Thursday, February 02, 2006

Keselamatan Universiti Tanggungjawab Pak Guard?

May be it’s sumthing like klise if I keep saying my appreciation for those who read my blog. But actually, I just wanna show how glad I am because there are numerous, abundant, plentiful (what else?) of blogs written by anyone in the world, particularly in Malaysia but at last my blog [apa yang aku fikirkan…] is chosen by you. Thank you thank you thank you! Have a nice reading!

For first timers, selalu-selalu la jenguk blog aku lepas ni ye? Senang je nak ingat… zaki + “s” di awal + “f” di akhir = szakif tambah dengan blogspot.com. Then press enter!

Aku menyatakan rasa bertuah sebab otai blogger Malaysia, sultanmuzaffar sent me comment on my last posting about Long Khong film and encourage me to keep blogging! This mean dia bace blog aku! Haha… riak riak riak….. But unfortunately, it was set not to be shown in the comment window, but anyhow I’m still shocked with his visit. Thank you bro sultanmuzaffar! Wanna know you better next time!

Ok la, berbalik kepada isi blog aku kali ni, baru-baru ni kita dikejutkan dengan kes rompakan yang berlaku di Universiti Malaya (UM) melibatkan wang sejumlah RM2juta. Banyak tu!

Yang sinisnya, dua hari sebelum itu sibuk dinyatakan dalam akhbar KOSMO! tentang longgarnya kawalan keselamatan di pintu masuk universiti tertua di Malaysia tersebut. Hari berikutnya, barulah pihak UM mengetatkan kawalan kenderaan yang memasuki kawasan pusat pengajian itu.

Apa yang mengejutkan, sehari selepas itu, berlaku pula kes rompakan itu. Tak ke macam betul-betul sinis? Konon dah ketatkan kawalan, tapi bila dah “ketat” tu la berlaku kes rompakan!

Cewah! Ayat aku macam nak masukkan dalam surat khabar pulak. Sori la... that’s not my way of writing blog. Aku tak boleh nak kalahkan sultanmuzaffar dalam ayat-ayat skema ni. Sultanmuzaffar memang ‘world’ bab-bab ayat skema ni! Baca la blog dia, u’ll agree with me…

Berbalik kepada tunjang cerita, sebenarnya, bukan perkara yang boleh dibuat main-main bila masuk bab kawalan keselamatan ni, sebab ia melibatkan nyawa manusia lain. Tak kira manusia tu pelajar UM ke, lecturer UM ke, mak cik tukang sapu kat UM ke, mahupun orang yang menggunakan kesempatan daripada kelonggaran system keselamatan UM untuk mengambil jalan pintas dari seksyen 16 PJ ke Bangsar dan sebaliknya. Aku sebagai pelajar universiti memandang serius akan hal ni.

Kalau tak silap aku, dulu pernah ada kes orang jumpa mayat dalam kotak, dekat UM jugak kan? UM lagi…

Entah la, kadang-kadang pihak atasan ni seolah-olah menunggu berlaku kes yang dahsyat, baru la nak bertindak. Rungutan pelajar buat-buat tak dengar. Bila dah terhantuk, baru nak terngadah… memang patut pun wujud peribahasa melayu ni, untuk orang Melayu!

Dulu masa aku masih belajar kat matrik UIA, pernah jugak la aku masuk ke UM, konon nak pergi ke library UM, nak cari buku untuk buat assignment. Apabila sampai ke library, tak boleh masuk! Ado… hm… tak payah la aku cerita. Malas nak cerita benda-benda yang pahit ni… dah la jalan kaki masuk dalam! Penat wo…

Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah system keselamatan kat entrance UM tu (masa tu la). Memang pak guard tu tak tahan aku dan member aku bila aku berjalan masuk ke UM tu. Aku pun selamba je la jalan denga penuh yakin! Haha… Tak tahu pulak sama ada dia assume aku pelajar UM ke, ataupun memang dia benarkan sesiapa saje masuk UM. Sile la, sile la…. Haha…

Mungkin sebab kawasan UM yang besar sangat, pastu dengan jumlah kenderaan yang keluar masuk UM yang tak terkira jumlahnya, menyebabkan pihak keselamatan UM melonggarkan keluar masuk. Maka dengan itu, ada la pihak yang mengambil kesempatan dengan kelonggaran tersebut. Segala bentuk, taraf dan rupa penjahat boleh melepasi UM, lalu menjalankan kegiatan diorang.

Bukannya student tak report, masalahnya bila dah report pun takde perubahan. Baca ajelah KOSMO!, ada aje luahan hati pelajar yang tak puas hati dengan pak guard. UIA tak terkecuali. Tapi tak pulak ada kes yang besar, sampai heboh satu Malaysia berlaku di dalam UIA! Alhamdulillah… kalau setakat hilang laptop, hilang desktop, hilang dompet tu, sendiri mau ingat la! Pandai-pandai kunci bilik dan almari, pandai-pandai pilih roommates beb!

Tapi kalau benda yang hilangnya wang bernilai RM2juta, mana taknya heboh satu Malaysia? Bila aku baca je tajuk berita hari tu, terus aku tersenyum sinis. Tahun lepas heboh pasal kedudukan UM dalam ranking universiti di dunia yang jatuh, sekarang hal ini pula…

Kredit harus aku berikan kepada pak guard yang bekerja kat UIA, tak kira matrik mahupun main campus, yang berdedikasi menjaga keselamatan dan keharmonian UIA. Punya la ketat, sampai kadang-kadang jem kat entrance tu. Api bila fikirkan balikk, bagus jugak pak guard buat macam tu…

So far aku takde problem dengan mane-mane pak guard kat sini. Walaupun aku pernah kena saman parking, pasal disyaki stranger, aku tak kisah sebab bila berbincang dengan officer masa bayar saman tu, aku paham kenapa diorang kena buat macam tu. Kereta aku kena clamp beb! Pastu kena bayar saman RM10, tu pun lepas rayu. Tapi aku tak kisah sangat, memang salah aku pun. Click sini untuk baca posting aku tentang kena clamp tu.

Sesiapa yang nak pergi UIA kampus Gombak ni, ni ha aku bagi panduan sikit. Kepada sesiapa yang belum pernah masuk UIA, jangan terkejut sekiranya korang diminta untuk berhenti semasa memasuki UIA, especially yang memandu. Kawalan lebih ketat waktu luar office hour. Korang akan disapa dengan mesra (sepanjang observation aku la) dan ditanya ada matrik kad atau tak. Outsiders confirm la takde matrik kad kan? So, turunla sekejap dari kereta tu, daftar kat pondok (yang lawa) pastu jelajah la UIA ku ini! Haha… jangan buat benda-benda tak baik dah le…

Bagi yang menaiki bas (dari Central Market bas nombor 91, dari Terminal Putra Gombak bas nombor 911-C) pulak, pak guard akan menahan bas di main entrance, pastu dia akan naik dalam bas tu untuk memeriksa sape yang takde matrik kad. Sape yang takde, sile la daftar… macam tak paham pulak…! Haha…

Tapi kekadang pak guard ni cuma tengok muka je. Kalau muka tu ada iras-iras Melayu, lepas! Kalau muka tu iras-iras Indonesia, sile la daftar (kalau dia suruh la!)… pasal kat dalam UIA ni ada mamat-mamat indon yang bekerja membina beberapa buah lagi mahallah (kolej @ hostel pelajar). So, untuk keselamatan, dia akan soal selidik dulu tujuan orang yang iras-iras Indonesia ni. Tolong jangan salah faham, bukan aku nak kata asal muka iras Indonesia je, mesti buruh binaan, bukan!

Aku ada sorang member, kulit muka dia gelap dan agak ganas sikit ekspresi muka dia, pastu ada iras ala-ala Bangladesh, sedangkan hakikatnya dia adalah Melayu, Malaysian, tapi pak guard mintak nak tengok matrik kad dia, suspect foreigner - indon! Haha! Nasib badan… eh… nasib muka…. Haha!

All in all, kita tak leh nak mengharapkan sepenuhnya kepada pak guard. Kita kena jaga keselamatan diri sendiri, jaga keselamatan harta benda sendiri dan yang penting selepas tu adalah tawakkal kepada Allah supaya hak milik kita sentiasa di bawah perlindunganNya. Takkan maruah pun nak suruh pak guard jagakan? Pokok pangkalnya – tepuk dada tanya iman…

2 comments:

Sufi is me said...

heh heheh heh...

yg uM tu pOn satu juGak.. waTpe La simpan duit sampai 2 juta rM.. kaye arr mamat perampOk tuh.. bank bCb dekat aje dLm tuh.. apsaLla x banK-iN ek?

iskh.

Anonymous said...

Salaam..keep on blogging and writing about happenings in m'sia and IIU..so i can smile happily reading about my homeland all the way here..teehee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...