Thursday, January 26, 2006

Usah Dimomokkan dengan Hantu...

first of all, aku nak ucapkan selamat datang dan terima kasih sebab baca blog aku, especially those yang tahu blog aku ni melalui mawifc.com....

Hari ni, Rabu aku keluar dengan member-member odah aku ke times square. Kitorang bercadang nak tengok Long Khong, filem Thai yang aku baca dalam surat khabar bagai nak rak seramnya.

So, bila dah terpengaruh dengan ulasan surat khabar, aku dah meletakkan satu expectation yang tinggi terhadap filem ni. Maklum la, dalam surat khabar tu kata sampai tak boleh nak buat review sebab asyik tutup mata. Hebat!

Tapi mungkin sebab penulis column tu perempuan, atau lebih manis lagi aku bahasakan sebagai wanita, sebab tu dia asyik tutup mata. Aku masih dengan ego aku, selagi aku tak tengok dengan mata kepala sendiri, aku takkan percaya sangat dengan ulasan tu. Results may vary! Lain padang lain belalang beb!

Maka bertolak la aku ke Times Square dari stesen monorail Chow Kit. First time aku bertolak dari arah Titiwangsa menuju ke KL Sentral. Sebelum ni aku asyik naik monorail kat KL sentral, pastu singgah kat Times Square. That’s it! Rasa bertuah sebab akhirnya aku dapat discover benda baru melalui monorail… apa yang pasti aku semakin memahami jalan-jalan di KL yang bercabang-cabang sana sini tu. Jalan dua tiga kali belum tentu faham beb! Maklum la… aku bukan orang KL…

Secara ringkasnya, lepas makan kat McDonald (bubur sejuk, Big Mac buat cam cincai je) kitorang menapak ke panggung. Tiket dah sedia ada, sampai je di Times Square terus kitorang beli sebab memang tu tujuan kitorang keluar ni! Haha… tapi aku masih tak puas hati dengan McD tu…

Dalam panggung, macam biasa, lepas dihiasi dengan tayangan iklan arak (kerajaan tak boleh buat apa-apa ke?), maka bermulalah cerita Long Khong tu… macam aku kata sebelum ni, aku meletakkan satu standard yang tinggi untuk filem ni berdasarkan ulasan yang aku baca dalam surat khabar.

Harus diingat, blog aku ni tak berkenan nak ceritakan satu satu babak dalam filem tu, sebab bukannya itu focus aku menulis blog ni. Tapi, apa yang aku fikirkan (memetik tajuk blog) tentang filem ni. Lepas habis – aku tak terkesan apa-apa!

Most of the scenes aku dah boleh agak kesinambungannya. Walaupun kadang-kadang tersasar jugak, but at least ada beberapa babak yang nampak macam selalu sangat orang filem buat. So boleh agak!

Aku kata tak terkesan sebab aku bandingkan penghasilan filem ni dengan The Shutter. Walaupun aku ni bukan jenis penakut, sikit-sikit nak tutup mata (I pay to watch, not to close my eyes) tapi lepas tengok The Shutter, memang aku terkesan. Rasa filem tu hidup sangat!

Tak macam Long Khong ni, it’s simply that I feel nothing! Nasib baik aku cuma bayar RM6 je… maklum la… hari Rabu, pastu ada student card, so murah la sikit. Ntah la, semua yang aku ‘nikmati’ hari ni serba serbi tak kena.

Big Mac yang macam nak tak nak je pembuatannya, macam campak-campak je bahan-bahannya… nasib baik bahan dalam tu cukup, cuma rupanya yang menyakikan hati. Nasib baik aku bayar untuk makan burger tu, bukan untuk tengok.

Macam menonton wayang… aku bayar untuk menonton, tengok, tapi kalau apa yang aku tonton tu tak memuaskan hati, maka tak puas hati la!

Aku pelik dengan manusia yang menonton wayang seram yang banyak menutup mata sepanjang filem dimainkan, diorang rasa berbaloi ke asyik tutup mata je? Tengok la wei! Tak guna bayar tiket wei!!!!!!!!

Tapi ada gak pihak yang dapat keuntungan daripada yang tutup mata tu, lebih-lebih lagi kalau yang menonton tu pakwe makwe. Makwe rasa seram, tutup mata, nakkan teman, maka pakwe dipeluk… akhirnya pakwe gak yang untung, rasa ‘dihargai’…

Benda ni berlaku kat sebelah aku je… nasib baik la yang dok peluk-peluk tu mata sepet, tak le berderau darah aku!

Berbalik kepada filem Long Khong tadi, aku rasa banyak sangat kekurangan berbanding The Shutter.

Ha… satu benda lagi yang aku cukup tak berkenan – subtitle! Mak datuk… tak de orang melayu ke nak translatekan bahasa Thailand tu kepada bahasa Melayu? Bila aku tengok nama orang yang bertanggungjawab menyediakan sari kata, baru lah ku faham kenapa teruk sangat bahasa nya. Aku tak nak cakap lebih-lebih, kang orang kata aku mengamalkan racism…

Apa yang aku pasti, bahasa Melayu yang digunakan adalah direct translation from English subtitle provided below the Malay one. Sebijik sebijik dia translate! Hangin… aku nak baca subtitle bahasa inggeris pulak, besar dan panjang, jadi aku tak leh nak tumpukan antara filem dan subtitle.

Akhirnya, takde pilihan lain, terpaksa baca subtitle yang ayatnya putar belit tu. Wei… ambil aku jadi translator la wei!

Tapi, masalah subtitle bukanlah masalah utama aku tak terkesan dengan filem tu, tapi filem tu sendiri yang kureng bagi aku. Again, aku nak taukidkan di sini, The Shutter is much much better than Long Khong.

Rasanya aku belajar sesuatu benda yang baru hari ni. Jangan baca ulasan kat surat khabar! Apa yang dia tulis tu adalah menurut perspektif dia sebagai wartawan. Kalau column tu column tajaan, lagila… habis melambung pujian kat filem tu, tapi sekali diri sendiri tengok – ado! Senang kata tertipu la!

Bercakap tentang perasaan takut, aku rasa bertuah sebab bapak aku tak ajar aku untuk menjadi penakut. Aku tak pernah dimomokkan dengan kata-kata seperti “jangan pergi situ, ada hantu!” dan yang sewaktu dengannya. Jadi, kesannya sekarang, aku bukanlah penakut bila berkata tentang benda-benda hantu ni… bukan nak berlagak tapi itulah hakikatnya.

Mungkin sebab aku tak pernah tengok ‘hantu’ dengan mata kepala aku sendiri, perasaan takut tu belum well-developed lagi. Haha…

Pernah sekali aku memandu motor sorang-sorang pada waktu malam, tiba-tiba motor tu habis minyak. Maka terpaksa lah aku menolak motor tu ke rumah, melalui jalan gelap. Nasib baik masa tu bulan penuh, ada la sikit sumber cahaya. Since mind set aku tak ada apa-apa yang berkaitan hantu, maka dengan tenangnya aku sampai ke rumah…

Apa yang aku nak tekankan kat sini, jangan la dimomokkan sesiapa yang sedang membesar khususnya kanak-kanak dengan benda-benda hantu ni. Karang mind set diorang akan disetkan kepada ‘takut hantu’. Hasilnya, pergi tandas waktu malam pun takut sorang-sorang, sedangkan kat bahagian tengah tubuh tu ada gah satu ‘senjata’ melekat. Yang perempuan lagi la… haha….

Sesiapa yang tak seperti apa yang aku propagandakan ni, satu tepukan untuk korang…! Hooray!

Lepas balik dari Times Square, berbincangla kitorang tentang jalan cerita Long Khong tadi… ada sorang mamat tu, baru kali kedua pergi panggung wayang, banyak tak faham jalan cerita Long Khong. Bila kitorang odahkan balik jalan cerita filem tu, banyak kali dia kata “ooooo…” hm… confirm tak terkesan!

Nota tak berkaki: Teringat pulak episode “Hantu” dalam Tanya Linda (Astro Ria) baru-baru ni… kaw kaw si Uncle tu kena dengan Dr Fadzilah Kamsah… “dalam Quran Syaitan ada (banyak kali dinyatakan), iblis ada, jin ada… hantu takde!”

3 comments:

Sufi is me said...

betOl.

saye setuju.. jgn mOmOkkan budak2 ngan hantu..

kalo kite fikir2,
berapa ramai manusia yang takutkan hantu, mati tanpa melihat/bertemu walau seekOr hantu.

yOu've gOt the pOint.

Unknown said...

Diorang yang tutup mata tu tak de 'fearfactor'!! hehehe..

Cikgu bukan niaga, cikgu join 'autosurf'. Lawat blog cikgu untuk keterangan lanjut => http://tuaiemas.blogspot.com

Anonymous said...

seram ker long khong tu??? tak pun...betulla aper yg ko odahkan tu
jalan cerita camtu dah common skang
biaser larrr....
tapi bila ending dia menleraikan segala kekusutan
raser lega
sbb paham
bila tak paham tanya
jgn simpan sensorg persoalan tu dlm diri
kang diri sendiri yg rugi
tak gitu kalian semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...