Kenapa aku nak masuk dunia blog ni? Semuanya bermula apabila AF3 bermula dan aku rasa tak payah aku nak describe from A to Z tentang camne ia boleh menarik minat aku untuk turut mem’blogging’.
Daripada aku hanya membaca blog orang lain, aku rasakan aku nak juga membina blog aku sendiri dan meluahkan dan memuntahkan apa sahaja yag bermain di fikiran aku. Menariknya, aku ada kebolehan menaip dengan agak laju walaupun masih melihat monitor sekali-sekala sambil menekan butang backspace. Tambahan pula, di UIA ni sudah ada capaian internet tanpa wayar, senang la aku nak buat posting.
Antara blog yang selalu menjadi kunjungan aku adalah sultanmuzaffar dan juandanza. Both of them have a very close relationship dengan dunia hiburan tanahair. Aku tak tahu dengan lanjut tentang mereka berdua, tapi apa yang pasti aku amat teruja dengan penulisan blog sultanmuzaffar dan ia tak mustahil jika beliau pernah dinobatkan sebagai top blogger beberapa tahun dahulu, hingga kini.
Haha… ayat aku sekarang dah macam ayat skema sultanmuzaffar, tapi itulah yang menarik minat pembaca untuk membaca lagi dan agi. But it doesn’t mean that I’ll change my way of writing my blog. Aku akan terus menggunakan bahasa “aku” untuk membahasakan diri aku, tidak seperti ayat skema sultanmuzaffar yang disifatkan macam ayat dewan bahasa dan pustaka. You rox sultanmuzaffar!
Bercakap tentang juandanza pula, aku pernah berjumpa dengannya dalam pertemuan pertama ahli MawiFC. Masa tu AF3 masih berjalan dan pastinya Mawi masih berada dalam akademi. Melihat gambarnya sahaja boleh menerangkan bagaimana orangnya pada pandangan pertama. Aku tak nak kata apa-apa lebih daripada ini sebab bila aku nak kutuk mahupun mengumpat dalam blog aku ni, aku takkan menyebut orangnya secara spesifik.
But this doesn’t mean that I have bad impression towards him. Aku harap takde sesiapa yang menyalah anggap kenyataan aku ni ye? Huhu… serius benor bunyinye…
Selepas masuk dunia blog ni, bermulalah satu kisah Jejak Kasih aku dengan Cikgu Add Math aku masa aku form 4 kat Sekolah Agama Menengah Bestari dulu. Cikgu Amir Azmi namanya. Tau-tau je dahde anak sorang. Pernah gak aku dengar Cikgu ni dah kahwin, tapi tuptup bila aku ‘ter’baca blog dia, barulah aku tahu perkembangan terbaru cikgu aku yang sorang ni secara langsung dan benar.
Berkata tentang cikgu amir lagi, baru-baru ni aku terbaca dalam sisipan i-Kon dalam Berita Harian bahawa ada perjumpaan di kalangan blogger seluruh Malaysia. Tak ingat pula aku apa nama pertubuhan diorang tu, tapi apa yang menarik minat aku adalah cikgu amir menang anugerah blog terbaik! Sebagai bekas anak murid, aku berbangga dengan cikgu! Cikgu! Saya dapat A1 Add Math SPM2002 dulu, bila nak belanje?! Haha… (sape yang patut belanje sape ni?)
Jika ada sesiapa yang mengetahui sebarang maklumat tentang mana-mana pertubuhan blogger, please let me know because I’m interested to join. May be there I can gain more knowledge, different from what I leran as Biomedical student. Sem depan, adalah sem pendek. Study plan biomedical student memang takde sebarang subjek yang ditawarkan, so semua students Kulliyyah of Sceince UIA ni akan cuti selama lebih kurang tiga bulan. Sekarang aku sedang merencana apa yang aku akan buat sepanjang tempoh tu. Lama tu!
Bercakap tentang cuti pula, aku agak risau sebab kat rumah aku takde internet connection. Gamaknya kena la aku pergi ke cc kalau nak update blog ni dan surf laman-laman web yang aku suka. Kalau kat cc tu connection nye laju takpe gak, tapi kalau lajunya sama je dengan wireless kat UIA ni, rasa macam membuang masa je menunggu dan menunggu. RM3 sejam dah tentu! Huh! (macam Jaafar Onn).
Mungkin ada yang perasan bahawa banyak posting aku sebelum banyak menjurus kepada bumi UIA. Ingin aku ingatkan di sini, tidak terlintas langsung di hati aku nak menjejaskan nama baik mana-mana pihak dalam mana-mana posting aku sebelum ni, baik UIA, QYC, SLEU sapa-sapa la. Yang penting, aku amat CINTA UIA! Kalau tak, aku takkan berada di sini.
Sampai di sini dulu. Wassalam…
2 comments:
keep on blogging dude !!
Where did you find it? Interesting read Pattern plotter paper http://www.access-dsl.info/dsl-access-maine.html kentucky fried chicken pamela anderson american standard sink faucet 1987 suzuki 230lt wiring honda canada jobs dsl voip and satellite tv bundles Fire controll instruments fire alarm Australia+mobile+phone+bluetooth+plans Email from another isp rhode island life insurance Thinking refinancing home http://www.readyheadphone.info/Californiaferrarienzoninvestigation.html Totally free no memebership live webcams girls
Post a Comment