Susah betul aku nak mula menaip posting dua tiga menjak ni. Sibuk ngan exam satu hal, pastu sibuk dengan program non-academic pun satu hal. Tapi aku masih lagi jenguk-jenguk email aku, kot-kot ada orang yang bagi comment on my last posting. Bagi aku, aku cukup gembira bila ada orang yang lawat blog aku ni, apatah lagi kalau bagi komen!
Jadi, sesiapa yang sudi menjenguk blog aku yang humble ni (humble ke?) sudi-sudi la tinggalkan komen especially those yang ade blog jugak. Nanti boleh aku jenguk korangnye blog jugak, ok?
Satu perkara yang menjadi tumpuan dunia recently is about the insult to Prophet Muhammad saw. Kita tengok dekat berita, cetak mahupun elektronik, macam-macam tindak balas ditunjukkan untuk menentang penyiaran kartun yang biadab tu sampai ke tahap baker kedutaan!
UIA tak terkecuali. Kebetulan QYC tengok buat Info Week, so kitorang sekali buat banner untuk dapatkan sign bagi menunjukkan rasa tak puas hati diorang. Jumaat lepas, lepas sembahyang, ada satu perhimpunan kecil yang aman dibuat di depan masjid.
Aku tak boleh nak ulas banyak sangat pasal perhimpunan ni pasal aku sendiri tak tahu hujung pangkalnya, tahu-tahu je riuh kat luar masjid, masa tu aku masih kat dalam masjid, bace note pasal ade exam midterm petang tu. Aku usha juga la, tapi bile aku sampai, diorang tengah baca doa, pastu habis, bersurai. Tu yang aku tak tahu hujung pangkal tu!
Sape-sape nak karikatur tu, hantar komen kat aku, pastu nyatakan email korang. Nanti insya-Allah aku forwardkan email yang aku dapat dari kawan aku. Ada tak kurang daripada 5 karikatur yang ada dalam simpanan aku. Tapi harus diingat, aku sebarkan bukan untuk meneruskan kebiadapan media Denmark, tapi sekadar menunjukkan betapa biadapnya maksud karikatur tersebut.
No comments:
Post a Comment