Wednesday, February 22, 2006

Berjaya Mempengaruhi Member Odah




Tajuk aku kali ni macam ape je... macam besar sangat isinya, padahal cuma nak mengatakan bahawa ada dua orang member odah aku dah terpengaruh dengan dunia blogging. tak pernah pulak aku ajak diorang blogging secara langsung dan terus, tapi secara tiba-tiba diorang berminat nak bukak blog sendiri jugak. diorang mintak aku ajarkan, aku dengan hati dan tangan yang terbuka sedia memberikan tunjuk ajar apa yang termampu.

maklumlah, aku ni pun baru 3 bulan bukak blog. dalam tempoh tu, macam-macam aku belajar, daripada blog yang takde apa-apa, sekang dahde macam-macam dah. waktu solat, petikan terjemahan al-quran, jam, tagboard dan semua yang korang boleh tengok kat bahagian kiri blog ni.

berbalik kepada cerita member odah aku yang dua orang tu, korang boleh klik kat name diorang kat bahagian "apa yang aku fikirkan tentang member blogger". mereka adalah safwan dan fiza. safwan kata nak buat sajak dalam setiap posting dia. dia ni bab menulis sajak memang bagus, presentation sajak pun ade umph! teringat mase kat Iflah Camp haritu, bersungguh dia baca sajak Ali Baba. fiza pulak tak kata apa-apa lagi. we'll see... tengok la camne... perhatian untuk cikgu amir, dua-dua dak sambest cikgu!!!! haha...

aku rase, mesti ade yang mempersoalkan apa itu "Odah"... aku rase baik aku diamkan dulu tentang maksud odah tu.... we share but we dont care... hehe... jangan fikir bukan-bukan....

4 comments:

Amir Azmi said...

Tak boleh nak komen kat blog fiza!! tiba-tiba jer website dia 'close'!! tak per lain kali!

Selamat berblog kalian!

Amir Azmi said...

Waaa.... bagus-bagus!! Bagi cikgu manfaat yang paling besar sekali tulis blog adalah mendidik kita berfikir..

Hanya fikiran yang bagus sahaja akan melahirkan tulisan yang 'bagus'.

Begitu juga tulisan yang berpandukan iman dan takwa, pastinya tulisan itu sentiasa mendapat keberkatan dari Allah. InsyaAllah.

szakif said...

saye pun tak tahu ape masalah dengan blog fiza tu cikgu. semalam saye singgah, nak kasi komen on posting dia ttg ibu tu, takde link pulak. mesti dia gembira kalau dapat tahu cikgu bace blog dia. eh eh.. baru perasan... gambar cikgu mase kecik @ kanak-kanak dulu comel la... hehe!!!! =) (sambil senyum meleret2...)

Anonymous said...

Excellent, love it! » »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...