalo nak review, sesungguhnya aku suka mengomen ok, ikhlas dari hati

tapi motif nad gambar bsb?????? letak kepala inteam?????????? takde motif langsung ok!!!! hahaha

akan cuba carik kat jiwang la camni

Sufi is me said...

eh? inteam ade tinggal 3 org je ke?
erm...

puteri nad said...

Hahaha,
kalo letak gamba BSB sajer..akan diambil terus ok? tu sebagai camouflage sajor..

ahaha zaki sila jgn nak mengzipzas..

er,fauzan kalo da kawen perluker cium gamba segala lagi..hahaha

Unknown said...

hata05...

motif aku tak dengar lagu melayu lain selain ct sajor??
tapi aku bleh sajor nak dengar kalo nak review, sesungguhnya aku suka mengomen ok, ikhlas dari hati


ko nih maca member aku yang sorang ni le... cume dengar lagu siti nurhaliza jer.. lain tak layan... berbangge la jadi orang malaysia dan khususnya melayu dengan menyokong artis malaysia berbangsa melayu... kalau aku letak ulasan album mawi ntah ape pulak korang kate ye? takpe... tak lame lagi mawi nak keluar album qasaidah... akan kuulas jua... tunggu... insya 4JJl...

[apa yang aku fikirkan...]
[memang minat mawi, tapi tak fanatik]

Unknown said...

saufiah...

eh? inteam ade tinggal 3 org je ke?
erm...


ye... sekarang inteam tinggal 3 orang setelah suhaimi menarik diri menyambung kontrakTOR bersama Hijjaz Record sementara inteam sudah keluar dan membuka syarikat mereka sendiri. kiranya mereka sedang bersiap sedia untuk kemaslahatan masa depan mereka la... er... diorang ada buat odisyen cari penyanyi baru tak? nak gak try... suhaimi juga sudah muncul dengan album solo dia tapi saya belum terbuka hati untuk membeli dan belum ketemu lagi album itu di rak-rak kedai kaset dan CD...

[apa yang aku fikirkan...]
[dari dulu minat nasyid]

Unknown said...

nad...

er,fauzan kalo da kawen perluker cium gamba segala lagi..hahaha

betul... orang sebenar dah de depan mata, cium la seadaya idak?

[apa yang aku fikirkan...]
[selalu cium tangan pompuan... mak]

puteri nad said...

zaki..

haha,tulaa kalo dah kawen motif sangat cium gamba2 ok..sgt x elok..

dan kalo ko ada album,jgn lupa kat leaf dia letak nama aku okeh..sebagai pendorong ko..hahaahah

GO ZAKI GO (baru nak start jadi pendorong haa)

Muahahaah

Anonymous said...

ape plak aku no dua...aku no peminat inteam no satu le !! inteam world ~

Unknown said...

heikal...

akhirnya angkau memunculkan diri... memang sengaje aku provoke name kau dalam psoting ni.. taktik aku berjaya!!!! hahahahaha... (gelak setan)
ok la... kite sama2 peminat nombor satu, ko amik separuh aku amik lagi separuh.. boleh?

[apa yang aku fikirkan...]
[nak memancing kena ada trick]

Unknown said...

nad...

motif cium gambar ko???? cium gambar mak aku lagi baik... dah tentu datang inspirasi dan semangat.. ko ape barangggg... hehehe...

[apa yang aku fikirkan...]
[rindu kat mak kat rumah!!! tapi takpe mak, zaki dah nak cuti 3 bulan ni, tataplah sepuas2nya...]

puteri nad said...

HELLO...GELINYER AKUUU BACAAAAAAA...
EWWWWWWWWWWWWWWWWWWW...
bila masakah aku suh cium gamba akuuuuu..motif aku dituduh nusyuz lagi oleh fauzan nnt..x sanggup i occay..
hahahha

Unknown said...

nad...

saje provoke untuk mengetahui bagaiman reaksi ko... hahahahaha... gelak setan...

[apa yang aku fikirkan...]
[physiology]

Anonymous said...

salam... i luv their song.. expecially pemergianmu.. luv the lyrics n luv the way their sing and luv the music even im not die hard fan for in team.. but for this song.. make me wanna cry n think a lot.. go go go.. martabatkan lagu nasyid...:)

Unknown said...

masterpeace...

sama la kita :)

ayuh kita sama2 menyokong industri nasyid!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...