Monday, February 13, 2006

Pesta Pantun di UIA

Hooray! Baru lepas tengok The Apprentice 4. Brian and Marshawn were fired. Memang patut pun! Sebagai penduduk New York, ada ke patut si Brian tak tahu keadaan trafik kat situ? Marshwan pulak suka-suka nak tarik diri daripada presentation last minute dengan alasan Brian present lagi baik. Memula kate dia dah selalu buat presentation but then, why you suddenly tarik diri (bahse inggeris nye ape ye?)???!!!

Walaupun dah tahu sape pemenangnya, aku just nak tahu how far he can prove he’s worth for the job. Nak tahu sape pemenangnye? Jeng jeng jeng…. Haha… tapi apa yang pasti, ketara sangat season ni, suka-suka je Donald Trump nak pecat berapa orang pun dalam setiap minggu.

Untuk makluman, aku sedang belajar untuk mencantikkan lagi blog ni, dan further untuk mengkomplekskan blog ni dengan ntahapeapentah macam blog sultanmuzaffar dan klubbkid. Haha! terima kasih kepada Sayang Saufiah!



Image hosting by Photobucket

Backdrop Virtual Pesta Pantun...

Hari Sabtu menjelma, menjanjikan sesuatu yang dah lama aku tak get involved. It’s all about pantun! Ya, pantun!

Dulu masa Form 5, aku pernah jadi wakil kelas 5 Al-Biruni ke peringkat akhir sempena minggu bahasa. Malangnya (tak la malang sangat) aku kalah di tangan kawan sendiri. Well… adat tu… pertandingan mesti ada pemenang dan pengalah! (memetik kata-kata Vince mase final AF1).

Tapi yang ironinya, aku pergi ke venue pesta pantun ni dengan lawan (yang juga kawan) yang kalahkan aku dulu, Fiza! Walaupun otak kitorang is science-based (aku pelajar biomedic, fiza pelajar engineering) but when it comes about culture, kitorang memang tak meninggalkan mahupun melupakan adat resam Melayu, bukan layu!


Fiza yang Odah...

Fiza, member yang undescribeable
Baik lah, baik aku jelaskan dengan lebih lanjut. Pesta pantun ni adalah anjuran Majlis Kesatuan Univerisiti-univerisiti Malaysia (MAKUM) dengan kerjasama UIA sebagai tuan rumah. Aku cuma hadir menonton peringkat final, di mana wakil dari UPM dan UUM bertemu di atas pentas Main Auditorium. Setiap pasukan ada tiga orang peserta yang akan naik ke pentas untuk bertanding, dan seorang sebagai peserta simpanan.

Meriah jugak la aku tengok. Dengar cite, UPM bawa penyokong satu bas! Wah wah wah… siap ada cameraman dan technical khas dari UPM! Fiza kata ada cameraman dari RTM, tapi aku tak nampak sangat pasal tak pakai spek! Malang….

Hajat di hati nak tangkap gambar, letak kat blog ni…. Malangnya (malang lagi…) kamera aku kekurangan ion-ion bebas, so takleh nak amik gambar! Hangin je… orang yang pinjam kamera aku sebelum tu kaw-kaw punya guna, sampai habis bateri. Pastu pulangkan ntah berapa minit sebelum aku keluar bilik menuju ke Main Audi… hm… nasib….

Aku agak tertarik dengan format pertandingan pantun yang satu ni. Mungkin sebab ini adalah first time aku tengok peserta tak dibenarkan membawa sebarang bentuk pen mahupun kertas ketika bertanding. This means diorang kena menjual dan membeli pantun dengan ayat-ayat spontan! Tak boleh menulis! Wow! Susah tu… bagi aku la…

Ada tiga pusingan, pertama bertemakan Jenaka, kedua ape ye? Tak ingat la… dan yang ketiga peserta kena draw dari kotak untuk memilih tema. Setiap seorang peserta akan mendapat tema yang berlainan.

Since itu formatnya menuntut peserta untuk berpantun secara spontan, ada beberapa pantun yang kureng, ada yang ntah pape jawapannya, dan tak kurang juga pantun yang kelakar tapi berbaur lucah!

Aku tak rajin nak menulis satu persatu pantun yang diorang madahkan, tetapi overall aku kurang berpuas hati dengan kualiti pantun yang dipersembahkan. Macam ada seorang dari pasukan UUM tu, tak habis-habis dengan “pohon tembusu” dia. Tembusu tu pokok ape?

Dan seperti yang aku dan Fiza jangkakan, pasukan UPM menang, sementara gadis tunggal dalam pasukan yang sama menggondol (tapi dia tak gondol la!) hadiah pemantun terbaik.

Nota kaki: Ada kemungkinan posting aku selepas ini will resemble like this one. It’s not gonna be too long like previous ones. Kesian korang kena baca panjang-panjang…. Hehe…

4 comments:

Sufi is me said...

haipp..
tiru! bayar rOyalti!
hehehe..
sile2.. semOga maju dlm dunia bLoggin. wassalam.

Sufi is me said...

err..
fiza tu nama dia cam feminine arr... ingatkan pompuan tadik.
=P

Anonymous said...

@tukang tulis dalam blog nih

well, u also have a good blog here,
copy jer aper yang nak dikopi

jangan panggil abg ok, nanti orang ingat aku *sesuatuh pulak.

panggil jer Fauzan.
nice to meet u :0

Sufi is me said...

wahahaha

abes semua tajuk2 sidebar jadik terfikir-fikir..
cayalah..
chaiyOk chaiyOk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...