Monday, January 09, 2006

Kompilasi macam-macam ada!

Dah lebih dua minggu aku tak update blog ni. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh selepas prog SLEU sampaikan aku tak sempat nak menaip posting.
Tambahan pula, internet wireless kat sini macam bengong. Naik jenuh aku menunggu dan menunggu, pastu "page cannot be displayed"... Aku hangin je. Well, i cannot expect much from this connection, namenye pun wireless. Takleh la nak bandingkan dengan broadband.

Buat pertama kalinya aku taip posting guna tepon n-gage aku sambil berjalan ke operating room caring club. Aku boleh transfer apa yang aku taip ke laptop aku melalui bluetooth. Macam-macam teknologi sekarang ye?

Derma Darah

Buat kali ketiganya dalam hidup aku, aku pergi menderma darah. I mean menderma darah dalam erti kata sebenar! Kang ada yang salah faham pulak derma darah tu period! Haha... Ni mary la yang ajar aku istilah tu! Isy...

Berbalik kepada cerita derma darah tadi, aku pegi dengan dua org member odah aku. Lokasi derma darah tu kat masjid UIA.

Bagi aku, aku SANGAT seronok dapat menDERMA darah. Entah mengapa, perasaan seronok tu memang ada dalam diri aku bila cakap bab menderma darah ni. Kalau nak ikutkan, tak la sakit sampai dua tiga hari kesannya.

Actually, istilah sakit tu tak tepat dengan apa yang aku rasa bila jarum bius menembusi pembuluh darah lengan aku. 'Rasa' nya cuma pada saat itu sahaja, lepas tu aku tak rasa apa-apa. Nampak darah aku mengalir ke dalam 'bekas plastik' tu, aku rasa bangga.

Entahla, memang itu yang aku rasa... So, korang yang belom pernah menderma darah, jangan set apa-apa yang mengarut dalam otak korang. Jangan setkan dalam otak derma darah ni sakit. No! Mind set ni la yang menjadi penghalang mahupun pemangkin untuk kita melakukan sesuatu, tak kira sama ada baik atau buruk. One more thing, lepas ni kalau ada program derma darah lagi, jangan lupa jemput aku. Since tempoh derma darah ni 3 bulan, so bulan mac nanti i'm eligible to donate again la. Cuma ada atau tak sekitar kawasan aku yang menganjurkan program derma darah ni...

Latihan keusahawanan siswa (LKS)

Petang hari yang sama, jumaat, aku dan tiga orang member odah aku bertolak ke Hotel Seri Malaysia, Temerloh, Pahang. Untuk kali keduanya dalam hidup aku menjejak di bumi Darul Makmur.

Bercakap tentang program LKS ni, aku rasakan aku bodoh kalau aku lepaskan peluang belajar ilmu keusahawanan ni. Dahlah free (macam program SLEU), dapat duduk kat hotel pulak tu (walaupun bukan 5 star). Nak pulak memang aku hidup sekarang ni hasil titik peluh parents aku berniaga. So, aku nak meneruskan bidang perniagaan keluarga aku ke tahap yang lebih tinggi.

Kalau dalam sehari, warung kopi mak aku (legally mak aku le tauke nye) boleh dapat hasil kasar dalam angka 3 digit, aku nak dapatkan lebih daripada itu. Aku tak kata mak aku tak pernah langsung dapat seribu ringgit lebih dalam sehari, tapi sangat jarang. Aku membayangkan kalau dalam sehari pendapatan warung kopi mak aku mencecah seribu, mau tanggal tulang-temulang mak aku dan pekerjanya! Penat wo... Ye la... Kedai kat kampung je, harga tak boleh la nak mahal sangat.

Berbalik kepada kisah LKS tadi, setakat modul yang aku dah lalui, aku dapati view aku tentang dunia keusahawanan ni makin terbuka. Banyak perkara yang didedahkan sepanjang modul 3 yang lepas. It’s right that before we talk about being businessman, we talk about ourselves first. Know yourself is the basic thing before you can proceed opening your business. Aku rasa bertuah terpilih untuk menyertai program ni.

Alhamdulillah… semoga aku akan menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti besides committing biomedical world. Kenapa la aku tak tergerak nak menyertai program ni sejak sem lepas lagi? I wonder…

Lecturer Baru

Dalam beberapa minggu sem kedua ni, beberapa orang lecturer muda mengajar kelas aku. pada satu aspek, aku melihat kehadiran mereka sebagai dialu-alukan. Namun begitu, jika dilihat pada sudut yang lain, sebenarnya it’s not very good to have immature lecture. They don’t have much experience to teach university students, so dalam jangka masa panjang, students tak dapat ilmu sebanyak mana jika lecturer tua yang mengajar.

Bila lecturer mengajar, satu perkara yang menjadi perhatian aku adalah English diorang. Kalau fasih tu, aku ok je la. Senang aku nak faham apa yang lecturer tu ajar.

Aku tak kata bahasa inggeris aku bagus. Aku taip blog pun dalam bahasa Melayu. Aku lebih selesa begini. Itu pun aku dah mencampur adukkan bahasa ibunda aku dengan selitan bahasa inggeris here and there (see!).

Tapi masalahnya, kalau lecturer tu cakap bahasa inggeris yang agak kureng, aku kadang-kadang tak dapat menumpukan kepada isi kandungan lecture dia, tapi susunan ayat inggeris yang keluar daripada mulut diorang yang menjadi tumpuan aku. Kadang-kadang kalau kerap sangat frasa yang salah disebut, frasa tu la yang menjadi bahan tawa aku dengan member odah aku. Nama pun odah!

Dunkin’ Donut (DD)

Aku selalu nampak booth DD kat shopping complex, but never I drop by and buy donuts. Sebab susah sangat nak nampak tanda harga kat setiap donut yang dipamerkan. Aku takut sekali kena bayar, berbelas-belas ringgit keluar! Haha… tak pulak terfikir untuk bertanya, sebab biasanya bukan itu tujuan aku keluar ke shopping kompleks! Haha… so, tak pernah la aku merasa donut DD.

Nak dijadikan cerita, sedang aku duduk kat café edu, ada la seorang minah ni hadiahkan DD kat aku. aku pun tak menolak la. Rezeki beb!

Sekali donut tu menyentuh lidah aku, mak datuk! Sedapnya! Tak pernah aku rasa donut sesedap tu. Terima kasih Kak Ratni sebab memperkenalkan aku kat DD.

Started from there, aku terus minat kat DD. Booth DD masa Engitex menjadi singgahan aku. lepas ni, kalau jumpa aku kat mana-mana booth DD, jangan pelik pulak ye? Hehe…

Tak Pindah Kuantan

Dengar-dengar cerita, kitorang yang sudah sedia ada kat Gombak ni akan stay di sini sampai final year. Tapi aku tak dengar directly from mulut orang atasan Kulliyyah of Science. Mulut-mulut orang ni bukan boleh percaya sangat.

Tapi kalau betul la tak jadi pindah kuantan, aku sangat suka! Haha… sebab aku tak nak berjauhan dari bumi Selangor. Biar la aku setia di sini, ini la dunia aku. kalau pun aku nak keluar dari kepompong Selangor, it’s not now.

It’s a waste of everything kalau aku terpaksa pindah ke kuantan. duit, tenaga, masa… everything la! So, aku harap pihak atasan Kulliyyah of Science tak meng”keling”kan kata-kata diorang ni (jika benar). Sebab until now, takde sebarang pengumuman rasmi tentang status perpindahan Kulliyyah of Science ke kuantan.

Whatever they decide, aku tetap dengan pendirian aku – aku nak stay di bumi Selangor. Jika ditakdirkan kena pindah, pindah jugak la aku dengan hati terpaksa…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...